You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA,


JALAN TARUKA OFF JALAN DATIN HALIMAH, Tel : 07-2365636
80350 JOHOR BAHRU, JOHOR. Fax : 07-2363858

Rujukan Kami : PIBG/SKTU JBA 1119/100-19/1/22 ( )


Tarikh : 17 Julai 2022
Semua Ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara,
Johor Bahru.

Tuan/Puan,

SUMBANGAN KEPADA TABUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung PIBG yang bertarikh 28 Mei 2022 (Sabtu), ahli
mesyuarat PIBG dikalangan ibu bapa dan guru telah bersetuju untuk menetapkan kadar
sumbangan PIBG pada tahun ini ialah sejumlah RM100.00 (Ringgit Seratus Sahaja) bagi
setiap keluarga. Kaedah bayaran yang dipersetujui ialah dengan membuat ansuran sebanyak
tiga kali iaitu bayaran pertama RM40.00 (Ringgit Empat Puluh Sahaja), bayaran kedua
RM30.00 (Ringgit Tiga Puluh Sahaja) dan bayaran ketiga sebanyak RM30.00 (Ringgit Tiga
Puluh Sahaja).

2.1 Pembayaran boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu bayaran secara tunai kepada
guru kelas atau bayaran melalui kaedah online di atas akaun Bank Rakyat PIBG SK
TASEK UTARA (No. Akaun 11-140-100192-0) dan sertakan resit bukti pembayaran
online kepada kepada guru kelas anak tuan/puan.

2.2 Sumbangan ini amat diperlukan oleh PIBG untuk membantu pihak sekolah
menjalankan program-program yang telah dan akan diatur demi kejayaan serta
kecemerlangan anak-anak kita disekolah ini.

3. Pihak ahli jawatankuasa PIBG memohon kerjasama daripada semua ibu bapa dan waris untuk
membuat bayaran sumbangan PIBG dengan kadar segera. Potongan bayaran sebanyak RM20
(Ringgit Dua Puluh Sahaja) akan diberikan kepada pembayar yang membayar sebelum 31
Julai 2022. Sebarang pertanyaan, sila terus hubungi pihak sekolah atau ahli jawatankuasa PIBG.
Bersama ini disertakan surat jawapan Sumbangan PIBG untuk makluman pihak tuan/puan.
Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………...
(ABU BAKAR BIN MUSTAFFA)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Tasek Utara,
Johor Bahru.
Sk : Guru Besar SK Tasek Utara
: Semua ahli jawatankuasa PIBG.
Borang Jawapan

Saya ibu / bapa / penjaga kepada _________________________________________ kelas ___________ serta


mewakili anak-anak saya yang bersekolah di SK Tasek Utara ini iaitu :

Bil Nama anak Kelas


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
 Sila senaraikan jika ada.

Dengan ini menyerahkan wang Sumbangan PIBG 2022 yang berjumlah RM 40.00 (Empat puluh ringgit
sahaja) /RM 30.00 (Tiga puluh ringgit sahaja) / RM 100.00 (Seratus ringgit sahaja) kepada pihak sekolah
dengan mewakilkan guru kelas untuk menerima sumbangan tersebut.Terima kasih.

Slip Pengesahan Bayaran Sumbangan PIBG

Dengan ini saya guru kelas kepada _________________________________ kelas _______ telah menerima
sumbangan PIBG 2022 berjumlah RM 40.00 ( Empat puluh ringgit sahaja) / RM 30.00 (Tiga puluh ringgit
sahaja) / Rm 100.00 ( Seratus ringgit sahaja) daripada anak tuan/puan.

You might also like