You are on page 1of 22

Jenis

Pendahuluan
Penulisan Bahasa Melayu
Penulisan
BM 10 jenis pendahuluan karangan
1. Perenggan jenis definisi
1)Perenggan jenis Definisi
Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk
karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk
karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis
deskriptif dan perbahasan.
1. Perenggan jenis definisi
Tajuk: Gejala Sosial
Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial
Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini
jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan
golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar
sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan
harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-
kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba
haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan
mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial
2. Perenggan jenis pendapat tokoh

Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan


pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan.
Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup
atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut
hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang.
Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam
bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan
jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan,
ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan.
Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat
Malaysia
Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains
Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa
rakyat remaja belum bersedia menjadikan amalan
membaca sebagai tabiat harian mereka untuk
menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau
mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat
mustahak berbanding makan kerana setiap bahan
bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk
kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan
pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A,
Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004,
3) Pendahuluan jenis Suasana
3) Pendahuluan jenis Suasana

-Dimulakan dengan mengisahkan satu


keadaan atau suasana di suatu tempat yang
akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan.

-Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk


karangan jenis cerita dan dekriptif.

ถัดไป
Tajuk: Boros berbelanja
Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros

Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah


Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas
pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat
bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas,
saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke
sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar
raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa
pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat
bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari
Raya Aidilfitri.
4) Pendahuluan jenis Persoalan
Pendahuluan jenis
Persoalan

- Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis


banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni
mengemukakan beberapa persoalan yang
dibincangkan dalam isi karangan.

-Sesuai untuk karangan jenis perbahasan,


syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif.
Tajuk : Kemalangan jalan raya
Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya

Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin Bagaimanakah kita hendak mengelak atau
meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan
kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain? kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya?
Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa
meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai
perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-
Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan
motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan jalan raya berlaku?
lain?
5)Pendahuluan Jenis Peribahasa
Pendahuluan Jenis Peribahasa
- Sejak kecil lagi kita diingatkan dengan
peribahasa “sedikit-sedikit lama-lama menajdi
bukit”. Masa depan ketentuan Allah, dan kita
tidak tahu, sebab itu kita perlu menabung
lebih wang yang kita miliki. Satu lagi
peribahasa ada menyebut “kucing melompat,
orang terkejut daripada tidurnya, ayam
berkokok hari pun siang”. Peribahasa ini
membawa maksud kesusahan atau kesukaan
orang lain dan beringat akan masa depan,
sepatutnya menjadi iktibar kepada kita. Hari
ini kita gembira dan tertawa, hari esok kita
tidak pasti. Jangan sampai, seperti kata
peribahasa, “nasi sudah menjadi bubur” baru
kita sedar akan kesilapan kita.
6) Pendahuluan jenis Puisi/ lirik lagu
Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.
Jika diteliti lirik lagu tersebut, jelas sekali bahawa
keazaman dan semangat menjadi penentu kepada
kejayaan seseorang. Tanpa keazaman yang kuat,
sudah pasti kejayaan sukar dicapai sebaliknya jika
kita senantiasa berfikiran positif dan berazam
untuk berjaya, pasti kita dapat menikmati hasilnya.
Penulisan
BM 7 jenis pendahuluan karangan statistik
7 jenis pendahuluan karangan statistik
Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan, secara keseluruhannya,
pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 2020 jelas menunjukkan
bahawa pencapaian murid Bandar melebihi tahap penguasaan minimum (A, B, C ) bagi
subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5 peratus berbanding dengan murid luar Bandar, iaitu 51.9
peratus.
8) Pendahuluan jenis Pantun
8) Pendahuluan jenis Pantun
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa
.
Pantun lama ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa budi bahasa amat
penting untuk diamalkan dan seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang
tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi memupuk
amalan berbudi bahasa dalam kalangan generasi muda pada hari ini.
Wassalam

You might also like