You are on page 1of 1

Teringat Pada Tanah Air Malaysiaku

“Oi..belum siap lagi ke? Kita kena cepat ni sebab kena balik sebelum waktu malam.”

Lisa terkejut apabila tiba-tiba dikejutkan oleh suara Anis kawan serumahnya yang tiba-tiba
datang dari belakang. “Ok ok, bagi saya 10 minit untuk saya bersiap,” jawab Lisa spontan
sambal mematikan suis laptop dan bangun dari kerusi.

Lisa adalah seorang pelajar university yang belajar di London. Sudah lebih 2 tahun tidak dapat
pulang bercuti ke Malaysia sejak pandemic Covid-19. Semasa melayari sosial media tadi, Lisa
ternampak visual sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Nampak sungguh meriah
sekali sambutan pada tahun ini dengan perbarisan oleh unit beruniform seperti tentera, polis,
bomba yang kelihatan begitu gagah dan bersemangat. Terdapat juga tarian kebudayaan berbagai
kaum dengan pakaian tradisional berbagai kaum rakyat Malaysia yang berwarna-warni yang
menambah lagi kemeriahan acara tersebut.

Itulah yang telah membuatkan Lisa tiba-tiba begitu kuat terkenang tentang kampung halaman
dan suasana meriah di Malaysia. Cuaca di luar rumah nya di London yang semakin sejuk juga
menambah rasa rindu pada tanahair. Teringat pada ibubapa, adiknya yang masih kecil,
saudara-mara dan kawan-kawan. Kemeriahan waktu berkumpul di musim perayaan, yang
penting sekali adalah rasa rindu pada masakan selera kampung oleh ibunya dan juga berbagai
jenis makanan Malaysia yang sangat enak seperti roti canai di kedai mamak, cendol, rojak di
gerai-gerai tepi jalan dan sebagainya. Walaupun makanan-makanan tersebut sebenarnya boleh
juga di dapati di beberapa restoran milik rakyat Malaysia di London, tetapi ianya tidak sama
dengan menikmatinya di Malaysia.

Cuma tinggal setahun sahaja lagi untuk Lisa menghabiskan pengajian dan pulang ke Malaysia.

“Yesss! Aku mesti kuatkan semangat dan tidak cepat lemah..Malaysia boleh!” Lisa bercakap
memberikan semangat kepada kepada dirinya sendiri sambal tersenyum memandang cermin.
Seketika kemudian Lisa bergegas ke luar rumah untuk segera bersama-sama Anis yang sudah
lama menunggu. Mereka perlu membeli stok bahan makanan untuk rumah mereka di pasaraya
berdekatan dan pulang sebelum malam untuk mengelak cuaca yang semakin sejuk di waktu
malam.

You might also like