You are on page 1of 19

K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 0

KKD 2063
PEMBANGUNAN SAHSIAH

TUGASAN 3
TAJUK:
Kajian Kes Tentang Seorang Guru Bermasalah di Sekolah


PENSYARAH: Dr. Muhamad Bazlan Bin Mustafa

Zaihassira Binti Zainuddin
(D20112054582)
Kump: A16


K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 1

ABSTRAK

Kajian kes ini dijalankan untuk mengkaji tentang seorang guru yang bermasalah di
Sekolah Kebangsaan Paya Udang, Perak. Kajian ini di jalankan ke atas seorang guru
yang bernama Cikgu Rizwan Bin Salleh. Ia dijalankan kerana beliau bermasalah di
sekolah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Dapatan
kajian, menunjukkan ada penyelesaian yang boleh dibuat bagi membantu beliau
mengubah sahsiahnya ke arah yang lebih baik lagi. Saya menggunakan Teori Pilihan
Terapi Realiti berdasarkan analisis terhadap masalah yang dihadapinya. Selain itu, saya
menggunakan Sistem WDEP untuk membantu membentuk semula sikap dan sahsiah
Cikgu Rizwan. Ini membolehkan pelajar dan rakan guru di sekolah menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran lebih baik lagi untuk mencapai pencapaian yang lebih
cemerlang jikalau Cikgu Rizwan mengubah perlakuannya.














K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 2

KANDUNGAN MUKA SURAT
ABSTRAK 1
KANDUNGAN 2


BAB 1 PENDAHULUAN 4
1.1 Pengenalan 4
1.2 Latar Belakang
1.2.1 Latar Belakang Kajian
1.2.2 Latar Belakang Guru
4
4
4
BAB 2 PERNYATAAN MASALAH 6
2.1 Masalah Yang Dikenal Pasti 6
2.2 Justifikasi Masalah Tingkah Laku Berdasarkan Etika &
Standard Guru
6
2.3 Huraian Permasalahan 7
BAB 3 TEORI PILIHAN 11
3.1 Rasional Memilih Teori Pilihan Terapi Realiti 11
3.2 Analisis Masalah Berdasarkan Teori 11
BAB 4 Pelan Tindakan Berasaskan Sistem WDEP 14
4.1 Rangka Pelan Tindakan Berdasarkan Sistem WDEP 14
4.2 Strategi Penilaian Tindakan Berdasarkan Permasalahan
Cikgu Rizwan
16
BAB 5 RUMUSAN 16
RUJUKAN 18








K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 3

BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Guru ialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan
pemimpin kepada instituisi pendidikan. Guru mencorak masa depan masyarakat dan
menentukan untung nasib sesebuah bangsa. Oleh itu para guru mestilah sedar akan
tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik mereka sebagai pendidik dan pemimpin
masyarakat dengan menjalankan tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur. Guru
merupakan ejen pendidikan. Ahmad Mohd Salleh (2008) menegaskan kejayaan dan
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap
tanggungjawabnya,kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Panduan antara
kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi merupakan kriteria peribadi pendidik
yang tidak boleh dipisahkan dan sebaliknya dijadikan contoh yang berkesan. Sahsiah
mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Tidak
diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan
kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Tetapi ada dikalangan guru yang
bermasalah sehingga memberi kesan buruk terhadap para pelajar, rakan-rakan guru,
institusi sekolah dan masyarakat luar. Komponen penting dalam sistem persekolahan
berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Sebagai
seorang guru, kita terikat dengan disiplin. Disiplin perlu ada dalam jiwa seorang guru. Di
sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan teratur. Tetapi apa akan terjadi
jikalau guru itu sendiri tidak berdisiplin. Sebagai seorang guru, kita dijadikan role model
oleh para pelajar di sekolah dari segi perlakuan, pertuturan dan pemikiran. Disiplin
merupakan satu latihan yang dilaksanakan untuk membentuk tingkah laku yang
dikehendaki. Sewajarnya, guru harus berdisiplin mengikut perkembangan kerjayanya.



