You are on page 1of 3

ST8

1.Huraikan hubungan diplomatik melalui sistem naungan jizyah pada zaman Khulafa ar-Rasyidin
dan ummaiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.

Bincangkan sistem ekonomi/percukaian jizyah yang dilaksanakan semasa pemerintahan khulafa


ar rashidin dan umayyah dari abad ke7 hingga 11m

Pemerintahan khulafa ar-Rasyidin bermula selepas kewafatan nabi Muhammad yang


terdiri daripada empat orang khalifah yang berpusat di Madinah. Manakala kerajaan umaiyyah
diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian yang terdiri pemerintahannya selama 90 tahun yang
berpusat di Damsyik. Hubungan naungan jizyah bererti cukaui perlindungan yang dibayar oleh
kerajaan serta masyarakat bukan islam kepada kerajaan islam sebagai tanda perlindungan dan
pengiktirafankepada kekuasaan kerajaan islam. Kedua-dua kerajaan ini menjalinkan
sistem/hubungan jizyah dengan negara-negara lain disebabkan oleh proses penaklukan dan
proses hubungan diplomatik dengan kerajaan bukan islam.

Hubungan naungan jizyah bermula pada zaman Abu Bakar As-siddiq semasa
pemerintahan khulafa ar-Rasyidin. Hubungan/pelaksanaan/proses/pengurusan jizyah ini berlaku
disebabkan terjadinya proses perluasan wilayah melalui ekspedisi ketenteraan dan pross dakwah.
Semasa pemerintahan Abu Bakar tentera islam telah menakluki beberapa wilayah di Iraq dan
Syria memalui proses peperangan. Hal ini menyebabkan pemerintah di wilayah tersebut
bersetuju untuk membayar jizyah sebanyak 10 ribu dinar setahun kepada kerajaan Madinah.
Wilayah yang ditakluki seperti Iraq, al-Anbar sanggup menaung di bawah kerajaan islam dengan
membayar jizyah bergantung kepada individu. Melalui pembayaran ini menunjukkan
pengiktirafan masyarakat bukan islam terhadap kekuasaan kerajaan khulafa ar-Rasyidin.

Hubungan naugan jizyah diteruskan lagi semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
Ini disebabkan tentera islam mencapai kejayaan yang besar dengan menakluki wilayah-wilayah
luar yang luas seperti Mesir, Syria, Asia Tengah dan sebagainya. Bagi melicinkan kutipan jizyah,
Khalifah telah melaksanakan dua polisi dalam pembayaran jizyah iaitu gabenor wilayah sendiri
yang menentukan kadar jizyah penduduk wilayah tersebut. Syarat kaedah yang kedua ialah
khalifah akan mengadakan perjanjian bagi menentukan kadar jizyah yang perlu dibayar oleh
masyarakat kepada kerajaan islam. Pemimpin Baitumaqadis dan Babylon bersetuju membayar
jizyah kepada khalifah menerusi perjanjian. Masyarakat bukan islam di Syria 1 hingga 4 dinar
setahun kemudian masyarakat Mesir perlu membayar 2 dinar setahun manakala, golongan agama
di Baitulmaqadis tidak dikenakan jizyah oleh keerajaan islam.

Pelaksanaan jizyah juga dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.
Pelaksanaan jizyah ini dilaksanakan kerana dasar-dasar perluasan kuasa yang dilaksanakan oleh
Khalifah Uthman menyebabkan wilayah taklukan islam semakin meluas. Pembinaan angkatan
tentera laut yang dibina/didirikan semasa pemerintahan Khalifah Uthman menyebabkan banyak
wilayah-wilayah di perairan Afrika Utara dapat ditakluki oleh tentera laut kerajaan islam.
Kejayaan institusi penaklukan menyebabkan wilayah-wilayah seperti Mubah, Qairawan, Tripoli
di Afrika Utara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan islam. Hal ini
dibuktikan apabila kerajaan dan masyarakat di wilayah tersebut bersedia untuk membayar jizyah
kepada kerajaan islam/ Khalifah Uthman bin Affan dengan kadar yang ditentukan oleh kerajaan
islam. Maka, pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman sumber pendapatan negara melalui
jizyah semakin baik.

Pada Pemerintahan Ummaiyah pula pelaksanaan kutipan jizyah dilaksanakan oleh


Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Pelaksanaan jizyah ini dilakukan kerana kerajaan telah
menakluki wilayah-wilayah yang lebih luas dengan mempunyai penduduk yang ramai. Bagi
menjaga kedaulatan negara dan kelancaran pentadbiran, khalifah telah mengenakan cukai jizyah
kepada masyarakat bukan islam serta masyarakat islam bukan arab (Mawali). Dasar ini
dilaksanakan kerana untuk mengelakkan orang bukan islam memeluk islam supaya tidak
dikenakan jizyah, membayar cukai perlindungan kepada kerajaan Byzantine serta menampung
kos pemberontakan dalam negara. Pemberontakan ini dilakukan oleh golongan syiah dan
khawarij disebabkan dasar diskriminasi kerajaan umaiyah terhadap golongan mawali. Khalifah
juga telah mengenakan jizyah kepada golongan rahib dan menukar bayaran jizyah dalm bentuk
hasil tanaman kepada bayaran tunai (dirham).

Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau beliau telah melaksanakan beberapa
perubahan terhadap pelaksanaan jizyah dan cuba kembali kepada kaedah islam sebenar. Dasar
pelaksanaan jizyah oleh khalifah umar adalah untuk mengurangkan rasa tidak puas hati golongan
mawali terhadap kerajaan. Jizyah ke atas golongan mawali kemudiannya dimansuhkan asalkan
mereka beragama islam. Usaha ini mendapat tentangan daripada beberapa gabenor yang
dikhuatiri akam memberikan kesan buruk terhadap kewangan negara. Khalifah Umar Abdul Aziz
juga telah membezakan antara jizyah dan kharaj. Jizyah hanya dikenakan kepada golongan
bukan islam manakala, kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira samada ianya
seorang islam ataupun bukan islam. Kadar jizyah kemudiannya telah dikurangkan kepada kadar
yang mampu dibayar oleh golongan bukan islam setelah kewangan negara kukuh. Pelaksanaan
jizyah yang adil ini berjaya menarik semula sokongan golongan zimmin dan golongan mawali
terhadap kerajaan ummaiyah.
Kesimpulanya, Pelaksanaan jizyah bukan sahaja membuktikan kekuasaan kerajaan islam
tetapi pada masa yang sama dapat meningkatkan sumber pendapatan negara. Sistem naugan ini
diteruskan lagi pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan-kerajaan islam selepasnya.

You might also like