You are on page 1of 2

Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Daerah Pentadbiran, 2022 membentangkan data anggaran

penduduk pertengahan tahun di peringkat Negeri dan Daerah Pentadbiran bagi tahun
2020-2022. Penerbitan ini merupakan penerbitan pertama diterbitkan sehingga ke peringkat Daerah
Pentadbiran. Anggaran ini telah disemak semula berasaskan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 dan
dikemas kini berdasarkan rekod kelahiran, kematian, migrasi antarabangsa tahunan terkini
menggunakan sumber data pentadbiran daripada agensi yang berkaitan. Manakala migrasi dalaman
adalah berdasarkan Survei Migrasi oleh DOSM. Kaedah penganggaran yang digunakan dalam
penerbitan ini adalah berdasarkan garis panduan daripada Manual I - Methods of Estimating Total
Population for Current Dates yang diterbitkan oleh United Nations (1952) dan The Method and
Materials of Demography (2004).

Anggaran penduduk merupakan input utama yang digunakan dalam pembentukan, pelaksanaan dan
pemantauan dasar di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang kependudukan, kesihatan,
pendidikan, ekonomi dan sosial di Malaysia.

Bahagian pertama penerbitan ini membentangkan ringkasan penemuan. Bahagian kedua pula
memuatkan jadual terperinci peringkat Daerah Pentadbiran bagi membantu pengguna membuat
analisis. Ini diikuti oleh nota teknikal yang menerangkan konsep, definisi dan metodologi bagi
membantu pengguna memahami statistik yang diterbitkan.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang
dalam penyediaan penerbitan ini. Setiap maklum balas dan cadangan daripada semua pihak untuk
penambahbaikan penerbitan ini pada masa akan datang amat dihargai.

DATO’ SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


Ketua Perangkawan Malaysia
December 2022

iii
The Current Population Estimates, Administrative District, 2022 present’s mid-year population estimates
at states dan administrative district level for the year 2020-2022. This publication is the first publication to
be published up to the level of the administrative District. The yearly current population estimates is based
on the 2020 Population and Housing Census and takes into account current yearly births, deaths and
international migration records using administrative data sources from related agencies. The methodology
used is based on the guidelines from Manual I - Methods of Estimating Total Population for Current Dates
by United Nations (1952) and The Method and Materials of Demography (2004).

Population estimates is the main input used for formulation, implementation and monitoring of policies at
national and international levels in the field of population, health, education, economy and social in
Malaysia.

The first part of this publication focuses on the summary of findings. To facilitate analysis by users, the
second part presents detailed tables at Administrative District levels. The technical notes consist of the
concepts, definitions and methodology is also incorporated in this publication to assist users in
understanding the published statistics.

The Department gratefully acknowledges the co-operation rendered by all parties who have contributed
in preparing this publication. Every feedback and suggestion from all parties towards improving the future
publication is highly appreciated.

DATO’ SRI DR. MOHD UZIR MAHIDIN


Chief Statistician, Malaysia
December 2022

iv

You might also like