K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 4

1.2 Latar Belakang
1.2.1 Latar Belakang Kajian
Semua orang di dalam dunia ini mempunyai masalah. Masalah sentiasa ada selagi
kita bernama manusia. Tetapi bagaimana cara kita menangani masalah itulah yang
penting. Guru tidak terlepas dari ditimpa masalah. Tetapi sikap guru sendiri yang
menjadikan diri sendiri bermasalah sehingga boleh meruntuhkan kepercayaan
masyarakat kepada kita.
Setiap instituisi pendidikan sentiasa berdepan dengan guru yang bermasalah. Guru
bermasalah disini adalah guru yang mempunyai masalah berkaitan dengan sahsiah.
Ada dikalangan guru dikaitkan dengan permasalahan berat seperti meliwat, merogol,
kes khalwat, sumbang mahram, penderaan dan lain-lain lagi masalah sosial yang
berat sehingga menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan. Di peringkat sekolah
guru yang bermasalah dikaitkan dengan isu biasa seperti guru tidak masuk kelas,
mengajar tidak mengikut sukatan, malas, tidak menyiapkan Rancangan Pengajaran
Harian dan lain-lain lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di sekolah kerana guru
berhadapan dengan para pelajar sebagai klien utama. Ini membawa kepada pelbagai
permasalahan seperti hubungan sesama guru, pelajar tercicir dalam pelajaran dan
pelbagai lagi.
1.2.2 Latar Belakang Guru
Guru yang saya kenalpasti bermasalah di sekolah bernama En. Rizwan bin Salleh dari
Sekolah Kebangsaan Paya Udang. Dilahirkan pada tahun 5 Julai, 1974. Berasal dari
Terengganu. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Isteri beliau
masih bekerja dan tinggal di Terengganu. Beliau dan 2 orang anaknya tinggal di
Perak. Setiap hari Jumaat, beliau akan pulang ke Terengganu untuk bersama isteri dan
keluarga. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1993 dalam
bidang Undang-undang, Beliau pernah bekerja sebagai seorang peguam di sebuah
firma guaman di Kuala Terengganu. Selepas 2 tahun berkhidmat, beliau berhenti
kerja atas alasan tekanan kerja, tidak mempunyai masa bersama keluarga dan tidak
berminat dengan pekerjaan sebagai seorang peguam. Seterusnya mengambil Diploma
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 5

Pendidikan (KPLI) pada tahun 2004 di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan minor Bahasa Inggeris. Pada tahun 2005,
beliau telah dihantar ke Sarawak untuk mengajar tetapi setahun kemudian telah
berpindah ke Perak dan mengajar sehingga sekarang. Beliau telah diberi tugas
mengajar Bahasa Inggeris kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah.
Terdapat hanya 2 orang opsyen Bahasa Inggeris yang ada di sekolah. Beliau
memegang jawatan sebagai guru selama 8 tahun. Beliau sudah acapkali memohon
pertukaran ke Terengganu tetapi gagal mendapat tempat di sana.
Di sekolah, beliau mengajar Bahasa Inggeris bagi Tahun 2 dan Tahun 4 dan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Guru ini mempunyai 25 waktu mengajar.
Selain itu beberapa jawatan penting diberikan kepada beliau seperti Setiusaha Panitia
Bahasa Inggeris, Penyelaras SPBT, Guru Penasihat Kelab SPBT dan Guru Penasihat
Bola Baling. Selain itu, jikalau sekolah ada membuat majlis-majlis keraian seperti
Hari Guru dan Hari Anugerah, guru ini secara sukarela menawarkan diri untuk
menjadi Pengacara Majlis.
Suasana sekolah memberangsangkan dan mempunyai kemudahan yang cukup
seperti internet, makmal komputer, mesin fotokopi untuk kemudahan guru, kelas
yang kondusif, pusat sumber, bilik-bilik khas yang menyelesakan guru-guru untuk
mengajar. Di sekolah terdapat 420 orang pelajar. Sekolah ini mempunyai 360 orang
pelajar Melayu, 20 orang pelajar India dan 40 pelajar Asli. Sekolah ini adalah sekolah
luar bandar tetapi kedudukannya strategik dan jalan raya adalah jalan raya utama.
Bilangan guru di sekolah ini seramai 33 orang.





