You are on page 1of 6

SJK TAMIL LADANG KELAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 3/2020

Tarikh : 30. 11.2020

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Cik.S.Sagayamary

Kehadiran(Bilangan) : 5

Turut Hadir (Jika ada): -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru Matapelajaran Bahasa Melayu Beliau
mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana dapat menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa
Melayu terakhir yang diadakan pada hari ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. C.Buvaneswari
Disokong untuk pengesahan oleh Cik.E.Malarvilee

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara dibangkitkan

4 FOKUS MESYUARAT
4.1. Analisa Penilaian yang terakhir/ penyemakan/ pelaksanaan headcount.
4.1.1 Ketua panitia telah membentangkan laporan analisis peperiksaan bulan Mac dan September
bagi tahun 4-6
4.1.2 Beliau memberitahu bahawa keputusan akhir tahun bagi kertas pemahaman dan
penulisan adalah meningkat serta semua kelas telah mencapai ETR..Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua guru atas bimbingan dan dorongannya.
4.1.3 Beliau memberitahu bahawa pentaksiran bulan September telah diambil kira sebagai
keputusan akhir tahun bagi kertas Bahasa Melayu disebabkan penilaian dan pentaksiran
akhir tahun tidak dapat dijalankan sebab PKP.
4.1.3 Ketua panitia telah membentangkan analisis peperiksaan tahun 4-6.
TAHUN BM AR1 AR2
PEMAHAMAN MAC
4A 82.60 81.81
4B 52.63 55.55
5A 8.33 17.39
5B 88.88 94.44
6A 30.00 75.00
JUMLAH 52.48 64.83

TAHUN BM AR1 AR2


PENULISAN MAC SEPTEMBER
4A 39.13 59.09
4B 10.52 11.11
5A 4.1 17.39
5B 66.66 66.66
6A 38.88 66.66
JUMLAH 31.85 44.18

4.2 Intervensi
4.2.1 Tahun 4B dan 5A masih tidak mencapai ETR. Maka semua guru harus berusaha untuk
meningkatkan peratus pencapaian B.Melayu pada tahun 2020.
4.2.2 Ketua panitia membuat kesimpulan bahawa para guru seharusnya memberikan latihan yang
banyak dan efektif serta memperbanyakkan aktiviti bertutur dan membaca dalam kalangan
murid semasa aktiviti pdpc dijalankan.
4.2.3 Ketua panitia meminta para guru berusaha untuk meningkatkan lagi peratus pencapaian ke
arah lebih cemerlang lagi.
4.2.4 Beliau juga memberitahu bahawa bilangan murid lulus harus ditingkatkan lagi untuk
mendapatkan peratus yang lebih baik.
4.2.5 GPK Kurikulum meminta para guru matapelajaran harus berusaha meningkatkan peratus
lulus Bahasa Melayu dengan menjalankan program- program yang berkesan. Guru-guru
juga harus mencari jalan dan tekinik meningkatkan prestasi murid.
Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

4.3 Laporan Program Panitia di Sekolah dan Talian Kokurikulum Akademik


4.3.1 Program yang dirancang adalah;
a) Program Bijak Kamus
b) Program Bengkel UPSR
c) Program Bengkel Kit Sokongan
d) Program PLC
4.3.2 Program bijak kamus, bengkel UPSR tidak dapat dijalankan kerana sekolah diberi cuti
PKB .
4.3.3 Program Bengkel Kit Sokongan dapat dijalankan pada bulan November manakala PLC
juga dapat dijalankan sehingga bulan Oktober.
4.3.4 Ketua Panitia juga berterima kasih kepada semua guru atas sumbangan mereka terhadap
program atas talian. Program atas talian adalah seperti berikut.
a. Karnival Bahasa Melayu Daerah Kulai
b. Johor Ko- Akademik
c. Citra Bahasa
4.3.5 Ketua panitia telah berterima kasih kepada guru-guru yang berganding bahu untuk
menjayakan semua program yang dirancang.

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

4.4 Pelaporan PBS, PBD


4.4.1 Jadual keseluruhan PBD tahun 1-tahun 6.

TAHAP
PENGUASAA
N             BIL PERATUS
 TAHUN 1A 2A 2B 3A 4A 4B 5A 6A MURID %

TP 1 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0.46
TP 2 9 4 5 4 0 5 0 0 25 11.5
TP 3 7 4 4 3 5 7 20 5 55 25.34
TP 4 8 4 4 11 17 5 18 26 93 42.85
TP 5 4 8 7 10 1 2 5 3 40 18.33
TP 6 0 0 0 0 0 0 0 0 0 -
JUMLAH
MURID 28 21 22 28 23 19 42 34 214

4.5 Program 2020.

4.5.1 Ketua panitia meminta cadangan program untuk tahun 2020 daripada guru-guru.
4.5.2 Cik.Malarvilee mencadangkan Program bacaan untuk murid -murid tidak mencapai Band 3
4.5.3 Program-program bagi tahun 2020 telah ditetapakan seperti berikut:
a) Program Bacalah Sayang (TP1-TP3)
b) Program Cemerlang Ria (TP 5 dan TP6)

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

4.6 Buku latihan 2021


4.6.1 Ketua panitia mengatakan bahawa setiap tahun harus menggunakan 2 buku latihan.
4.6.2 Tahun 1- 3 – 1 buku tiga garis , 2 buah buku karangan
Tahun 4- 6 – 3 buah buku karangan.

