You are on page 1of 14

Cikgu Zahari

Thursday, 7 November 2013

Contoh kajian tindakan


MENINGKATKAN KEBERKESANAN MENJAWAB SOALAN ESEI
SEJARAH “TERANGKAN”DENGAN KAEDAH BADAR.

Oleh;

ZAHARI BIN AWANG


                          SMK Kompleks Seberang Takir,
21300 Kuala Terengganu.

ABSTRAK

Sejarah ialah satu mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia dan bakal
menjadi wajib lulus dalam peperiksaan SPM bermula 2013. Antara soalan yang selalu menjadi kata soal
dalam bahagian B kertas 2 sejarah ialah “Terangkan”. Kumpulan pelajar daripada
kumpulan HALUS selalu menghadapi masalah cara mengolah jawapan bagi soalan terangkan.Majoriti
pelajar dalam kelompok ini tidak dapat menjawab soalan ini dengan berkesan. Bahkan ada yang tidak
mendapat sebarang markah daripada ceraian soalan ini yang sekali gus menyumbang kepada kegagalan
mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Kaedah “BADAR” telah membawa perubahan kepada
kelompak pelajar yang menghadapi masalah ini.Setelah pendekatan ini digunakan kelompok pelajar
yang menghadapi masalah menjawab soalan ini telah berjaya memahami bagaimana cara mengolah
jawapan bagi soalan sebegini.Keadaan ini sekali gus telah meningkatkan keyakinan dalam diri mereka
untuk menjawab soalan dalam ujian dan latihan yang diberikan.

1.0     REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  LALU

   Saya pernah menghasilkan satu kajian tindakan berkaitan mata pelajaran Sejarah yang bertajuk
“Meningkatkan Keupayaan Mengingat Fakta Bagi Menjawab Soalan Struktur Dan Esei Sejarah
Dengan Menggunakan Kaedah Akronim Dan Mneumonic”. Kajian ini telah saya bentang di
peringkat negeri dan kebangsaan pada tahun 2007.

   Meski pun kajian itu amat membantu saya dalam meningkatkan pencapaian pelajar tetapi saya
masih berasakan perlu melakukan penambahbaikan terhadap kajian yang telah dibuat.Ini
memandangkan masih terdapat kelemahan pelajar terutama semasa menjawab    soalan
bahagian B iaitu esei dalam kertas 2 Sejarah SPM yang melibatkan soalan “Terangkan…”.

Daripada pemerhatian dan analisis yang telah saya jalankan didapati pelajar daripada
kumpulan HALUS menghadapi masalah untuk mengolah jawapan bagi soalan “Terangkan….”.
Kebanyakan mereka gagal menjawab soalan ini dengan baik bahkan terdapat juga yang
langsung tidak cuba menjawab semasa menjawab soalan latihan yang diberikan. Ini akan
menyebabkan mereka kehilangan antara 8 hingga 10 markah bagi setiap soalan terangkan jika
mereka memilih soalan itu utnuk dijawab. Ini telah memberikan kesan kepada pencapaian
peratus lulus dalam Ujian TOV SPM 2010. (lihat jadual 1)

    Ini menyebabkan saya berfikir apakah pendekatan atau kaedah yang patut digunakan untuk
menyelesaikan masalah ini. Akhirnya telah menyebabkan saya mencuba
kaedah “BADAR” sebagai jalan penyelesaian.

Jadual 1
Pencapaian Pelajar Dalam Ujian TOV 2010

Jumlah calon     Bil Lulus          Bil. Gagal        % Lulus          % Gagal


____________________________________________________________
____

            122               65                        57                  53.3                     46.7


_____________________________________________________________

2.0    FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

       Tumpuan kajian adalah untuk 10 pelajar kumpulan Halus yang dikenalpasti menghadapi
masalah untuk menjawab soalan ini.Masalah ini mula dikesan dalam Ujian TOV SPM 2010.
Pemilihan pelajar adalah berdasarkan latihan semasa proses pembelajaran di dalam kelas
dengan memerhati, meneliti dan mengenalpasti punca sebenar masalah kegagalan menjawab
soalan “ terangkan...”

        Kajian ini tertumpu kepada aspek kata tugas soalan “terangkan...” yang bermatlamat agar
pelajar berkenaan akan dapat mengolah jawapan esei sejarah yang mempunyai kata
tugas “ terangkan...” dan akan mendapat sekurang-kurangnya 6 hingga 8 markah daripada
ceraian tersebut..

