You are on page 1of 7

PENGENALAN SAINS SUKAN

1.1 Pengenalan sosiologi sukan

Objektif

1)mentakrifkan main, permainan dan sukan

2)mentakrifkan sosiologi sukan

3)menyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial yang melibatkan penonton, penyertaan
individu dan masyarakat, impak ekonomi, gender dan integrasi kaum.

Main

1. Main adalah bebas. Individu yang terlibat bebas untuk memilih apa saja aktiviti dan jangka masa
yang ia perlukan iaitu tidak tetap.
2. Main mempunyai ruang masa dimana ia merujuk kepada penghadan tertentu seperti ruang dan
masa.
3. Main bersifat tidak pasti dimasa kos, keputusan dan hasil tidak dapat dijangka.
4. Main tidak produktif kerana hasilnya bukan berbentuk kebendaan.

Permainan

1. Wujud keinginan untuk menang yan tinggi kerana ada peraturan dan undang-undang.
2. Individu atau pasukan ada persediaan awal sebelum bermain atau bertanding.
3. Terdapat unsure organisasi dan unsure pertandingan yang melihat kemahiran, strategi dan
nasib.
4. Individu yang menyertai permainan mempunyai matlamat tertentu seperti prestej, status atau
pengiktirafan.

Sukan

1. Lebih tersusun dari segi struktur, organisasi, mempunyai unsure pertandingan untuk
menghasilkan pemenang serta melihat kemahiran perancangan, kemahiran motor, strategi dan
nasib.
2. Ia juga melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi.
3. Sukan juga merupakan sesuatu yang berkaitan dengan aktiviti fizikal yang kompetitif kepada
elemen-elemen main, permainan dan pertandingan.
4. Sukan sebagai sesuatu yang berstruktur, ada matlamat, ada persaingan dan ada pertandingan.
5. Sukan adalah berstruktur mempunyai pelbagai makna dan undang-undang seperti tie-breaker,
dan sudden-death.
6. Ada ruang seperti kolam renang, padang golf, gelanggang bola.
7. Sukan juga mempunyai masa, berbentuk formal, ada heirarki dan mempunyai objektif.

Sosiologi sukan.

1. Merupakan kajian saintifik tentang struktur dan proses social dalam masyarakat berkaitan
dengan sukan.
2. Saintifik bermaksud sesuatu yang teratur, empirical, sistematik serta mengambil kira isu
berkaitan kesahan dan kebolehpercayaan kaedah kajian yang digunakan.
3. Struktur adalah organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu dan
kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik,
sosiolisasi dan proses menginstitusikan manusia dan sukan.
1.2 sukan dan sosiolisasi

objektif
1) mentakrifkan sosiolisasi kedalam sukan dan sosiolisasi menerusi sukan.
2) Membezakan antara sosiolisasi kedalam sukan dengan sosiolisasi menerusi sukan besertakan
contoh.

 Sosiolisasi sukan adalah proses di mana manusia yang bergelar atlet mempelajari
mengenai budaya sesuatu sukan serta menentukan bagaimana menjadi ahli dalam
sesuatu masyarakat tersebut.
 Penglibatan individu dalam sukan dapat membuka ruang untuk mereka bersosiolisasi
serta berinteraksi dengan orang lain.
 Proses sosiolisasi sukan berlaku menerusi dua cara iaitu sosiolisasi kedalam sukan dan
sosiolisasi menerusi sukan.

Sosiolisasi kedalam sukan

 Indv. Telah memilih utk libatkan diri kedlm sukan kerana minat dan juga kesan dr pengaruh,
dorongan serta impak agen sosiolisasi.
 Pengaruh agen-agen sosiolisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang
diperlukan dalam sukan yang diceburi.
 Individu disosioliasikan dengan sukan berdasarkan pengaruh agen institusi social seperti
keluarga atau rakan sebaya atau sekolah atau masyarakat atau media massa
 Cth: keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat atau media

Sosiolisasi menerusi sukan

 Sukan itu sendiri menjadi alat proses sosiolisasi.


 Elemen dlm sukan spt sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, menghormati indv lain dan
peraturan.
 Sukan akan membentuk nilai murni.
1.3 sukan dan integrasi kaum

objektif
1) membincangkan punca dan kesan polarasi kaum dalam konteks sosiologi sukan.
2) Menjelaskan bagaimana sukan membantu proses integrasi kaum.
3) Membincangkan sebab dan kesan dominasi sesuatu kaum dalam sukan di Malysia dan langkah
mengatasinya.

 Sukan dominan berdasarkan kaum bermaksud sukan yang menjadi pilihan atau
dimonopoli atau didominasi oleh kaum seperti bola keranjang atau ping pong atau
badminton pada kaum cina sepak takraw pada kaum melayu atau kriket pada kaum
india.

