You are on page 1of 9

PERATURAN AM

PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN


BELIA MALAYSIA

1. NAMA

1.1. Kejohanan ini dinamakan ‘PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN


BELIA MALAYSIA IV, PERLIS INDERA KAYANGAN 2014’.

2. PENGELOLAAN

2.1. PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA ini


dikelolakan oleh Majlis Belia Malaysia disokong oleh
Kementerian Belia dan Sukan dan dengan kerjasama Gabungan
Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Negeri Perlis dan
Pertubuhan Sukan/Kebudayaan yang tertentu termasuk pihak
swasta.

2.2. Bagi maksud pengelolaan, Majlis Belia Malaysia (MBM)


bertanggungjawab dengan perkara-perkara dasar dan boleh
menyerahkan kuasa pengelolaan serta aktiviti Sukan dan/atau
Kebudayaan kepada mana-mana ahli/Exco MBM atau satu
jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh MBM.

2.3. Adalah menjadi tanggungjawab jawatankuasa pengelola


memaklumkan secara lengkap dan jelas peraturan
pertandingan Sukan/Kebudayaan dalam PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA kepada badan/persatuan
sukan orang perseorangan yang terlibat dalam pengelolaan
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA ini.

2.4. Sebuah Jawatankuasa Pengelola yang membuat perancangan


dan mengelolakan semua program dan aktiviti PESTA SUKAN
DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA dan seterusnya
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dengan tugas-tugas khas
yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola.
Majlis Belia Malaysia adalah Urus Setia PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA di peringkat pusat dan
bertanggungjawab memastikan segala dasar dan keputusan
Majlis Belia Malaysia dilaksanakan dengan kerjasama
Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa Pengelola serta
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 1


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
3. JENIS SUKAN DAN KEBUDAYAAN

KELAYAKAN
BIL. JENIS SUKAN TARIKH KELAHIRAN CATATAN
UMUR
1. Futsal (Lelaki) 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
2. Futsal (Wanita) 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
3. Badminton 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
(Campuran) selepasnya
4. Ping Pong (Campuran) 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
5. Bola Jaring (Wanita) 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
6. Sepak Takraw 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
7. 3 on 3 Basketball 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
(Lelaki) selepasnya
8. 3 on 3 Basketball 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
(Wanita) selepasnya
9. Paintball (Campuran) 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya

KELAYAKAN
BIL JENIS KEBUDAYAAN TARIKH KELAHIRAN CATATAN
UMUR

10. Nyanyian Lagu Irama 15<umur<40 1 Januari 1974 dan


Malaysia selepasnya
11. Tarian Kebudayaan 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
12. Deklamasi Puisi 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya
13. Lagu Puisi 15<umur<40 1 Januari 1974 dan
selepasnya

4. PENYERTAAN

4.1 Hanya Warganegara Malaysia sahaja yang layak menyertai


PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA kecuali
dipersetujui oleh Majlis Belia Malaysia sebagai peserta/
pasukan jemputan.

4.2 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA terbuka


kepada pasukan Majlis/Pertubuhan Gabungan MBM dan
kontinjen-kontinjen yang dipersetujui oleh Majlis Belia
Malaysia.

4.3 Syarat umur peserta adalah seperti di Para 3.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 2


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
4.4 Tiap-tiap jenis sukan/Kebudayaan yang ditetapkan hanya
akan dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-
kurangnya 8 kontinjen.

4.5 Setiap acara dalam satu jenis sukan tidak akan


dipertandingkan jika disertai oleh kurang dari 8 kontinjen.

4.6 Semua atlet yang layak bertanding atau pernah bertanding


dalam kejohanan SUKAN OLIMPIK, SUKAN KOMANWEL,
SUKAN ASIA, SUKAN SEA, SUKMA dan Kejohanaan Peringkat
Kebangsaan anjuran Persatuan Sukan atau pernah mewakili
negara dan Negeri dalam pertandingan REMAJA
ANTARABANGSA TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian
dalam Sukan Yang Ditandingnginya PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA. Walaubagaimanapun bagi
atlet yang pernah mewakili NEGERI dalam MAKSAK, MSSM
adalah dibenarkan.

4.7 Peserta atau atlet yang GAGAL mematui kelayakaan perkara


4.6 akan dikenakan denda. Dimana penyertaan Persatuan
belia yang diwakili oleh atlet tersebut akan terbatal kategori
acara yang disertai oleh persatuan terbabit pada PESTA SUKAN
DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA tahun semasa.

4.8 Bagi sukan berpasukan yang mempunyai acara perseorangan,


beregu dan beregu campuran, seseorang pemain hanya
dibenarkan mengambil satu (1) acara sahaja iaitu seperti sukan
badminton dan ping pong.

