You are on page 1of 1

Analisa perkembangan Sabah di bawah pentadbiran SBUB pada 1881-1900.

Pada tahun 1881, SBUB telah mengambil alih pemerintahan di Sabah. Syarikat Borneo Utara
British telah menggabungkan institussi pentadbiran British dengan institusi tempatan.
Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Lembaga
Pengarah Syarikat Borneo Utara British dengan persetujuan daripada kerajaan British di
London.
Penguasaan SBUB terhadap Sabah telah mengakibatkan perubahan dalam pemilikan tanah
dengan pelaksanaan Sistem Torrens. Hal ini berlaku kerana, sebelum penyertaan SBUB,
tanah-tanah tersebut dimiliki oleh pengganti Kesultanan Sulu yang terletak di pantai timur
Sabah dan pangiran dari Kesultanan Brunei yang tinggal di pantai barat Sabah. SBUB telah
menubuhkan Sistem Torrens untuk memudahkan semua prosedur yang berkaitan dengan
pendaftaran, pemindahan hak milik, jual beli, dan kutipan hasil cukai, serta pelaksanaan
undang-undang tanah di Borneo Utara. Dengan adanya Undang-undang Tanah, Sistem
Torrens membolehkan SBUB mengendalikan sepenuhnya urusan pemilikan tanah. SBUB
menjana keuntungan melalui pajakan semasa pentadbiran.
Pengaruh SBUB juga telah menghasilkan penambahbaikan dalam sistem politik dan
pentadbiran. Sebelum campur tangan atau penguasaan oleh SBUB ini, pemerintahan
tempatan adalah berasaskan sistem politik suku, kesultanan, dan pembesar bebas.
Bagaimanapun, selepas mengambil alih, SBUB telah melaksanakan sistem residen dan
melantik gabenor untuk melicinkan pengurusan. W.H Treacher merupakan gabenor pertama,
dan beliau dibantu oleh sebuah majlis pegawai tinggi termasuk Setiausaha Negara,
Bendahari, dan Ketua Pasukan Keselamatan. Di Pantai Barat dan Timur, pentadbiran gabenor
dipisahkan kepada dua entiti pentadbiran yang dikenali sebagai rumah. Walaupun Residen
adalah entiti di bawah gabenor, ia disusun menjadi empat Residensi: Tawau, Sandakan,
Pantai Barat dan Pantai Timur.
Kesimpulannya, pemerintaham dan penguasaan oleh SBUB terhadap Sabah ini telah
menimbulkan pelbagai jenis perkembangan yang sukar untuk tamsilkan sebagai keburukan
atau kebaikan kerana mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat di Sabah.

You might also like