Buku Perkhidmatan Staf Utmspace

You might also like

You are on page 1of 61

BUKU PERKHIDMATAN

STAF UTMSPACE

EDISI KE - 5, 2019
BUKU PERKHIDMATAN STAF UTMSPACE

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara apa jua sama ada dengan cara elektronik,
fotokopi, mekanik atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

PEMANSUHAN
Buku Perkhidmatan UTMSPACE yang telah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah pada 15 Mac
2011 dimansuhkan.

Disahkan oleh Lembaga Pengarah UTMSPACE pada 1 Ogos 2012.

UTMSPACE berhak untuk mengubah, memansuh dan menambah kandungan buku peraturan ini
atau sebahagian dari kandungannya setelah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah UTMSPACE.

Perhatian :

Maklumat yang terkandung di dalam buku ini adalah tepat pada tarikh akhir penyemakan
18 November 2019.

Edisi Pertama diterbitkan oleh :


Bahagian Perkhidmatan Korporat dan Pentadbiran
UTMSPACE

Edisi Kedua diterbitkan oleh :


Unit Pengurusan Modal Insan UTMSPACE

Edisi Ketiga diterbitkan oleh :


Unit Pengurusan Sumber Manusia UTMSPACE

Edisi Keempat diterbitkan oleh : Unit Pengurusan Sumber Manusia


UTMSPACE

Edisi Kelima diterbitkan oleh : Unit Pengurusan Sumber Manusia


UTMSPACE

DS-UTM-SPACE-9

i
PENGENALAN

Tujuan Buku Perkhidmatan Staf ini diwujudkan adalah untuk menyediakan maklumat mengenai
falsafah dan prinsip-prinsip pengurusan sumber manusia kepada staf UTMSPACE.

Buku Perkhidmatan juga memberi maklumat kepada staf tentang terma dan syarat- syarat
perkhidmatan di UTMSPACE.

UTMSPACE akan memperkenalkan, mengubahsuai, meminda atau membatalkan apa-apa terma


dan syarat perkhidmatan pada bila-bila masa dengan syarat bahawa perubahan itu tidak
bercanggah dengan peruntukan Akta Kerja 1955 Malaysia (Akta 265), Peraturan-peratuan dan
Perintah & Perundangan Terpilih.

Staf yang kurang jelas dengan terma dan syarat-syarat perkhidmatan ini boleh mendapatkan
penjelasan daripada Ketua Bahagian masing-masing atau Ketua Bahagian Sumber Manusia,
UTMSPACE.

Buku Perkhidmatan UTMSPACE dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisma, disiplin,


etika kerja dan imej staf di dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

POLISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


ii
POLISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Visi kami adalah untuk mendokong UTMSPACE sebagai Pusat Kecemerlangan Antarabangsa.
Visi ini hanya boleh direalisasikan dengan membina produk berkualiti, memberi perkhidmatan
yang berkualiti dan pengurusan / pengetahuan teknikal dan kreativiti. Untuk mencapai matlamat
ini, kita perlu membina sebuah organisasi yang dikendalikan oleh staf yang berwibawa dan
komited, bermotivasi, bertanggungjawab, berorientasikan pelanggan dan berorientasikan hasil.
Melalui penyampaian perkhidmatan yang berinovatif, Bahagian Sumber Manusia (HR)
membimbing dan menyokong budaya kerja cemerlang.

Falsafah Pengurusan Sumber Manusia didokong oleh tiga elemen utama:

i. Sumber Manusia diuruskan bagi memberi nilai tambah kepada organisasi:


• Prestasi staf diberi keutamaan

ii. Staf perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam memberi perkhidmatan di UTMSPACE. Staf
juga perlu merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada UTMSPACE. Dalam
menempuh cabaran yang mendatang, staf perlu menunjukkan profesionalisma dan sentiasa
meningkatkan kemahiran dan keupayaan dalam memenuhi peluang kerjaya.

iii. Semua staf bertanggungjawab dalam membuat keputusan

Kami percaya bahawa untuk merealisasikan Falsafah Pengurusan Sumber Manusia:

• Pengurusan Sumber Manusia mesti menjadi tanggungjawab semua staf.


• Dalam membina keupayaan staf bersepadu dengan pengurusan perniagaan.

Kami percaya bahawa staf yang berkualiti adalah:


• Staf yang bekerja untuk mencapai objektif
• Staf yang mempunyai kecekapan dalam peranan masing-masing
• Staf yang mempunyai kemahiran, sistem dan teknik yang betul
• Staf yang mempunyai pengetahuan tentang kemajuan dan hasil mereka
• Staf yang mempunyai bimbingan dan kaunseling

Semua ini akan disokong oleh nilai teras UTMSPACE:


• Berfokuskan Pelanggan
• Jaminan Kualiti
• Berprestasi Tinggi
• Kerja Berpasukan
• Perbelanjaan Berhemah
• Pandangan Sejagat

Terima Kasih

Pengurus Besar
Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

iii
Visi

Menjadi pusat kecemerlangan antarabangsa dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat

Vision

To be an international Centre of Excellence in Lifelong Learning

Misi

Menyediakan program-program Pembelajaran Sepanjang Hayat berkualiti yang boleh diakses


secara meluas, disesuaikan, fleksibel dan memenuhi keperluan serta hasrat pelanggan.

Mission

To provide quality Lifelong Learning programmers that are widely, customized and flexible that
meet customer needs and expectations.

Moto

Menerajui Pembelajaran Sepanjang Hayat

Motto

Spearheading Lifelong Learning

iv
PERKARA MUKA SURAT
Pematuhan dan Penguatkuasaan i
Pengenalan ii
Polisi Pengurusan Sumber Manusia iii
Visi , Misi UTMSPACE iv

Definisi 1-3

Artikel 1 (Pengambilan Staf)


1.1 Permohonan Staf 4
1.2 Kaedah Pengambilan Staf 4
1.3 Pemilihan Staf 4
1.4 Pengambilan Mantan Staf 5
1.5 Pengambilan Staf dengan Hubungan Kekeluargaan 5

Artikel 2 (Perjawatan)
2.1 Kontrak Perkhidmatan 6
2.2 Pemeriksaan Kesihatan 6
2.3 Induksi Staf Baharu 6
2.4 Staf Lantikan Tetap 6
2.5 Staf Lantikan Kontrak 7
2.6 Staf Lantikan Sambilan 7
2.7 Penilaian bagi Pengesahan Jawatan 7
2.8 Polisi Penamatan Staf 7

Artikel 3 (Pengurusan Penggajian)


3.1 Pembayaran Gaji 8
3.2 Pemotongan Gaji 8
3.3 Penilaian Prestasi Tahunan 8
3.4 Kenaikan Gaji 9
3.5 Kenaikan Pangkat 9
3.6 Bonus 9

Artikel 4 (Skim Perkhidmatan)


4.1 Kategori Staf 10
4.2 Gred Perkhidmatan 10-11

Artikel 5 (Syarat-Syarat dan Peraturan Perkhidmatan)


5.1 Waktu Bekerja Rasmi 12
5.2 Ketidakhadiran Bertugas 12
5.3 Pertukaran Staf 13
5.4 Cuti Tahunan 13-14
5.5 Cuti Separuh Hari 14
5.6 Cuti Am 14
5.7 Cuti Kecemasan 14
v
5.8 Cuti Bersalin 15
5.9 Cuti Sakit 15
5.10 Cuti Hospitalisasi 15
5.11 Cuti Sakit Lanjutan 16
5.12 Cuti Tanpa Gaji 16
5.13 Cuti Ehsan 17
5.14 Cuti Tanpa Rekod 17
5.15 Cuti Belajar/ Peperiksaan 18
5.16 Cuti Haji dan Umrah 18
5.17 Cuti Keagamaan Bagi Bukan Muslim 18-19
5.18 Cuti Gantian 19
5.19 Masa Kelonggaran 19
5.20 Persaraan 19
5.21 Notis Penamatan Perkhidmatan 20
5.22 Penamatan Kontrak Perkhidmatan 20
5.23 Pampasan Pemberhentian 20-21
5.24 Kerja Lebih Masa 21
5.25 Etika Berpakaian 22
5.26 Kad Pengenalan Diri (ID) 22

Artikel 6 (Faedah-Faedah)
6.1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 23
6.2 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 23
6.3 Skim Insurans Pekerjaan (SIP) 23
6.4 Faedah Perubatan 23-24
6.5 Rawatan di Hospital Kerajaan 24
6.6 Klinik Panel 24-25
6.7 Pemeriksaan Perubatan/ Kesihatan 25
6.8 Rawatan Pergigian dan Pembelian Cermin Mata 26
6.9 Hospitalisasi 26
6.10 Faedah Kemalangan 26
6.11 Faedah Hilang Upaya 26
6.12 Faedah Kematian 26
6.13 Khairat Kematian 26
6.14 Tuntutan Perjalanan 27
6.15 Tempahan Kenderaan 27
6.16 Pengangkutan Udara 27-28
6.17 Tambang Gantian 28
6.18 Tambang Pengangkutan Awam 29
6.19 Penginapan Hotel 29-30
6.20 Elaun Makan 30
6.21 Bertugas Rasmi ke Luar Negara 31
6.22 Bayaran Pendahuluan Perjalanan 32
6.23 Elaun Perpindahan 32
6.24 Telefon Bimbit 33
vi
6.25 Elaun Telefon 33
6.26 Yuran Keahlian Badan Profesional 34
6.27 Ikatan Perjanjian Perkhidmatan dan Pengecualian Yuran Pengajian 34-35

Artikel 7 ( Pembangunan Kerjaya Staf)


7.1 Pembangunan Kerjaya Staf 36
7.2 Kursus Dalaman 36
7.3 Kursus Luaran 36
7.4 Ikatan Perjanjian Perkhidmatan Pembangunan Kerjaya Staf 37

Artikel 8 (Disiplin)
8.1 Disiplin 38
8.2 Hak Merayu 38

Artikel 9 (Rungutan dan Kilanan)


9.1 Tatatacara Menyelesaikan Rungutan dan Kilanan 39

Artikel 10 (Prosedur Kerja)


10.1 Prosedur Kerja 40
Lampiran A
 Tindakan Disiplin 41
 Tatacara Disiplin 41
 Prosedur Siasatan Dalaman 42-43
 Tindakan Kemungkiran Kontrak/ ‘Breach of Contract’ 44
 Bahagian I 44-45
 Bahagian II 46
 Bahagian III 47
 Bahagian IV 48
Lampiran B
 Tatacara Kilanan 49
Lampiran C
 Prosedur Kerja 50
Surat Aku Janji Kod Etika Disiplin 51

vii
(A) PENDAHULUAN

BUKU PERKHIDMATAN STAF (BPS) ini adalah garis panduan berkaitan peraturan, polisi dan amalan UTMSPACE
yang menjadi teras rujukan dan pemakaian kepada staf di dalam tempoh perkhidmatan di UTMSPACE. BPS ini
hendaklah digunapakai ke atas staf lantikan UTMSPACE di mana pengurusannya diterajui oleh UTMSPACE
meliputi status perjawatan secara tetap dan kontrak.

(B) PEMATUHAN DAN PENGUATKUASAAN

Staf hendaklah mematuhi garis panduan yang dinyatakan dalam dalam BPS ini. Pelanggaran mana-mana
peruntukan ini akan mengakibatkan seseorang staf boleh ditamatkan perkhidmatan. Bagi melancarkan pemakaian
dan memastikan pematuhan serta penguatkuasaan BPS, Ketua Bahagian adalah bertanggungjawab
memaklumkan sebarang perlanggaran dan ketidakpatuhan terhadap pemakaian BPS kepada Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia untuk tindakan selanjutnya.

DEFINISI

“bayaran kadar biasa” bermaksud gaji untuk kerja biasa bagi satu (1) hari tetapi tidak meliputi sebarang
bayaran yang dibuat terhadap skim galakan yang diluluskan atau sebarang bayaran
untuk kerja pada hari rehat mingguan atau cuti umum yang diwartakan di bawah
undang-undang yang sedang berkuatkuasa

“bencana alam” bermaksud bencana di luar kawalan staf seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh,
gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya

“dadah berbahaya” bermaksud apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama
dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234)

“disabitkan” atau bermaksud keputusan atau dapatan oleh mahkamah di bawah undang-undang
bertulis

“sabitan” bahawa staf bersalah atas kesalahan jenayah

“gaji” bermaksud gaji pokok dan lain-lain bayaran tunai yang dibayar kepada staf
seperti dalam kontrak perkhidmatan tetapi tidak meliputi:
a) nilai rumah penginapan atau nilai makanan, bahan bakar kenderaan, elektrik,
air, perkhidmatan perubatan atau lain-lain kemudahan dan perkhidmatan
yang diluluskan
b) mana-mana caruman yang dibuat oleh UTMSPACE kepada akaun staf
seperti dana pencen, kumpulan wang simpanan, skim simpanan
tahunan,skim- skim pembuangan,pemberhentian penamatan atau persaraan,
skim jimat-cermat atau lain-lain dana atau skim yang ditubuhkan bagi
faedah atau kebajikan staf
c) elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan
d) jumlah yang perlu dibayar kepada staf untuk menggantikan perbelanjaan
khas yang ditanggung oleh staf berkaitan dengan skop tugasan mereka
e) gratuiti kepada staf semasa pemberhentian atau persaraan
f) bonus tahunan atau mana-mana bahagian daripada apa-apa bonus
tahunan

“hari” bermaksud :
a) satu tempoh masa yang berterusan meliputi 24 jam bermula dari tengah
malam; atau
b) bagi staf yang bekerja syif satu tempoh masa yang berterusan meliputi 24
jam bermula daripada bila-bila masa

1
“Jawatankuasa Disiplin” bermaksud satu jawatankuasa disiplin yang dilantik oleh pihak pengurusan
UTMSPACE bagi menjalankan fungsi dan peranan

“kadar gaji harian” bermaksud kadar gaji yang layak diperolehi oleh staf bagi perkhidmatan yang
diberikan berasaskan waktu bekerja rasmi untuk satu (1) hari

“kadar gaji sejam” bermaksud kadar gaji harian dibandingkan dengan jumlah jam rasmi bekerja dalam
satu (1) hari

“saudara” bermaksud ahli keluarga staf meliputi;


a) suami atau isteri
b) ibu dan bapa kandung
c) anak kandung termasuk anak tiri dan anak angkat yang berdaftar dan
d) cucu dari pertalian dinyatakan dari (c)
e) adik atau abang atau kakak kandung termasuk adik beradik tiri;
f) adik atau abang atau kakak isteri atau suami staf;
g) pertalian nasab langsung ke atas ATAU ke bawah dengan staf
h) staf yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas ATAU ke bawah
dengan isteri ATAU suami staf;
i) staf yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang
di sebut dalam perenggan (e);
j) bapa saudara, anak saudara atau sepupu ; dan
k) menantu staf.