K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 6

BAB 2
PERNYATAAN MASALAH
Masalah yang dibawa oleh guru ini bukanlah baru. Ia telah berpanjangan selama
beberapa tahun. Tetapi 2 tahun kebelakangan ini masalahnya menjadi semakin kronik.
Teguran telah beberapa kali dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah tetapi sekejap sahaja
guru ini berubah. Selepas itu akan kembali kepada asal.
2.1 Masalah-masalah yang dikenal pasti
Saya telah mengenal pasti masalah yang telah dibawa oleh Cikgu Rizwan melalui
pemerhatian saya, pandangan rakan-rakan guru dan bercakap dengan beliau sendiri.
Masalah-masalahnya adalah seperti berikut:-
2.1.1 Tidak membuat Rancangan Pengajaran Harian dalam Buku Rekod
Mengajar.
2.1.2 Mengajar tidak mengikut Huraian Sukatan Pelajaran dan tidak masuk kelas
atau lambat masuk kelas.
2.1.3 Menguruskan perniagaan sendiri dalam tugas rasmi.
2.1.4 Tidak membuat tugasan seperti yang diarahkan oleh Pihak Pentadbir.
2.1.5 Hanya menjalankan tugas sampingan yang boleh mendatangkan
keuntungan sama ada bersifat kewangan atau populariti.
2.1.6 Mencampuri urusan kerja guru lain.
2.1.7 Bersikap ego dengan rakan sekerja.
2.2 Justifikasi masalah tingkah laku berdasarkan Etika dan Standard Guru
Berdasarkan Etika dan Standard Guru, Cikgu Rizwan telah melanggar Etika Profesion
Perguruan iaitu:
2.2.1 Tanggungjawab utama seorang guru ialah kepada pelajar-pelajarnya-
muridnya. Kepentingan pelajar-pelajarnya haruslah mengatasi semua
kepentinagan lain seperti kepentingan-kepentinagan masyarakat,
persendirian atau persatuan.
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 7

2.2.2 Guru bertanggungjawab untuk memberi perhatian dan pengajaran untuk
semua pelajar tidak kira bangsa, agama dan kepercayaan.
2.2.3 Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap pelajar-pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia
dan berguna.
2.2.4 Guru haruslah bertingkah laku baik supaya menjadi contoh yang baik
terhadap pelajar-pelajarnya.
2.2.5 Tidak harus menjatuhkan nama baik guru lain.
2.2.6 Tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

2.3 Huraian permasalahan

2.3.1 Tidak membuat Rancangan Pengajaran Harian dalam Buku Rekod
Mengajar.
Saya berpendapat yang guru ini tidak berminat untuk mengajar Bahasa Inggeris.
Ini dapat dilihat beliau tidak membuat RPH seperti yang ditetapkan. Guru ini
pernah diberi amaran kerana tidak menghantar Buku Rekod Mengajar. Struktur
menulis RPH tidak tersusun walaupun telah diberi contoh cara menulis untuk
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Beliau tidak mencatatkan refleksi setiap kali
selepas mengajar. Semasa sessi Pencerapan baru-baru ini, saya dapati isi
kandungan pengajaran tidak lengkap.

2.3.2 Mengajar tidak mengikut Huraian Sukatan Pelajaran dan tidak masuk atau
lambat masuk kelas.
Saya dapati dalam Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas, guru ini tidak
mengikut HSP. Ini kerana, setiap kali saya berada di kelas sebelah, saya hanya
mendengar pelajar-pelajar hanya membaca buku teks. Selain itu, didapati buku
kerja pelajar kosong kebanyakannya tidak disemak guru. Di sekolah, guru
hendaklah berada di dalam kelas pada masa yang ditetapkan. Ini kerana termaktub
pada P.U. (A) Peraturan 11 yang terdapat dalam Modul Pembangunan Sahsiah
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 8

(Rahmatullah & Aziz, 2011) di mana guru hendaklah mengajar mengikut sukatan
pelajaran dan jadual waktu yang ditandatangani oleh Guru Besar. Guru ini juga
didapati tidak masuk kelas yang ditetapkan mengikut jadual yang terutamanya
kelas murid yang lemah. Saya pernah bertanya dan diberitahu sendiri oleh guru
ini, beliau tidak suka memasuki kelas murid yang lemah kerana kebanyakan
pelajarnya malas belajar dan nakal.