4.9 Bagi acara berpasukan badminton, ping pong dan paintball,


persatuan yang tidak mempunyai ahli lelaki atau perempuan
dibenarkan menjemput individu lelaki atau perempuan yang
bukan ahli persatuan sebagai pemain.

4.10 Penyerahan Borang Penyertaan

Tiap-tiap Badan Gabungan atau kontijen dikehendaki


mengemukakan borang pendaftaran pertubuhan dan borang
penyertaan permainan/pertandingan mengikut jenis
sukan/kebudayaan kepada pihak Pengelola sebelum atau
pada 1 November 2014.

5 BORANG PENDAFTARAN

5.1 Semua pertubuhan dan persatuan dimestikan menggunakan


borang pendaftaran pertubuhan/persatuan PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA.

5.2 Semua pasukan dimestikan menggunakan borang pertandingan


PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA dan
borang perlawanan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA
MALAYSIA.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 3


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
5.3 Semua borang pendaftaran pertubuhan dan persatuan juga
borang pertandingan pasukan hendaklah ditandatangani oleh
Presiden/ Yang Di Pertua/Pengerusi atau Setiausaha dan
diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola PESTA SUKAN
DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA.

5.4 Hanya pemain yang berdaftar di dalam borang pendaftaran


dan borang pertandingan sahaja layak mengambil bahagian.

6 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

6.1 Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan


dan persembahan kebudayaan ialah seperti berikut:-

PENGURUS ATLET /
BIL. SUKAN / KEBUDAYAAN JUMLAH
PASUKAN/ PESERTA
JURULATIH
1. Futsal (L) dan (W) 2 16 18
2. Badminton (Berpasukan) 1 10 11
3. Ping Pong (Berpasukan) 1 7 8
4. Bola Jaring 1 10 11
5. Sepak Takraw 1 5 6
6. 3 on 3 Basketball
2 10 12
(L) dan (W)
7. Paintball 1 8 9
8. Tarian Rampaian 1
2 18 20
Malaysia
9. Lagu Irama Malaysia 1 1 2
10. Sayembara Puisi 1 1 2
11. Lagu Puisi 1 4 5
11. Urus Setia Kontinjen 1 - 1
12. Ketua Kontinjen 1 - 1
JUMLAH 15 86 106

JUMLAH KESELURUHAN : 106 orang peserta

6.2 Bagi jenis sukan yang mempunyai acara lelaki dan wanita dan
di mana kontinjen tidak menamakan jurulatih atau pengurus
pasukan wanita, kontinjen berkenaan bolehlah mendaftarkan
seorang Pegawai Pengiring. Walau bagaimanapun segala
perbelanjaan makan dan penginapan Pegawai Pengiring
berkenaan hendaklah ditanggung oleh negeri /kontinjen
masing-masing.

6.3 Sekiranya pertandingan untuk satu jenis sukan diadakan di


tempat yang berasingan, pasukan dibenarkan untuk membawa
seorang jurulatih tambahan dan kedudukannya adalah setaraf
dengan anggota kontinjen yang lain.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 4


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
7 PENDAFTARAN

7.1 Tiap-tiap kontinjen bagi setiap jenis sukan hendaklah


mendaftarkan nama-nama pegawai dan peserta masing-masing
kepada Jawatankuasa Pengelola melalui Majlis Belia Malaysia.

7.2 Setiap pasukan bagi setiap kontinjen yang didaftarkan untuk


menyertai PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA
ini dikenakan bayaran Wang Penyertaan sebanyak RM 50.00
(Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) untuk setiap pasukan
bagi setiap acara.

8. PERATURAN TEKNIK/CORAK PERTANDINGAN

8.1 JAWATANKUASA PENGELOLA PESTA SUKAN DAN


KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA akan menetapkan corak
pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan yang akan
dipertandingkan dalam PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN
BELIA MALAYSIA ini.

8.2 Semua jenis sukan/acara akan dikelolakan selaras dengan


Peraturan Badan Kawalan Sukan Antarabangsa yang
berkenaan. Jika terdapat percanggahan dari segi pentafsiran,
maka pengertian sahih akan dirujuk kepada peraturan dalam
Bahasa Inggeris.

8.3 Semua pertandingan bagi tiap-tiap jenis sukan/kebudayaan


hendaklah selesai dipertandingkan mengikut tempoh PESTA
SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA seperti yang
ditetapkan Perkara 11.1 atau pada tempoh yang dipersetujui
oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

8.4 Penetapan bilangan kumpulan bagi tiap-tiap jenis sukan akan


dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA mengikut amalan Persatuan
Sukan Kebangsaan atau Persekutuan Sukan Antarabangsa
masing-masing.

