You are on page 1of 11

Gelanggang Kabadi

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA KABADDI


Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Permainan Kabaddi juga dikenali dengan nama Hadudu dikalangan orang Bangladesh. Pada awalnya Kabaddi dimainkan oleh penduduk yang tinggal di desa-desa India, ia merupakan permainan rakyat jelata. Permainan kabaddi ini memainkan peranan yang penting sebagai alat perpaduan antara rakyat. Kabaddi merupakan suatu permainan yang diperkenalkan sejak 4000 tahun dahulu bagi menolong askar-askar India memperkembangkan skil mempertahankan diri. Ia merupakan satu sukan team contact yang bermula di Tamil Nadu, India. Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Kabaddi juga merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia. Kabaddi didedahkan kepada dunia antarabangsa pada tahun 1936 di Sukan Olimpik Berlin. Ia didemonstrasikan oleh Hanuman Vyayam Prasarak Mandal, Amaravati dan Maharashtra. Pada tahun 1938 pula, Kabaddi diperkenalkan di Sukan Olimpik India, Calcutta. Kabaddi pertama kali diperkenalkan dalam Sukan Asia Beijing, 1990. Pencapaian India cemerlang dengan mencapai pingat emas dalam Sukan Asia 2006 di Doha. Pada tahun 2010 pula, Kabaddi telah menjadi sukan demonstrasi di Sukan Komanwel di New Delhi.

SUKAN MALAYSIA 2011 PERATURAN PERTANDINGAN KABADDI LELAKI & WANITA 1.0 1.1 PERATURAN AM Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut

peraturan-peraturan International Kabaddi Federation (IKF) dan Asian Kabaddi Federation (IKF) 1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti

berikut: 1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Sukan Malaysia 2011. 1.2.2 Sebarang perselisihan ternikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kabaddi, Sukan Malaysia 2011. 1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kabaddi SUKAN

Malaysia 2011 adala MUKTAMAT. 2.0 2.1 PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan negeri dan semua pasukan mestilah

didaftarkan melalui Majlis Sukan Negeri masing-masing. 2.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita

yang terdiri daripada :Lelaki Pengurus Pasukan Jurulatih Atlet JUMLAH 2.3 1 1 17 19 Wanita 1 17 18

Setiap kontinjen diwajibkan membawa bersama seorang pegawai teknikal (pengadil) yang

bertauliah yang dibiayai sepenuhnya oleh pasukan masing-masing. 3.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN & JUMLAH PEMAIN BERDAFTAR 3.1 Dua (2) acara akan dipertandingkan seperti berikut: 3.1.1 Kabaddi Lelaki dan Wanita 3.1.2 Indoor Kabaddi Lelaki dan Wanita

3.2

Jumlah pemain yang berdaftar bagi setiap acara :

3.2.1 Kabaddi 10 pemain lelaki dan 10 pemain Wanita 3.2.2 Indoor Kabaddi 7 Pemain Lelaki dan 7 pemain wanita 3.3 Pengesahan Pemain Berdaftar bagi setiap acara hendaklah dibuat sehari sebelum permainan

pertama bagi setiap acara berlangsung. 4.0 4.1 PENDAFTARAN DAN KELAYAKA PESERTA / ATLET Hanya atlet yang lahir pada tahun 1990 dan selepasnya sahaja yang layak mendaftarkan oleh

mana-mana pasuakan. 4.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Kad Pengenalan dan tiga (3) keping

gambar berukuran passport antarabangsa bagi setiap atlet bersama dengan Borang pendaftaran atlet. Bagi atlet PDRM sesahihan tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi /Setiausaha Majli Sukan PDRM.Atlet yang dipilih daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan BATC 10 sebagai pengenalan rasmi masing-masing. Pendaftaran yang menggunakan dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11adalah dibernarkan. 4.3 Hanya atlet yang didaftarkan dengan membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM 100.00 Seorang

mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. 4.4 Atlet-atlet gantian yang dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran atau semasa Pengesahan

Pendaftaran atlet akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM 100.00 Seorang. Gantian atlet hanya boleh dilakukan kepada atlet yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup pendaftaran. Semua Yuran Pendaftaran atlet tidak akan dikembalikan. 4.5 Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.7, Atlet yang berkhidmat dengan PDRM tidak boleh

mewakili mana-mana kontingen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan berkenaan. 4.6 Atlet-atlet yang sedang menuntut di institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mendapat tajaan

demasiswa / Biasiswa Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka. Begitu juga dengan atlet-atlet yang telah dibiayai oleh mana-mana pasukan negeri sejak dari awal adalah dibenarkan mewakili pasukan negeri yang telah membiayainya. 4.7 2011. Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am Perkara 2.6 Sukan Malaysia