2.3.3 Menguruskan perniagaan sendiri dalam tugas rasmi.
Guru ini mempunyai kelebihan dan bakat dalam memasak dan mengandam dalam
dirinya walaupun beliau seorang lelaki. Tetapi beliau salah menggunakan masa
kerana sering menggunakan masa Pengajaran dan Pembelajaran untuk menjalankan
aktivitinya. Beliau sering menggunakan masa sekolah untuk keluar membeli
barangan atau memasak jikalau ada tempahan. Beliau tidak pernah mengambil cuti
rehat khas untuk menjalankan aktivitinya. Ini kerana rumah beliau terletak di
kawasan sekolah (Kuarters guru). Beliau akan ke sekolah dan punch card dahulu.
Pihak sekolah ada juga menggunakan khidmat beliau untuk jamuan sekolah tetapi
sekarang tidak lagi kerana beliau menimbulkan masalah.

2.3.4 Tidak membuat tugasan seperti yang diarahkan oleh Pihak Pentadbir.
Beliau memegang jawatan Setiausaha Bahasa Inggeris. Tetapi tidak menjalankan
tanggungjawabnya. Beliau tidak mengendahkan apa sahaja aktiviti Bahasa Inggeris
yang dijalankan sekolah. Panitia sememamgnya melibatkan guru ini, tetapi beliau
memberi pelbagai alasan. Sebagai contoh, Karnival Bahasa Inggeris sedang
berlangsung di sekolah, tetapi beliau tidak ada dan mengambil cuti sakit. Ahli
jawatankuasa yang lain sememangnya sudah maklum akan dirinya, memberikan
tugasan kurang penting kepada beliau. Ini bukan kali pertama berlaku, sudah
kerapkali berlaku. Pernah berlaku apabila sekolah menghantar pelajar mewakili
sekolah untuk Action Song ke pertandingan Daerah, dan melibatkan ramai guru
untuk menghantar pelajar. Dia menyoal kembali mengapa melibatkan dia dan
merungut kepada pelajar-pelajar sepanjang jalan dengan mengatakan aktiviti ini
membuang masa dan telah mencuri waktu santai dia kerana hari berkenaan adalah
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 9

hari Sabtu. Akhirnya, dia hanya menghantar sahaja pelajar-pelajar berkenaan dan
terus kembali ke rumah tanpa mengendahkan apa yang akan berlaku kepada murid-
murid berkenaan apabila hendak pulang nanti. Ini menyusahan rakan guru lain
kerana beliau tidak memaklumkan apa-apa kepada Ketua Panitia.

2.3.5 Hanya menjalankan tugas sampingan yang boleh mendatangkan keuntungan
sama ada bersifat kewangan atau populariti.
Pada pandangan saya dan rakan-rakan guru lain, guru ini hanya akan menjalankan
tugas sampingannya apabila memberi keuntungan berganda kepadanya. Sebagai
contoh, sekolah terlibat dengan aktiviti mengajar masyarakat Asli di sekolah iaitu
aktiviti KEDAP. Ia hanya melibatkan guru Bahasa Melayu dan Matematik. Guru-
guru ini akan mendapat RM50 untuk sejam waktu mengajar. Tetapi beliau telah
memohon untuk mengajar. Ini mendatangkan ketidakpuashatian guru lain kerana
beliau tidak melibatkan diri dalam Aktiviti Kelas Tambahan di sekolah kerana tiada
bayaran yang dikenakan. Selain itu juga beliau akan melibatkan diri jikalau dia
mendapat tugas sebagai AJK Jamuan. Ini kerana beliau sendiri yang memasak.
Menjadi Pengacara Majlis Sekolah untuk Jamuan yang melibatkan orang-orang
terhormat. Beliau sendiri menawarkan diri untuk menjadi Pengacara. Jikalau majlis-
majlis biasa beliau akan mengelakkan diri.

