You are on page 1of 8

தேசிய வகை பெலெப்பாத் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி

கோத்தா திங்கி,ஜொகூர்.

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (T) LADANG PELEPAH


KOTA TINGGI, JOHOR.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN kali KE-65


PERINGKAT SEKOLAH
2022
TEMA:
MALAYSIA PRIHATIN
பரிவுமிகு மலேசியா
LOGO:

ANJURAN OLEH:
PANITIA SEJARAH

DENGAN KERJASAMA
PIBG SEKOLAH

1.0          PENDAHULUAN

Panitia Sejarah akan mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan
bagi mengisi takwim Sjkt Ladang Pelepah bagi tahun 2022. Justeru, Panitia Sejarah akan
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65
bertemakan Malaysia Prihatin. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti
yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai
pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan
kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sjkt Ladang Pelepah.

2.0          MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk
semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat
mengeratkan silaturahim dalam kalangan murid mahupun guru-guru. Malah, program ini
bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah
kemerdekaan negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain
itu, pertandingan dianjurkan dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat
terpendalam murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Pelepah Kota Tinggi Johor.
Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik
SJKT Ladang Pelepah pada peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan
antara sekolah dan daerah.

3.0          OBJEKTIF

 Mencungkil bakat murid.


 Menyemai semangat sayang akan negara.
 Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama dan
mempunyai semangat patriotik serta cintakan negara.
 Melahirkan murid kreatif dan inovatif.
 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria pada Bulan Kemerdekaan.
 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan.
 Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara.
 Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat
kemerdekaan yang kita kecapi.
4.0       PENGANJURAN
Panitia Sejarah dengan Kerjasama PIBG Sekolah.
5.0       TARIKH
Sempena Bulan Kemerdekaan dari 16 Ogos 2022 hingga Majlis Penutupan Bulan
Kebangsaan pada 16 September 2022.

6.0       KUMPULAN SASARAN

Guru-guru SJKT Ladang Pelepah.


Murid-murid SJKT Ladang Pelepah.

7.0       STRATEGIK

Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara
menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan
pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan
dengan bantuan dan kerjasama semua guru.

8.0       JADUAL PELAKSANAAN
CADANGAN AKTIVITI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Bil Aktiviti Penyelaras / Perincian Cadangan Tarikh


Tempat
1. Pertandingan Mewarna Panitia Tahap 1 (Tahun 1-3) 17 Ogos 2021
(Tahap 1) Pendidikan Seni Tahap 2 (Tahun 4-6) 1 Hari
Pertandingan membuat poster Visual / Rumah Guru yang mengajar mata
(Tahun 4) masing-masing pelajaran DSV
Pertandingan Montaj
(Tahun 5,6)
2. Pertandingan Nyanyian Lagu Panitia Seni &  Aktiviti Individu 30 Ogos 2021
Solo
Patriotik - Solo Muzik 2 Minggu
(Terbuka Tahun 1- Tahun 6) Rakaman
Video/Live
3. Aktiviti Menghias Basikal R.Vasuthi  Aktivitivi individu (25-29 Ogos 2021)
(Tahap 1 dan Tahap 2)  Murid tahun 1-6 5 Hari

4. Pertandingan Kuiz Sejarah R. Jagadesh  Aktiviti Individu 5 September 2021


(Tahap 2) Google Form
5. Mengibarkan Jalur Gemilang Semua warga
 Menghiasi sekolah/ibu bapa WARGA STLP Sepanjang Program
persekitaran rumah
dengan memasang Kawasan rumah
Jalur Gemilang

 Pameran hasil karya En.Mohd Kamirul 12-15 Sept 2021


(tahap 2) dan (Video)
hasil karya
(tahap 1)

7. Aktiviti Tayangan Video R. Jagadesh  Aktiviti secara Sepanjang Bulan


Kemerdekaan Kemerdekaan
Individu
Google meet

8. Perjumpaan Hari Malaysia / Semua guru / Semua warga sekolah 16 September 2021
Majlis Penutupan Sambutan Google Meet atau
Bulan Kemerdekaan Youtube Rasmi
Sekolah

* semua aktiviti dilaksanakan mengikut norma baharu iaitu SOP yang ditentukan oleh Kerajaan
Malaysia bagi membendung wabak covid-19 iaitu

 Jarak 1 meter
 Memakai pelitup muka
 Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun

