You are on page 1of 9

+

AH10203
SEJARAH PERBURUHAN DI MALAYSIA
TUGASAN BERKUMPULAN(K12)

TUGASAN 2:
Pelajar perlu menerangkan kesan kawalan terhadap kesatuan
sekerja dengan memfokuskan kepada fenomena labour
quiescence.
DISEDIAKAN OLEH:
Nama No Matrik
1. Hazimah Syamimi Binti Roslin Aliudin BA20110313
2. Jacqueline Cety Henry BA20110520
3. Maliki Bin Awang Rahim BA20110142
4. Mohd Firdaus Bin Erwan BA20110853
5. Nabihah Binti Ramlan BA20110187
6. Nur Fatihah Afifah Binti Mohd Fazil BA20110402
7. Siti Norfazirah Binti Muin BA20110765
8. Stella Tangkawang BA20110641

DISEDIAKAN UNTUK:
PENSYARAH : DR. MAHADIRIN HJ AHMAD

TUTOR : MS.NASSIAH GAONG


ABSTRAK
Bermula tahun 1920-an lagi berlaku perkembangan gerakan buruh di Tanah Melayu seiring
dengan pergerakan oleh pihak komunis yang membawa serta menyebarkan fahaman radikal dan
kegiatan mereka yang berunsur keganasan serta penindasan terhadap rata-rata penduduk di
Tanah Melayu pada ketika itu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, sikap dan prejudis komunis
mengundang kepada kelemahan hubungan antara masyarakat di Tanah Melayu sehingga
mewujudkan deskriminasi perkauman dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu khususnya
dalam organisasi seauatu pekerjaan. Dalam Perkembangan dan kemajuan komunis dalam
organisasinya telah membawa kepada pembentukan sebuah parti yang dikenali sebagai Parti
Komunis Malaya pada sekitar tahun 1928. Keadaan ini mengakibatkan kesukaran pembentukan
kesatuan sekerja melalui piawaian Labour Quiescence dalam organisasi pekerjaan kerana tidak
berlaku keadaan suasana kerja yang harmoni. Sehubungan dengan kekacauan yang dilakukan
oleh pihak komunis pada tahap radikal menyebabkan Undang-undang Darurat diisyitiharkan
pada tahun 1945. Justeru dengan itu, objektif kertas kerja ini akan cuba menghuraikan secara
menyeluruh berkenaan kesan yang akan berlaku akibat daripada kawalan kesatuan sekerja
terhadap piawaian Labour Quiescence dalam suasana pekerjan di Tanah Melayu.

1.0 PENGENALAN

Kesatuan sekerja didefinasikan sebagai satu gabungan diantara pekerja dan majikan.
Selain itu, kesatuan sekerja merupakan pertubuhan berdaftar dibawah undang-undang
pendaftaran kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja berfungsi dalam menjaga dan meningkatkan
suasana kerja serta taraf hidup ahli mereka. Kesatuan sekerja di Tanah Melayu sudah wujud
sejak zaman kolonial lagi ekoran daripada perkembangan perlombongan dan estet. Gerakan
komunis atau lebih dikenali sebagai penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) telah
menyebabkan kesatuan sekerja menjadi dua bahagian iaitu dari tahun 1920 sehingga 1948
merupakan bahagian pertama dan pada tahun 1948 sehingga 1957. Tanah Melayu pada masa itu
terpaksa mengisytiharkan darurat pada 16 Jun 1948 disebabkan kebangkitan pergerakkan
komunis Malaya. Gerakan ini bertujuan ataupun bermatlamat bagi membentuk sebuah negara
Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Tambahan pula, PKM mempunyai pengaruh yang
besar dalam kesatuan sekerja. PKM dapat menyatukan buruh yang terdapat dalam Kesatuan
Buruh Am. Perkara ini menyebabkan berlakunya banyak mogok pekerja dilakukan disebabkan
pengaruh itu. Pada 31 Julai 1960 perintah mengenai darurat telah diisytiharkan tamat. Oleh yang
demikian, kerja kajian ini membicarakan mengenai kesan kawalan terhadap kesatuan sekerja
dengan memfokuskan kepada fenomena labour quiescence.

2.0 OBJEKTIF KERTAS KERJA

Kesatuan sekerja adalah organisasi yang diwujudkan secara kolektif agar dapat
mencapai banyak matlamat yang sama seperti melindungi integriti perdagangan, meningkatkan
standard keselamatan, dan memperoleh upah yang lebih baik.Kesatuan sekerja ini juga
ditubuhkan unuk memelihara hak-hak pekerja agar tidak berlaku diskriminasi majikan terhadap
pekerja.
Objektif bagi penulisan kertas kerja ini adalah untuk menerangkan kesan kawalan terhadap
kesatuan sekerja dengan memfokuskan kepada fenomena labour quiescence. Bagi mencapai
objektif ini kami akan menerangkan tentang kesan kesatuan sekerja dengan lebih terperinci dan
berkait rapat dengan fenomena tersebut.