“Ketua Bahagian” bermaksud staf yang dilantik mengetuai Pusat dan/ atau Bahagian dan/ atau Unit
di UTMSPACE

“Lembaga Pengarah” bermaksud Lembaga Pengarah UTMSPACE

“kerja lebih masa” bermaksud bilangan jam kerja yang dijalankan melebihi dari waktu kerja biasa
a) bagi kerja yang dikira secara harian - melebihi lapan (8) jam sehari; atau
b) bagi kerja yang dikira secara mingguan - melebihi empat puluh lapan
(48) jam

“kerja syif” bermaksud kerja yang secara lazimnya memerlukan tempoh masa yang
berterusan atau berlanjutan untuk dilaksanakan dalam dua atau lebih syif

“kontrak perkhidmatan” bermaksud perjanjian di mana seorang bersetuju mengambil seorang lain
sebagai pekerja dan orang tersebut bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya
sebagai pekerja

“majikan” bermaksud mana-mana pihak yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan
bagi mengambil bekerja mana- mana orang lain yang mempunyai kawalan dan/
atau hak kawalan ke atas sifat dan maksud perlaksanaan kontrak perkhidmatan
tersebut

“Pegawai Penilai” bermaksud pegawai atasan atau penyelia terdekat kepada staf yang dinilai dan
mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya

“siasatan dalaman” siasatan yang dijalankan dalam UTMSPACE bagi menentukan berlakunya
salah laku staf

“Staf” bermaksud semua staf dan tenaga kerja yang digajikan oleh UTMSPACE

“mantan” bermaksud seseorang individu yang pernah menjawat jawatan tertentu di


UTMSPACE, tetapi tidak lagi menjawat apa-apa jawatan pada masa kini

2
“UTMSPACE” bermaksud UTMSPACE
(No. Syarikat: 931427-K)

Perkataan yang membawa maksud satu/ perseorangan akan juga meliputi gandaan dan sebaliknya dan
perkataan yang membawa maksud untuk golongan lelaki akan meliputi golongan wanita

3
ARTIKEL1 – PENGAMBILAN STAF
ARTIKEL

1.1 PERMOHONAN STAF

1.1.1 Pengambilan staf adalah berdasarkan kepada bajet tahunan perjawatan staf yang telah diluluskan
oleh pihak Pengurusan UTMSPACE.

1.1.2 Ketua Bahagian hendaklah menghantar permohonan staf kepada Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia berdasarkan keperluan semasa.

1.1.3 Permohonan yang tidak diperuntukkan dalam bajet perlu mendapatkan kelulusan pihak Pengurusan
UTMSPACE.

1.2 KAEDAH PENGAMBILAN STAF

1.2.1 Jika terdapat kekosongan jawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan memaklumkan
melalui pekeliling bagi membuka permohonan dalaman terlebih dahulu.

1.2.2 Jika tiada permohonan dalaman, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan mengiklankan
kekosongan jawatan tersebut kepada pihak luar.

1.3 PEMILIHAN STAF

1.3.1 Panel pemilihan staf adalah seperti berikut:

KATEGORI PANEL TEMUDUGA

a) Pengarah Urusan
b) Pengerusi SPACE/ Pengarah
Pengurusan Tertinggi
c) Ketua Bahagian
d) Ketua Bahagian Sumber Manusia

a) Pengarah Pengarah / Timbalan Pengerusi


Eksekutif b) Ketua Bahagian
c) Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
a) Pengerusi SPACE/ Pengarah / Timbalan
Pengerusi
Pensyarah
b) Ketua Bahagian
c) Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

a) Ketua Bahagian
Bukan Eksekutif
b) Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

**sekurang-kurang tiga (3) panel dan satu (1) setiausaha

1.3.2 Pemohon perlu mengisi permohonan secara atas talian terlebih dahulu dan menyertakan
dokumen asal serta salinan berkaitan kepada panel temuduga. Panel temuduga perlu
membuat penilaian dan mencadangkan calon yang sesuai.

4
1.4 PENGAMBILAN MANTAN STAF

1.4.1 UTMSPACE tidak menggalakkan pengambilan semula mantan staf yang telah menamatkan
perkhidmatan di UTMSPACE.

1.4.2 Walau bagaimanapun, UTMSPACE boleh menggunakan budi bicara membuat pengecualian atas
dasar keperluan jawatan dan kepentingan UTMSPACE. Status jawatan yang ditawarkan adalah
sama dengan skim tawaran jawatan baharu.

1.4.3 Mantan staf yang ditamatkan perkhidmatan disebabkan oleh tindakan tatatertib tidak boleh
dipertimbangkan untuk diambil bekerja semula.

1.5 PENGAMBILAN STAF DENGAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

1.5.1 UTMSPACE tidak menggalakkan pengambilan staf dari kalangan saudara dan mempunyai
hubungan kekeluargaan.

1.5.2 Walau bagaimanapun, jika berlaku keadaan sedemikian, staf tersebut tidak dibenarkan untuk
bertugas di bahagian yang sama.

5
ARTIKEL 2 – PERJAWATAN

2.1 KONTRAK PERKHIDMATAN

2.1.1 Kontrak perkhidmatan yang memperincikan tentang jawatan disandang, gaji, skop kerja, KPI, lain-
lain terma dan syarat perkhidmatan akan diberikan kepada staf yang diterima bekerja. Perlantikan
akan diakui sah jika:

a) Lulus pemeriksaan kesihatan yang disahkan oleh pegawai perubatan berdaftar dengan
UTMSPACE atau pegawai perubatan hospital kerajaan
b) Mengisi data peribadi yang benar dan diakui UTMSPACE

2.1.2 Perlantikan bermula daripada tarikh staf melapor diri bertugas di UTMSPACE.

2.1.3 Surat aku janji perlu ditandatangani di hadapan Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan
Sumber Manusia.

2.2 PEMERIKSAAN KESIHATAN

2.2.1 Staf hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan perkhidmatan di


UTMSPACE. Pemeriksaan perlu dibuat di hospital kerajaan atau klinik panel yang dilantik oleh
UTMSPACE.

2.2.2 Kos Pemeriksaan kesihatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh UTMSPACE.

2.3 INDUKSI STAF BAHARU

Program ini memberi penerangan asas mengenai organisasi kepada staf yang baharu dilantik.

2.3.1 Staf akan didedahkan mengenai objektif, visi dan misi UTMSPACE disamping penerapan
nilai-nilai, ciri-ciri budaya kerja dan prinsip perkhidmatan agar staf mempunyai azam dan tekad
untuk mencapai objektif UTMSPACE.

2.3.2 Staf akan diberi perincian kerja sebagai pemahaman skop tugasan dan tanggungjawab yang
berkaitan dengan jawatan masing-masing. Senarai tugas akan dikaji dari semasa ke semasa.

2.4 STAF LANTIKAN TETAP

2.4.1 Tempoh percubaan staf lantikan tetap yang belum disahkan jawatan seperti berikut .

KATEGORI TEMPOH PERCUBAAN

Pengurusan Tertinggi
Eksekutif enam (6) bulan
Pensyarah

Bukan Eksekutif tiga (3) bulan

2.4.2 Tempoh percubaan boleh dilanjutkan untuk jangka masa tidak melebihi satu (1) tahun

2.4.3 Bagi tempoh percubaan lanjutan, setelah diberi kaunseling, latihan atau amaran bertulis, staf baharu
boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh UTMSPACE jika staf dianggap tidak sesuai untuk
melaksanakan tugas atau prestasi kerja yang kurang memuaskan.

6
2.5 STAF LANTIKAN KONTRAK

2.5.1 Pengambilan staf kontrak adalah seperti keperluan berikut :


a) penggantian staf
b) berasaskan projek
c) keperluan organisasi

2.5.2 Tempoh pelantikan bagi staf kontrak adalah seperti berikut :

KATEGORI TEMPOH LANTIKAN

Pengurusan Tertinggi
Eksekutif Satu (1) tahun
Pensyarah
Bukan Eksekutif

2.5.3 Tempoh kontrak boleh dilanjutkan berdasarkan keperluan.

2.6 STAF LANTIKAN SAMBILAN

2.6.1 Lantikan jawatan staf sambilan harian adalah mengikut keperluan.


2.6.2 Syarat-syarat staf sambilan harian adalah seperti berikut:
a) staf sambilan dibayar gaji harian sahaja
b) boleh ditamatkan perkhidmatan dengan notis tiga (3) hari bekerja (notis dibayar gaji)

2.7 PENILAIAN BAGI PENGESAHAN JAWATAN

2.7.1 Bagi proses pengesahan jawatan, staf akan dinilai oleh Ketua Bahagian melalui borang penilaian.

2.7.2 Ketua Bahagian akan membuat penilaian dan sokongan bagi perkara berikut:
a) disahkan jawatan
b) dilanjutkan tempoh percubaan
c) ditamatkan perkhidmatan

2.7.3 Pihak Pengurusan UTMSPACE akan memaklumkan keputusan tentang status (tetap, lanjut atau
tamat) perkhidmatan staf secara bertulis dalam masa sebulan sebelum tempoh percubaan tamat.

2.8 POLISI PENAMATAN STAF

2.8.1 Sekiranya markah prestasi staf tetap tidak mencapai 60%, staf akan diberi tempoh selama enam
(6) bulan untuk penilaian semula. Setiap tiga (3) bulan staf akan dinilai oleh Ketua Bahagian.
2.8.2 Jika tiada peningkatan prestasi dalam tempoh enam (6) bulan tersebut, staf tersebut boleh
ditamatkan perkhidmatan dengan satu (1) bulan notis.
2.8.3 Dalam tempoh tersebut staf tidak dibenarkan bertukar ke bahagian lain untuk memudahkan
pemantauan dilaksanakan.
2.8.4 Staf yang mencapai markah 60%-70% perlu diberi kaunseling dan peringatan bertulis oleh Ketua
Bahagian.

7
ARTIKEL 3 – PENGURUSAN PENGGAJIAN

3.1 PEMBAYARAN GAJI


3.1.1 UTMSPACE akan membayar gaji kepada staf pada 25 hari bulan setiap bulan seperti berikut :
a) gaji pokok
b) semua elaun yang berkaitan

3.2 PEMOTONGAN GAJI


Berikut adalah potongan gaji yang dibenarkan oleh pihak UTMSPACE :
a) Tabung Haji
b) Bank Islam
c) Bank Rakyat
d) Zakat
e) Public Bank
f) Biro Angkasa
g) Amanah Saham Bumiputera (ASB)
h) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
i) PerbadananTabung Pengajian Tinggi Negrara (PTPTN)
j) Malaysia Building Society Berhad (MBSB)

3.3 PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN

3.3.1 Penilaian Prestasi Tahunan UTMSPACE melibatkan tiga (3) kaedah iaitu :
a) Kualiti Personel
b) Key Performance Indicator (KPI)
c) Balanced Scorecard (BSC)

Ketiga-tiga kaedah ini ditetapkan dalam Penilaian Prestasi Tahunan bagi menilai perlakuan dan pencapaian kerja
dalam tempoh masa tertentu bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti UTMSPACE.

3.3.2 Sistem penilaian mengambilkira kriteria seperti berikut :


a) konsisten dari segi mutu kerja,disiplin dan kemampuan mencapai matlamat melalui tugasan
yang diberikan
b) penilaian berdasarkan kursus atau latihan yang telah dihadiri
c) rekod aduan dari segi mutu kerja dan salah laku yang pernah dilakukan serta penalti yang pernah
diberikan terhadap kesalahan
d) rekod kehadiran dan ketepatan masa hadir ke tempat kerja
e) rekod kesihatan dan cuti sakit
f) rekod terhadap pencapaian dan sumbangan yang telah diberikan terhadap UTMSPACE
dalam apa jua bentuk kemajuan dan peningkatan
g) konsistensi pencapaian setiap tahun yang melebihi jangkaan UTMSPACE

3.3.3 Hasil penilaian Perkara 3.3.2 membolehkan pihak Pengurusan UTMSPACE mengambil tindakan,
pertimbangan dan keputusan berkaitan pengurusan serta kemajuan kerjaya staf yang dinilai itu dengan :
a) menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan
serta kemajuan staf
b) menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pinjaman dan pertukaran
sementara
c) menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan dan anjakan gaji
d) menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat atau bintang kebesaran serta
pemberian surat penghargaan
e) mengenal pasti dan merancang keperluan latihan
f) memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi serta motivasi
staf.

8
3.4 KENAIKAN GAJI

Kenaikan gaji adalah berdasarkan kepada prestasi kerja staf dan tertakluk kepada cadangan pihak Pengurusan
UTMSPACE dan kelulusan Lembaga Pengarah.

3.5 KENAIKAN PANGKAT

Kenaikan pangkat adalah berdasarkan kepada pencapaian, prestasi, sikap dan potensi untuk berdaya maju
seseorang staf dan tempoh perkhidmatan. Proses penilaian yang perlu dilalui oleh staf bagi tujuan kenaikan pangkat
adalah seperti berikut :

a) telah menghadiri kursus bersesuaian dengan jawatan yang bakal disandang


b) permohonan cadangan kenaikan pangkat
c) dibincangkan pada Mesyuarat Pentadbiran UTMSPACE
d) kelulusan pihak Pengurusan UTMSPACE
e) mencapai prestasi yang ditetapkan iaitu 80% sebelum permohonan

3.6 BONUS

3.6.1 Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah untuk membuat pertimbangan bayaran bonus kepada
staf setelah mengambil kira kedudukan kewangan UTMSPACE secara keseluruhannya.

3.6.2 Kadar bayaran bonus yang diberikan adalah tertakluk kepada budi bicara pihak Pengurusan
UTMSPACE.

3.6.3 Pembayaran bonus adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada staf dan bukanlah hak mutlak
staf.

3.6.4 UTMSPACE mempunyai budi bicara bagi menentukan sama ada seseorang staf itu layak atau tidak untuk
menerima bayaran bonus.

9
ARTIKEL 4 – SKIM PERKHIDMATAN

Skim perkhidmatan adalah satu skim yang diwujudkan oleh UTMSPACE untuk menentukan kedudukan staf dalam
perkhidmatan berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman, kemahiran, akademik, tahap pendidikan dan bidang
tugas yang diberikan.