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

3.1.1 Meningkatkan pencapaian lulus dalam peperiksaan atau ujian.   


        
3.1.2 Mewujudkan rasa seronok untuk belajar Sejarah kerana mampu  
         menjawab soalan yang disoal dengan pendekatan yang betul.
3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Membantu pelajar menjawab soalan esei “terangkan….”dengan


         dengan berkesan.

3.2.2Meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian atau peperiksaan


         supaya sekurang-kurangnya mampu lulus.

4.0 KUMPULAN SASARAN (RESPONDEN)

Kajian ini melibatkan pelajar yang patut lulus bagi membantu mereka lulus dalam peperiksaan dan
meningkatkan kuantiti lulus mata pelajaran Sejarah. Bilangan responden yang dipilih adalah seramai 10
orang yang dirasakan mampu lulus dan boleh mendapatkan markah yang baik jika dapat meningkatkan
keupayaan untuk menjawab soalan berbentuk “terangkan...”

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

5.1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Setiap kali berakhir sesuatu sub topik pengajaran dan pembelajaran saya akan  memberikan
latihan berbentuk esei.Salah satu soalan adalah melibatkan kata soal“terangkan”.Bagi golongan
pelajar daripada kumpulan sederhana dan lemah, mereka didapati gagal menjawab dan ada
yang tidak menjawab langsung soalan tersebut.Ini menyebabkan saya berasa kecewa dan pelajar
pula seakan beranggapan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang sukar untuk lulus apa lagi
untuk mendapatkan markah yang baik.  
Apabila Ujian TOV SPM 2010 dijalankan dalam bulan Februari didapati ramai pelajar yang
gagal mendapat markah apabila memilih untuk menjawab soalan “terangkan”.Saya mula
memikirkan pendekatan dan kaedah yang diharap dapat membantu pelajar dan seterusnya
memberikan keyakinan serta menarik minat mereka untuk belajar sejarah.

5.1.2 Pemerhatian

Daripada pemerhatian dan pemeriksaan buku latihan pelajar, saya dapati ada pelajar
yang gagal mengolah jawapan bagi soalan “terangkan” bahkan terdapat pelajar yang
langsung tidak cuba menjawab soalan begini dalam Ujian TOV SPM 2010. Ini bermakna tiada
markah yang akan diperolehi untuk ceraian soalan ini.                                                               

5.1.3  Temubual
       
Saya telah menjalankan sesi perbincangan dengan pelajar tentang masalah sebenar yang
mereka hadapi sehingga tidak menjawab soalan tersebut. Daripada 25 pelajar yang ditemubual
15 orang daripada mereka langung tidak memilih untuk men jawab soalan terangkan. 10 orang
lagi cuba menjawab tetapi gagal mengolah jawapan dengan berkesan.Daripada temubual,
kebanyakkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana mahu mengolah jawapan bagi
soalan begini. Ada juga yang menyatakan soalan itu sukar dijawab.

5.1.4 Ujian Pra


Bagi mendapatkan dapatan awal pencapaian sebenar pelajar saya telah menjalankan   ujian pra
terhadap 10 pelajar berkenaan dengan memberikan tiga soalan berbentuk“terangkan” yang
setiap satunya mempunyai markah penuh 8 markah. Pencapaian dapat dilihat daripada jadual
di bawah.

Jadual 2
Jadual Dapatan Awal Responden( Ujian Pra)
(Markah penuh 24)

     Bil Nama     Ujian Pra   


pelajar                                  

1.   AHMAD LUTFI BIN MOHD                                            02


2.      AHMAD SAIFUDDIN BIN MAHMUD                 00
3.      MOHD FITRI NIZAM BIN MOHD YASIN           04
4.      MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANAFI                   08
5.      MUHAMMAD DANIAL BIN M. KHALIL           04
6.      MUHAMMAD FATIHI BIN JAAFAR                   05
7.      MUNIRAH BT ARIFFIN                                       03
8.      NABIHAH BT ABDUL AZIZ                               09
9.      NUR FATIN FARHANA BT ABDUL AZIZ          06
10.  NURUL FARHANA BT BAHARUDDIN              05
 