3.0 LABOUR QUIESCENCE

Sejak zaman kolonial merupakan era perkembangan buruh serta bangkitnya isu dan
senario hubungan industri di Malaysia. Hal ini dapat dilihat berlaku ekoran daripada pentadbiran
pihak penjajahan di Tanah Melayu dan banyak perubahan dan perkembangan yang berlaku. Pada
era 1970-an timbul “Labour Quiescence” yang mana fenomena ini berlaku di negara yang mula
mengambil berat suasana yang produktif sekaligus mewujudkan keharmonian dalam sesebuah
organisasi serta negara. Oleh disebabkan itu, perkara ini telah dijadikan syarat dalam sesebuah
perhubungan perusahaan bagi menunjukkan sokongan kepada pembagunan negara kerana saat
itu banyak menunjukan kepelbagaian bentuk program pembagunan. Di Malaysia dan
dikebanyakkan negara anggota ASEAN mengalami fenomena yang sama ini (Mahadirin Ahmad
& Bustami, 2016).
Menurut Sharifah, 2016 apabila pertikaian antara aktor-aktor dalam hubungan industri
gagal untuk diselesaikan secara baik atau damai, hal ini akan mendorong pihak yang bertikai
untuk menggunakan cara yang agresif bagi menampakkan ketidakpuasan hati terhadap isu yang
bangkit. Oleh itu, dalam kontek ini terdapat jenis tindakan perusahaan yang dibenarkan menurut
undang-undang. Antara tindakan tersebut adalah mogok, piket dan sekat masuk atau “lock out”.
Tujuan dan matlamat tindakan perusahan itu dilakukan adalah untuk mendesak atau memaksa
secara agresif kepada pihak-pihak yang terlibat untuk menurut kehendak serta kemahuan yang
bertikai.
Menurut Mahadirin, 2016 dapatan telah menunjukkan penggurangan yang ketara
berdasarkan beberapa fasa perkembangan iaitu fasa sebelum kemerdekaan, fasa awal
kemerdekaan dan fasa proses perindustrian. Secara tidak langsung hal ini telah menyumbang
kelemahan fungsi kesatuan sekerja di Malaysia. Antaranya ialah peningkatan jumlah kes union
busting dan mengurangkan pengaruh kesatuan sekerja dalam penentuan pelbagai dasar
pembagunan. Jelaslah bahawa keharmonia dalam sesebuah organisasi hanya dinikmati oleh
majikan sahaja dengan perlu mengorbankan kepentingan yang sepatutnya pekerja dapat.
Penceritaan atau maklumat yang ingin disampaikan dalam artikel berkaitan
menerangkan dengan lebih jelas mengenai bagaimana tindakan perusahan iaitu mogok yang
sering berlaku di negara Eropah sekitar tahun 1970 serta menceritakan kesinambungan kepada
situasi yang berlaku. Seterusnya, dalam artikel Crowley telah menyatakan tentang perundingan
kolektif yang harus dilakukan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi untuk mencapai
hubungan yang harmoni diantara pekerja, majikan dan juga persekitaran kerja ayng terlibat.
Namun dalam artikel tersebut timbul persoalan mengenai adakah buruh dalam masayarakat
pasca komunis cukup kuat atau lemah.? Dalam artikel tersebut penulis berhujah menyatakan
buruh pasca komunis sebagai buruh yang lemah meskipun tidak mempunyai bukti yang tepat
namun telah menyatakan beberapa perkara yang menerangkan kelemahan buruh pada pasca
komunis. Selain itu, kewujudan persaingan antara kesatuan dengan kesatuan yang lain dan pada
akhirnya memberikan impak peningkatan kepada pertambahan keahlian dalam sesebuah
kesatuan.