4.1 KATEGORI STAF

BIL KATEGORI STAF


1. Staf tetap
2. Staf kontrak
3. Staf sambilan

4.2 GRED PERKHIDMATAN

Pecahan gred perkhidmatan bagi setiap kumpulan perkhidmatan adalah seperti berikut :

NAMA JAWATAN
KATEGORI GRED
ENGLISH MELAYU

Managing Director Pengarah Urusan A1.1


Director Pengarah A2.1
Deputy Director Timbalan Pengarah A2.2
Pengurusan
Senior General Manager Pengurus Besar Kanan A3.1
Tertinggi
General Manager Pengurus Besar A3.2
Deputy General Manager Timbalan Pengurus Besar A3.3

Senior Manager Pengurus Kanan A4.1


Manager Pengurus A4.2
Eksekutif Assistant Manager Penolong Pengurus A4.3
Senior Executive Eksekutif Kanan A5.1
Executive Eksekutif A5.2
Senior Lecturer Pensyarah Kanan P1.3
Lecturer Pensyarah P1.4
Pensyarah
Senior Academic Executive Eksekutif Akademik Kanan P1.5
Academic Executive Eksekutif Akademik P1.6

10
Senior Assistant Executive Penolong Eksekutif Kanan
B1.1

Assistant Executive Penolong Eksekutif B1.2

Pembantu Tadbir Kanan /


Senior Admin Assistant
Pemandu Kanan C1.1

Pembantu Tadbir
Bukan Eksekutif
Juruteknik

Supporting Administrative Pemandu C1.2

Pembantu Am Pejabat

Pengawal Keselamatan

11
5 - SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN
ARTIKEL 5 – SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERKHIDMATAN

5.1 WAKTU BEKERJA RASMI

Waktu bekerja lima (5) hari, satu (1) hari rehat rasmi dan satu (1) hari cuti dalam seminggu.

Hari Bekerja Rasmi

i) Bagi cuti rehat pada hari Sabtu dan Ahad

Hari Isnin hingga Khamis (Kuala Lumpur)


Waktu pejabat = 8.00 pagi - 5.00 petang
Waktu rehat = 1.00 tengahari - 2.00 petang

Hari Jumaat (Kuala Lumpur)


Waktu pejabat
rehat = 12.15 tengahari - 2.45 petang

ii) Bagi cuti rehat pada hari Jumaat dan Sabtu


=
Hari Ahad (Johor Bahru)
Waktu pejabat = 8.00 pagi - 3.30 petang
8.00 pagi
Waktu rehat- 5.00 petang
= 1.00 petang - 2.00 petang

Hari Isnin hingga Khamis (Johor Bahru)


Waktu pejabat = 8.00 pagi - 5.00 petang
Waktu rehat = 1.00 tengahari - 2.00 petang

iii) Bagi cuti rehat pada hari Rabu dan Khamis

Hari Sabtu hingga Selasa (Pulau Pinang)


Waktu pejabat = 8.00 pagi – 5.00 petang
Waktu rehat = 1.00 tengahari - 2.00 petang

Hari Jumaat (Pulau Pinang)


Waktu rehat = 12.15 tengahari – 2.45 petang

Cuti rehat rasmi dan cuti rehat mingguan adalah mengikut negeri

UTMSPACE berhak untuk mengubah waktu atau jadual kerja di atas kepentingan operasi UTMSPACE dari semasa
ke semasa.

5.2 KETIDAKHADIRAN BERTUGAS

5.2.1 Setiap staf perlu hadir pada waktu bekerja yang telah ditetapkan dan sebarang ketidakhadiran
hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pusat / Bahagian.

5.2.2 Staf dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatannya dengan tidak hadir bertugas tanpa
kebenaran melainkan mempunyai alasan yang munasabah bagi ketidakhadiran itu dan telah atau
cuba untuk memaklumkan Ketua Pusat / Bahagian ketidakhadiran tersebut.

12
5.3 PERTUKARAN STAF

5.3.1 UTMSPACE berhak membuat pertukaran dan penempatan semula staf ke lain-lain Pusat/
Bahagian/ Unit atau cawangan atas sebab-sebab operasi UTMSPACE.

5.3.2 Staf juga boleh dipinjamkan secara perkhidmatan ke mana-mana pusat / bahagian / unit atau
cawangan bagi memenuhi keperluan operasi UTMSPACE.

5.3.3 Tempoh peminjaman tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.

5.3.4 UTMSPACE berhak memanggil semula staf yang dipinjamkan secara perkhidmatan dengan
memberi notis tiga puluh (30) hari.

5.4 CUTI TAHUNAN

Kelayakan cuti tahunan staf adalah seperti berikut :

KATEGORI JAWATAN BILANGAN CUTI


Pengarah Urusan
Pengarah
Timbalan Pengarah
Pengurusan 23 hari
Tertinggi Pengurus Besar Kanan

Pengurus Besar

Timbalan Pengurus Besar

Pengurus Kanan / Pengurus


Eksekutif Penolong Pengurus

Eksekutif Kanan / Eksekutif


Pensyarah Kanan 21 hari
Pensyarah Pensyarah
Eksekutif Akademik Kanan / Eksekutif Akademik

Penolong Eksekutif Kanan / Penolong Eksekutif


Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir

Bukan Eksekutif Pemandu Kanan / Pemandu 18 hari


Pembantu Am Pejabat

Pengawal Keselamatan

5.4.1 Staf tidak menghabiskan cuti tahunannya, berhak membawa separuh (1/2) daripada kelayakan
cuti tahunannya ke tahun berikutnya dan tidak boleh diganti dengan bayaran wang.

5.4.2 Baki cuti yang dibawa dari tahun sebelumnya perlu dihabiskan sebelum atau pada 31 Disember
tahun semasa tersebut, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hak cuti tahunan tersebut
luput.

5.4.3 Setiap permohonan cuti tahunan perlu dikemukakan tiga (3) hari sebelum tarikh cuti dimohon.

5.4.4 Pihak Pengurusan UTMSPACE berhak untuk tidak meluluskan cuti atas dasar kepentingan
operasi UTMSPACE.

13
5.4.5 Staf adalah layak untuk mendapat cuti tahunan bergaji penuh apabila perkhidmatannya genap
satu (1) tahun. Staf yang berkhidmat kurang dari setahun perkhidmatan layak mendapat cuti
tahunan secara kiraan pro rata berdasarkan kepada tempoh perkhidmatannya.

5.4.6 Bagi staf kontrak UTMSPACE, baki cuti tahunan perlu dihabiskan dalam tempoh kontrak semasa.

5.5 CUTI SEPARUH HARI

5.5.1 Cuti separuh hari adalah sebahagian daripada cuti tahunan yang diberikan kepada staf untuk
menyelesaikan urusan peribadi bagi jangka masa melebihi dua (2) jam dan tidak melebihi 4 jam

5.5.2 Untuk urusan keluar pejabat, staf perlu mengambil cuti separuh hari selama empat (4) jam kali
pertama dan empat (4) jam lagi untuk kali kedua sebelum ditolak dari cuti rehat tahunan.

5.5.3 Staf dibenarkan untuk mengambil cuti separuh hari sebanyak dua (2) kali sahaja dalam tempoh
sebulan.

5.6 CUTI AM

5.6.1 Cuti Am adalah cuti yang telah diwartakan atau diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.

5.6.2 Jika cuti am jatuh pada hari cuti mingguan staf, hari kerja berikutnya akan digantikan sebagai hari
cuti mingguan staf.

5.6.3 Bagaimanapun tiada cuti gantian akan diberi apabila cuti am jatuh pada hari rehat rasmi.

5.7 CUTI KECEMASAN

5.7.1 Cuti kecemasan adalah cuti yang diberikan kepada staf atas sebab-sebab tertentu seperti
malapetaka, sakit atau kematian ahli keluarga terdekat, bencana alam, perintah berkurung, perintah
sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke tempat kerja atau
atas sebab-sebab tertentu yang boleh dianggap munasabah.

5.7.2 Kemudahan cuti ini akan ditolak daripada cuti tahunan dan tertakluk kepada baki cuti staf.

5.7.3 Staf bertanggungjawab untuk memaklumkan dengan cara yang munasabah kepada Ketua Pusat
/ Bahagian mengenai ketidakhadirannya untuk bertugas jika tidak dapat hadir sendiri ke pejabat
untuk memohon cuti kecemasan tersebut.

5.7.4 Staf wajib memaklumkan pengambilan cuti kecemasan kepada Ketua Pusat / Bahagian selewat-
lewatnya jam 10.00 pagi pada hari cuti kecemasan tersebut. Tanpa pemberitahuan atau makluman,
staf dianggap tidak hadir bekerja tanpa kebenaran.

14
5.8 CUTI BERSALIN

Staf wanita layak untuk mendapat kemudahan cuti bersalin bergaji penuh selepas melahirkan anak.

5.8.1 Definisi bersalin adalah melahirkan anak yang berlaku selepas sekurang-kurangnya dua puluh dua
(22) minggu hamil dalam kelahiran seorang anak atau anak-anak sama ada hidup atau mati dan
hendaklah bagi maksud-maksud Akta ini bermula dan berakhir pada hari sebenar kelahiran dan
sekiranya dua atau lebih kanak-kanak tersebut yang terakhir, dan perkataan “melahirkan”
hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

5.8.2 Kelayakan untuk mendapatkan elaun bersalin :


i. Staf telah diambil kerja oleh UTMSPACE bagi satu tempoh, atau tempoh-tempoh yang
berjumlah, tidak kurang daripada sembilan puluh hari (90) dalam masa sembilan (9) bulan
sebelum sahaja staf bersalin ; dan
ii. staf telah diambil kerja oleh UTMSPACE pada bila-bila masa dalam tempoh empat (4) bulan
sebelum sahaja staf bersalin

5.8.3 Tempoh masa yang diberikan bagi cuti bersalin ini adalah tidak melebihi enam puluh (60) hari
berturut-turut sehingga lima (5) anak yang hidup sepanjang berkhidmat di UTMSPACE

5.8.4 Staf wanita yang mengandung dibenarkan bercuti lebih awal daripada tempoh tiga puluh hari (30)
sebelum bersalin dari tarikh jangkaan kelahiran. Cuti ini akan diambil kira sebagai cuti bersalin
biasa iaitu enam puluh hari (60) hari.

5.9 CUTI SAKIT

Staf akan diberi cuti sakit bergaji apabila mendapat sijil cuti sakit dari pegawai perubatan atau jika
dalam keadaan kecemasan, dari mana-mana pengamal perubatan yang berdaftar.

5.9.1 Peruntukan cuti sakit biasa bergaji bagi seseorang staf itu adalah tertakluk kepada tempoh
perkhidmatan seperti berikut :
a) empat belas (14) hari setahun jika telah berkhidmat kurang dari dua (2) tahun
b) lapan belas (18) hari setahun jika telah berkhidmat lebih dari dua tahun tetapi kurang dari
lima (5) tahun perkhidmatan
c) dua puluh dua (22) hari setahun jika telah berkhidmat selama lima (5) tahun atau lebih

5.9.2 Staf yang mendapat cuti sakit dikehendaki memaklumkan pihak Pengurusan UTMSPACE dengan
segera atau dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam. Staf dianggap sebagai tidak hadir bertugas
tanpa kebenaran jika gagal berbuat demikian.

5.10 CUTI HOSPITALISASI

5.10.1 Staf yang memerlukan rawatan hospital kerana penyakit atau kemalangan akan diberi cuti rawatan
hospital bergaji sehingga enam puluh (60) hari dalam setahun.

5.10.2 Sekiranya staf telah mengambil cuti sakit di perenggan 5.9.1, haknya untuk cuti di perenggan ini
hendaklah ditolak dari jumlah hari cuti sakit yang telah diambil.

15
5.11 CUTI SAKIT LANJUTAN

5.11.1 Cuti sakit lanjutan layak diberikan kepada staf sekiranya staf menghadapi penyakit kronik
(sepertimana terma insurans) atau di mana tempoh penyembuhannya mengambil masa yang
panjang dan telah diakui sah oleh pegawai perubatan yang diiktiraf UTMSPACE atau hospital
kerajaan. Cuti sakit lanjutan yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

TEMPOH KAEDAH
Enam (6) bulan pertama cuti sakit lanjutan bergaji penuh
Enam (6) bulan kedua cuti sakit lanjutan separuh gaji
Enam (6) bulan seterusnya cuti sakit lanjutan tanpa gaji

5.11.2 Cuti sakit lanjutan tanpa gaji selama enam (6) bulan sebagaimana yang tersebut di atas haruslah
disokong mengikut kes tertentu setelah dipertimbangkan oleh Pihak Pengurusan UTMSPACE.

5.11.3 Setelah disahkan sihat, staf perlu kembali bekerja dengan memberikan surat bukti yang
menyatakan beliau sihat dan dibolehkan bekerja oleh doktor dari hospital kerajaan atau pakar yang
dilantik oleh pihak pengurusan. Sekiranya didapati laporan kesihatan tidak memuaskan pegawai
perubatan yang diiktiraf UTMSPACE atau hospital kerajaan, pihak pengurusan berhak
memberhentikan perkhidmatan staf atas alasan perubatan.

5.12 CUTI TANPA GAJI

5.12.1 Cuti tanpa gaji adalah cuti yang diberikan kepada staf di atas sebab persendirian yang mustahak
dengan syarat permohonan tersebut tidak mengganggu operasi UTMSPACE dan tidak menjejaskan
terma dan syarat dalam kontrak perkhidmatan.

5.12.2 Cuti ini tertakluk kepada kelulusan pihak Pengurusan UTMSPACE.

5.12.3 Cuti ini tertakluk kepada kelulusan Pihak Pengurusan UTMSPACE dan layak
dipertimbangkan kelulusan apabila :
a) telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) bulan selepas disahkan dalam jawatan
b) telah mengambil semua cuti tahunan mengikut kelayakan

5.12.4 Cuti tanpa gaji dihadkan kepada tiga puluh (30) hari dalam setahun.

16
5.13 CUTI EHSAN

UTMSPACE berhak membuat pertimbangan untuk memberi cuti ehsan bergaji, di mana cuti tersebut tidak
ditolak daripada cuti tahunan staf untuk sebarang peristiwa yang berlaku ke atas mana-mana ahli keluarga
staf seperti :
a) pasangan hidup yang berdaftar dengan UTMSPACE
b) anak-anak yang berdaftar dengan UTMSPACE
c) ibu dan bapa kandung
d) adik beradik kandung atau
e) ibu dan bapa mertua

JENIS CUTI TEMPOH

Kematian Tiga (3) hari berturut-turut


Hospitalisasi keluarga Dua (2) hari (selain isteri bersalin)
Bencana alam Tiga (3) hari
Tujuh (7) hari termasuk cuti hujung minggu, cuti am, cuti umum dan bermula dari
Isteri bersalin hari pertama isteri bersalin (sehingga anak kelima yang hidup sahaja)
Cuti kahwin Dua (2) hari
Cuti kuarantin Tiga (3) hari

5.13.1 Cuti ehsan adalah termasuk cuti hujung minggu, cuti am dan cuti umum.

5.13.2 Untuk semua peristiwa di atas, staf dibenarkan mengambil cuti ehsan tidak melebihi maksimum
lapan (8) hari dalam setahun.

