You are on page 1of 13

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

70400, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKNOLOGI AUTOMOTIF /1043

TAJUK
CARA BUKA DAN PASANG DRIVESHAFT

NAMA
MUHAMMAD ABID BIN MOHD SUHAIMI

NO K/P
050126-05-0253

PROGRAM
1 SVM MTA

PENTAKSIR
AHMAD TARMIZI BIN ABU BAKAR
DRIVESHAFT
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1 PENGENALAN 1

2 PENGHARGAAN 2

3 CARA MEMBUKA DRIVESHAFT 3-5

4 CARA MEMASANG DRIVESHAFT 6-9

5 PENUTUP 10
PENGENALAN

Aci pemacu atau lebih dikenali sebagai drive shaft merupakan satu komponen pada
kenderaan yang berfungsi sebagai sistem penghantaran kuasa atau sistem pemacu
bagi menggerakkan kenderaan. Ianya merupakan komponen yang bersambung di
antara enjin dan tayar di dalam kenderaan. Sistem penghantaran atau sistem
pemacu ialah suatu siri rangkaian penghantaran kuasa enjin untuk menggerakkan
kenderaan. Terdiri daripada clutch, gear box, proppeller shaft, universal joint,
diffrential unit dan drive shaft untuk menggerakkan roda kenderaan (wheel).
Transmission. 1.2 Ciri- Ciri dan Penghantaran Kuasa Penghantaran kuasa boleh
dikenali dengan beberapa ciri yang terdapat padanya iaitu seperti boleh
menyambung dan memutuskan aliran kuasa daripada transmission box ke roda
kenderaan. Ianya juga digunakan sebagai alat bagi menambah dan mengurangkan
daya kilas serta kelajuan kenderaan

1
PENGHARGAAN

Assalammualikum,

Saya Muhammad Abid Bin Mohd Suhaimi dari kelas 1 SVM MTA bersyukur ke
hadrat ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmatnya saya dapat menyiapkan folio
yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Teknologi Automotif saya, Cikgu Tarmizi Bin
Abu Bakar.

Di samping itu,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
Pendidikan Teknologi Automotif saya, Cikgu Tarmizi kerana telah memberikan
tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya,Mohd Suhaimi
Bin Abdullah dan Mashitah Binti Jaafar kerana telah membantu saya dari segi
kewangan serta sokongan mental dan fizikal.

Akhir sekali,saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan saya dari kelas 1 SVM MTA kerana telah menolong dan menyokong
saya sepanjang menyiapkan folio ini.

Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua

2
CARA-CARA MEMBUKA BUKA DRIVESHAFT

1)

Buka nat bersaiz 32mm yang mengikat driveshaft pada hub kereta. Nat yang tinggi
torquenya perlulah menggunakan batang paip atau pryer bar bagi memudahkan
kerja-kerja memusing nat tersebut.Apabila dah dapat dipusing barulah jack kereta
dan jangan lupa letakkan juga jack stand untuk keselamatan.

2)

Keluarkan tayar dan nat driveshaft pada hub seperti mana pada gambar yang
ditunjukkan di atas.Sebelum tu unutk membuka nat ini cotter pin yang menjadi lock
nat ini hendaklah terlebih dahulu dikeluarkan.

3
3)

Buka nat absober bersaiz 17mm iaitu 2 biji nat untuk absober. Bagi yang
menggunakan nat chamber perlulah anda menandakan dahulu bahagian antara
absober dengan knuckle supaya chamber tidak lari nanti. Tetapi kereta di atas tidak
mrnggunakan nat chamber dan lebih senang untuk memisahkan absober daripada
knuckle. Tarik knuckle ke arah anda untuk mengeluarkan driveshaft.

4)

Buka drain nat minyak gearbox kerana minyak akan keluar melalui lubang
kemasukan driveshaft pada gearbox seandainya kita tidak mengeluarkan sedikit
minyak gearbox. Keluarkan minyak sekadar 1liter sahaja. Bagi gearbox auto tidak
perlu keluarkan minyak gear kerana minyak gear auto tidak akan keluar walaupun
dicabut driveshaft. Gearbox auto ada oil pan untuk menakung minyak gear dan tidak
sama seperti gearbox manual.

4
5)

Letakkan hujung alatan pembuka tayar ini antara cv joint dan gearbox yang
ditunjukkan di atas. Sekiranya tiada alatan ini kita boleh menggunakan screw driver
yang besar.

6)

Apabila dah rasa ketat tolak dengan sekali hentakan ke arah berlawanan dan kalau
dah kena caranya, dengan sekali hentak sahaja cv joint itu dapat dipisahkan
daripada gearbox. Sebelum itu sengetkan dahulu knuckle supaya ada ruang untuk
memisahkan cv joint ini. Apabila dah keluar hujung ini barulah boleh mengeluarkan
driveshaft berkenaan.

5
CARA-CARA MEMASANG DRIVESHAFT

1)

Periksa dahulu kandungan grease sebelum memasukkan driveshaft pada


bahagian dalam cv joint kerana kita akan tahu sama ada kandungan grease itu
mencukupi atau tidak.

2)

Kepala driveshaft perlu letak minyak supaya nanti tidak terlampau kering dan ia
akan jd licin di bahagian oil seal sebelum berlaku pergerakan dan tidak akan haus
permukaan pada oil seal

6
3)

Masukkan bahagian sebelah dalam drive shaft ke dalam lubang pada gearbox. Bagi
memudahkan kemasukannya ke dalam lubang gearbox sapu sedikit gris pada
hujung driveshaft. Hujung driveshaft yang bersambung dengan roda juga
dimasukkan pada hub ruda. Kemudian ketukkan bahagian hujung driveshaft ini
dengan tukul bersalut getah. Untuk lebih selamat, masukkan nat pada driveshaft
tersebut dan baru diketuk supaya bahagian hujung driveshaft tersebut tidak rosak.
Jika hujung driveshaft yang bersambung dengan gearbox tidak rapat sepenuhnya
jangan dipaksa pusingkan drive shaft tersebut dan ketuk semula. Ulang sehingga
hujung driveshaft tersebut masuk sepenuhnya pada gearbox. 

7
4)

Langkah seterusnya pasangkan semula tie rod dan ketatkan natnya. Pasang
semula lower arm dan ketatkan natnya.

8
5)

Langkah seterusnya pasangkan semula tie rod dan ketatkan natnya. Pasang
semula lower arm dan ketatkan natnya.  Akhir sekali pasang semula tayar dan
jangan ketatkan dulu natnya, pasang dengan longgar sahaja. Cuba pusingkan tayar,
jika driveshaft boleh berpusing dengan baik tanpa ada bunyi-bunyi yang pelik maka
anda sudah berjaya. 

9
PENUTUP

Assalammualaikum dan Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan izin


Allah SWT.Saya dapat menyiapkan kerja khusus yang diberikan oleh guru dalam
masa beberapa hari.

Daripada hasil kerja khusus ini saya sedikit sebanyak dapat menambah limu
pengetahuan saya mengenai Cara Membuka Dan Memasang Driveshaft.

Saya juga dapat mengetahui alatan yang digunakan semasa membuka dan
memasang driveshaft.Saya harap segalanya yang dipelajari dapat menyenangkan
kerja saya semasa diberi tugasan amali Cara Membuka Dan Memasang Driveshaft.

SEKIAN TERIMA KASIH

10c

You might also like