4.0 KAWALAN KESATUAN SEKERJA


Kesatuan sekerja merupakan satu gabungan pekerja-pekerja membentuk satu
persatuan. Kesatuan boleh ditubuhkan oleh mana-mana pihak sama ada majikan atau pekerja
dan terdiri daripada mana-mana pertubuhan, pekerjaan atau industri tertentu dan mempunyai
tujuannya tersendiri berkaitan hal-hal pekerjaan. Kesatuan sekerja juga merupakan satu bentuk
penyaluran untuk meluahkan atau mempersoalkan tindakan majikan dan berfungsi untuk
menyelesaikan konflik yang berlaku diantara majikan dan pekerja tentang pekerjaan. Dalam
hubungan industri kesatuan sekerja adalah salah satu aktor yang memainkan peranan penting
dalam melindungi hak-hak ahli mereka (Armstrong, 1999; Salamon, 2000). Para pekerja
mempunyai kesedaran akan kepentingan jika mereka bergerak bersama dengan menyertai
kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja ini dapat meningkatkan motivasi pekerja dan mengelakkan
rasa tidak puas hati pekerja daripada terus berleluasa. Menurut Thomas (1982), pekerjam
membuat keputusan menyertai kesatuan bergantung kepada faedah yang diterima.

Menurut Rue (2000), kawalan ialah satu proses untuk memastikan bahawa aktiviti
organisasi berjalan mengikut perancangan. Proses ini merupakan satu perbandingan prestasi
sebenar dengan standard yang sedia ada dan mengambil tindakan penambahbaikan dengan
mengisi kekurangan-kekurangan yang ada. Kawalan dalam pengurusan bertujuan memastikan
penyediaan lebih awal dibuat oleh pengurus untuk menghadapi masalah di masa hadapan,
Menurut Williams (2000), terdapat lima bentuk kawalan yang digunakan oleh pengurus dalam
melaksanakan proses kawalan. Pertama ialah kawalan birokratik. Kawalan ini menggunakan
kuasa hierarki untuk mempengaruhi golongan pekerja. Pekerja yang taat akan diberi ganjaran
dan pekerja yang tidak mengikut peraturan akan diberi hukuman. Selain itu, kawalan objektif
dimana tingkah laku seorang pekerja diambil perhatian dan penilaian terhadap prestasi pekerja.
Seterusnya, kawalan normatif. Kawalan ini dimana pekerja mempunyai kepercayaan dalam
organisasi. Di samping itu, kawalan bersepadu merupakan kaedah yang didapati dari persetujuan
kumpulan kerja. Kawalan diri dimana pekerja dan pengurus mengambil tindakan dengan
menetapkan matlamat mereka sendiri.

Kawalan-kawalan yang ada membantu untuk mengelakkan berlakunya


penyelewangan yang boleh dijangka. Hal ini kerana, pengurus dapat mengetahui daripada
pekerja jika berlakunya pekara sebegitu berlaku. Selain itu, kawalan yang ada membantu segala
aktiviti yang telah dirancang terlaksana dengan baik dan kesilapan dapat diketahui dan tindakan
penambahbaikan dapat diambil dengan segera. Kawalan akan memastikan pekara yang sama
berlaku tidak akan berulang dan sebarang aktiviti yang berlaku akan direkodkan dan ia dapat
digunakan untuk masa hadapan.

5.0 ANALISIS HUBUNGAN

Fenomena Labour Quiescence berlaku pada era 1970-an sehingga 1990an di kebanyakan
negara termasuk dinegara-negara ASEAN termasuk negara Malaysia. Scenario hubungan
industri yang berlaku di Malaysia bermula sejak tahun 1920-an lagi dan dipengaruhi oleh dasar
pentadbiran pihak British pada ketika itu. Sejak pergerakan buruh berlaku, kesatuan sekerja
berkembang dan mengalami proses perubahan berdasarkan dasar kawalan dan sekatan termasuk
pengenalan Undang-undang Darurat. Kelemahan kesatuan sekerja akan mengakibatkan
kecacatan dalam pentadbiran perusahaan. Oleh itu, melalui fenomena Labour Quiescence dan
kesatuan sekerja telah memberi sumbangan terhadap pembangunan sesebuah negara dan
membentuk keamanan dalam perhubungan perusahaan.
Pelaksanaan dasar kolonial telah mewujudkan kesatuan-kesatuan sekerja dan telah
melaksanakan beberapa kawalan melalui pembentukan dasar kawalan. Melalui dasar kawalan
buruh-buruh yang melakukan pekerjaan di Tanah Melayu tidak mempunyai kebebasan mereka.
Pembentukan dasar kawalan pengusaha dapat mengawal dan mendapat keuntungan yang mutlak
terhadap diri meraka.
Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930 telah mempengaruhi
pembentukan Kesatuan Sekerja di Tanah Melayu. PKM terdiri daripada komunis dari China dan
penubuhan PKM mendapat sokongan dari orang-orang cina. Tujuan penubuhan ini adalah untuk
menentang penjajah British yang memerintah Tanah Melayu pada Ketika itu. PKM mencuba
untuk bertapak di Sarawak dan pada tahun 1935 PKM melancarkan mogok dan sabotaj di
beberapa tempat. Pemimpin yang terlibat dalam pelancaran mogok tersebut dihantar balik ke
China.
Pada tahun 1941 hingga tahun 1945, Jepun mula menakluki Tanah Melayu dan ketika Jepun
memerintah dan menjajah Tanah Melayu berlakunya kesengsaraan dan kekejaman pihak Jepun.
Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu akibat mendapat sokongan daripada anak negeri yang
terperangkap dengan janji-janji kamerdekaan dengan slogan “Asia untuk Orang Asia” dan
“Semangat Asia”. Ekoran dari kesengsaraan hidup yang dialami penduduk Tanah Melayu
tercetus pemberontakan bersenjata pada tahun 1948 hingga tahun 1989.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 merupakan kakalahan kepada
Parti Komunis Malaya. Setelah kekalahan PKM, mereka menukar strategi dan mula
mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Namun begitu, pihak British
mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan sekerja dengan itu kedudukan
komunis dapat dilemahkan.
PKM tidak mendapat sokongan penuh dari masyarakat akibat kegagalan PKM dan
pemimpin PKM meminta rundingan diadakan pada tahun 1955. Namun begitu, rundingan
tersebut tidak membawa perubahan yang drastik. Oleh sebab itu, kerajaan menawarkan
pengampunan terhadap Parti Komunis Malaya dengan bersyarat dan kerajaan mencapai kejayaan
dalam membasmi Parti Komunis Malaya.
Oleh itu, hasil analisis ini menjelaskan bahawa kelemahan yang berlaku telah
mengakibatkan kegagalan komunis untuk menguasai Tanah Melayu dan Kesatuan Sekerja di
Tanah Melayu semakin berkembang dari segi faktor fenomena Labour Quiescence dan Dasar
Kawalan. Oleh itu, pentingnya fenomena labour Quiescence yang membawa kepada keamanan
dan persefahaman dapat dibentuk untuk membangun sesebuah negara yang maju.