5.13.3 Bilangan cuti ehsan yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

5.13.4 Jika seseorang staf gagal mengemukakan sijil kematian dalam tempoh tiga (3) hari, maka cuti
tersebut dikira sebagai cuti biasa yang akan ditolak dari cuti tahunan.

5.13.5 Sekiranya cuti ehsan melebihi bilangan hari yang ditetapkan seperti di atas maka cuti tersebut akan
ditolak dari cuti tahunan staf.

5.14 CUTI TANPA REKOD

5.14.1 Cuti tanpa rekod bagi staf melaksanakan tugas rasmi kerajaan atau menjalankan
tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia di bawah peruntukan undang-undang atau
menyertai aktiviti-aktiviti sukan dan sosial yang tidak menjejaskan kontrak perkhidmatan.

5.14.2 UTMSPACE memerlukan bukti bertulis untuk perkara di atas dan sebarang kelulusan cuti ini adalah
di atas pertimbangan dan budi bicara pihak Pengurusan UTMSPACE

17
5.15 CUTI BELAJAR / PEPERIKSAAN

UTMSPACE memberikan kemudahan cuti belajar kepada staf yang ingin mengikuti pengajian dan telah memenuhi
syarat-syarat dan ketetapan seperti berikut:

a) telah disahkan dalam jawatan


b) kursus yang diambil bersesuaian dengan kepentingan dan keperluan UTMSPACE
c) tiada tindakan tatatertib yang sedang dan akan dibawa terhadap staf
d) tarikh mengikuti pengajian telah melebihi tiga (3) bulan dari tarikh hukuman tatatertib, sekiranya staf
pernah disabitkan dengan tindakan tatatertib sebelum ini
e) kursus yang diambil diiktiraf oleh UTMSPACE/ Kerajaan
f) staf dibenarkan untuk mengambil cuti belajar sehari sebelum dan pada tarikh peperiksaan

5.15.1 Program Separuh Masa

Cuti belajar/peperiksaan adalah salah satu dari kemudahan diberikan kepada staf yang mengikuti pengajian
secara separuh masa di IPTS atau IPTA. Cuti ini diberikan tidak lebih dua puluh (20) hari dalam setahun
pengajian.

5.15.2 Program Sepenuh Masa

Cuti ini diberikan berdasarkan kepada ketetapan IPTA/IPTS dan kelulusan daripada pihak Pengurusan
UTMSPACE.

5.16 CUTI HAJI

5.16.1 Kemudahan cuti haji merupakan cuti bergaji penuh selama empat puluh (40) hari berturut-turut
termasuk cuti rehat mingguan dan juga cuti am.

5.16.2 Cuti ini hanya layak diambil sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan staf.

5.16.3 Syarat-syarat kemudahan ini adalah seperti berikut :


a) Beragama Islam
b) Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan

5.17 CUTI KEAGAMAAN BAGI BUKAN MUSLIM

5.17.1 Cuti Keagamaan adalah bagi maksud mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di
tempat-tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-
masing.

5.17.2 Cuti Keagamaan merupakan cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada staf yang bukan
beragama Islam dan dilantik secara tetap.

5.17.3 Cuti ini tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud aktiviti
keagamaan bermula dari tarikh penerbangan/ perjalanan sebenar dibuat bagi mengunjungi dan
melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat-tempat keagamaan dalam atau luar negara. Sekiranya
tarikh penerbangan/perjalanan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan atau
hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya.

5.17.4 Sekiranya staf memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab tertentu, maka staf
boleh memohon untuk menggunakan kemudahan cuti tahunan.

5.17.5 Cuti Keagamaan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (one-off). Sekiranya
tempoh cuti yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan
tidak boleh dibawa ke hadapan
18
5.18 CUTI GANTIAN

5.18.1 Staf dalam kategori Eksekutif dan ke atas yang bekerja lebih masa adalah layak mendapat cuti
gantian apabila diarahkan oleh Ketua Bahagian untuk bertugas pada hari cuti am atau hari
kelepasan mingguan. Staf dalam kategori Bukan Eksekutif adalah layak mendapat bayaran lebih
masa atau cuti gantian.

5.18.2 Staf layak memohon cuti gantian sekiranya:


a) jam bertugas mencukupi atau melebihi lapan (8) jam bekerja lebih masa
b) menghadiri kursus pada hari cuti am sahaja
c) menghadiri bengkel pada cuti mingguan, cuti rehat rasmi dan cuti am

5.18.3 Cuti gantian hanya boleh dituntut jika arahan bertugas diberikan secara bertulis. Cuti ini hanya
layak dituntut pada tahun semasa sahaja. Namun begitu, kerja lebih masa pada bulan
Disember yang dituntut cuti gantian boleh digunakan pada tahun berikutnya terhad sehingga bulan
Mac sahaja.

5.18.4 Staf yang menerima bayaran elaun setara bagi program tertentu tidak layak memohon cuti
gantian.

5.19 MASA KELONGGARAN (TIME OFF)

5.19.1 Masa kelonggaran terpakai kepada staf yang menempuhi perjalanan pulang melebihi 240 km atau
pulang dari luar negara atas urusan rasmi dan tiba di rumah melebihi jam 12.00 tengah malam.
Staf diberi kelonggaran untuk hadir lewat ke pejabat selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari
pada hari berikutnya.

5.19.2 Staf yang akan menempuhi perjalanan melebihi 240 km atau keluar negara bagi urusan rasmi
dibenarkan pulang jam 2 petang bagi tujuan persiapan perjalanan.

5.20 PERSARAAN

5.19.1 Tahap umur persaraan wajib bagi staf yang berkhidmat di UTMSPACE adalah enam puluh (60)
tahun.

5.19.2 Penetapan tarikh persaraan wajib staf akan dilaksanakan berdasarkan kepada tarikh lahir yang
tercatat pada sijil kelahiran, kad pengenalan atau pasport.

5.19.3 Pelantikan semula staf selepas persaraan wajib adalah di bawah budi bicara pihak Pengurusan
UTMSPACE.

19
5.21 NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN

Notis penamatan perkhidmatan adalah berdasarkan kepada empat (4) kategori, iaitu:

KATEGORI NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN

Tiga (3) bulan notis atau


Pengurusan Tertinggi
Tiga (3) bulan gaji sebagai ganti notis

Dua (2) bulan notis atau


Eksekutif
Dua (2) bulan gaji sebagai ganti notis

Dua (2) bulan notis atau


Pensyarah
Dua (2) bulan gaji sebagai ganti notis

Satu (1) bulan notis atau


Bukan Eksekutif
Satu (1) bulan gaji sebagai ganti notis

5.22 PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN

5.22.1 Pihak Pengurusan UTMSPACE tidak bertanggungjawab untuk membayar sebarang faedah
penamatan atau pemberhentian di bawah kategori penamatan perkhidmatan berikut:

a) pemberhentian akibat salahlaku atau tindakan tatatertib


b) penamatan perkhidmatan secara sukarela atas sebab peribadi
c) staf tidak hadir bertugas melebihi dua (2) hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah,
tidak menghubungi atau tidak cuba menghubungi UTMSPACE untuk memaklumkan
ketidakhadirannya (Seksyen 15(2) Akta Kerja 1955)
d) staf yang memberi maklumat palsu semasa permohonan pekerjaan di UTMSPACE

5.23 PAMPASAN PEMBERHENTIAN


5.23.1 Peruntukan perkara ini terpakai kepada staf di mana perkhidmatannya ditamatkan kerana
berlaku lebihan staf daripada keperluan UTMSPACE. Peruntukan ini tidak terpakai kepada staf yang
ditamatkan perkhidmatannya akibat daripada tindakan disiplin, peletakan jawatan, persaraan atau
penamatan perkhidmatan atas lain-lain sebab.

5.23.2 Staf akan diberi notis seperti berikut :

Tempoh Perkhidmatan Notis


Kurang dari dua (2) tahun Empat (4) minggu
Dua (2) tahun tetapi kurang dari lima (5) tahun Enam (6) minggu

Lima (5) tahun atau lebih Lapan (8) minggu

5.23.3 Prinsip “masuk-kemudian, keluar-dahulu” berdasarkan kepada kategori jawatan akan digunapakai
dalam urusan pengurusan pengurangan staf.

5.23.4 Pihak Pengurusan UTMSPACE akan membuat pertimbangan sewajarnya kepada staf yang
menawarkan diri mereka untuk tujuan proses pengurangan bilangan staf.

5.23.5 UTMSPACE akan membayar faedah pengurangan staf secara keseluruhan kepada staf yang bakal
ditamatkan perkhidmatannya berdasarkan kepada peruntukan perkara ini, dengan syarat staf
berkenaan telah disahkan jawatannya.

20
5.23.6 Kuantum faedah pengurangan yang perlu dibayar adalah seperti berikut :

Tahun Perkhidmatan Kuantum Pampasan

kurang daripada 12 bulan Tiada

12 bulan tetapi kurang daripada dua (2) tahun 1.0 x gaji pokok terakhir x tahun berkhidmat

dua (2) tahun tetapi kurang daripada lima (5) tahun 1.25 x gaji pokok terakhir x tahun berkhidmat

lima (5) tahun dan ke atas 1.50 x gaji pokok terakhir x tahun berkhidmat

5.24 KERJA LEBIH MASA

5.24.1 Staf yang berada di dalam kumpulan perkhidmatan bukan eksekutif adalah layak untuk mendapat
kemudahan ini.

5.24.2 Bagaimanapun, bagi staf berpendapatan melebihi RM2,000.00 sebulan hanya layak menuntut
bayaran ini berasaskan gaji pokok RM2000.00.

Kadar gaji harian = Gaji bulanan


26

5.24.3 Gaji bulanan merangkumi gaji pokok, elaun (kecuali elaun perjalanan), gaji dibayar pada hari cuti
am, cuti am gantian dan cuti rehat.

5.24.4 Kadar gaji sejam bermakna kadar gaji harian dibandingkan dengan jumlah rasmi bekerja dalam
satu hari.

Kadar gaji sejam harian = Kadar gaji


8

5.24.5 Formula bayaran kerja lebih masa adalah seperti berikut :

HARI JUMLAH JAM KERJA FORMULA

Kerja lebih masa melebihi 8 jam waktu 1.5 X kadar gaji sejam X
Hari bekerja rasmi
kerja rasmi jumlah jam lebih masa.

Kerja lebih masa kurang dari 4 jam


waktu kerja rasmi Separuh (1/2) kadar gaji harian

Kerja lebih masa lebih dari 4 jam tetapi


tidak melebihi dari 8 jam waktu kerja rasmi Satu (1) kadar gaji harian

Cuti rehat biasa


Kerja lebih masa melebihi 8 jam waktu (2 X kadar gaji sejam X jumlah jam
kerja rasmi kerja lebih masa)

Kerja lebih masa kurang dari 4 jam Satu (1) kadar gaji harian
waktu kerja rasmi

Kerja lebih masa lebih dari 4 jam tetapi


tidak melebihi dari 8 jam waktu kerja rasmi Dua (2) kadar gaji harian

Hari kelepasan am
Kerja lebih masa melebihi (3 X kadar gaji sejam X jumlah jam
8 jam waktu kerja rasmi kerja lebih masa)

21
5.25 ETIKA BERPAKAIAN

5.25.1 Staf hendaklah sentiasa berpakaian kemas mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
UTMSPACE melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

5.25.2 Staf yang dibekalkan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian seragam sebagaimana yang
telah ditetapkan dalam waktu bekerja rasmi.

5.25.3 Pakaian staf adalah seperti berikut:

STAF LELAKI

a) baju kemeja lengan pendek/ panjang, baju korporat, baju kebangsaan, seluar panjang
berwarna gelap, kasut bertutup
b) ‘Jeans’ atau seluar pendek adalah dilarang semasa waktu kerja
c) rambut sentiasa dalam keadaan kemas
d) mewarnakan rambut secara keterlaluan adalah dilarang
e) staf yang dibekalkan pakaian seragam diwajibkan untuk memakai pakaian tersebut di
sepanjang waktu bertugas rasmi
f) pemakaian sandal / selipar dalam pejabat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

STAF WANITA

a) pakaian sopan dan berlengan, baju korporat, baju kebangsaan, seluar panjang berwarna
gelap, kasut bertutup
b) ‘jeans’ atau seluar pendek adalah dilarang semasa waktu kerja;
c) rambut sentiasa dalam keadaan kemas
d) mewarnakan rambut secara keterlaluan adalah dilarang
e) staf yang dibekalkan pakaian seragam diwajibkan untuk memakai pakaian tersebut
disepanjang waktu bertugas rasmi
f) pemakaian sandal / selipar dalam pejabat adalah tidak dibenarkan
g) gaun pendek dan mini skirt tidak dibenarkan
h) staf mengandung adalah dibenarkan memakai pakaian untuk wanita mengandung yang
sopan.

PETUGAS KAUNTER
a) sentiasa berpakaian kemas atau pakaian yang ditetapkan
b) mempamerkan kad pengenalan diri (ID)

5.26 KAD PENGENALAN DIRI (ID)

5.26.1 Staf akan dibekalkan ID untuk dipakai pada waktu bertugas


5.26.2 Staf hendaklah mempamerkan ID semasa bertugas bagi memudahkan interaksi dan komunikasi di
kalangan staf
5.26.3 Staf akan dikenakan bayaran sekiranya kehilangan ID atau kad tersebut rosak akibat kecuaian
diri staf sendiri

22
ARTIKEL
ARTIKEL 66– FAEDAH-FAEDAH
- FAEDAH-FAEDAH

6.1 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

6.1.1 UTMSPACE dan staf diwajibkan mencarum di bawah KWSP seperti yang ditetapkan di bawah
Akta KWSP 1951.

6.1.2 Caruman akan bermula pada bulan pertama staf berkhidmat atau tarikh lain yang akan
dimaklumkan oleh pihak KWSP dari semasa ke semasa.

