You are on page 1of 4

Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


ANJURAN
PANITIA TAUHID DAN FEQAH
(S.A.R) KAFA INTEGRASI AL-HIJRAH
KOTA KEMUNING SHAH ALAM

1. PENDAHULUAN

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim


kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah
memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini
merupakan program yang dirancang oleh Panitia Tauhid dan Feqah dengan kerjasama
murid-murid tahun 6 bagi memenuhi aktiviti –aktiviti selepas PSRA. Usaha ini juga
diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai
salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk
menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami
ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

2. OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara


pengurusan jenazah
2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.
3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih
mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.

1
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022

3. RASIONAL

Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif
yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang
betul .

4. BUTIRAN TENTANG PERJALANAN MAJLIS

TARIKH : 23hb. NOVEMBER 2022 ( RABU)

TEMPAT : Pelajar Lelaki (Dewan Sekolah)


Pelajar Perempuan (Ruang Solat Muslimat)

MASA : 2.30 petang - 4.15 petang

PENCERAMAH : Pelajar Lelaki (Ustaz Zulkarnain bin Mustafa)


Pelajar Perempuan (Ustazah Mashitah)

5. ANJURAN
Panitia Tauhid dan Feqah Kafa integrasi Al-Hijrah, Kota Kemuning.

6. SASARAN
Semua murid Tahun 6

7. ATURCARA PROGRAM

2.15 petang - Penyediaan tempat oleh murid Tahun 6


2.30 petang - Ceramah oleh Penceramah
3.00 petang - Amali
4.15 petang - Majlis bersurai

2
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022

8. SENARAI AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : Ustazah Nor Azizah binti Aspan

PENGERUSI : Abdul Muhaimin bin Abd Rahman

SETIAUSAHA : Ustazah Siti Noor Aini bt Mohd Yusof

BENDAHARI : Ustazah Nurul Shuhadah bt Abu Bakar

AHLI JAWATANKUASA : Ustazah Syamsathul Mardhiah bt Akbar Ali

Ustazah Siti Khadijah bt Kadir

Normazura bt Shahidan

Ustaz Mohamad Aqram bin Zainudin

Ustazah Siti Zarina binti Ayeop

9. PERBELANJAAN

CENDERAHATI
Saguhati Penceramah = RM 400.00

JUMLAH RM 400.00

3
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2022

10. PENUTUP

Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan
satu amali yang sangat praktikal dan penting sebagai persediaan kepada mereka . Di
samping itu diharapkan program ini akan mampu memberi ilmu yang dapat dimanafaat
sepanjang hayat oleh murid-muird Tahun 6 Kafa Integrasi Al-Hijrah, Kota Kemuning.
Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh ,

........................................................
(Ustazah Siti Noor Aini bt Mohd Yusof)
Setiausaha Program Pengurusan Jenazah

Disemak oleh,

............................................
( Ustazah Noor Fadzlina bt Md Radzi )
Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Disahkan oleh ,

..............................................................
(Ustazah Nor Azizah binti Aspan)
Ketua Guru,
Kafa Integrasi Al-Hijrah Kota Kemuning.

You might also like