2.3.6 Mencampuri urusan kerja guru lain.
Sekolah telah memberikan tugasan kepada setiap guru di sekolah. Dari pemerhatian
saya, guru ini tidak menjalankan tugasan yang diberi malahan menyibukkan diri ke
tugasan orang lain. Sebagai contoh, untuk Bimbingan dan Kaunseling dan Jamuan
Hari Raya Sekolah, tugasan ini adalah untuk Setiausaha yang telah dilantik sekolah.
Tetapi beliau membuat kertas kerja untuk menjalankan aktiviti Motivasi di sekolah
tanpa berbincang dengan guru berkenaan. Seperti biasa, dia mengambil bahagian
Jamuan. Begitu juga untuk Jamuan Hari Raya.



K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 10

2.3.7 Bersikap ego dengan rakan sekerja.
Hubungan dengan rakan-rakan guru haruslah baik terutamanya dengan guru-guru
baru. Kita sebagai guru berpengalaman harus sentiasa menolong guru-guru baru
yang masih hijau. Cikgu Rizwan pernah menjatuhkan maruah seorang guru dengan
memarahinya dan memanggilnya BODOH dan macam-macam lagi ayat yang keluar
dari mulutnya. Beliau juga sering membezakan dan membanggakan Ijazah yang ada
padanya. Sering membezakan guru sama ada DG29, DG32 dan DG41. Beliau tidak
suka mendengar pendapat orang malahan mempersendakan orang lain dalam
mesyuarat guru.






















K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 11

BAB 3
TEORI PILIHAN TERAPI REALITI

Ia diasaskan oleh William Glasser seorang doktor psikologi klinik yang dilahirkan di
Cleveland, Ohio, Calfornia pada 11 Mei, 1925. Glasser telah mengaplikasikan idea-idea
Teori Pilihan dalam sistem pendidikan di California.

3.1 Rasional memilih Teori Pilihan Terapi Realiti
Berdasarkan kepada permasalahan yang diberikan saya memilih Teori Pilihan Terapi
Realiti yang telah diasaskan oleh William Glasser. Saya memilih Teori Pilihan ini
kerana menurut Glasser (2000), ia menerangkan bahawa diri kita sendiri memilih
untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan. Inilah yang terjadi kepada
Cikgu Rizwan. Beliau mempunyai sikap yang mementingkan diri sendiri dalam
konteks di tempat kerja. Masalah-masalah yang dihadapi oleh Cikgu Rizwan adalah
disebabkan oleh sahsiahnya. Saya juga berpendapat Cikgu Rizwan menjadi seperti
ini kerana kebanyakan keperluan asasnya tidak dipenuhi. Ini kerana faktor jauh dari
isteri dan 2 lagi anaknya boleh dijadikan penyebab utama mengapa beliau berkeadaan
seperti itu. Menurut Glasser (2000), masalah manusia berpunca daripada keperluan
asas tidak dipenuhi. Semua tingkah laku manusia adalah dipandu oleh keperluan asas
seperti keinginan psikologi dan fisiologi individu.
3.2 Analisis Masalah Berdasarkan Teori
Keinginan psikologi merangkumi seseorang individu yang menyayangi dan ingin
disayangi oleh orang lain, mendapat penhargaan daripada orang lain, inginkan
kebebasan dan inginkan kegembiraan (Glasser (1986) dan Ahmad Jazimin (2010).
Berdasarkan Teori Pilihan, individu yang bermasalah apabila keinginan mereka tidak
dipenuhi. Ia dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi. Dalam konteks ini,
Cikgu Rizwan dan isterinya tinggal berjauhan. Sesekali baru bertemu. Di samping itu
kesemua anaknya masih kecil lagi. Kekurangan kasih sayang dari isteri dan 2 lagi
anaknya menyebabkan beliau tertekan. Selain daripada itu, 2 lagi anaknya tinggal
bersama beliau menghadapi perkara yang serupa. Kekurangan kasih sayang daripada
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 12