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulanya ,terdapat beberapa kesan kesatuan sekerja yang dikaitkan dengan


keadaan “Labour Quiescence”. Gerakan komunis di tanah melayu telah memberikan dampak
buruk terhadap situasi penduduk tanah melayu, selain itu , komunis dan PKM juga telah
mengatur beberapa strategi untuk menguasai rakyat dan tanah melayu. Antara strategi yang
dilakukan ialah komunis dan PKM menggunakan kesatuan sekerja dalam melancarkan
pergerakannya. Hal ini dikatakan kerana Barisan Bersatu yang merupakan strategi komunis dan
PKM telah menjadi dalang berlakunya mogok antara pekerja dan majikan sehingga
menimbulkan kegelisahan dalam kalangan majikan. Melalui strategi tersebut , 360 kejadian
mogok dan pertelingkahan buruh telah berlaku dan melibatkan seramai 69,217 jumlah pekerja.
Kesan dari peristiwa tersebut , komunis dapat memperkuatkan barisan perjuangan mereka akibat
penduduk yang telah hilang rasa kepercayaan terhadap Pentadbiran British. Akhir sekali ,
fenomena labour quiescene yang berlaku pada hari ini juga haruslah dikaji semula oleh pihak
yang bertanggungjawab kerana pada masa kini , hak pekerja mulai diabaikan dan diambil
keuntungan oleh pihak tertentu seperti majikan.

RUJUKAN

Dipetik dari malaysiakini https://www.malaysiakini.com/columns/506296 pada 27 Mei 2021

Fungsi kesatuan sekerja. https://jheks.mohr.gov.my/index.php/bonus-pages-2/fungsi-kesatuan-


Sekerja Diakses pada 28 Mei 2021

Irfan Shafie, 2019, Kesatuan Sekerja di Malaysia, diambil pada 25 Me 2021 di


https://www.slideshare.net/IrfanShafie1/kesatuan-sekerja-di-malaysia

Mahadirin Ahmad, Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, Noor Syakirah Zakaria. 2019. Dasar
perburuhan dan impaknya terhadap pergerakan kesatuan sekerja di Malysia: satu kajian awal.
Journal of Borneo Social Transformation Studies(JOBSTS), 5(1).

Mahadirin Ahmad dan Reevany Bustami. (2016). Labour Quiescence' dan Keharmonian
Perusahaan di Malaysia

No name (n.d) Topik 9 kawalan, diambil pada 25 Mei 2021 di https://docplayer.info/45189869-


kawalan-pengenalan-hasil-pembelajaran.html

Sumarnie Saguna. (2017). Kesatuan Sekerja di Malaysia.


https://www.researchgate.net/publication/315457928_Kesatuan_Sekerja_di_Malaysia Diakses
pada 28 Mei 2021

You might also like