You are on page 1of 8

PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH

PELAJAR BERKENAAN DENGAN


PENTAKSIRAN AKHIR

Adalah saya dengan ini mengaku bahawa skrip


jawapan/tugasan/projek yang dihantar adalah daripada hasil
kerja saya sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur
plagiarisme daripada pelajar lain. Universiti boleh mengambil
tindakan keatas saya sekiranya saya berbuat demikian.

TANDATANGAN :

TARIKH : 11/07/2022

NAMA : MOHD NAZMI AIMAN BIN SHAMSUL

NO. KAD PENGENALAN : 010827-13-0305

NO. PENDAFTARAN :D20211099988

FAKULTI :FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

PROGRAM :IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEJARAH


SOALAN 1
Bincangkan peranan Parlimen sebagai aktor rasmi dalam penggubalan dasar menerusi proses
pembentangan rang undang-undang di Dewan Rakyat sehinggalah kepada kelulusan di
Dewan Negara.

Parlimen Malaysia merupakan sebuah badan perundangan kebangsaan Malaysia.


Parlimen Malaysia terdiri daripada dua buah dewan utama iaitu, Dewan Rakyat dan juga
Dewan Negara. Ahli daripada Dewan Rakyat dikenali sebagai Ahli Parlimen manakala Ahli
Dewan Negara pula dikenali sebagai Ahli Senat atau Senator. Pemilihan wakil-wakil yang
akan bersidang ke Dewan Rakyat akan melalui sebuah proses pilihan raya untuk mengundi
setiap lima tahun. Para perwakilan Dewan Negara pula akan dilantik sendiri oleh Yang di-
Pertuan Agong Malaysia. Sidang Parlimen akan diadakan di Bangunan Parlimen yang berada
di bandaraya Kuala Lumpur. Di Malaysia khususnya, Parlimen berperanan sebagai badan
perundangan dan bertanggungjawab meluluskan, meminda dan memansuhkan undang-
undang. Mengikut Perkara 39 Perlembagaan negara, Parlimen adalah di bawah kuasa Ketua
Negara Yang di-Pertuan Agong. Seramai 222 ahli Dewan Rakyat itu dipilih daripada
kawasan pilihan raya tunggal dengan menggunakan sistem pilihan raya. Atas saranan Perdana
Menteri, pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun atau setiap kali Yang di-Pertuan
Agong membubarkan Parlimen. Parlimen bermesyuarat Isnin hingga Khamis; tiada
perbicaraan pada hari Jumaat memandangkan beberapa negeri Malaysia cuti pada hari
tersebut. Rakyat tidak diwajibkan untuk mengundi walaupun pengundi berdaftar yang
berumur 18 tahun ke atas mempunyai hak untuk mengundi.

Berdasarkan hal yang demikian, sangat jelas ditunjukkan bahawa Parlimen


mempunyai kuasa dan peranan sebagai actor rasmi dalam penggubalan dasar di Malaysia.
Penggubalan dasar yang baharu perlu melalui beberapa proses yang wajib sebelum akhirnya
diluluskan untuk menjadi sebuah dasar baharu negara. Parlimen atau ahlinya akan merangka
sesuatu rang undang-undang yang akan berfungsi sebagai sebuah cadangan pembentukan
atau penggubalan undang-undang baharu yang dibentuk melalui perundangan yang masih
belum diluluskan serta tiada perkenan daripada Raja. Dalam proses penggubalan undang-
undang, Menteri yang berkaitan akan merangka dasar yang ingin diwujudkan di Malaysia.
Proses penggubalan dasar awam juga merupakan sebuah proses yang sangat rumit dan perlu
mengambil kira pelbagai aspek yang akan berimpak kepada dasar tersebut seperti kesan dan
faedah kepada masyarakat. Para penggubal dasar adalah diharuskan untuk sentiasa
memikirkan teknik dan strategi yang paling optimum supaya kesan dan faedahnya adalah
seimbang. Oleh hal yang demikian, para pengkaji atau penganalisis dasar perlu membekalkan
maklumat yang sentiasa tepat untuk memastikan para penggubal dasar dapat menggubal
dasar yang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu dan kemaslahatan yang timbul dalam
masyarakat. Menteri akan menyediakan usul berkaitan dengan rang undang-undang dan
seterusnya dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk mengadakan perbincangan dengan
Perbendaharaan dan sector kementerian yang terlibat dengan rang undang-undang tersebut.
Jabatan Peguam Negara ini berfungsi sebagai penasihat dalam merangka dasar rang undang-
undang.