ibu mungkin menyebabkan mereka memerlukan ayah yang harus sentiasa ada. Ini
menjadikan Cikgu Rizwan kerap mengambil cuti rehat khas atau cuti sakit untuk
memenuhi keperluan psikologinya di mana beliau inginkan kegembiraan.
Masalah yang pertama dan kedua berkaitan dengan tidak membuat Rancangan
Pengajaran Harian, mengajar tidak mengikut Huraian Sukatan Pelajaran dan tidak
masuk kelas atau lambat masuk kelas. Ia bersangkutan dengan minat dan keinginan
psikologi. Beliau tidak berminat untuk mengajar Bahasa Inggeris. Ini kerana opsyen
beliau semasa di IPG adalah Pendidikan Jasmani. Tetapi Bahasa Inggeris adalah
minor beliau. Pandangan saya sebagai seorang guru, dalam apa jua keadaan atau
opsyen kita, kita kena bersedia menerima arahan. Sikap beliau yang membezakan
pelajar juga tidak harus ada kerana semasa kita belajar di Instituisi Perguruan, kita
telah ditekankan pelbagai kategori pelajar mengikut perkembangannya. Pandangan
saya, beliau tidak berminat untuk menjadi guru kerana beliau mungkin menjadikan
karier perguruan itu untuk mengelakkan diri daripada menjadi seorang peguam yang
selalu sibuk dan hanya untuk mendapatkan gaji sahaja.
Masalah yang ketiga iaitu menguruskan perniagaan sendiri dalam waktu rasmi.
Sikap ini tidak harus ada kerana ia sudah menyalahi Etika Pergurauan.Dalam
peraturan 4 (2) ada menyatakan menguruskan perniagaan sendiri, isteri, anak dan
lain-lain adalah dilarang sama sekali. Dalam konteks ini, keinginan fisiologi dalam
Teori Pilihan perlu dipenuhi. Ini adalah kerana Cikgu Rizwan sanggup mengambil
risiko untuk mempunyai wang yang cukup dalam memenuhi aspek keperluan hidup.
Selain itu faktor kewangan menjadikan Cikgu Rizwan sanggup berbuat apa sahaja,
kerana beliau tinggal berasingan dengan isterinya. Perbelanjaan untuk pulang ke
Terengganu juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi
Masalah yang keempat, kelima, keenam dan ketujuh saling berkaitan iaitu tidak
membuat tugasan, membuat tugasan yang boleh mendatangkan keuntungan dan
populariti, campuri urusan kerja guru lain dan bersikap ego. Dalam Teori Pilihan, ia
menekankan sikap tanggungjawab individu. Cikgu Rizwan sememangnya tidak
bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya. Di dalam Teori Pilihan, beliau
hanya menunjukkan kuasa dan perlukan nama untuk menaikkan imejnya di hadapan
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 13

masyarakat untuk memberi penghargaan kepada beliau. Beliau juga menunjukkan
yang beliau bebas untuk melakukan apa sahaja demi mencapai keinginannya tanpa
memikirkan sensitiviti rakan-rakan guru yang lain.
Cikgu Rizwan sanggup berbuat apa sahaja demi memenuhi keperluan psikologi
dan fisiologi. Cikgu Rizwan bermasalah berdasarkan Teori Pilihan apabila keinginan
beliau tidak dipenuhi. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan
fisiologi. Konflik sememangnya timbul apabila Cikgu Rizwan dapat apa yang beliau
tidak mahu dan begitu jugalah sebaliknya. Konflik akan mempengaruhi tingkah laku,
pemikiran, perasaan dan fisiologi seseorang individu individu itu.