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

4.7 Dapatan PDPC


4.7.1 Ketua panitia mengucapkan tahniah kepada semua guru yang mengajar dengan cemerlang
dan bekrjasama untuk meningkatkan prestasi murid.
4.7.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para guru kerana telah menjalankan pdpc
berdasarkan PAK - 21. Guru-guru diingkatkan mesti bertutur dalam Bahasa Melayu 100
pertus semasa menjalankan pdpc.
4.7.3 GPK Kurikulum mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang menjalankan pdpc
berdasarkan abad ke 21.
Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

4.8 Dapatan Hasil Kerja Murid


4.8.1 Guru-guru telah memberikan latihan yang efektif kepada murid.
4.8.2 Guru-guru harus berfokus latiahan penulisan pada tahun hadapan terutamanya tahap
dua.
4.8.3 Ini disebabkan murid tidak dapat menulis karangan yang lengkap dalam kertas penulisan.Hal
ini
menyebabkan ramai murid gagal dalam kertas penulisan dan mengakibatkan peratus lulus
dalam
peperiksaan akhit tahun dan UPSR menurun.

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu.


4.9 Perbelajaan 2020

4.9.1 Pada awal tahun Panitia Bahasa Melayu mempunyai peruntukan sebanyak RM 300.00
4.9.2 Ketua Panitia dan guru-guru Bahasa Melayu menggunakan peruntukan tersebut untuk
membeli buku latihan untuk murid-murid.

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu.

5.0 Program PLC

5.0.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa beliau telah menyenaraikan Aktiviti PLC sebanyak
40 kali di laman SPLG.
5.0.2 Aktiviti PLC telah dijalankan pada hari Selasa setiap minggu.
5.0.3 PLC telah dikendalikan oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu.
5.0.4 Laporan PLC telah pun ‘key-in’ di laman SPLK dan laporan telah dimasukkan di fail
PLC.

5.1 PEMULIHAN

5.1.1 Ketua Panitia membentangkan Pemulihan dalam matapelajaran Bahasa Melayu

BIL TAHUN BIL MURID

1 1 9

2 2A 7

3 2B 7

4 3 8

JUMLAH 31

5.1.2 Ketua Panitia menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu perlu berganding bahu
untuk mengurangkan bilangan murid pemulihan demi meningkatk peratus kelulusan
Bahasa
Melayu secara keseluruhan.

Tindakan: Semua Guru Bahasa Melayu

5.3 MBMMBI

5.3.1 Ketua panitia meminta guru Bahasa Melayu mengajar mengikut keperluan dalam
Pdpc.
5.3.2 Guru-guru diminta menggunakan CD MBI untuk kegunaan tahun 2021 dan boleh di
ambil dari pusat sumber sekolah sebab tahun ini semua guru tidak dapat digunakan
dengan penuh.
5..3.3 Guru harus adakan senarai semak penggunaan MBMMBI.
5.3.4 Guru-guru B. Melayu diminta menggunakan bahan bacaan dan sudut MBMMBI di
Pusat Sumebr.
5.3.5.Murid -murid diminta wajib bertutur dalam bahasa melayu pada setiap hari Rabu dan
Khamis
sepanjang waktu persekolahan.

5.4 Program bacaan pagi


5.4.1 Program bacaaan telah dijalankan pada waktu pagi setiap hari
5.4.2 Guru-guru diagihkan kepada kumpulan tertentu .
5.4.3 Guru-guru menggunakan kad bacaan untuk membimbing murid membaca

Tindakan: Semua Guru Panitia Bahasa Melayu

6.HAL-HAL LAIN
6.1 Ketua Panitia memberitahu bahawa bahan keperluan seperti kamus, kad bacaan dan buku
cerita boleh dipinjam dari bilik sumber..
6.2 Ketua Panitia meminta guru-guru Bahasa Melayu mesti bertutur dalam Bahasa Melayu
dengan murid-murid ketika menjalankan pdpc mahupun di luar bilik darjah..

7 .PENUTUP
7.1 Ketua panitia telah mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama
para guru panitia bahasa melayu

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh,

Malarvilee A/P Elamkovan


Setiausaha Panitia B.Melayu
5.12.2020

You might also like