6.1.3 Kadar caruman adalah berdasarkan kepada kadar asas caruman yang ditetapkan oleh KWSP.

6.1.4 UTMSPACE akan membayar kadar caruman majikan sebanyak 14%.

6.2 PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

6.2.1 UTMSPACE akan membuat caruman secara bulanan untuk bahagian majikan d a n staf yang
berkelayakan mengikut kadar yang telah ditetapkan.

6.2.2 Staf yang menerima gaji sebanyak RM4,000.00 sebulan dan ke bawah adalah diwajibkan untuk
mencarum dengan pihak PERKESO mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

6.2.3 Bagi staf yang pernah mencarum sebelum ini, staf dikehendaki terus mencarum walaupun
menerima gaji melebihi RM4,000.00.

6.3 SKIM INSURANS PEKERJAAN (SIP)

6.3.1 UTMSPACE akan membuat caruman secara bulanan untuk bahagian majikan d a n staf yang
berkelayakan mengikut kadar gaji yang telah ditetapkan.

6.4 FAEDAH PERUBATAN

UTMSPACE memperuntukkan faedah perubatan seperti berikut :

FAEDAH PERUBATAN
KATEGORI RAWATAN
(Klinik Panel)

a) Pengurusan Tertinggi a) diri sendiri a) klinik panel


b) Eksekutif b) pasangan yang berdaftar b) rawatan gigi
c) Pensyarah c) anak-anak yang berdaftar berumur c) hospital kerajaan
d) Bukan Eksekutif kurang 18 tahun atau yang di bawah d) bagi hospitalisasi (kerajaan
tanggungan sehingga 21 tahun yang dan swasta) Insuran untuk
masih belajar (perlu sertakan bukti) diri staf sahaja

23
6.4.1 Jenis rawatan yang ditanggung adalah berdasarkan kepada :
a) rawatan pesakit luar dan kecemasan
b) pemeriksaan perubatan staf untuk tujuan melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus atau
latihan dan penyambungan kontrak jawatan yang diluluskan oleh UTMSPACE
c) perkhidmatan pemeriksaan kesihatan ibu (antenatal dan post natal dan kanak-kanak) di
hospital kerajaan/ universiti/ panel
d) pemeriksaan kehamilan
e) ubat-ubatan
f) pemeriksaan ulangan/ berkala
g) imunisasi bayi sehingga dua (2) tahun (yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia)

6.4.2 Rawatan penyakit kronik dengan syarat doktor mengesahkan bahawa penyakit kronik tersebut
dikesan buat kali pertama.

6.4.3 Setiap rawatan hendaklah dirujuk kepada hospital kerajaan atau hospital pakar yang berdaftar di
bawah insuran kesihatan.

6.4.4 Rawatan yang tidak ditanggung :


a) rawatan pakar yang tidak berdaftar di bawah insuran kesihatan
b) perbelanjaan berkaitan pembedahan kosmetik dan plastik bagi tujuan berkaitan kecantikan
c) perbelanjaan berkaitan rawatan akibat penyalahgunaan dadah atau narkotik
d) perbelanjaan untuk rawatan mental
e) perbelanjaan rawatan untuk penyakit yang disebabkan perhubungan seks seperti AIDS atau
penyakit lain yang seumpamanya.

6.5 RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN

6.5.1 Staf adalah layak untuk menerima rawatan di mana-mana hospital ataupun klinik yang
disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

6.5.2 Jenis rawatan dan perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:
a) rawatan perubatan atau ubat-ubatan
b) kemudahan wad mengikut jenis kelas
c) kelayakan staf rawatan bersalin 5 anak sahaja

6.5.3 Rawatan perubatan dan bayaran wad/ bilik hospital kerajaan adalah berdasarkan kepada kelayakan
seperti berikut:

KATEGORI JENIS KELAS


Pengurusan Tertinggi
Kelas 1
Eksekutif
Pensyarah
Bukan Eksekutif Kelas 2

24
6.6 KLINIK PANEL

6.6.1 Kemudahan rawatan kesihatan boleh diperolehi di klinik panel yang telah diiktiraf dan dilantik oleh
UTMSPACE.

6.6.2 Tanggungan perbelanjaan majikan adalah terhad kepada kadar maksimum yang ditetapkan iaitu
sebanyak RM70.00 bagi sekali rawatan untuk staf dan tanggungannya.

6.6.3 Bayaran rawatan staf tidak akan ditanggung sekiranya staf mendapatkan rawatan selain dari klinik
panel yang dilantik, kecuali :
a) klinik panel yang berdaftar tiada di dalam kawasan kediaman atau kawasan berdekatan
dengan kediaman staf
b) rawatan kecemasan yang mana klinik panel tiada di kawasan tersebut ketika berlakunya
kejadian kecemasan

6.7 PEMERIKSAAN PERUBATAN/ KESIHATAN

6.7.1 Pemeriksaan perubatan atau kesihatan adalah pemeriksaan secara terperinci yang dilaksanakan
oleh doktor dari hospital kerajaan, pusat kesihatan UTM atau doktor klinik panel yang dilantik oleh
UTMSPACE.

6.7.2 Staf yang berkelayakan dikehendaki mengemukakan permohonan kepada UTMSPACE untuk
menjalani pemeriksaan tersebut.

6.7.3 Terdapat dua (2) peringkat umur dan jenis pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan di
UTMSPACE iaitu :

KATEGORI UMUR KEKERAPAN


Pemeriksaan terperinci satu(1) tahun sekali di:
empat puluh (40) tahun dan ke atas i. Hospital kerajaan,
ii. Pusat Kesihatan UTM
Semua kategori iii.Klinik panel
Pemeriksaan terperinci dua (2) tahun sekali di :
tiga puluh lima (35) tahun - tiga i. Hospital kerajaan,
puluh sembilan (39) tahun ii. Pusat Kesihatan UTM
iii. Klinik panel

6.8 RAWATAN PERGIGIAN DAN PEMBELIAN CERMIN MATA

6.8.1 Tuntutan rawatan pergigian dan pembelian cermin mata yang ditanggung oleh UTMSPACE adalah
sebanyak RM750.00 setahun.

6.8.1.1 Rawatan pergigian


Tuntutan rawatan pergigian yang ditanggung oleh UTMSPACE adalah untuk staf dan
tanggungan, seperti berikut :
a) pemeriksaan dan diagnosis
b) rawatan abses (bengkak gigi)
c) endodontik (mematikan saraf gigi)
d) pembedahan kecil mulut (minor oral surgery)
e) sinar-X ( X-ray)
f) ubat-ubatan
g) cabut gigi
h) tampal gigi
i) cuci gigi (scaling)

25
6.8.1.2 Pembelian cermin mata
i. Tuntutan pembelian cermin mata yang ditanggung oleh UTMSPACE adalah untuk staf
sahaja. Tuntutan yang dibenarkan adalah dua (2) tahun sekali.

ii. Membuat cermin mata di kedai optikal.

iii. Staf boleh membuat tuntutan untuk pembelian cermin mata disebabkan rabun dan
keperluan sahaja. Walau bagaimanapun tuntutan bagi pembelian kanta lekap, ujian
mata dan cermin mata gelap adalah tidak dibenarkan.

6.8.2 Staf hendaklah mengemukakan resit asal semasa membuat tuntutan yang menjelaskan tahap
rabun dan juga silau semasa pembelian dibuat. Resit yang tidak mengandungi maklumat yang
diminta adalah tidak layak untuk tujuan tuntutan. Sebarang kelulusan adalah tertakluk kepada
pihak Pengurusan UTMSPACE.

6.9 HOSPITALISASI

Staf yang dimasukkan ke wad untuk tujuan rawatan adalah dilindungi insuran kesihatan yang
disediakan oleh UTMSPACE.

6.10 FAEDAH KEMALANGAN

Skim kemalangan perlindungan 24 jam merupakan skim perlindungan insuran untuk memberi
perlindungan kepada staf sekiranya berlaku kecacatan atau kehilangan nyawa akibat kemalangan.

6.11 FAEDAH HILANG UPAYA

Staf yang telah disahkan jawatan tetapi perkhidmatannya ditamatkan kerana hilang upaya fizikal atau sakit
kronik yang berpanjangan serta memudaratkan sebelum mencapai umur persaraan wajib, akan dibayar
dengan faedah hilang upaya. Pembayaran akan dibuat kepada staf atau waris terdekat atau pemegang
amanah berdasarkan perlindungan insuran.

6.12 FAEDAH KEMATIAN

Staf yang telah disahkan jawatan dan meninggal dunia sebelum mencapai umur persaraan wajib adalah
berhak mendapat pembayaran faedah kematian. Pembayaran akan dibuat kepada waris terdekat atau
pemegang amanah berdasarkan perlindungan insuran.

6.13 KHAIRAT KEMATIAN

6.13.1 Pihak UTMSPACE akan memberikan sumbangan khairat kematian sebanyak RM500.00 kepada
staf sekiranya berlaku kematian di kalangan ahli keluarga (ibu bapa kandung, suami isteri dan anak
yang sah).

6.13.2 Sumbangan akan diberikan kepada staf setelah mendapat pengesahan mengenai kematian
tersebut.

6.13.3 Sumbangan khairat kematian hanya akan diberikan satu (1) kali pemberian sahaja kepada staf yang
mana ahli keluarganya turut berkhidmat di UTMSPACE.

26
6.14 TUNTUTAN PERJALANAN

Staf yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi di luar pejabat layak
membuat menbuat tuntutan perjalanan kenderaan mengikut syarat di bawah:

i. mendapat kebenaran membawa kereta sendiri daripada Pengarah Urusan atau Ketua
Bahagian
ii. membawa penumpang di kalangan staf UTMSPACE yang mempunyai tujuan yang
sama
iii. membawa barang/peralatan)erkaitan dengan program berdasarkan arahan bertugas.
Bayaran perjalanan adalah enam puluh (RM 0.60) sen perkilometer
iv. staf yang menerima elaun gantian kenderaan adalah tidak layak menuntut bayaran
perjalanan.

6.15 TEMPAHAN KENDERAAN

Staf dibenarkan untuk menggunakan kemudahan kenderaan rasmi UTMSPACE bagi tujuan-tujuan rasmi
sahaja.

Syarat penggunaan kemudahan ini adalah seperti berikut :


i. Semua tempahan perlu mendapat kelulusan dari Ketua Pusat/ Bahagian
ii. Tempahan perlu dibuat dalam tempoh yang disyaratkan oleh pihak pengurusan.
iii. Segala pembatalan harus dimaklumkan kepada pegawai bertanggungjawab dalam masa 24
jam sebelum perjalanan.
iv. Pembatalan tempahan kenderaan yang tidak dimaklumkan oleh pemohon atau penumpang
pusat/ bahagian tersebut akan disenarai hitam daripada menggunakan kenderaan
UTMSPACE.
v. Segala perubahan tarikh atau waktu tempahan harus dimaklumkan secara bertulis atau
email kepada pegawai bertanggungjawab.
vi. Segala tempahan kenderaan akan diproses pada hari bekerja.
vii. Kelulusan tempahan tertakluk kepada kesediaan kenderaan pada tarikh pergerakan /
perkhidmatan diperlukan.

6.16 PENGANGKUTAN UDARA

Syarat bagi menggunakan kemudahan ini adalah seperti berikut :

i. Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh


penerbangan.
ii. Segala tempahan pesawat secara online akan diproses pada hari bekerja.
iii. Tempahan yang telah dihantar adalah muktamad.
iv. Sebarang perubahan yang melibatkan kos tidak akan dilayan kecuali kos tersebut
ditanggung oleh penumpang.
v. Kos kerugian akibat kesilapan atau kecuaian dari pihak yang membuat tempahan
akan ditanggung sendiri.
vi. Mendapat kebenaran daripada Ketua Bahagian
vii. Menjalankan tugas rasmi di luar daerah melebihi 240 km

27
Kelayakan kelas penerbangan adalah seperti berikut :

JAWATAN KELAS PENERBANGAN

Pengarah Urusan Kelas bisnes


Dekan / Pengerusi
Pengarah
Timbalan Pengarah
Timbalan Pengerusi
Pengurus Besar Kanan / Pengurus Besar
Pengurus Kanan / Pengurus Kelas ekonomi
Pensyarah Kanan / Pensyarah
Penolong Pengurus
Eksekutif Akademik Kanan / Eksekutif Akademik
Eksekutif Kanan / Eksekutif
Penolong Eksekutif Kanan / Penolong Eksekutif

6.17 TAMBANG GANTIAN

6.17.1 Staf yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu tempat yang jaraknya melebihi
240 km daripada ibu pejabatnya dan terdapat perkhidmatan kapal terbang atau keretapi layak
menuntut tambang gantian mengikut kadar tambang pengangkutan yang sesuai dengan
kelayakannya.

6.17.2 Staf yang menuntut tambang gantian tidak layak menuntut apa-apa tambang atau bayaran
tambahan yang bersabit dengan perjalanan kapal terbang atau keretapi seperti tambang dari
rumah ke lapangan terbang/ stesen keretapi dan sebaliknya, tambang dari lapangan terbang/
stesen keretapi ke tempat penginapan dan sebaliknya, bayaran cukai lapangan terbang atau
bayaran tempat tidur dalam kereta api.

6.17.3 Tambang gantian yang layak adalah seperti berikut:

JAWATAN KADAR TAMBANG GANTIAN

Pengarah Urusan
Dekan / Pengerusi
Pengarah / Pengurus Besar Kanan
Timbalan Pengarah / Pengurus Besar
Tambang tiket kapal
Pengurus Kanan terbang kelas ekonomi
Pengurus / Pensyarah Kanan
Penolong Pengurus / Pensyarah
Eksekutif Kanan / Eksekutif Akademik Kanan
Eksekutif / Eksekutif Akademik
Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir
Tambang tiket bas/ kereta api (kelas
Pembantu Am Pejabat
biasa)
Pemandu
Pengawal Keselamatan

28
6.18 TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM

6.18.1 Staf yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan jabatan bagi menjalankan tugas
rasmi di luar ibu pejabat adalah layak menuntut tambang pengangkutan awam seperti berikut:
a) teksi/ kereta sewa/ bas/ jenis pengangkutan lain dalam kategori ini.
b) keretapi/ kapal laut/ jenis pengangkutan lain dalam kategori ini.