K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 14

BAB 4
PELAN TINDAKAN BERASASKAN SISTEM WDEP
Untuk permasalahan ini, saya telah memilih proses Terapi Realiti. Ia merujuk kepada
Sistem WDEP. W merujuk kepada wants, needs and perceptions (kehendak, keperluan
dan persepsi). D merujuk kepada directions and doing (terarah dan lakukan) E merujuk
kepada evaluation (penilaian) dan P merujuk kepada planning and commitment (pelan
tindakan dan komited).
4.1 Rangka Pelan Tindakan Berdasarkan Sistem WDEP
4.1.1 Mewujudkan Suasana Perbicangan Yang Kondusif
Saya berbincang dengan Cikgu Rizwan dan mewujudkan perhubungan yang tulen,
mesra, tidak menghukum, menerima beliau seadanya, menunjukkan empati, fokus,
berkongsi cerita dan menggunakan sedikit humor. Saya harus mewujudkan suasana
selesa untuk berbincang dengan beliau mengenai permasalahan ini. Saya bertanyakan
tentang keluarga beliau, masakan dan perkara-perkara lain diluar tugasan. Dengan
cara ini, perbualan lebih santai dan positif. Ini menjadikan hubungan yang baik dan
mesra terjalin. Selain itu, saya harus elakkan perkara yang akan membuatkan beliau
tertekan seperti menuduh, mengkritik, membebel kerana ini akan memburukkan
keadaan lagi. Saya merasakan Cikgu Rizwan boleh berlembut jikalau menggunakan
cara yang diplomasi.
4.1.2 Meneroka Kehendak, Keperluan dan Persepsi
Saya meneroka kehendak, keperluan, persepsi dan harapan beliau tentang kehidupan
sekarang ini. Saya juga harus meneroka tentang keinginan yang beliau tidak dapat
penuhi. Saya juga harus berkongsi sejauh manakah keperluan asas psikologi dipenuhi
seperti keperluan untuk disayangi dan menyayangi, keperluan membuat pilihan,kuasa
untuk menghargai dan dihargai oleh orang lain. Bertanyakan tentang hala tuju
kehidupan beliau sekiranya keinginan dan keperluan dapat dipenuhi. Perkongsian
diantara saya dan Cikgu Rizwan akan melahirkan rasa komitmen pada beliau untuk
K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 15

mengadakan perbincangan dengan saya. Ini dapat meningkatkan kepercayaan beliau
kepada saya.
4.1.3 Meneroka Arah Tuju (Doing and Direction)
Selepas mengumpul maklumat dan penglibatan dari Cikgu Rizwan dalam perbualan
ini, saya mestilah bertindak aktif meneroka hala tujunya. Saya mesti fokus kepada
tingkah laku semasa Cikgu Rizwan. Tingkah laku diberi tumpuan kerana ia lebih
mudah untuk diperbetulkan. Terapi ini tidak melihat kepada pengalaman lampau
Cikgu Rizwan, tetapi masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu sikapnya
pada masa kini. Sesunggunya masa penting untuk membuat perubahan. Tidak boleh
terburu-buru untuk mengubah sahsiah seseorang.
4.1.4 Membuat Penilaian (Evaluation)
Saya bukan sekadar menilai tingkah laku yang wujud tetapi melibatkan persepsi,
komitmen dan kesediaan Cikgu Rizwan untuk berubah. Untuk membentuk sikap dan
sahsiah Cikgu Rizwan, saya harus menilai secara berterusan termasuk perancangan
Cikgu Rizwan untuk berubah. Meningkatkan kesedaran kepada Cikgu Rizwan
tentang peranan beliau terhadap para pelajar, rakan guru, sekolah dan masyarakat.
4.1.5 Berbincang Tentang Pilihan Guru Membuat Tindakan (Planning and
Commitment)
Dalam konteks ini, saya membantu Cikgu Rizwan membuat perancangan berasaskan
persetujuan beliau untuk berubah. Perancangan yang dirancang perlu mudah, boleh
dicapai, boleh diukur, segera dilakukan, terkawal perancangannya, komited dan
konsisten. Pelan dan perancangan ini dibuat adalah untuk membantu beliau. Saya
mesti kenalpasti objektif untuk menjadikan ia mudah dan terkesan kepada Cikgu
Rizwan. Sebagai rakan guru, saya harus memberi sokongan kepada beliau.



K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 16

4.2 Strategi Penilaian Tindakan Berdasarkan Permasalahan Cikgu Rizwan
SITUASI : Apa yang saya mahu dalam hidup saya?

Cikgu Rizwan mahu bersama anak-anak dan isteri beliau setiap masa. Beliau mahukan
anak-anaknya tidak berenggang hubungan antara satu sama lain.Selain itu, beliau amat
meminati andaman dan masakan. Selain dapat mencari kewangan yang lebih beliau
merasa damai jikalau melakukan aktiviti itu. Beliau mendapatkan inspirasi melalui
masakan. Beliau juga menginginkan sebuah kedai bagi merealisasikan impiannya. Beliau
merasakan ucapan penghargaan penting untuk menaikkan semangat dan inspirasi beliau.
DESKRIPSI KESELURUHAN TINGKAH LAKU :

Perasaan: Tertekan dan sedih jauh daripada isteri dan anak-anak. Tertekan dengan
rakan-rakan guru yang semakin menjauhkan diri. Tidak puas hati mengajar Bahasa
Inggeris.