8.5 Bagaimanapun corak pertandingan masih boleh diubahsuai


untuk setiap jenis sukan berdasarkan kepada keadaan-
keadaan tertentu dan ini adalah tertakluk kepada kelulusan
Jawatankuasa Induk PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA
MALAYSIA.

9 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Jadual Pertandingan

Susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa


Pengelola mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Teknikal PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 5


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
9.2 Pemberian Mata

Mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang


mempunyai sistem pemberian mata sendiri.

10. KELEWATAN

10.1 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada meja urus


setia permainan 30 minit sebelum masa perlawanan bermula.

10.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang


ditetapkan.

11. TEMPOH PENGELOLAAN/JADUAL PERLAWANAN

11.1 PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV akan


diadakan pada 20 hingga 23 November 2014. Tempoh rasmi
pengelolaan untuk PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA
MALAYSIA IV ialah 4 hari. Walau bagaimanapun atas sebab-
sebab tertentu Jawatankuasa Pengelola boleh/berhak
memulakan pertandingan bagi jenis-jenis sukan tertentu
beberapa hari sebelum hari perasmian PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA IV.

11.2 Semua jadual perlawanan bagi semua jenis sukan termasuk


tarikh, masa dan tempat akan ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola.

12. PENANGGUHAN

12.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/


dijadualkan sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau
diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

12.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa mutlak untuk


menangguh atau mengubah jadual sesuatu perlawanan dengan
diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan dengan serta
merta.

12.3 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan menurut Para


12.2 di atas, maka Jawatankuasa Teknikal bagi sukan
berkenaan hendaklah menetapkan semula perlawanan yang
ditangguhkan itu.

13 KEMUDAHAN

13.1Jawatankuasa Pengelola akan bertanggungjawab untuk


menyediakan semua kemudahan yang berkaitan dengan
pelaksanaan PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA
MALAYSIA seperti penginapan, makan minum, peralatan
pertandingan dan pengangkutan.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 6


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
13.2 Pakaian seragam dan peralatan peserta seperti jersi, kasut,
raket, dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab kontinjen
masing-masing.

14 GANTI RUGI

14.1 Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis


Belia Negeri, Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola,
Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil dan pegawai-pegawai yang
dilantik tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada
mana-mana peserta dan pegawai semasa PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA ini berlangsung termasuk
ketika dalam perjalanan dari rumah/tempat
pertandingan/rumah.

15. PENGURUS PERTANDINGAN DAN DELEGAT TEKNIKAL

15.1 Pengurus Pertandingan adalah bertanggungjawab untuk


menentukan segala persiapan teknikal dan pertandingan
disediakan dan dilaksanakan mengikut Peraturan Tetap dan
Peraturan Am serta panduan-panduan yang ditetapkan oleh
Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing dengan
kerjasama Jawatankuasa Pengelola.

16. REFERI KEHORMAT/PENGADIL

16.1 Pengadil bertauliah akan disediakan oleh jawatankuasa


pengelola bagi tiap-tiap permainan yang dipertandingkan mulai
daripada peringkat awal.

16.2 Referi kehormat hendaklah disediakan oleh jawatankuasa


pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi permainan
seperti ping pong dan badminton.

17 JURI RAYUAN TERTINGGI

17.1 Semasa PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA


berlangsung, tugas-tugas Majlis Belia Malaysia akan
dilaksanakan oleh sebuah Juri Rayuan Tertinggi yang dilantik
oleh Presiden Majlis Belia Malaysia. Anggota-anggota Juri
Rayuan Tertinggi terdiri daripada tidak kurang daripada 5
orang dan tidak lebih dari 7 orang ahli iaitu seperti berikut:-

Pengerusi Presiden Majlis Belia Malaysia atau wakil.


Ahli-ahli * Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pesta
* Setiausaha Majlis Belia Malaysia
* Dua (2) Orang teknikal daripada pihak
penganjur
* Dua (2) orang teknikal daripada pihak
persatuan sukan.

17.2 Juri Rayuan Tertinggi akan membuat keputusan muktamad


berkenaan dengan semua hal berhubung dengan pengelolaan

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 7


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA. Ketua
kontinjen atau wakilnya boleh mengemukakan soalan-soalan
kepada juri ini. Selain daripada itu, juri ini boleh mencampuri
dalam semua perkara termasuk hal-hal yang berkaitan dengan
teknikal.

17.3 Jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik Juri Rayuan bagi


tiap-tiap jenis sukan yang dipertandingkan.