JAWATAN KELAS
Pengarah Urusan
Dekan / Pengerusi
Pengarah / Pengurus Besar Kanan
Timbalan Pengarah / Pengurus Besar
Pengurus Kanan Kelas 1
Pengurus / Pensyarah Kanan
Penolong Pengurus / Pensyarah
Eksekutif Kanan / Eksekutif Akademik Kanan
Eksekutif / Eksekutif Akademik
Penolong Eksekutif Kanan / Penolong Eksekutif
Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir / Juruteknik / Kelas 2
Pembantu Am Pejabat / Pengawal Keselamatan

6.19 PENGINAPAN HOTEL

6.19.1 Kemudahan penginapan hotel berikan kepada staf yang melaksanakan tugas rasmi di luar daerah
dari kawasan berkhidmat.

6.19.2 Terma & Syarat Tempahan Hotel :


a) Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh menginap.
b) Tempahan yang telah dihantar adalah muktamad.
c) Sebarang perubahan atau pembatalan perlu bertulis atau email kepada pegawai yang
bertanggungjawab.
d) Segala pembatalan harus dimaklumkan kepada pegawai bertanggungjawab dalam masa
48 jam sebelum tarikh penginapan.
e) Tempahan yang melebihi kadar yang ditetapkan UTMSPACE hendaklah ditanggung
oleh staf tersebut.
f) Jika tempahan adalah ‘burn’ kos tetap ditanggung oleh staf tersebut.

6.19.3 Staf yang perlu menginap semasa menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya melebihi 100
kilometer sehala adalah layak menuntut bayaran sewa hotel yang perlu disokong dengan resit
tertakluk kepada kelayakan atau elaun lojing. Sebarang perubahan adalah mengikut pekeliling
perkhidmatan semasa.

29
KADAR
JAWATAN
HOTEL LOJING

Pengarah Urusan Mengikut Resit RM 120.00

Dekan / Pengerusi RM 370.00 RM 110.00

Pengarah / Pengurus Besar Kanan RM 350.00 RM 100.00

Timbalan Pengarah / Pengurus Besar RM 300.00 RM 90.00

Pengurus Kanan RM 280.00 RM 80.00

Pengurus / Pensyarah Kanan RM 250.00 RM 70.00

Penolong Pengurus / Pensyarah RM 230.00 RM 65.00

Eksekutif Kanan / Eksekutif Akademik Kanan


RM 220.00 RM 60.00
Eksekutif / Eksekutif Akademik

Penolong Eksekutif / Penolong Eksekutif Kanan RM 200.00 RM 55.00

Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir /


Juruteknik / Pembantu Am Pejabat / Pengawal RM 160.00 RM45.00
Keselamatan

6.20 ELAUN MAKAN

6.20.1 Elaun makan layak dituntut oleh staf yang bertugas di luar pejabat dalam negeri melebihi 100
kilometer sehala. Kadar dan syarat elaun makan adalah mengikut pekeliling semasa.

JAWATAN KADAR DALAM NEGARA

Pengarah Urusan RM 125.00


Dekan / Pengerusi RM 110.00
Pengarah / Pengurus Besar Kanan RM 105.00
Timbalan Pengarah / Pengurus Besar RM 95.00
Pengurus Kanan RM 90.00
Pengurus / Pensyarah Kanan RM 80.00
Penolong Pengurus / Pensyarah RM 80.00
Eksekutif Kanan / Eksekutif Akademik Kanan RM 75.00
Eksekutif / Eksekutif Akademik RM 65.00
Penolong Eksekutif / Penolong Eksekutif Kanan RM 50.00

Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir /


Juruteknik / Pembantu Am Pejabat / Pengawal RM 45.00
Keselamatan

6.20.2 Staf yang menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabat bagi tempoh melebihi lapan (8) jam tetapi
kurang daripada dua puluh empat (24) jam layak menuntut elaun bersamaan lima puluh (50%)
peratus daripada kelayakan elaun makan.

30
6.21 BERTUGAS RASMI KE LUAR NEGARA

6.21.1 Staf yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar negara adalah layak menuntut elaun,
kemudahan dan bayaran mengikut pekeliling semasa.

LUAR NEGARA
JAWATAN
MAKAN HOTEL LOJING PAKAIAN
PENERBANGAN
PANAS

Pengarah Urusan Mengikut RM 180.00


Bisnes RM 370.00 RM 1,500.00
Resit

Dekan / Pengerusi RM 175.00 RM 1,500.00


Ekonomi RM 350.00 Bilik Biasa

Pengarah / Pengurus
Ekonomi RM 340.00 Bilik Biasa RM 170.00 RM 1,500.00
Besar Kanan

Timbalan Pengarah /
Ekonomi RM 320.00 Bilik Biasa RM 160.00 RM 1,500.00
Pengurus Besar

Pengurus Kanan Ekonomi RM 280.00 Bilik Biasa RM 140.00 RM 1,500.00

Pengurus / Pensyarah
RM 250.00 Bilik Biasa RM 140.00 RM 1,500.00
Kanan Ekonomi

Penolong Pengurus /
RM 230.00 RM 420.00 RM 130.00 RM 1,500.00
Pensyarah Ekonomi
Eksekutif Kanan /
Eksekutif Akademik RM 230.00 RM 400.00 RM 120.00 RM 1,500.00
Ekonomi
Kanan
Eksekutif / Eksekutif
RM 230.00 RM 400.00 RM 120.00 RM 1,500.00
Akademik Ekonomi
Penolong Eksekutif /
Penolong Eksekutif RM 210.00 RM 400.00 RM 120.00 RM 750.00
Ekonomi
Kanan

Pembantu Tadbir Kanan


/ Pembantu Tadbir /
Juruteknik / Pembantu Ekonomi RM 200.00 RM 400.00 RM 120.00 RM 750.00
Am Pejabat / Pengawal
Keselamatan

6.21.2 Perlindungan Insuran Perjalanan Luar Negara akan ditanggung dan diuruskan oleh UTMSPACE.

31
6.22 BAYARAN PENDAHULUAN PERJALANAN

6.22.1 Bayaran pendahuluan perjalanan disediakan untuk memudahkan staf membuat pembayaran
perjalanan.

6.22.2 Bagi perjalanan dalam negeri, staf dibenarkan untuk menuntut sembilan puluh peratus (90%)
daripada anggaran elaun makan, perjalanan dan penginapan hotel

6.22.3 Bagi perjalanan luar negera staf dibenarkan untuk menuntut seratus peratus (100%) daripada
anggaran elaun makan, perjalanan dan penginapan hotel

6.22.4 Elaun pakaian panas hanya boleh dituntut sekali dalam tempoh tiga (3) tahun

6.23 ELAUN PERPINDAHAN

6.23.1 Staf yang diarahkan berpindah melibatkan jarak perjalanan melebihi 240 km adalah layak
menuntut elaun dan bayaran seperti berikut :

6.23.1.1 Perbelanjaan Pengangkutan


i. perbelanjaan pengangkutan barang-barang persendirian staf dan keluarga serta
disokong dengan resit sewaan lori yang beratnya tidak melebihi lapan (8)
tan;
ii. tambang pengangkutan awam untuk staf dan keluarga termasuk seorang
pembantu rumah; dan
iii. elaun perjalanan kenderaan sekiranya staf tersebut menggunakan kenderaan
sendiri.

6.23.1.2 Elaun Gantian Makan dan Bayaran Sewa Hotel


i. elaun gantian makan dan bayaran sewa hotel bagi tempoh tidak melebihi dua
(2) hari sebelum berlepas ke tempat bertukar dan satu (1) hari sesudah
sampai ke destinasi bagi diri staf dan keluarga
ii. bagi tujuan penginapan di hotel seseorang staf dan keluarga layak
menduduki bilik kelamin dengan syarat tiap-tiap bilik kelamin itu digunakan
oleh tidak kurang dari dua (2) orang
iii. kadar elaun gantian makan mengikut pekeliling semasa :

JAWATAN KADAR
Pengarah Urusan RM 125.00
Dekan / Pengerusi RM 110.00
Pengarah / Pengurus Besar Kanan RM 105.00
Timbalan Pengarah / Pengurus Besar RM 95.00
Pengurus Kanan RM 90.00
Pengurus / Pensyarah Kanan RM 80.00
Penolong Pengurus / Pensyarah RM 80.00
Eksekutif Kanan / Eksekutif Akademik Kanan RM 75.00
Eksekutif / Eksekutif Akademik RM 65.00
Penolong Eksekutif / Penolong Eksekutif Kanan RM 50.00
Pembantu Tadbir Kanan / Pembantu Tadbir / Juruteknik /
RM 45.00
Pembantu Am Pejabat / Pengawal Keselamatan

32
6.24 TELEFON BIMBIT

6.24.1 Staf yang layak menerima telefon bimbit adalah mengikut keperluan skop tugas

6.24.2 Kaedah penggunaan kemudahan telefon bimbit :

6.24.2.1 Kerosakan / kehilangan


Sekiranya berlaku kerosakan/ kehilangan telefon bimbit yang dibekalkan di atas
kecuaian staf, staf hendaklah membayar balik harga belian atau menggantikan dengan
peranti dari jenama yang sama.

6.24.2.2 Bayaran bil


Tuntutan bil akan ditanggung sepenuhnya oleh UTMSPACE berdasarkan pakej yang
diberi. Jika bil adalah lebih dari jumlah dari penggunaan atas sebab peribadi hendaklah
ditanggung oleh staf.

6.24.2.3 Pindah Milik


Kemudahan telefon bimbit yang diberikan oleh UTMSPACE ini tidak boleh dipindah milik
kepada pihak ketiga.

6.24.2.4 Telefon bimbit hendaklah dikembalikan kepada UTMSPACE apabila :


i. staf menamatkan perkhidmatan
ii. bersara dari khidmat dengan UTMSPACE
iii. Penempatan/perpindahan ke unit/bahagian/pusat lain

6.24.2.5 Staf yang diberikan telefon bimbit dikehendaki mengaktifkan telefon agar mudah untuk
dihubungi pada bila-bila masa.

6.24.2.6 Pihak Pengurusan UTMSPACE dari semasa ke semasa berhak memberi dan
menarik balik telefon bimbit mengikut keperluan dan perlaksanaan skop tugas staf.

6.25 ELAUN TELEFON

6.25.1 Staf yang layak menerima elaun telefon adalah mengikut keperluan skop tugas :

6.25.2 Kadar elaun telefon akan diberi mengikut jawatan/ keperluan Jawatan.

6.25.3 Elaun telefon akan diberi melalui pembayaran gaji iaitu pada 25 haribulan setiap bulan.

6.25.4 Staf yang diberi elaun telefon dikehendaki mengaktifkan telefon agar mudah untuk
dihubungi pada bila-bila masa.

6.25.5 Pihak Pengurusan UTMSPACE dari semasa ke semasa berhak memberi dan menarik
elaun telefon mengikut keperluan perlaksanaan skop tugas staf.

33
6.26 YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL

6.26.1 Staf digalakkan untuk mendapatkan kelayakan-kelayakan profesional sesuai


berdasarkan kelayakan masing-masing seperti Certified Internal Auditor (CIA), The
Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), Malaysian Institute of
Accountants (MIA), Ir., Sr., Ts, dan lain-lain yang diiktiraf.

6.26.2 UTMSPACE akan menanggung kos yuran permulaan / pendaftaran dan yuran
keahlian (termasuk yuran tahunan) bagi kelayakan profesional yang diperolehi oleh staf.
Kelayakan ini terhad kepada dua (2) keahlian setahun sahaja kepada staf yang telah
disahkan jawatan dan diluluskan oleh Pihak Pengurusan UTMSPACE.

6.26.3 Staf yang hendak menuntut pembayaran bagi perbelanjaan yang telah didahulukan,
sama ada untuk yuran permulaan/ pendaftaran ataupun yuran keahlian boleh berbuat
demikian dengan menyertakan resit asal tuntutan/ pembayaran tersebut.

6.26.4 Tuntutan berkaitan kelayakan profesional tersebut hendaklah dikemukakan kepada


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi tujuan pengesahan sebelum diserahkan
kepada Bahagian Kewangan untuk tindakan selanjutnya untuk tahun semasa sahaja
ketika keahlian dilakukan.

6.26.5 Staf juga perlu mengemukakan butiran-butiran keahlian kelayakan profesional untuk
tujuan pengemaskinian rekod.

6.27 IKATAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN DAN PENGECUALIAN KADAR PEMBIAYAAN

6.27.1 Pemakaian polisi ini adalah bagi kumpulan staf berikut :


i. staf yang mengikuti program pengajian UTMSPACE; dan
ii. staf yang mengikuti kursus/latihan bagi pembangunan kerjaya.

6.27.2 Program Pengajian


i. program pengajian hanyalah bagi yang ditawarkan oleh UTMSPACE sahaja;
ii. program pengajian tersebut hendaklah bersesuaian dengan kepentingan dan
keperluan UTMSPACE; dan
iii. mendapat kelulusan dan perakuan bertulis daripada Ketua Pusat/ Bahagian.

6.27.3 Staf
i. berstatus tetap yang masih berkhidmat di UTMSPACE;
ii. telah melebihi tempoh satu (1) tahun perkhidmatan;
iii. memperolehi markah prestasi kerja yang cemerlang (>85%);
iv. tidak pernah dikenakan tindakan disiplin;dan
v. mengekalkan PNK 2.5 pada setiap semester.

6.27.4 Kos Pembiayaan


i. kos pembiayaan adalah yuran pengajian; dan
ii. pembiayaan adalah dalam tempoh sebelas (11) semester lazim atau lima setengah
(5.5) tahun pengajian sahaja (termasuk semester pendek).

6.27.5 Penguatkuasaan
i. bagi staf yang berhasrat untuk mengikuti pengajian, polisi akan berkuatkuasa
mulai Semester I, Sesi 2014/2015 dan staf akan terus terikat kepada polisi ini; dan
ii. bagi staf yang sedang mengikuti pengajian, tempoh ikatan adalah mengikut
jumlah pembiayaan semasa dan berkuatkuasa mulai tarikh perjanjian
ditandatangani.