4.8

Atlet yang mewakili mana-mana pasukan negeri mestilah lahir atau pemastautin tetap di negeri

tersebut. Taraf pemastautin atlet adalah tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9 4.9 Jika seseorang atlet didapati telah didaftar oleh lebih dari satu pasukan negeri,maka pengesahan

bertulis daripada atlet dan pasukan negeri berkenaan penting bagi menyokong pendaftaran pasukan yang disertainya. 4.10 Setiap pasukan tidak dibenarkan menggunakan atlet dari negeri lain kecuali atlet tersebut mestilah memperolehi perlepasan dari persatuan negeri dan Majlis Sukan Negeri asal dan kelulusan untuk mewakili mana-mana negeri seterusnya. (Rujuk Peraturan Am, Perkara 21.10) 6.11 Berat badan seseorang atlet (berat badan rasmi pada hari kejohanan) adalah tidak melebihi 80.00 kg (lapan puluh kilogram) bagi lelaki dan 70.00 kg (tujuh puluh kilogram) bagi wanita. 6.12 Sekiranya berlaku sebarang kemusyikilan/keraguan terharap seseorang atlet,atlet itu akan dipanggil dan dia hendak menunjukkan documen asal pengenalan dirinya (Kad pengenalan asal). Sebarang documen lain tidak akan dilayan 7. 7.0 7.1 PASUKAN YANG LEWAT Pengesahan Pendaftaran Atlet, Menimbang Berat (Weight-IN) dan Mesyuarat Pengurus Pasukan. Pengesahan Pendaftaran Atlet,Menimbang Berat (Weight-In) Atlet dan Mesyuarat Pengurus

Pasukan akan diadakan satu hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.Menimbang berat (Weightin) akan diadakan selepas Pengesahan Pendaftaran Atlet dan sebelum Mesyuarat Pengurus Pasukan. 7.2 Semasa Pengesahan Pendaftaran atlet,setiap pasukan dikendaki mengemukakan senarai nama

atlet bersama dengan kad pengenalan BAT C 10, atau Pasport antarabangsa, atau dokumen pendaftaran KPPK 1/9, atau KPPK 1/11 yang asal. Sekiranya perlu, semua dokumen-dokumen asal bagi menyokong kelayakan seseorang atlet mestilah dikemukakan bersama-sama dengan senarai nama Tambahan atlet tidak dibenarkan sama sekali kecuali penggantian. 7.3 Semua pemain akan ditimbang dan direkod berat badannya. Semasa ditimbang,pemain hendaklah

memakai jersi dan seluar mengikut pasukan negeri masing-masing.Semasa menimbang berat, setiap pengurus pasukan dikendaki mengemukakan senarai nama atlet yang telah disahkan semasa pengesahan pendaftaran atlet. Atlet-atlet yang melebihi berat barat badan yang telah ditetapkan semasa ditimbang,secara rasmi akan hilang kelayakan untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan ini. 7.4 Semasa sesi pengesahan pendaftaran atlet serta menimbang berat (weight-In),setiap pasukan

dimestikan hadir pada masa yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan akan mengakitkan penyertaanpasukan tersebut dibatalkan kecuali atas sebab-sebab yang difikirkann munasabah.

7.5 8.0 8.1

Senarai atlet yang disahkan semasa mesyuarat pengurus pasukan adalah muktamad. PAKAIN PEMAIN Semua pasukan diwajibkan memakai jersi dan seluar yang mempunyai identiti negeri masing-

masing semasa pertandingan dan jersi dan seluar yang berlogo iklan tidak dibenarkan sama sekali.Warna jersi dan juga seluar hendaklah sama bagi semua atlet dalam satu-satu pasukan. Sebarang jenis seluar jeans, bermuda shortsatau cargo pants tidak dibenarkan sama sekali. 8.2 Jersi yang digunakan mestilah bernombor. bagi jersi, nombor hendaklah terletak di bahagian

hadapan dan belakang manakala bagi seluar nombor hendaklah diletakkan di hadapan. Nombor-Nombor di jersi dan juga seluar hendaklah jelas kelihatan. 8.3 Pemakaian kasut adalah diwajibkan semasa pertandingan. Kasut yang dipakai mestilah sesuai

untuk pertandingan. Kasut-kasut yang difikirkan boleh mendatangkan kecederaan pada atlet itu sendiri atau atlet-atlet tidak dibenarkan dipakai semasa pertandingan. 8.4 Pemain dibenarkan memakai ankle guard atau knee cap semasa bermain. Pemakaian head

gear sebagai penutup rambut di kepala dibenarkan. Pemakaian sebarang jenis Bandage/ balutan adalah ditegah sama sekali. 8.5 Semua pasukan yang mengambil bahagian hendaklah mengemukakan contoh / warna jersi utama dan contoh / warna jersi kedua dalam borang yang dibekalkan oleh jawatan kuasa pengelola /Persatuan Kabaddi Malaysia. Borang yang mengandungi contoh /warna jersi pasukan hendaklah dikembalikan pada masa yang telah ditetapkan. 9.0 9.1 PENGADIL / PEGAWAI PERTANDINGAN Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal, Delegat-delegat Teknikal dan