18 RAYUAN/BANTAHAN

18.1 Sebarang rayuan atau bantahan mengenai sesuatu perkara


boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara
bertulis kepada Juri Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari
tiga puluh (30) minit selepas tamat sesuatu perlawanan
dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 500.00 (Ringgit
Malaysia: Lima Ratus Sahaja) sebagai wang pendahuluan.

18.2 Sekiranya rayuan atau bantahan itu munasabah dan diterima


oleh Juri Rayuan, maka wang pertaruhan itu akan
dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat berhubung
dengan rayuan dan bantahan itu.

18.3 Wang pertaruhan itu akan hilang dan menjadi pendapatan


kepada PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA
sekiranya rayuan atau bantahan itu didapati tidak munasabah.

19. DISIPLIN

19.1 Setiap acara pertandingan, jawatankuasa acara yang terlibat


hendaklah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Disiplin bagi
mengendalikan kes-kes disiplin di kalangan pegawai dan
peserta dengan khidmat nasihat daripada Majlis Sukan Negara
dan Persatuan Sukan Kebangsaan.

19.2 Disamping itu, Majlis Belia Malaysia akan melantik sebuah


Lembaga Disiplin bagi mengendalikan segala kes disiplin dan
salahlaku yang membabitkan para pegawai serta atlet yang
tidak dapat diselesaikan di peringkat acara pertandingan
masing-masing. Lembaga ini juga bertanggungjawab terhadap
disiplin semua pegawai kontinjen yang berdaftar dengan Urus
Setia PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA.
Keahlian Lembaga Disiplin ialah seperti berikut:-

Pengerusi Ketua Penyelaras Acara Sukan dan


Kebudayaan (Teknikal).
Ahli-ahli Lima (5) orang Ketua Kontinjen atau wakilnya
Seorang (1) wakil daripada persatuan yang
Terlibat.

19.3 Pihak Lembaga Disiplin berhak untuk memanggil mana-mana


individu yang difikirkan sesuai dan dapat membantu
memberikan maklumat yang berkaitan.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 8


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan
20. HADIAH-HADIAH

20.1 Hadiah-hadiah untuk PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA


MALAYSIA akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
seperti berikut:-

20.1.1 Pingat-pingat emas, perak dan gangsa untuk


pemenang-pemenang pertama, kedua dan ketiga.

21. PERKARA AM

21.1 Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Tetap berkuasa


mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang
berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan Am.

21.2 Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola


atau Jawatankuasa Tetap adalah muktamad.

21.3 Segala bantahan mengenai kesahihan status peserta tidak boleh


dibuat oleh mana-mana pihak setelah diterima dan disahkan
oleh Jawatankuasa Tetap. Pendaftaran peserta semasa tarikh
akhir pendaftaran seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan
Am Perkara 4 akan menjadi penentu kepada negeri yang akan
diwakili seseorang atlet sekiranya tidak didaftarkan oleh mana-
mana kontinjen lain.

21.4 Jawatankuasa Pengelola juga mempunyai kuasa mutlak


memeriksa kelayakan peserta-peserta yang didaftarkan pada
bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak
menyertai sukan ini, seperti yang tercatat di dalam Peraturan
Am ini dan Peraturan Pertandingan tindakan berikut akan
diambil:-

21.4.1 Pembatalan dari sukan itu. Jika peserta itu mewakili


pasukan, pasukan itu akan dibatalkan dan jika peserta
itu mengambil bahagian di dalam acara individu, beliau
akan dibatalkan. Jika pasukan/individu yang
dibatalkan memenangi pingat, kemenangan tersebut
akan dibatalkan.

21.5 Bagi kontinjen negeri yang ingin mendaftarkan pelajar-pelajar


Sekolah Sukan, kontinjen-kontinjen negeri berkenaan perlulah
memohon dari pihak pentadbiran Sekolah Sukan berkenaan
tidak lewat dari empat (4) bulan sebelum PESTA SUKAN DAN
KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA berlangsung. Sebuah
Jawatankuasa yang terdiri daripada Pengetua kedua-dua buah
Sekolah Sukan serta wakil daripada Majlis Sukan Negara akan
membuat ketetapan mengenai penyertaan atlet-atlet ini
berdasarkan kepada beberapa aspek seperti negeri asal,
bantuan yang diberikan oleh negeri berkenaan dan lain-lain
aspek yang berkaitan dengan kemajuan atlet berkenaan.

Peraturan Am Pesta Sukan dan Kebudayaan 9


Belia Malaysia Kali Ke-4 *** Perlis Indera Kayangan

You might also like