You are on page 1of 2

SULIT

BAHAGIAN C
[ 15 markah ]

Bahagian C ini mengandungi dua soalan. Sila jawab satu soalan sahaja.

Soalan 30 (a)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faedah-faedah internet kepada pelajar. Panjang ringkasan hendaklah tidak melebihi
80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Sejak belakangan ini, penggunaan internet dalam kalangan remaja semakin meningkat.
Hal ini secara langsung menandakan kemajuan bidang teknologi maklumat. Kecanggihan
teknologi internet menjadikannya satu keperluan kepada banyak pihak terutamanya golongan
remaja dan pelajar. Internet boleh membantu para pelajar membuat rujukan dengan cara yang
mudah dan cepat. Pelbagai laman sesawang yang menyediakan maklumat berharga kepada
pelajar.

Dengan menggunakan internet juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana sebahagian besar daripada laman sesawang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa teras. Menerusi kaedah yang sama, pelajar juga
dapat mengetahui pelbagai isu semasa tidak kira dalam negara mahupun luar negara. Selain
sumber berita daripada akhbar mahupun berita televisyen, pelajar juga boleh mendapatkan berita
tentang peperangan, bencana alam, kes juvana dan sebagainya dari seluruh negara dengan hanya
menaipkan satu kata kunci mudah di komputer yang bersambung dengan talian internet.

Selain itu, penggunaan e-mel juga memberikan kelebihan kepada pelajar. Menerusi
keistimewaan yang ada, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan menambah kenalan dari luar
negara. Kaedah berkomunikasi secara e-mel ini sememangnya amat berkesan dalam
menyampaikan maklumat. Cara ini sekali gus membolehkan pelajar mengenali budaya masing-
masing tanpa perlu berbelanja lebih.

Sebagai intiha, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan menggalakkan anak-anak
mempelajari cara menggunakan Internet dengan betul, serta menyediakan pekakasan komputer
yang terkini agar dapat membantu pelajar menggunakan kemudahan internet. Selain memupuk
masyarakat celik teknologi maklumat, keyakinan diri untuk maju dengan arus teknologi moden
ini dapat diperhebat demi kebaikan bangsa dan negara.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Faedah Internet Kepada Pelajar’ e- siswa, April 2009).
SULIT

Soalan 3(b)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar di bawah, tuliskan ulasan tentang
kebaikan mempopularkan permainan tradisional yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

______________________________________________________________________________

You might also like