__________________________________________________________________
____________

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Setelah selesai ujian pra telah diadakan bagi meneliti tahap pencapaian semasa pelajar. Ujian
ini melibatkan kesemua 10 pelajar yang dipilih dan dijalankan setelah berakhir sub topik dalam
sukatan pelajaran.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar
berkenaan gagal menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan.Antaranya ialah:

a.       Tidak pasti cara untuk menulis jawapan bagi soalan “ terangkan”


b.      Tidak faham kehendak soalan tersebut.
c.       Tidak tahu hendak bagaimana hendak mengembangkan jawapan.
d.      Kurang membaca yang menyebabkan mereka tidak bersedia untuk menjawab soalan berbentuk
demikian.
e.       Beranggapan soalan “ terangkan” sukar dijawab.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan/Metodologi tindakan

Setelah menganalisis permasalahan reponden yang dipilih, beberapa tindakan telah dijalankan
bagi menguji keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil.

Langkah 1: Kaedah “BADAR”                                  
Memberi kefahaman asas tentang kehendak jawapan bagi soalan “terangkan” kepada respoden
supaya mereka mendapat gambaran sebenar cara menjawab soalan tersebut.
Soalan ini memerlukan fakta dan huraian sebagai jawapan. Setiap fakta perlu digandingkan
dengan sekurang-kurangnya satu huraian.Ini dianggap sebagai formula asas bagi menjawab
soalan “terangkan”.Saya menerangkan soalan terangkan ibarat sepohon pokok, batang (kata
tugas soalan)  yang mempunyai dahan-dahan (fakta bagi menjawab soalan) dan setiap dahan
mempunyai ranting-rantingnya sendiri( huraian kepada fakta). Keterangan ini saya illustrasikan
dalam bentuk rajah seperti dilampirkan di belakang.

Langkah 2: Mengenal fakta dan huraian

Dengan berpandukan buku teks sejarah tingkatan 5, ms 14 hingga 17, saya telah mengadakan
sessi perbincangan dengan responden yang dipilih bagi mengenalpasti fakta (dahan) dan
huraian (ranting) bagi soalan berbunyi “Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan
semangat nasionalisme di Asia Tenggara”. Perkataan yang digelapkan itu adalah pokok persoalan
(batang)  yang memerlukan kepada dahan (fakta) dan ranting (huraian bagi fakta).

Terangkan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (ms 14-17)

Bagi contoh soalan ini, saya menyediakan jadual seperti di bawah dan meminta responden
melengkapkan bahagian huraian dengan bantuan buku teks.Teknik ini membantu saya
mengatasi sikap pelajar yang malas atau tidak suka membaca buku teks sejarah selain daripada
mengatasi persoalan kajian yang saya lakukan ini.Saya telah menerapkan penggunaan akronim
bagi membantu pelajar mengingat kembali fakta sebagaimana yang telah saya lakukan dalam
kajian tindakan saya yang lalu.
 

       

K -     Karya kesusasteraan


I   -    Intelektual ( kemunculan & kesedaran)
M -    Media massa ( pengaruh & peranan)
B -     Barat ( dasar penjajahan Barat)
A -     Agama ( pengaruh )                 
L -     Luar ( pengaruh luar Asia Tenggara)
P -     Pendidikan ( perkembangan sistem pendidikan)
P -     Pengangkutan dan perhubungan

Akronim yang dicadangkan ialah KIMBAL PP


Fakta(Dahan) Huraian (Ranting)
Dasar penjajah
Barat
Pengaruh agama

Karya sastera

Peranan sistem
pendidikan

Kemunculan
golongan
intelektual

Pengaruh media
massa

Peranan sistem
pengangkutan
dan perhubungan
Pengaruh luar

                                                                                 
Langkah 3: Menyemak hasil responden melengkapkan jadual dilangkah 2.

Terangkan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (ms 14-17)


(Batang)

Fakta(Dahan) Huraian (Ranting)


