You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA NOVELIS BLINK

Bil. Ucapan Catatan


1.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Yang dihormati, Puan Shasya Ali, Novelis BLINK,
Yang berusaha,
Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan, Guru besar SK Kuala Kubu
Bharu,
Cikgu Nursanty binti Hassan Berseri, Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Muhamad Faizal bin Sani, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Cikgu Nurol Wahidah binti Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum,
Cikgu Norzakiah binti Harun, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi.


2.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya
dapat lah kita berkumpul di Arena Jauhari ini bagi menjayakan
Program Motivasi Bersama Puan Shasya Ali.

Sebelum memulakan majlis pada hari ini, saya mempersilakan


………………………………………………………………………….
untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

3. Aamiin aamiin ya rabbal a’lamiin.

Terima kasih ………………………………………………………………


atas bacaan doa itu tadi.

Baiklah, kini adalah acara yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan


lagi dengan mempersilakan Puan Shasya Ali, Novelis BLINK, bagi
menyampaikan ceramah motivasi.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


4.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Shasya Ali atas ucapan dan
kesudian untuk menyampaikan ceramah motivasi sebentar tadi.

Diharapkan, input yang disampaikan sebentar tadi, dapat disimpan


dan jadikan panduan buat kita semua.

Seterusnya, sebagai tanda penghargaan pihak sekolah, dengan ini


majlis mempersilakan Cikgu Hariani binti Mohd Hamdan, Guru
Besar SK Kuala Kubu Bharu bagi menyampaikan cenderahati
kepada penceramah kita pada hari ini. Dipersilakan.

5.
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hariani atas penyampaian
cenderahati itu tadi.
Kini, majlis tiba ke penghujungnya. Sebelum majlis melabuhkan
tirai, kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan
sepanjang pengendalian majlis pada hari ini.
Saya mewakili pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Puan Shasya kerana sudi hadir ke sekolah kami pada hari
ini. Mohon halal segala ilmu yang disampaikan dan semoga ada
jodoh kita untuk berjumpa lagi.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah, assalamualaikum w.b.t.

You might also like