Fisiologi: Kewangan, keselamatan, dilindungi dan seksual yang sihat.
Membuat kerja sampingan pada waktu pejabat dan memohon pertukaran atas alasan
keselamatan dan ingin bersama keluarga.

Pemikiran: Negatif, tidak percaya kepada orang lain, rasa kecewa dan tidak tenteram.

Perlakuan: Memberontak dengan tidak masuk kelas, tidak membuat RPH, merungut
jikalau diberi tugasan dan lain-lain lagi.

PENILAIAN:
Cikgu Rizwan tidak dapat apa yang beliau inginkan. Ini kerana sifatnya yang negetif dan
ego. Sebaiknya Cikgu Rizwan menggunakan pendekatan SABAR bagi setiap keadaan.
Rakan-rakan yang bersama Cikgu Rizwan di sekolah mungkin tidak ramai yang
membantu kerana sikap egonya itu. Tetapi jikalau Cikgu Rizwan bersikap baik kepada
mereka, sedikit sebanyak rasa terbeban akan berkurangan.
PELAN TINDAKAN:
Cikgu Rizwan harus masuk kelas seperti di dalam jadual waktu yang ditetapkan. Tidak
membezakan pelajar. Mengajar Bahasa Inggeris seperti biasa kerana itu tanggungjawab
beliau. Selain itu, beliau harus membuat RPH. Berbaik dengan semua rakan guru dan
hilangkan sifat ego kerana ia memakan diri. Cikgu Rizwan juga harus percaya dengan
rakan-rakan untuk menjayakan Sesutu program. Beliau boleh memberi pendapat tetapi
tidak mencampuri urusan kerja guru lain. Cikgu Rizwan boleh meminta isterinya bertukar
ke Negeri Perak supaya mereka sentiasa bersama dengan anak-anak. Cikgu Rizwan juga
boleh mengembangkan bakatnya tetapi janganlah dibuat pada waktu Pengajaran dan
Pembelajaran. Dengan cara ini masa yang berkualiti boleh dimanfaatkan bersama pelajar-
pelajar. Wang yang diterima setiap bulan juga lebih berkat.



K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 17

BAB 5
RUMUSAN

Dapat dirumuskan dalam kajian ini, sebagai manusia kita boleh mengawal tingkah laku
dalam diri kita. Menghindarkan diri kita daripada sifat ego adalah yang terbaik. Sebagai
manusia kita mempunyai keperluan asas iaitu ingin menyayangi, disayangi, ingin
dimiliki, inginkan penghargaan, kebebasan, kegembiraan dan ingin terus hidup. Kita akan
berasa puas setelah semua keinginan kita dipenuhi.


















K a j i a n K e s G u r u B e r m a s a l a h D i s e k o l a h P a g e | 18

RUJUKAN
Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf. Shah Alam: Oxford Fajar.

American Psycological Association. (2002). Publication Manual of the American
Psycological Association. Washington, DC. American Psycological Association

Ahmad Jazimin Jusoh, Abdul Malek Abdul Rahman, Mohammad Nasir Bistamam dan
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010). Kesahan modul kauseling
kelompok choice theory & reality therapy (ctrt) dalam menangani tingkah laku
disiplin. Jurnal Pertama, 16, 1-12.

Glasser, W. (1986). Control theory in the classroom. New York: HarperCollins.

Glasser, W. (2000). Reality therapy in action. New York: HarperCollins.

Rahmatullah Khan Abdul Wahab Khan,PhD, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip,
PhD (2011). KKD2063 Pembangunan Sahsiah. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Yahya Buntat & Zainuddin Masrom (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di
Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Satu
Tinjauan. Jurnal Teknologi, 38,6574.

You might also like