Dasar penjajah Menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
Barat Pentadbiran penjajah tidak memberikan peluang sewajarnya kepada rakyat tempatan
dalam sistem pentadbiran moden
Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional
Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo menindas
penduduk peribumi
Penjajah mewujudkan jurang sosial
Menganggap mereka berada dalam kelas tersendiri
Mereka hanya bergaul dengan golongan elit tempatan
Dasar menggalakkan kemasukan imigran melahirkan perasaan tidak puas hati rakyat.
Pengaruh agama Agama berjaya menyatukan rakyat tempatan
Peranan agama sebagai alat menyatukan rakyat tempatan
Contohnya Gerakan Islah di Tanah Melayu/Persatuan Belia Buddha di Burma
Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme
Golongan agama sebagai pencetus nasionalisme
Di Filipina agama Kristian menyatukan penduduk peribumi untuk menentang
Sepanyol
Mereka dianggap penganut Kristian kelas kedua.
Karya sastera Membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara
Karya terlibat menyampaikan mesej kesengsaraan/kekecewaan terhadap
penindasan penjajah
Akhirnya membangkitkan kecintaan terhadap tanah air
Di Filipina , novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetuskan gerakan
nasionalisme di Filipina/Asia Tenggara
Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil
Anuar begitu berpengaruh
Di Tanah Melayu, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako sangat terkenal
Peranan sistem Sikap penjajah pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan
pendidikan Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa
pengantar
Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah
Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar
Di Indonesia anak golongan priyayi diberi pendidikan tersendiri
Diasingkan daripada anak orang kebanyakan
Tujuan Belanda untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan
Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman kepada
sekolah Buddha
Di Tanah Melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan
Kemunculan Golongan ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat
golongan Mereka didedah dengan idea falsafah Barat dan Islam
Menyedarkan golongan ini bahawa penjajah tidak mentadbir tanah jajahan dengan
baik
Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air
intelektual
Peringkat awal mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela
Pada peringkat lanjutan mereka meminta penjajah membebaskan negara mereka
Pengaruh media Menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara
massa Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata
Di Vietnam, Tribune Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar berpengaruh
Di Tanah Melayu Al Ikhwan/Saudara/Warta Malaya/ Majlis adalah akhbar utama
Peranan sistem Telefon dan telegraf memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis
pengangkutan Pembinaan jalan raya/keretapi dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang
dan perhubungan sebelumnya terpisah
Memudahkan pemimpin dan rakyat bertemu dan berbincang idea-idea
Pengaruh luar Kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia
Membuka mata para nasionalis keupayaan negara kecil menewaskan negara besar
Perjuangan Mahatma Gandhi di India
Memberikan inspirasi kepada nasionalis Asia Tenggara.

Daripada jadual ini terdapat lapan dahan (fakta) bagi pokok persoalan. Lazimnya soalan ini
akan membawa kepada 8 markah maksima. Ini bermakna bukan semua dahan(fakta) dan
ranting(huraian). Panduan yang boleh diambil ialah untuk mendapat 8 markah maksima
responden hanya perlu mengingat 4 dahan (fakta) dan digandingakan dengan 1 ranting bagi
setiap dahan. Ini adalah had minima bagi mendapat 8 markah tersebut. Bagi mendapat peluang
yang lebih baik responden digalakkan mengandingkan setiap dahan (fakta) dengan lebih
daripada satu ranting (huraian) dan ditulis dalam satu perenggan.

Langkah 4: Membentuk pokok yang lengkap dengan kaedah “BADAR”.  

Pada peringkat ini, responden dikehendaki menulis esei bagi contoh soalan ini dengan
berbantukan jadual yang telah dilengkapkan secara bebas iaitu mereka bebas memilih mana-
mana dahan (fakta) dan ranting (huraian bagi fakta berkenaan) mengikut kemampuan
pengingatan mereka.Hasilnya ada beberapa hasil pengolahan jawapan yang dipersembahkan
oleh responden.

Contoh 1 esei yang dihasilkan:


   Faktor pertama ialah dasar penjajah Barat yang menimbulkan rasa tidak puashati rakyat
Kerana rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional.
  Faktor kedua ialah pengaruh agama seperti Gerakan Islah di Tanah Melayu yang 
menjadikan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.
   Faktor ketiga pula pengaruh luar seperti Kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia
telah membuka mata para nasionalis keupayaan negara kecil menewaskan negara besar.
   Faktor keempat ialah pengaruh media massa yang menanam perasaan anti penjajah
kepada rakyat jelata seperti Al Ikhwan,Saudara ,Warta Malaya dan Majlis di Tanah Melayu 

       Contoh 2 esei yang dihasilkan:

    Terdapat pelbagai faktor yang telah mempengaruhi kemunculan semangat nasionalisme di
Asia Tenggara. Kemunculan golongan intelektual yang berpeluang melanjutkan pelajaran di
Barat dan Asia Barat telah menyedarkan golongan ini bahawa penjajah tidak mentadbir tanah
jajahan dengan baik. Golongan ini telah memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke
tanah air.
Dasar penjajah  Barat juga telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat tempatan
kerana tidak memberi peluang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran
moden.
Pengaruh media massa seperti akhbar Al Ikhwan,Saudara ,Warta Malaya dan Majlis di Tanah
Melayu  yang menanam perasaan anti penjajah di dalam artikel mereka.
Peranan sistem pendidikan juga telah menyedarkan rakyat Asia Tenggara tentang sikap
penjajah pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan. Pendidikan terhad kepada
golongan elit dan penduduk bandar.   