Draf rang undang-undang pula kemudiannya akan disediakan oleh Jabatan Peguam
Negara setelah dasar rang undang-undang mendapat persetujuan kesemua pihak yang
berkaitan. Draf rang undang-undang tersebut kemudiannya akan dikemukakan kepada para
Jemaah Menteri atau yang digelar sebagai ahli cabinet untuk mendapatkan persetujuan
mereka secara bersama. Jabatan Percetakan Negara akan terus mencetak dan mengedarkan
salinan draf yang dibenarkan kepada semua ahli parlimen, termasuk di Dewan Rakyat dan
juga Dewan Negara. Perkara ini terpakai kepada mana-mana draf yang telah diluluskan oleh
semua anggota Kabinet. Undang-undang yang dicadangkan akan dibentangkan di bahagian
parlimen untuk dipertimbangkan oleh Majlis Parlimen pula. Oleh sebab itu, banyak prosedur
bacaan akan dijalankan dalam setiap dewan, bermula dengan proses bacaan di Dewan Rakyat
dan berakhir di Dewan Negara. Prosedur bacaan akan dimulakan di Dewan Rakyat dan
dibahagikan kepada empat proses peringkat bacaan iaitu, peringkat bacaan pertama, bacaan
kedua, peringkat jawatankuasa, dan peringkat bacaan ketiga.

Menteri berkaitan akan membentangkan draf rang undang-undang kepada setiap ahli
Dewan Rakyat semasa fasa bacaan pertama. Menteri berkaitan kemudiannya akan
memberitahu semua ahli waktu bacaan kedua dan ketiga akan diadakan. Rang undang-
undang yang diperkenalkan sebelum ini akan dibincang dan dibahaskan secara menyeluruh di
Dewan Rakyat semasa bacaan kedua peringkat kedua. Draf rang undang-undang itu akan
diteliti oleh setiap ahli dewan untuk semua implikasinya kepada negara dan rakyat Malaysia.
Menteri yang berkaitan akan menjawab semua pertanyaan yang timbul berkenaan rang
undang-undang tersebut. Draf undang-undang itu kemudiannya akan dibincangkan di
peringkat jawatankuasa dalam langkah seterusnya selepas mendapat persetujuan semasa
bacaan kedua. Semua ahli jawatankuasa mempunyai kuasa untuk menukar rang undang-
undang pada peringkat ini jika perlu. Penelitian dan perbincangan mendalam juga akan
dijalankan. Menteri yang bertanggungjawab akhirnya akan melakukan bacaan ketiga pada
peringkat akhir sebelum teks dibacakan di Dewan Negara selepas proses jawatankuasa
selesai. Setelah proses bahagian jawatankuasa selesai, bacaan untuk kali ketiga pada
peringkat terakhir sebelum dibacakan di Dewan Negara akan dilakukan oleh Menteri yang
berkenaan. Bacaan kali ketiga ini dilakukan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dari
bahagian Dewan Rakyat. Setelah diluluskan, barulah draf rang undang-undang akan berlanut
ke proses bacaan seterusnya iaitu di dalam Dewan Negara

Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah diluluskan
oleh Dewan Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali pertama, kedua, dan ketiga
sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat sebelum diluluskan oleh pihak Dewan Negara.
Dewan akan memilih masa untuk bacaan kedua dan ketiga. Ahli Dewan seterusnya akan
terlibat dalam perbincangan menyeluruh rang undang-undang semasa bacaan kedua. Pihak
yang menyediakan dasar-dasar rang undang-undang itu harus menangani dengan secukupnya
semua pertanyaan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan Negara.
Peringkat ini akan memakan masa yang cukup lama kerana memerlukan persetujuan ahli
Dewan ke atas rang undang-undang yang dibincangkan. Rang undang-undang itu
kemudiannya akan berlanjut ke peringkat seterusnya iaitu peringkat Jawatankuasa yang
apabila setelah diteliti dari segi kebaikan dan keburukan serta kesannya kepada negara dan
rakyat. Ahli-ahli Jawatankuasa kini akan menyemak dengan teliti setiap fasal rang undang-
undang itu. Selain itu, Jawatankuasa mempunyai keupayaan, jika perlu, untuk mengubah rang
undang-undang, namun untuk mengubah rang undang-undang tersebut, Jawatankuasa juga
memerlukan sokongan semua ahli. Rang undang-undang itu sekali lagi akan dikemukakan
kepada Dewan Negara untuk kelulusan selepas bacaan ketiga.

Pada ketika ini, rang undang-undang itu telah diteliti secara menyeluruh oleh Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Sebaik sahaja diluluskan oleh Dewan Negara, rang undang-
undang itu akan diajukan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk
mendapat perkenan Seri Paduka Baginda sebelum dicetak dan diwartakan menjadi undang-
undang.
SOALAN 2

Teori elit menjelaskan bahawa kumpulan elit mempunyai pengaruh yang besar dalam
pembentukan dasar. Huraikan lima (5) kesan teori tersebut dalam analisis dasar awam.

Dasar kerajaan membentuk kehidupan rakyat sesebuah negara. Dasar kerajaan


Malaysia mempunyai keunikkannya yang tersendiri kerana ia dibangunkan sebagai tindak
balas kepada ciri dan permintaan semasa. Sebagai sebuah negara kecil, Malaysia terbahagi
kepada dua wilayah iaitu Semenanjung Malaysia dan Sabah serts Sarawak. Malaysia ialah
sebuah negara berbilang kaum dan etnik yang mengamalkan pelbagai budaya dan agama
dalam suasana sebuah negara persekutuan. Dasar merupakan komponen penting dalam sistem
pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. Dasar tersebut merupakan rangka kerja
pelaksanaan rancangan kerajaan dan pelan tindakan untuk mencapai matlamat untuk manfaat
masyarakat dan negara. Istilah dasar merujuk kepada tindakan aktor tertentu dalam
pembuatan dasar awam formal, seperti agensi kerajaan dan badan perundangan. Dasar
merupakan pilihan yang diambil oleh individu dan organisasi tertentu dalam sesebuah
kerajaan sebagai tindak balas kepada situasi negara bagi mencapai matlamat meminimumkan
masalah tertentu dan menggalakkan pertumbuhan negara. Contohnya isu sosial, isu ekonomi,
isu pertanian dan sebagainya. Malah, bukan sahaja kerajaan akan menetapkan dasar awam,
tetapi sektor swasta juga akan memberi kesan kepada penciptaan dasar atau polisi.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis teori telah dikemukakan bagi membantu menggalakkan
penggubalan dasar di Malaysia. Antara teori yang dikemukakan adalah teori elit. Elit menurut
Harold Lasswell adalah merangkumi para pemegang kuasa dalam sesebuah sistem dan badan
politik untuk kerajaan bagi sesebuah negara. Berdasarkan teori ini, arahan yang diterima
adalah daripada pihak atasan dan akan menuju ke bawah seperti dalam bentuk hierarki. Dari
segi pemilikan kuasa dan pengaruh, kedudukan yang semakin tinggi akan memberikan kuasa
dan pengaruh yang lebih besar dan kuat.