34
6.27.6 Tempoh Ikatan

KEMUDAHAN KADAR PEMBIAYAAN IKATAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN

RM 15,001.00 dan ke Staf perlu berkhidmat selama tiga (3) tahun di


atas UTMSPACE .
RM 10,001.00
Staf perlu berkhidmat selama dua (2) tahun di
Pembiayaan hingga
UTMSPACE
RM 15,000.00
Pengajian
RM5,000.00
Staf perlu berkhidmat selama satu (1) tahun di
hingga
UTMPACE
RM 10,000.00

6.27.7 Status Pelajar


a) bagi staf yang menangguh bagi kes-kes tertentu dan diluluskan oleh pihak
pengurusan UTMSPACE, syarikat akan terus membiayai kos pembiayaan
pengajian;
b) bagi staf yang tidak aktif untuk tempoh empat (4) semester berturut- turut, staf akan
diberhentikan daripada pengajian dan tuntutan akan dibuat oleh syarikat UTMSPACE
agar staf membayar kos pembiayaan berdasarkan jumlah pembiayaan semasa
c) bagi staf yang berhenti pengajian, ikatan perjanjan adalah mengikut jumlah kos
pembiayaan yang telah dibiayai oleh UTMSPACE

6.27.8 Bayaran Ganti Rugi


i. Tuntutan ganti rugi akan dikenakan kepada staf sekiranya didapati melanggar
Ikatan Perjanjian Perkhidmatan seperti di jadual di bawah :

PERATUSAN BAYARAN TAHUN IKATAN PERKHIDMATAN


lebih dua (2) tahun tetapi kurang
25% daripada jumlah kos pembiayaan
tiga (3) tahun perkhidmatan.

lebih satu (1) tahun tetapi kurang


50% daripada jumlah kos pembiayaan
dua (2) tahun perkhidmatan.

75% daripada jumlah kos pembiayaan kurang satu (1) tahun perkhidmatan.

ii. Bayaran ganti rugi seratus peratus (100%) dikenakan jika staf diberhentikan
daripada perkhidmatan kerana kes disiplin.

35
ARTIKEL 7 - PEMBANGUNAN KERJAYA STAF

7.1 PEMBANGUNAN KERJAYA STAF

Pembanguan Kerjaya Staf meliputi usaha-usaha secara langsung yang dilaksanakan oleh UTMSPACE
bagi meningkatkan nilai dan kualiti staf agar selari dengan perkembangan dan kemajuan UTMSPACE.

7.2 KURSUS DALAMAN

Kursus dalaman terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu :

JENIS KURSUS DEFINISI


Kursus wajib kursus yang perlu dihadiri oleh semua staf.

kursus yang disediakan bagi membantu dalam peningkatan kerjaya


serta menambah pengetahuan & kemahiran staf selain daripada
Kursus pembangunan diri
pengetahuan tugas yang sedia ada. Staf akademik juga digalakkan
untuk membuat penyelidikan.

latihan yang diberikan di tempat kerja bagi memastikan staf


Latihan sambil bekerja
berkenaan dapat menjalankan tugas dengan baik.

a) Staf dikehendaki memohon/membuat permohonan kursus pembangunan diri sahaja, manakala kursus
wajib adalah berdasarkan perbincangan antara Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber
Manusia dan Ketua Bahagian.

b) Latihan sambil bekerja akan dicalonkan oleh Ketua Bahagian dan diuruskan oleh Unit Pengurusan
Sumber Manusia.

c) Yuran penyertaan bagi mengikuti kursus-kursus tersebut akan ditanggung oleh UTMSPACE.

d) Kehadiran berkursus adalah diwajibkan dan semua permohonan cuti yang dipohon sebelumnya
adalah terbatal kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

7.3 KURSUS LUARAN

7.3.1 Kursus luaran adalah kursus yang dianjurkan oleh pihak luar dan diadakan di luar premis
UTMSPACE dan berbentuk jangka pendek ataupun jangka panjang mengikut keperluan kursus.

7.3.2 UTMSPACE boleh mengarahkan staf menghadiri kursus luaran mengikut kesesuaian. Staf yang
berminat untuk mengikuti kursus ini perlu mendapat sokongan terlebih dahulu daripada Ketua
Bahagian dan memastikan kursus tersebut bersesuaian dengan bidang tugas dan tidak pernah
menyertai / mengikuti kursus tersebut dalam tempoh tiga (3) tahun. Permohonan kursus luaran perlu
mendapat kelulusan dari Pengarah Urusan.

7.3.3 Staf yang terpilih untuk mengikuti kursus yang berkenaan akan dibiayai yuran penyertaan kursus
dan perbelanjaan lain yang berkaitan di sepanjang tempoh kursus berlangsung berdasarkan kepada
kelayakan yang ditetapkan.

7.3.4 Kehadiran berkursus adalah diwajibkan dan semua permohonan cuti yang dipohon sebelumnya
adalah terbatal kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

36
7.4 IKATAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN PEMBANGUNAN KERJAYA STAF

7.4.1 Kursus/ Latihan


a) pengisian kursus/latihan perlu menepati bidang tugas, keperluan tugas dan
tanggungjawab seseorang staf;
b) keputusan sama ada kursus/latihan yang diikuti oleh staf memerlukan ikatan perjanjian
perkhidmatan akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran UTMSPACE
mengikut kes-kes tertentu; dan
c) persijilan kemahiran

7.4.2 Staf
a) staf yang berstatus tetap dan masih berkhidmat di UTMSPACE
b) telah melebihi tempoh satu (1) tahun perkhidmatan
c) memperolehi markah prestasi kerja yang cemerlang (>85%)
d) tidak pernah dikenakan tindakan disiplin

7.4.3 Kadar Kos Pembiayaan Kursus/ Latihan


a) terpakai kepada staf di mana kadar pembiayaan kursus/latihannya ditanggung oleh
UTMSPACE; dan
b) lain-lain bayaran mengikut kelayakan

KADAR
KEMUDAHAN IKATAN PERJANJIAN PERKHIDMATAN
PEMBIAYAAN

RM 4,000.00 hingga staf perlu berkhidmat selama satu (1) tahun


RM 10,000.00 di UTMSPACE

Pembangunan RM 10,001.00 hingga staf perlu berkhidmat selama dua (2) tahun
Kerjaya Staf RM 15,000.00 di UTMSPACE

RM 15,001.00 dan ke staf perlu berkhidmat selama tiga (3) tahun


atas di UTMSPACE

7.4.4 Bayaran Ganti Rugi

a) Tuntutan ganti rugi akan dikenakan kepada staf sekiranya didapati melanggar Ikatan
Perjanjian Perkhidmatan seperti jadual berikut :

PERATUSAN BAYARAN TAHUN IKATAN PERKHIDMATAN

75% daripada jumlah kadar pembiayaan


kurang satu (1) tahun perkhidmatan.
kursus/latihan

50 % daripada jumlah kadar pembiayaan lebih satu (1) tahun tetapi kurang dua (2)
kursus/latihan tahun perkhidmatan.

25 % daripada jumlah kadar pembiayaan lebih dua (2) tahun tetapi kurang tiga (3)
kursus/latihan tahun perkhidmatan.

b) Bayaran ganti rugi seratus peratus (100%) dikenakan jika staf ditamatkan perkhidmatan
dalam tempoh ikatan perjanjian kerana kes tatatertib.

37
ARTIKEL 8 - DISIPLIN

8.1 DISIPLIN

8.1.1 UTMSPACE berhak mengenakan tindakan disiplin terhadap staf yang didapati melakukan
kesalahan atau melanggar terma dan syarat perkhidmatan.
8.1.2 Sebarang tindakan disiplin akan diambil mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh
UTMSPACE, Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perindustrian 1967 yang disahkan secara
bertulis berdasarkan kepada prinsip keadilan asasi.
8.1.3 Tatacara tindakan disiplin adakan seperti Lampiran A

8.2 HAK MERAYU

Staf yang dikenakan tindakan disiplin mempunyai hak untuk membuat rayuan kepada Pengarah Urusan dengan
mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar daripada tarikh staf berkenaan
dikenakan hukuman. Pengarah Urusan akan membuat keputusan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja ke atas
rayuan dan memaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia untuk tindakan susulan.

38
ARTIKEL 9 - RUNGUTAN DAN KILANAN

9.1 TATACARA MENYELESAIKAN RUNGUTAN ATAU KILANAN

UTMSPACE memperakui bahawa setiap rungutan/kilanan yang timbul dan tidak diselesaikan dengan kadar segera
memberikan kesan buruk ke atas moral, kecekapan dan tahap produktiviti staf. Atas dasar ini pihak Pengurusan
UTMSPACE mewujudkan tatacara ini bagi memberi ruang seluasnya kepada staf sekiranya wujud rasa tidak puas
hati terhadap sesuatu perkara.

a) Kilanan ditakrifkan sebagai aduan oleh staf yang dikemukakan kepada ketua bahagian dan tidak
diselesaikan dengan cara yang dapat memuaskan hati staf.

b) Tatacara ini membolehkan sebarang rungutan/kilanan staf terhadap pihak Pengurusan UTMSPACE
diselesaikan secara saksama dan dengan kadar segera.

c) Setiap rungutan/kilanan akan diselesaikan mengikut lunas peraturan yang telah ditetapkan agar
persetujuan dapat dicapai di peringkat akar umbi dan seterusnya memelihara hubungan harmoni di
antara majikan dan staf.

d) Rungutan/kilanan perlu dikemukakan kepada ketua bahagian secara bertulis.

e) Rungutan/kilanan perlu diselesaikan dengan merujuk kepada ketua bahagian terlebih dahulu dan
kemudiannya merujuk kepada peraturan selanjutnya.

f) Tatacara Kilanan adalah seperti di Lampiran B.

39
ARTIKEL 10 - PROSEDUR KERJA

10.1 PROSEDUR KERJA

Staf adalah tertakluk kepada garis panduan prosedur kerja yang ditetapkan oleh UTMSPACE

10.1.1 Rujuk Lampiran C.

40
LAMPIRAN A

TINDAKAN DISIPLIN

Tindakan disiplin bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh staf. UTMSPACE berhak mengambil
salah satu daripada tindakan berikut :

a) mengeluarkan makluman/teguran melalui memo atau surat amaran bertulis; atau

b) menahan kenaikan gaji bagi tempoh tertentu; atau

c) menggantung perkhidmatan staf tanpa gaji bagi tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari; atau

d) menurunkan pangkat staf; atau

e) memecat staf tanpa notis; atau

f) mengenakan caj kewangan / gantirugi di dalam kes yang membuktikan kerugian dan kerosakan kepada
harta atau pendapatan UTMSPACE; atau

g) mengenakan apa-apa hukuman lain sebagaimana yang disifatkan adil dan patut

TATACARA DISIPLIN

a) Tatacara yang ditetapkan oleh UTMSPACE dalam mengambil tindakan disiplin staf adalah seperti berikut :

i. proses kaunseling dan merekod sesi

ii. proses peringatan

iii. nota aku janji ketika proses kaunseling dan peringatan

iv. pengawasan disiplin selepas proses kaunseling dan peringatan

v. proses amaran dan merekod sesi

vi. siasatan bagi salah laku dan kesalahan yang dianggap berat

vii. pendakwaan untuk sesi siasatan dalaman

viii. memilih panel sesi siasatan dalaman

ix. tatacara dan proses siasatan dalaman

x. keputusan serta penghukuman

Walau bagaimanapun UTMSPACE berhak untuk melangkau proses di atas berdasarkan kesalahan yang
dianggap berat seperti pecah amanah, curi dan kecuaian yang mengakibatkan kerugian kepada UTMSPACE.

41
PROSEDUR SIASATAN DALAMAN

Sebelum mana-mana staf dikenakan tindakan disiplin, UTMSPACE akan memastikan bahawa siasatan yang wajar
telah dilaksanakan sejajar dengan peruntukan undang- undang yang berkuat kuasa dan prinsip keadilan asasi.

a) UTMSPACE berhak menggantung perkhidmatan staf untuk tempoh tidak melebihi empat belas (14)
hari dengan membayar separuh gaji. Sekiranya penyiasatan yang dijalankan mendapati pekerja tidak
bersalah, UTMSPACE akan membayar semula separuh gaji yang ditahan.

b) sekiranya penggantungan bagi penyiasatan ini perlu dilanjutkan, tempoh penggantungan adalah tidak
melebihi dua (2) minggu dengan pembayaran gaji penuh kepada staf tersebut.

c) sepanjang tempoh penggantungan, staf tidak dibenarkan hadir bertugas dan/atau memasuki premis
UTMSPACE dan ditarik balik kebenaran mengakses sistem maklumat UTMSPACE, kecuali beliau
diperlukan untuk membantu UTMSPACE melengkapkan penyiasatan di mana staf akan dimaklumkan
secara bertulis.

d) bagi tujuan melengkapkan siasatan dalaman, komposisi siasatan adalah terdiri daripada kumpulan
seperti berikut :

KUMPULAN BUTIR PERANAN/FUNGSI

mengetuai sesi perbicaraan dalam memastikan


tatacara dipatuhi dengan teratur termasuk berperanan
a) menangguh sesi siasatan dalaman
b) membuat keputusan sesi perbicaraan siasatan
dalaman
Pengerusi Panel c) membuat keputusan tentang kerasionalan soalan
yang dikemukakan
d) membuat keputusan berkaitan dokumen
pembuktian; dan
e) mengawal perjalanan dan tingkah laku pihak-
Panel Siasatan pihak semasa sesi perbicaraan berlangsung

membantu menjalankan peranan dan fungsi yang


Ahli Panel
dimainkan oleh pengerusi panel
mencatat, merekod dan memaklumkan dalam sesi
Setiausaha
dalaman/ perbicaraan

menterjemah dan mengalih bahasa sekiranya siasatan


Juru bahasa dalaman/ perbicaraan dijalankan dalam bahasa yang
tidak difahami oleh tertuduh.

Pegawai menjalankan pendakwaan ke atas staf yang


Pendakwa didakwa melakukan salah laku
Pendakwa Siasatan
Penolong Pendakwa menjalankan pendakwaan ke atas staf yang
(seorang) didakwa melakukan salah laku

Tertuduh staf yang didakwa melakukan salah laku


Pembela Siasatan
Pembantu Tertuduh membantu tertuduh sebagai pembela

e) Pengurusan UTMSPACE akan melantik Kumpulan Panel Siasatan manakala Bahagian Sumber
Manusia akan melantik Kumpulan Pendakwa Siasatan.

f) Kumpulan Panel Siasatan diberi kuasa untuk memanggil mana-mana staf yang difikirkan dapat
membantu dalam penyiasatan dan mendengar serta menimbang semua kenyataan yang diberikan.

g) Kumpulan Panel Siasatan menyiapkan hasil siasatan dan mencadangkan kepada pihak Pengurusan
UTMSPACE.