       Langkah 5:Latihan susulan

Setelah responden diperhatikan dan dilihat sudah menguasai kemahiran bagi


menggunakan                               pendekatan ini, saya telah memberikan latihan-latihan susulan
yang melibatkan soalan yang mempunyai kata tugas yang sama.

Langkah 6: Mengadakan Ujian Post

Bagi mendapatkan keesahan perubahan pada tanggapan responden tentang masalah yang
dihadapi sebelum ini, saya telah mengadakan ujian post yang melibatkan tiga soalan yang
mempunyai kata tugas ”terangkan”. Setiap soalan diberikan 8 markah maksima. Ini bermakna
markah penuh adalah 24.

6.0  DAPATAN KAJIAN.


Analisis pencapaian sebenar pelajar setelah mempraktikkan kaedah BADAR.

Setelah selesai ujian post saya telah melakukan analisis pencapaian bagi setiap responden tersebut.
Hasilnya dapat dilihat pada jadual 2 di bawah.
Jadual 2

Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Post


Dengan Kaedah “BADAR" bagi Responden Terpilih Tingkatan 5 Bestari

 Bil Nama pelajar                                  Ujian Pra  Ujian Post     

1.         AHMAD LUTFI BIN MOHD                             02                 18                                    


2.         AHMAD SAIFUDDIN BIN MAHMUD                         00                 04             
3.         MOHD FITRI NIZAM BIN MOHD YASIN       04                 22                         
4.         MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANAFI    08                  22                         
5.         MUHAMMAD DANIAL BIN M KHALIL         04                             20                          
6.         MUHAMMAD FATIHI BIN JAAFAR               05                 20                      
7.         MUNIRAH BT ARIFFIN                                               03                 24              
8.         NABIHAH BT ABDUL AZIZ                            09                 24              
9.         NUR FATIN FARHANA BT ABDUL AZIZ      06                 21                          
10.     NURUL FARHANA BT BAHARUDDIN                      05                 17              

__________________________________________________________________

Jadual 3
Peningkatan Pencapaian Responden Terpilih dalam OTI 2
Tingkatan 5 Bestari

 Bil Nama pelajar                                  Ujian Pra Ujian Post      OTI 2

1.      AHMAD LUTFI BIN MOHD                               02                 18                 62              


2.      AHMAD SAIFUDDIN BIN MAHMUD               00                04                           24
3.      MOHD FITRI NIZAM BIN MOHD YASIN         04                22                           74
4.      MOHD HAFIZUDDIN BIN MOHD HANAFI      08                 22                          78
5.      MUHAMMAD DANIAL BIN M KHALIL           04                           20                66
6.      MUHAMMAD FATIHI BIN JAAFAR                 05                20               69    
7.      MUNIRAH BT ARIFFIN                                     03                24               65
8.      NABIHAH BT ABDUL AZIZ                              09                24               86
9.      NUR FATIN FARHANA BT ABDUL AZIZ        06                21                           74
10.  NURUL FARHANA BT BAHARUDDIN                        05                17               62

______________________________________________________________________

Hasil daripada dapatan di atas, kemahiran responden dalam menjawab soalan ”terengkan” telah
meningkat. Pengajaran saya juga menjadi lebih berkesan.

Kekuatan kaedah ini adalah pelajar lebih mudah memahami cara untuk mengolah jawapan esei secara
berkesan. Selain itu, kaedah ini mampu memberikan markah yang baik bagi soalan berkaitan.
Kelemahannya ialah pelajar tetap perlu mengingat fakta-fakta dan isi-isi pelajaran sebelum diolah sebagai
jawapan. Bagi pelajar yang mempunyai sifat malas mentelaah dan membuat nota berkesan maka mereka
tetap kurang berjaya dengan pendekatan ini. Ini dapat dilihat pada pencapaian responden ke 2.

