You are on page 1of 4

SOALAN KUIZ ANTI DADAH

1. Kerajaan perlu berpandukan kepada dua strategi apabila merumuskan dasar anti dadah Negara. Apakah 2
strategi ini ?

A. Ketahan Negara dan musuh Negara


B. Pengurangan penagihan dan pengurangan pengedaran dadah
C. Pengurangan bekalan dan pengurangan permintaan dadah.
D. Hukuman gantung ke atas pengedar dan rawatan pemulihan penagih-penagih dadah
E. Pencegahan dadah dan penguatkuasaan undang-undang dadah

2. Rancangan bertindak lima tahun Anti Dadah Negara telah menetapkan matlamat-matlamat, program-program,
prosedur-prosedur pelaksanaan dan penilaian tindakan-tindakan anti dadah di Negara ini. Bilakah tempoh
Rancangan Bertindak tersebut dilaksanakan ?

A. 1983-1987
B. 1984-1988
C. 1985-1989
D. 1987-1991
E. 1990-1994

3. Mengikut Rancangan Bertindak Lima Tahun Anti Dadah Negara, Apakah strategi yang telah diberi keutamaan?

A. Pencegahan
B. Penyelarasan
C. Penguatkuasaan undang-undang
D. Pemulihan
E. Kerjasama Antarabangsa

4. Namakan pertubuhan sukarela atau bukan kerajaan yang sedang menjalankan kegiatan anti dadah secara aktif
di Negara ini terutamanya dalam bidang pencegahan dadah di kalangan masyarakat dan jagaan lanjutan.

A. Persatuan Bulan Sabit Merah


B. Pasukan Petugas Anti Dadah
C. K – 101
D. Pengasih
E. PEMADAM

5. Kerajaan mempunyai bilik-bilik Gerakan Anti Dadah di seluruh Negara untuk mendapatkan maklumat mengenai
pengedaran dan penagihan dadah dari orang awam serta bantuan kepada orang perseorangan yang memerlukan
nasihat. Apakah nombor talifon Bilik Gerakan Anti Dadah Kebangsaan?

A. 03-2542533
B. 03-2919919
C. 03-2547000
D. 03-2548000
E. 03-2549000

6. Mengikut pengalaman, apakah sebab utama yang menyebabkan penagih-penagih kembali menagih ?

A. Proses rawatan dan pemulihan dadah tidak berkesan


B. Terdapat bekalan dadah di mana-mana
C. Memang tiada rawatan bagi penagih dadah
D. Mereka tidak diterima kembali oleh masyarakat
E. Pengedar-pengedar dadah memaksa mereka kembali menagih

7. Apabila seseorang ditangkap oleh polis dan disahkan positif sebagai penagih dadah, beliau akan dihantar ke
________________.

A. Sekolah Henry Gurney


B. Penjara
C. Pusat Serenti
D. Pulau Jerejak
E. Beliau akan dilepaskan sahaja

Silakan berikan nama penuh kepada nama singkatan agensi-agensi anti dadah berikut:

8.AADK:_______________________________________________________________

9.PPAD:________________________________________________________________

10.UPP:________________________________________________________________

1. Golongan umur yang paling mudah terpengaruh dengan dadah adalah ?

A. Di bawah umur 19 tahun


B. Antara 19 – 29 tahun
C. Antara umur 30 – 40 tahun
D. Antara umur 41 – 50 tahun
E. Umur 50 tahun ke atas

2. Sebagai langkah meningkatkan lagi tahap penyelarasan bagi segala usaha pencegahan dadah dengan
lebih berkesan. Kerajaan telah menubuhkan ____________ pada tahun 1975 ?
A. Pasukan Petugas Anti dadah (PPAD)
B. PEMADAM
C. Pusat Biro Narkotik
D. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah
E. Jawatankuasa Anti Dadah (JKAD)

3. Pada bulan Ogos 1979, Pusat Biro Narkotik telah dibubarkan dan digantikan dengan
___________________?

A. PEMADAM
B. Urusetia dadah
C. Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD)
D. Cawangan Anti Dadah
E. Jawatankuasa Anti Dadah

4. Semenjak tahun 1987, Jawatankuasa Antu Dadah (JKAD ) telah dipengerusikan oleh
__________________?

A. YB Menteri Dalam Negeri


B. YB Timbalan Menteri Dalam Negeri
C. YAB Perdana Menteri Malaysia
D. YAB Timbalan Perdana Menteri
E. Yang Dipertua PEMADAM Kebangsaan

5. Namakan jentera yang bertanggungjawab keseluruhannya mengenai semua aspek pengawalan dan
pencegahan dadah di peringkat negeri ?

A. Jawatankuasa Kerja PEMADAM Negeri


B. Cawagan Anti Dadah Negeri
C. Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri
D. Jawatankuasa Anti Dadah Negeri
E. Kumpulan Kerja Bilik Gerakan Negeri

6. Tahun 1983 adalah merupakan detik pemisahan dalam usaha Negara memerangi najis dadah kerana
masalah dadah tidak lagi dianggap sebagai masalah _________________ tetapi ianya dianggap sebagai
ancaman terhadap keselamatan Negara.

A. Kesihatan
B. Penguatkuasaan
C. Antarabangsa
D. Biasa
E. Sosial

7. Penagihan dadah di Malaysia bukanlah satu fenomena baru. Pada abad ke 19, penagihan candu telah
menjadi satu masalah. Siapakah yang membawa tabiat penghisapan candu ke Negara ini ?
A. Buruh India
B. Tentera Amerika
C. Kumpulan “HIPPY”
D. Buruh Cina
E. Penjajah Inggeris

8. Apakah nama konvensyen yang menyebabkan kerajaan penjajah mengambilalih pengimportan dan
penjualan candu melalui kedai-kedai candu kerajaan pada tahun 1910 ?

A. Konvensyen China
B. Konvensyen Geneva
C. Konvensyen Tiga segi Emas
D. Konvensyen London
E. Konvensyen Shanghai

9. Pada tahun berapa penghisapan candu telah diharamkan ?

A. 1925
B. 1934
C. 1945
D. 1952
E. 1960

10. Pada tahun 1952, Kerajaan telah memperkenalkan undang-undang yang melarang pemilikan ,
penggunaan , pembuatan, penjualan dan pengimportan secara haram segala jenis dadah berbahaya.
Apakah nama undang-undang tersebut ?

A. Ordinan Dadah Berbahaya


B. Akta Dadah Berbahaya
C. Akta Penagihan Dadah
D. Akta Larangan Dadah
E. Akta Penagihan dan Pengedaran Dadah

You might also like