42
h) Pengurusan UTMSPACE memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap staf yang dituduh dengan
mengambil kira hasil siasatan dan cadangan panel siasatan.

i) semua tindakan disiplin yang diambil terhadap staf hendaklah direkodkan secara bertulis dan
salinannya disimpan di dalam fail peribadi staf tersebut.

43
TINDAKAN KEMUNGKIRAN KONTRAK / ‘BREACH OF CONTRACT’

KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN HUKUMAN

Bahagian I Serius/major Siasatan Dalaman (diberhentikan & gantung kerja separuh gaji)

BAHAGIAN I

Staf yang melakukan salah satu daripada kesalahan yang dinyatakan di dalam Bahagian I akan menerima
hukuman penamatan perkhidmatan di UTMSPACE :

1. membocorkan maklumat sulit UTMSPACE

2. menyalahguna kuasa atau jawatannya untuk kepentingan peribadi

3. mencemar dan memburukkan nama dan kedudukan UTMSPACE serta staf UTMSPACE samada secara lisan,
atau bertulis

4. disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah

5. mengedar dan mengambil dadah yang diharamkan

6. ingkar dengan arahan rasmi hingga mengganggu operasi UTMSPACE

7. cuai dan tidak mengambil berat tentang sesuatu perkara hingga menyebabkan kerosakan kepada harta benda
UTMSPACE, pencemaran nama UTMSPACE atau kerugian kepada UTMSPACE

8. menerima dan memberi rasuah wang ringgit atau kebendaan

9. tidak hadir bertugas melebihi dua (2) hari berturut-turut tanpa alasan dan bukti yang munasabah

10. sengaja menyebabkan kerosakan kepada harta UTMSPACE atau harta dalam jagaan UTMSPACE

11. memalsukan kenyataan kedatangan sendiri atau pekerja lain

12. mencuri atau cuba mengubah harta kepunyaan dalam jagaan UTMSPACE dan membawa keluar barang-
barang kepunyaan UTMSPACE tanpa kebenaran

13. menipu dan tidak jujur yang berkaitan dengan perniagaan dan harta benda UTMSPACE

14. bergaduh dengan orang lain, sama ada staf UTMSPACE atau orang luar, di dalam kawasan UTMSPACE
melainkan untuk mempertahankan diri atau menyelamatkan nyawa

15. membuat kelakuan yang tidak bermoral di dalam kawasan UTMSPACE.

16. memalsukan atau mengubah atau meniru tandatangan dan memalsukan atau mengubah lain-lain dokumen
rasmi dengan tujuan untuk kepentingan peribadi dan menipu UTMSPACE

17. membuat kenyataan palsu samada secara lisan atau bertulis

18. tidak amanah yang melibatkan kerugian yang besar kepada UTMSPACE

19. mengelirukan atau menyembunyikan sesuatu kenyataan sama ada dengan cara lisan atau bertulis

20. membahayakan nyawa, menyebabkan kecederaan atau kematian kerana cuai

21. membawa atau minum minuman keras atau mabuk di UTMSPACE atau semasa bertugas

22. gangguan seksual merujuk kepada Akta Kerja 1955 Bahagian 15A.

23. melakukan penyelewengan kewangan atau harta UTMSPACE

44
24. terlibat dalam sebarang bentuk judi, sama ada dengan menggunakan nilai taruhan atau wang termasuk
secara atas talian di UTMSPACE

25. bersubahat, menghasut, menyokong, membantu atau menyebabkan pekerja lain melakukan sebarang
kesalahan yang disenaraikan dalam bahagian ini

45
KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN HUKUMAN

Pertama Amaran terakhir & gantung kerja tiga (3) hari


BAHAGIAN II
Ulang Siasatan Dalaman (diberhentikan/ gantung kerja separuh gaji)

BAHAGIAN II

Staf yang melakukan salah satu daripada kesalahan yang dinyatakan di dalam Bahagian II akan diberi amaran
terakhir dan perkhidmatannya digantung selama tiga (3) hari tanpa gaji. Jika staf tersebut melakukan kesalahan di
dalam Bahagian ini, ia akan menerima hukuman diberhentikan & gantung kerja separuh gaji.

1. merokok di tempat larangan merokok dalam bangunan UTMSPACE

2. sengaja melambat-lambatkan kerja atau kurang efisien

3. hubungan sulit sesama staf yang mencemarkan imej dan prestasi UTMSPACE

4. meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran yang sah dan tidak dapat dihubungi

5. tidak hadir bertugas satu (1) hari tanpa alasan dan bukti yang munasabah

6. mengadakan mesyuarat di luar skop tugas dan dan/atau bagi kepentingan peribadi dalam kawasan
UTMSPACE

7. mengancam atau menggertak orang lain, sama ada staf UTMSPACE atau orang luar di dalam kawasan
UTMSPACE

8. menggunakan harta UTMSPACE untuk urusan peribadi tanpa kebenaran

9. membawa atau minum minuman keras atau mabuk di dalam kawasan UTMSPACE

10. berjual-beli di dalam kawasan UTMSPACE tanpa kebenaran

11. memaparkan atau mengedarkan kenyataan, pelekat, risalah atau makalah yang tidak dibenarkan

12. melanggar atau mengabaikan peraturan kerja atau undang-undang UTMSPACE

13. menimbulkan gangguan atau kekacauan dalam kawasan UTMSPACE

14. berlaku kasar atau kurang sopan terhadap pekerja lain atau pelanggan UTMSPACE

15. gagal melaporkan sebarang kemalangan yang tidak diingini yang melibatkan staf atau harta benda
UTMSPACE

16. melanggar arahan UTMSPACE

17. bersubahat, menghasut, menyokong, membantu atau menyebabkan pekerja lain melakukan sebarang
kesalahan yang disenaraikan dalam bahagian ini

18. merakamkan kedatangan staf lain atau meminta staf lain merakam kedatangannya

46
KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN HUKUMAN

Kesalahan pertama Amaran bertulis

BAHAGIAN III Ulang Amaran terakhir/ gantung kerja 3 hari

Ulang Siasatan Dalaman (diberhentikan & gantung kerja separuh gaji)

BAHAGIAN III

Staf yang melakukan salah satu daripada kesalahan yang dinyatakan di dalam BAHAGIAN III akan diberi surat
amaran. Sekiranya berulang dengan kesalahan di dalam Bahagian ini, staf akan diberi amaran terakhir dan
perkhidmatannya digantung selama tiga (3) hari tanpa gaji. Jika ia melakukan satu lagi kesalahan di dalam bahagian
ini, staf akan menerima hukuman diberhentikan kerja.

1. membuat kutipan wang dalam kawasan UTMSPACE tanpa kebenaran tidak mengambil berat atau lalai dalam
kerja

2. memberi tumpang kepada orang luar semasa memandu kenderaan UTMSPACE tanpa kebenaran

3. membuat kenyataan atau tuntutan palsu mengenai kerja lebih masa atau sebarang elaun dengan sengaja

4. melanggar atau mengabaikan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja

5. tidur semasa bertugas

6. menghentikan kerja sebelum masa yang ditetapkan tanpa kebenaran

7. lewat datang bertugas tanpa alasan munasabah dan diperakui ketua bahagian

8. lewat datang bertugas lebih dari tiga (3) kali dalam sebulan

9. tidak mengenakan pakaian seragam atau berpakaian tidak kemas semasa bertugas

10. bersubahat, menghasut, menyokong, membantu atau menyebabkan pekerja lain melakukan sebarang
kesalahan yang disenaraikan dalam bahagian ini

11. melayari laman sesawang terlarang yang tiada kaitan dengan urusan kerja

47
KATEGORI KESALAHAN KESALAHAN HUKUMAN

Kesalahan pertama Amaran pertama

BAHAGIAN IV Kesalahan kedua Amaran kedua


Siasatan Dalaman (sama ada diberhentikan & gantung
Kesalahan ketiga
kerja separuh gaji) berdasarkan kes

BAHAGIAN IV

Staf yang melakukan salah satu daripada kesalahan yang dinyatakan di dalam BAHAGIAN IV akan diberi surat
amaran sehingga dua (2) kali kesalahan. Sekiranya staf melakukan satu lagi kesalahan di dalam bahagian ini, staf
akan diberi amaran terakhir dan perkhidmatannya digantung selama tiga (3) hari tanpa gaji dan jika staf melakukan
satu lagi kesalahan di dalam Bahagian ini, ia akan menerima hukuman diberhentikan dan digantung kerja separuh
gaji.

1. melengah-lengahkan, melewat-lewatkan atau mensia-siakan waktu semasa menjalankan tugas

2. tidak efisien dalam menjalankan tugas yang diamanahkan

3. kurang perhatian semasa menjalankan tugas

4. tidak menyusun atau meletakkan harta UTMSPACE dengan betul

5. tidak mengambil berat tentang kebersihan tempat kerja atau kawasan UTMSPACE
yang lain

6. menggunakan harta UTMSPACE dengan tidak betul hingga rosak

7. tidak mengambil berat untuk membuat catatan yang betul di dalam buku atau rekod

8. kurang mengambil berat tentang kenyataan dan maklumat

9. bersubahat, menghasut, menyokong, membantu atau menyebabkan pekerja lain melakukan sebarang
kesalahan yang disenaraikan dalam bahagian ini

48
LAMPIRAN B TATACARA KILANAN

TATACARA KILANAN

a) LANGKAH PERTAMA
Staf boleh membawa rungutan kepada Ketua Bahagian atau yang terdekat dalam tempoh dua (2) hari dari
tarikh timbul rungutan.

b) LANGKAH KEDUA
Jika tiada penyelesaian memuaskan dari ketua dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah mengambil
tindakan langkah pertama, staf boleh membawa rungutan secara bertulis dengan menggunakan borang
rungutan yang disediakan kepada Ketua Bahagian.

c) LANGKAH KETIGA
Jika perkara itu masih tidak dapat diselesaikan setelah mengambil tindakan langkah kedua, staf itu boleh
membawa rungutan sama ada secara terus atau melalui Pengurus Unit Pengurusan Sumber Manusia dalam
tempoh tiga (3) hari bekerja.

d) LANGKAH KEEMPAT
Jika perkara itu masih tidak dapat diselesaikan setelah mengambil langkah ketiga, staf perlu membawa
rungutan itu kepada Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

e) LANGKAH KELIMA
Jika perkara itu masih tidak dapat diselesaikan setelah mengambil langkah keempat dalam tempoh tiga (3)
hari bekerja, staf perlu membawa rungutan itu kepada Pengarah Urusan dalam tempoh empat (4) hari
bekerja.

PERLANJUTAN HAD MASA

Di semua peringkat tatacara di mana had masa ditetapkan, had masa tersebut boleh dilanjutkan dengan
persetujuan di antara staf dan pihak Pengurusan UTMSPACE.

HAD MASA BAGI PENYAMPAIAN RUNGUTAN

Apa-apa masalah atau aduan yang tidak dibawa oleh staf kepada ketuanya yang terdekat dalam masa dua (2)
minggu dari tarikh bermula, aduan atau masalah tersebut tidak akan dilayan.

49
LAMPIRAN C

PROSEDUR KERJA

Sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan, staf hendaklah pada setiap masa:

a) menyokong semua polisi, tatacara dan amalan kerja UTMSPACE

b) melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan sentiasa memelihara nama baik dan kepentingan
UTMSPACE pada setiap masa

c) menumpukan kepada pembangunan kerjaya di UTMSPACE dan tidak melibatkan diri dalam sebarang
bentuk pekerjaan lain walaupun secara sambilan

d) menjaga kesopanan dan ketertiban untuk mencerminkan kedudukan baik


UTMSPACE

e) melindungi maklumat-maklumat sulit yang diperolehi semasa dan selepas tempoh perkhidmatan dengan
UTMSPACE

f) menjalankan segala tugas dengan amanah, penuh ketekunan dan kejujuran serta berusaha meningkatkan
imej UTMSPACE

g) bersedia menerima setiap arahan yang relevan dari semasa ke semasa

h) mewujudkan kerjasama erat di kalangan rakan-rakan sekerja dan sentiasa menghulurkan bantuan dalam
menjamin kelancaran operasi UTMSPACE

i) memupuk suasana kerja yang harmoni dan membantu memainkan peranan dalam menyelesaikan apa-apa
aduan dengan cara yang sesuai dan munasabah

j) mengelakkan penyalahgunaan kepentingan dan kedudukan yang mana boleh menimbulkan salah faham,
kekacauan, pecah belah atau perselisihan di kalangan staf

k) menumpukan sepenuh masa kepada UTMSPACE dan tidak melibatkan diri dengan sebarang perdagangan,
perniagaan atau pekerjaan termasuk kerja-kerja swasta atau umum yang boleh mengganggu prestasi kerja di
UTMSPACE semasa waktu bertugas

l) menghindarkan diri daripada melakukan jenayah atau apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan
kerugian dan merosakkan harta benda dan reputasi UTMSPACE

m) tidak menggunakan kedudukan atau nama UTMSPACE untuk mendapatkan keuntungan atau bantuan
peribadi tanpa kelulusan UTMSPACE

n) tidak menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan sebarang artikel, buku, gambar atau surat atau memberi
wawancara atau menyiarkan atau menyampaikan sebarang syarahan atau seumpamanya berkenaan
sebarang perkara berhubung dengan tugas, perniagaan UTMSPACE atau perkara lain tanpa kelulusan
bertulis dari UTMSPACE

o) tidak menandatangani sebarang perjanjian, membuat jaminan peribadi, nota perjanjian yang melibatkan
UTMSPACE

p) tidak berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan tugas di UTMSPACE

q) mematuhi waktu kerja yang telah ditetapkan dan sentiasa memulakan kerja tepat pada waktu

r) berpakaian professional bersesuaian dengan tugas yang dijalankan dan jawatan yang disandang

s) tidak melakukan sebarang gangguan seksual secara perbuatan, lisan atau tulisan atau gangguan
seumpamanya kepada staf lain.

50
SURAT AKU JANJI KOD ETIKA DISIPLIN

Saya ................................................................. No. Staf .............................. adalah dengan ini memahami dan

akur setelah diberi penerangan bersabit dengan tindakan yang akan diambil sekiranya saya didapati melakukan

pelanggaran kepada mana- mana kesalahan disiplin yang terkandung di dalam Buku Perkhidmatan pada setiap

masa UTMSPACE adalah berhak mengambil tindakan disiplin jika saya melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

…………………………………..
Tandatangan

Nama : …………………………………………….

No. Kad Pengenalan : …………………………………………….

Tarikh : …………..........................................

51

You might also like