7.0 REFLEKSI KAJIAN

Hasil daripada tindakan yang telah dilaksanakan ternyata menampakkan perubahan peningkatan
pencapaian pelajar khususnya responden yang dipilih.Responden ternyata lebih mudah untuk menulis
jawapan bagi soalan yang mempunyai kata tugas “terangkan” setelah mempraktikkan kaedah BADAR
yang digabung dengan kaedah mengingat fakta secara akronim yang telah pernah menjadi hasil kajian
tindakan yang berjaya. Ini telah menimbulkan keyakinan dalam mengolah jawapan esei mereka dan sekali
gus telah mengubah persepsi mereka yang selama ini menganggap sangat sukar bagi mereka untuk
menjawab soalan “terangkan”.Setelah memerhati pendekatan ini mampu meningkatkan keyakinan dan
pencapaian responden, saya telah memperkenalkan pendekatan ini kepada pelajar lain dengan menjadikan
responden kajian ini sebagai fasilitator kepada rakan-rakan yang seterusnya dapat menjayakan program
bimbingan rakan sebaya.Ini telah membawa kepada keseronokan dan tertanam keyakinan yang baik bagi
mereka untuk menghadapi peperiksaan.

Saya juga amat berkeyakinan mereka bukan sahaja mampu lulus tetapi boleh mendapat markah yang baik
serta gred yang baik dalam peperiksaan akan datang.Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada
peningkatan markah yang didapati setelah pendekatan ini dugunakan dalam tempoh 3 bulan.

Walau bagaimanapun kajian ini sebenarnya hanya terbatas dalam lingkungan SMK Kompleks Seberang
Takir , Kuala Terengganu. Tidak dapat dipastikan keberkesanannya di sekolah-sekolah yang lain.

8.0 CADANGAN / SYOR
                      
Setelah mengjalankan kajian tindakan bagi mengatasi masalah kesukaran pelajar untuk menjawab soalan
esei sejarah khususnya soalan ”terangkan” saya berhasrat untuk mencuba pendekatan-pendekatan lain
bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul di kalangan pelajar kerana yakin setiap masalah pasti ada
penyelesaiannya.

Kaedah ini akan lebih berkesan jika dapat diaplikasikan secara bersama dengan kemahiran belajar serta
kaedah-kaedah mengingat fakta.Pendekatan pokok, dahan dan ranting tidak akan berkesan sekiranya tidak
diselarikan dengan kemahiran membuat nota berkesan dan kaedah mengingat seperti akronim dan
mnemonic yang pernah saya lakukan dalam kajian tindakan yang lepas.

Selepas ini saya berhasrat untuk membuat satu kajian bagaimana mengatasi masalah kebosanan dalam
belajar sejarah.Masalah ini telah saya kenal pasti dan insyaAllah saya sedang merancang aktiviti
pengayaan menggunakan kaedah permainan.

Saya juga sanggup berkongsi pengalaman dengan pengkaji-pengkaji lain khususnya di kalangan guru-
guru dalam usaha penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan
efetif.

RUJUKAN

Ramlah Adam dll, (2003). Sejarah Tingkatan 5 ( Buku Teks). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dll, (2002),  Sejarah Tingkatan 4 ( Buku Teks).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rekod markah ujian buku Rancangan Mengajar En. Zahari Awang.

Lampiran.

Batang
(Soalan)
Ranting
(huraian)

Dahan
(Fakta)

Posted by Unknown at 01:52 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:
Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Blog Archive
 ►  2014 (14)
 ▼  2013 (19)
o ▼  November (19)
 Tumpuan Kertas 2... sekadar analisis dan ramalan
 Bab 8 Tingkatan 4
 Soalan Untuk Ulangkaji SPM 2013
 Analisis Sejarah 1249/2
 Tema Hari Guru 1972-2013
 Lebih Ringkas, Lebih Mudah KBKK...
 Cadangan jawapan 1249/3 untuk tema umum Malaysia d...
 Draf cadangan jawapan kertas 3
 Adakah begini???
 Mungkinkah begini?
 Penciptaan kertas daripada rumput papyrus dalam ta...
 Piramid - sumbangan seni bina hebat tamadun Mesir ...
 Contoh kajian tindakan
 Tempat asal berlakunya perjanjian Hudaibiyah antar...
 Soalan KBKK
 SAMPEL LAPORAN KAJIAN
 Panduan Asas Kajian Tindakan
 TOPIK-TOPIK PENTING SEJARAH KERTAS 2 SPM 2013
 TAJUK RAMALAN PANAS SEJ 2013
About Me
Unknown
View my complete profile
Watermark theme. Powered by Blogger.

You might also like