Beberapa unsur-unsur penting yang boleh dikenalpasti dalam pembentukan teori elit ini
adalah kuasa, jumlah yang memegang tampuk kepimpinan atau yang berkuasa, mobility atau
tahap pergerakan golongan bukan elit, nilai elit dalam dasar awam dan juga darjah apati yang
memungkinkan tahap manipulasi terhadap rakyat dan kekerapan melakukannya. Masyarakat
yang berada dalam tampuk teori elit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu masyarakat yang
menguasai dan masyarakat yang dikuasai. Jumlah yang berkuasa adalah hanya golongan
minoriti dan golongan majoriti pula akan diperintahkan. Berkisarkan kepada tahap
pergerakan golongan bukan elit atau mobility mereka, golongan ini akan bergerak secara
perlahan dan secara konsisten untuk memastikan kemampanan sistem kerajaan dan bagi
mengelakkan revolusi yang mungkin berakibatkan dampak yang kritikal kepada pentadbiran
kerajaan. Golongan elit berkongsi pendapat dari segi nilai-nilai asas dalam sistem sosial.
Nilai elit di dalam dasar awam bertujuan untuk mengekalkan nilai-nilai elit itu sendiri tetapi
bukanlah dalam bentuk keinginan daripada rakyat kerana rakyat tidak mampu mempengaruhi
keputusan yang diambil oleh golongan elit ini.

Antara kesan yang timbul berikutan dengan teori elit ini kepada dasar awam adalah
dasar awam hanya akan melambangkan kehendak khas golongan elit sahaja dan bukannya
merujuk kepada keperluan dan kepentingan rakyat terlebih dahulu. Dasar awam hanya boleh
dibuat pindaan atau diubahsuai oleh golongan elit dan sangat jarang dilakukan. Seterusnya,
dasar awam yang digubal tidak merujuk kepada tanggungjawab rakyat namun berkisarkan
kepada tanggungjawab oleh pihak golongan elit. Penggubalan dasar awam pada dasarnya
adalah untuk kepentingan dan manfaat kepada rakyat. Sikap rakyat yang serba pasif dan
mempunyai sikap apati yang tinggi hanya akan membawa kepada monopoli dan manipulasi
yang keterlaluan oleh golongan elit.

Dasar awam yang digubal juga tidak akan ditentukan oleh golongan rakyat namun
hanyalah golongan elit sahaja yang berkuasa untuk menggubal sesebuah dasar. Rakyat hanya
mampu memainkan peranan mereka dalam sistem politik sewaktu pilihan raya diadakan bagi
memilih wakil mereka bagi menentukan pihak yang bakal memerintah. Kesan lain pula
adalah golongan majoriti yang tiada kekuatan sosio-politik seperti golongan elit mampu
untuk mempengaruhi kestabilan dan kelangsungan sistem yang dikelola oleh golongan elit
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan elit berusaha untul memastikan golongan
majoriti bukan elit ini sentiasa berada dalam keadaam yang konsisten dan mapan agar
revolusi yang dikhuatiri berdampak kepada pemerintahan dapat dicegah denga apa sahaja
cara.

Berdasarkan perbincangan ini, kita dapat memahami bagaimana golongan elit


mengurus kuasa dalam politik dan bagaimana, dalam kebanyakan kes, penentangan terhadap
sistem tidak melibatkan rakyat sebaliknya peluang untuk golongan elit menentang golongan
elit, dengan keputusan elit baharu mungkin menggantikan. elit lama atau elit lama dan elit
baru mungkin bergabung membentuk pemerintahan sendiri.
Apabila konfrontasi politik termasuk golongan elit ini, orang ramai sentiasa dalam berada
dalam kerugian. Malah peralihan kerajaan yang berlaku akibat daripada pertembungan ini
bukanlah bersifat struktural, tetapi lebih kepada perpindahan baton antara golongan elit untuk
mengekalkan status quo.

You might also like