Punca berlaku sukan dominan

 Permainan tradisi yang dimonopoli sejak dulu lagi


 Persepsi atlet dari kaum lain terhadap sukan dominan dr kaum lain.
 Perbezaan warna kulit juga boleh mempengaruhi penglibatan kaum dalam sesuatu jenis sukan

Kesan sukan dominan

 Tidak akan wujud perpaduan kaum


 Sukan tidak berkembang
 Sukan dikuasai hanya kaum tertentu sahaja
 Tidak dapat mencapai tahap pencapaian yang boleh membanggakan

Peranan dalam menggalakkan integrasi kaum.

 Menyediakan pelbagai jawatan utk pelbagai kaum


 Mengadakan pertandingan persahabatan
 Menggalakn pelbagai kaum menguruskan pertandingan
 Mengadakan lawatan sukan trhdp pertubuhan sukan yg terdiri drp pelbagai kaum
 Mengadakan pemilihan pemain drp pelbagai kaum.
 Mengagihkan peranan kpd pelbagai kaum
 Mengagihkan peranan kpd pelbagai kaum
 Sentiasa faham kehendak sosiolisasi
 Sentiasa mewujudkan permuafakatan atau kerjasama
 Perlu menghormati budaya kaum lain
Langkah mengurangkan dominasi kaum

 Menggubal peraturan permainan yg melibatkan penyertaan pelbagai kaum


 Mengadakan publisiti pada semua kaum.
 Pengenalan sukan kpd kaum lain yg kurang libatkan diri.
 Memberi peluang kpd semua pelajar.
 Mendokong konsep sekolah wawasan.
 Sediakan infrastruktur yang cukup
1.4 sukan dan gender

objektif
1) membandingkan penglibatan lelaki dan wanita dalam sukan.
2) Menjelaskan isu-isu wanita dalam penglibatan sukan, penajaan dan ganjaran.
3) Menjelaskan langkah meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan di semua peringkat.
4) Memerihalkan sumbangan wanita dalam sukan di Malaysia yang mencakupi penyertaan,
pengurusan, dan pencapaian berdasarkan media elektronik dan media cetak.
5) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan ekonomi yang diperoleh
daripada media elektronik dan cetak.

 Keperluan untuk bersukan memberikan makna yang lebih fleksibel terhadap kelakian
dan kewanitaan untuk mencapai persamaan gender dalam sukan.
 Penglibatan dan isu persamaan taraf telah dibangkitkan pada awal 1970-an, berlaku
perubahan ketara dalam dunia sukan, di mana ramai wanita telah melibatkan diri dalam
sukan.
 Penglibatan wanita dalam sukan semakin meningkat kerana peluang, ada undang-
undang yang menuntut layanan sama rata dalam sebarang program sukan.
 Ia juga kerana telah wujudnya pertubuhan wanita, golongan wanita juga telah
memikirkan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal mereka.
 Selain itu, liputan media yang meluas terhadap wanita dalam sukan telah dapat menarik
minat golongan wanita bersukan.

ISU WANITA

 Halangan ibu bapa. Bimbang bahawa sukan akan menjejaskan pelajaran anak-anak dan masa
depan anak terjejas.
 Gangguan seksual.
 Gangguan emosi .mereka tidak suka aktiviti bersifat pertandingan kerana akan menyebabkan
kebimbangan yang sangat tinggi, boleh menyebabkan ketidakseimbangan emosi dan kanak-
kanak perempuan mempunyai ekspresi ntakut lebih daripada lelaki.
 Penajaan
 Kerjaya
 perkahwinan

Langkah meningkatkan penglibat wanita

 Liputan media meluas.-tarik minat wanita utk bersukan


 Undang-undang
 Meningkatkan tahap kesihatan.
 Meningkatkan tahap kesihatan.
 peluang
1.5 sukan dan ekonomi
 sukan dapat menjana pendapatan Negara melalui beberapa cara :
penganjuran sukan.kutipan yuran penyertaan atau kutipan tiket atau pengeluaran dan
penjualan cenderamata.
Kehadiran pelancong samada sebagai pelancong biasa atau pelancong sukan akan
menyebabkan berlakunya tukaran wang, kemasukan pelancong asing juga boleh menghasilkan
tukaran asing yang baik.ia boleh meningkatkan pelaburan asing ke dalam Negara.
Mempromosi imej Negara. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.
Penajaan oleh syarikat yang hebat dan mempunyai pengaruh.
Hak penyiaran.negara-negara yang terlibat akan membeli siaran tersebut melalui Negara kita.
Membina infrastruktur sukan.negara yang menyertai sukan akan menyewa bagi tujuan
latihan.ini akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

You might also like