Pegawai-Pegawai Teknikal setelah berunding dengan Persatuan Kabaddi Malaysia tertakluk kepada Peraturan Am. 9.2 Ketua Delegat Teknikal akan mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara pegawai-pegawai teknikal yang akan bertugas sepanjang kejohanan ini berlangsung tertakluk kepada Peraturan Am. 9.3 Keputusan oleh ketua Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad. Sekiranya

berbangkit sebarang perkara ia akan dirujuk kepada Juri Rayuan. 10.0 BANTAHAN / TATATERIB 10.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Bantahan-bantahan berhubung dengan pertandinganpertandingan yang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada Sepuluh

(10) minit setelah keputusan rasmi diumumkan oleh pengadil perlawanan tersebut di setiap peringkat pertandingan iaitu pusingan awal, separuh akhir dan akhir. 10.2 Sebarang bantahan secara lisan boleh dibuat terus kepada Pengadil / Referi perlawanan. Keputusan Pengadil / referi adalah muktamad. 10.3 Sebarang bantahan secara bertulis hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan dalam tempoh masa 10 (sepuluh) minit selepas perlawanan tamat. 10.4 Borang bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan. Borang bantahan tanpa wang pertaruhan tidak akan dilayan sama sekali. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. 10.5 Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan sama ada bantahan secara lisan atau bertulis. 11.0 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib 11.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan Prosedur Aturcara Mesyuarat oleh Jawatankuasa Teknikal Dan Pertandinga Kabaddi seperti berikut :11.1.1 : Ketua Teknikal Delegate 11.1.2 : Pengurus Pertandingan 11.1.3 : Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dalam kes rayuan itu. 11.2 Ketua teknikal delegate adalah Pengerusi Juri Rayuan mengikut Para 15.2. Peraturan AM Sukan Malaysia 2011. 11.3 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib akan bersidang dalam masa 30 minit setelah menerima laporan dari pengadil atau Pegawai Pertandingan dan akan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil. 11. 4 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangan untuk membuat sesuatu keputusan. PERATURAN KHAS (SPESIFIC REGULATATION) PERTANDINGAN KABADDI 1.0 1.1 MASA PERLAWANAN Pusingan Awal / Separuh Akhir / Akhir MASA PERLAWANAN PECAHAN

KATEGORI

Kabaddi Lelaki Kabaddi Wanita Indoor Kabaddi Lelaki Kabaddi Wanita 2.0 2.1

20 minit setiap separuh masa dan rehat 5 minit 15 minit setiap separuh masa dan rehat 5 minit

20:5:20 15:5:15

15 minit setiap separuh masa dan rehat 5 minit 15 minit setiap separuh masa dan rehat 5 minit

15:5:15 15:5:15

SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan yang dijalankan adalah secara liga 2 kumpulan untuk Pusingan Awal

(Kumpulan A dan Kumpulan B). Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke Separuh Akhir. 2.2 Di peringkat Separuh Akhir, Johor Kumpulan A akan menentang Naib Johan Kumpulan B

manakala Johan Kumpulan B akan menentang Naib Johan Kumpulan A. 2.3 Pemenang bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat Akhir bagi penentuan pingat Emas dan

Perak manakala pasukan yang kalah akan mendapat pingat Gangsa. 3.0 3.1 CARA-CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN Pemenang perlawanan akan diberi DUA (2) mata, Seri akan diberi SATU (1) mata, manakala

pasukan yang kalah tidak memperolehi apa-apa mata (0). 3.2 Pemenang kumpulan ialah pasukan yang mendapat jumlah mata terkumpul yang terbanyak dalam

empat / tiga / dua perlawanan dalam kumpulan yang disertai. 3.3 Sekiranya seri, maka pemenang ialah pasukan yang memperoleh perbezaan mata yang

tertinggi apabila jumlah mata terkumpul ditolakkan dengan jumlah mata yang diterima oleh pasukan berkenaan. 3.4 Sekiranya seri juga, pemenang ialah pasukan yang memperoleh mata jaringan tertinggi (mata

diperoleh) 3.5 Sekiranya masih seri juga, maka pemenang ditentukan dengan merujuk kepada keputusan

perlawanan antara kedua-dua pasukan. Pemenang perlawanan akan dikira sebagai pemenang. 3.6 3.7 Sekiranya masih juga seri,Pemenang Perlawanan ditentukan dengan lambungan syiling. SUDEEN DEATH RULE GOLDEN RAID (Rujuk Peraturan suden Death Golden Raid)

digunakan sekiranya perlawanan Seri semasa KALAH MATI (digunakan semasa perlawanan di peringkat Separuh Akhir dan Akhir