9.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
BI AKTIVITI KOS BILANGAN ANGGARAN
L HADIAH PERBELANJAAN
1. Pertandingan Hadiah Tahap 1 (Tahun 1,2,3)
Mewarna
Tempat Pertama
Trofi + sijil RM 6.00 X 3 set RM 18.00
Tempat Kedua
Trofi + sijil RM 6.00 X 3 set RM 18.00
Tempat Ketiga
Trofi + sijil RM 6.00 X 3 set RM 18.00

Pertandingan Hadiah Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) RM 5.00 X 3 set RM 15.00


2. Melukis
Tempat Pertama RM 5.00 X 3 set RM 15.00
Poster Trofi + sijil
Montaj Tempat Kedua RM 5.00 X 3 set RM 15.00
Trofi + sijil
Tempat Ketiga
Trofi + sijil

RM 5.00 X 2set RM 10.00


Pertandingan Tempat Pertama
3.
Nyanyian Trofi + sijil RM 10.00
Lagu Tempat Kedua RM 5.00 X 2 set
Patriotik - Trofi + sijil RM 10.00
Solo Tempat Ketiga RM 5.00 X 2 set
Trofi + sijil

RM 6.00
Pertandingan RM 6.00 X 1 set
4. Tempat Pertama
Kuiz Sejarah Trofi + sijil RM 6.00
RM 6.00 X 1 set
Tempat Kedua
Trofi + sijil RM 6.00
RM 6.00 X 1 set
Tempat Ketiga
Trofi + sijil

5. Peserta Terbaik RM 25 X 1 RM 25.00


JUMLAH RM 172.00

10.0       JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT : EASWARY A/P RAMASWAMI
(Guru Besar)
PENGERUSI              :            AINUL SOFIA BINTI ABU THALIB                                                
(GPK Tadbir & Kurikulum)
NAIB PENGERUSI    :            VASUTHI A/P RAMA CHANDRAN
                                                 (GPK Hal Ehwal Murid)
                                                 MOHD KAMIRUL BIN MAD DAUD
                                                (GPK Kokurikulum)
PENYELARAS          :           JAGADESH A/L RAVISANTERAN
                                                 (Penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan)

AJK PELAKSANA
PENGACARA MAJLIS
MOHD KAMIRUL BIN MAD DAUD

SIJIL,CENDERAHATI DAN HADIAH


KALAIVANI A/P KALAISELRAM

SARASWATHI A/P KOCHUNARAYANA PILLAI

DOKUMENTASI
JAGADESH A/L RAVISANTERAN

PERSIAPAN TEMPAT ,PA SISTEM DAN FOTOGRAFI

JAGADESH A/L RAVISANTERAN

BUKU PROGRAM / PROTOKOL

VASUTHI A/P RAMA KRISHNAN

PERSEMBAHAN / GIMIK PENUTUP

AINUL SOFIA BINTI ABU THALIB


SIVANASVARI D/O VADIVELU

JEMPUTAN

INTHIRANI A/P KUPUSAMY

BIRO AKTIVITI
JAGADESH A/L RAVISANTERAN
HAKIM PERTANDINGAN

EASWARY A/P RAMASWAMI (GB)

AINUL SOFIA BINTI ABU THALIB

VASUTHI A/P RAMA CHANDRAN

11.0 ATURCARA MAJLIS SECARA ATAS TALIAN

Majlis penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke 64 pada 16 September 2021

Masa Aturcara Majlis 13.0


7.30 pagi - Kemasukan warga stlp, ibu bapa, murid-murid
- Bacaan doa
- Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Johor, Tamil Valtu
- Lafaz ‘Rukun Negara’
- Ucapan alu-aluan
- Ucapan Guru Besar Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-64
- Ucapan YDP PIBG dan Perasmian Majlis Penutupan
- Persembahan murid
- Nyanyian lagu-lagu patriotik - solo
(Pemenang-pemenang Pertandingan nyanyian lagu patriotik)
- Pemberitahuan pemenang – semua pertandingan kemerdekaan
- Penutup

* semua adalah tertakluk kepada pindaan

112.0    PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan SJKT Ladang Pelepah ini memerlukan kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha
membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat meningkatkan semangat perpaduan
dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid sekolah ini. Warga SJKT Ladang Pelepah dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program ini di samping memupuk budaya semangat
patriotisme serta menghargai kemerdekaan yang diperolehi daripada penjajahan British.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………….. …………………………………………………

(JAGADESH A/L RAVISANTERAN) (AINUL SOFIA BINTI ABU THALIB)

PENYELARAS PROGRAM GPK PENTADBIRAN

SJKT LADANG PELEPAH SJKT LADANG PELEPAH

Disahkan oleh,

………………………………………………

(EASWARY A/P RAMASWAMI)

GURU BESAR

SJKT LADANG PELEPAH

You might also like