4.0 4.1

SUSULAN GILIRAN PEMAIN Senarai tujuh pemain utama bagi acara kabaddi dan lima pemain utama bagi indoor kabaddi

hendaklah dimaklumkan kepada urusetia pertandingan tiga puluh (30) mini sebelum pertandingan bermula.(Masa pertandingan, sila rujuk jadual pertandingan terkini). 4.2 5.0 5.1 Giliran menyerang (Raiding) oleh seseorang pemain tiada had. TIME OUT Perlawanan Pusingan Awal / Separuh Akhir / Akhir

5.1.1 Sesebuah pasukan hanya dibenarkan menggunakan dua (2) time out dalam setiap separuh masa. 5.1.2 Time out hanya boleh dimohon oleh jurulatih pasukan berkenaan Sahaja. 6.0 PENGANTIAN PEMAIN

6.1 Penggantian pemain hanya boleh dilakukan semasa Time Out dan Separuh Masa. 6.2 Bilangan penggantian pemain dalam satu ketikatiada had. 7.0 PASUKAN YANG LEWAT

7.1 Sekiranya sesebuah pasukan lewat sampai ke gelanggang permainan selepas lima (5) minit dari masa permainan dijadualkan, pasukan itu dianggap memberi kemenangan percuma (walkover) kepada pasukan lawan. 8.0 KECEDERAAN, KETIDAKUPAYAAN DAN KECEMASAN

8.1 Sekiranya seseorang peserta tidak boleh meneruskan permainan akibat kecederaan,ketidakupayaan atau kecemasan, peserta tersebut boleh digantikan dendam pemain simpanan yang tersenarai dalam asal pasukan.Pengesahan hendaklah diperolehi daripada pasukan perubatan yang bertugas pada masa tersebut sebelum penggantian dapat dibuat. 8.2 Kecederaan ringan yang dialami oleh seseorang peserta haruslah ditutup / dibalut sepenuhnya

dengan kadar segera supaya tidak mengganggu keselesaan permainan pihak lawan. 8.3 Setiap pasukan digalakkan membaa peti pertolongan cemas bersama-sama pasukan semasa

pertandingan berlangsung. 9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

9.1

Pasukan yang terlewat masuk ke gelanggang pertandingan yang telah ditentukanselepas lima(5)

minit dari masa sebenar pertandigan yang termaktub dalam jadual pertandigan tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandigan dan memberi kemenangan tanpa bertanding (walkover) kepada pihak lawan. 9.2 Menarik diri (withdraw) adalah tidak dibenarkan. Jika perkara ini berlaku maka pasukan berkenaan

akan dikira sebagai menarik diri dalam keseluruhn pertandigan yang dianjurkan oleh Persatuan Kabaddi Malaysia pada tahun berkenaan. 10.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR GELANGGANG PERTANDINGAN 10.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk ke dalam gelanggang pertandingan dengan diiringi oleh pengurus pasukan. 10.2 Selepas tamat perlawanan,peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa keluar daripada gelanggang pertandingan dengan diiringi oleh pengurus pasukan. 10.3 Semua pasukan negeri yang mengambil bahagian dikehendaki mematuhi Garis Panduan TeknikalProsedur Masuk da Keluar gelanggang permainan. 11.0 MEMANASKAN BADAN 11.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan oleh penganjur sahaja. 12.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 12.1 Tiap-tiap pertandingan akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang telah ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Ketua Delegat Teknikal (kabaddi) difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan,Pengurus-pengurus Pasukan akan diberitahu. 13.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 13.1 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam pertandingan ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah muktamad. 14.0 HAL-HAL LAIN 14.1 Tempah khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai- pegawai.Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 14.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik / Pengadil yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian. SESIAPA PUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE GELENGGANG

PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN / VENUE CORDINATOR. 14.3 Jawatankuasa pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,kehilangan anggota badan / atau kecederaan lain berlaku:14.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat pertandingan dan sebaliknya. 14.3.2 Semasa pertandingan dilangsungkan 14.3.3 Didalam dan di luar kawasan pertandingan 14.3.4 Di tempat-tempat penginapan 14.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola akan bersuara untuk mengambil langkah-langkah keselematan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para peserta dan pegawai kejohanaan terjamin setakat mana yang munasabah.

You might also like