You are on page 1of 4

Saya sebutkan dahulu kenapa bilangan ayat Al Quran adalah 6236 bukan 6666.

114 Surah
Cuba anda buka Al Quran dan senaraikan surah & bilangan ayat setiap surah.
Hmm.. Tak pe2. Saya tolong listkan dekat bawah, anda double check je.
Al Quran ada 114 surah.

Saya total kan 5 surah 5 surah.


1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat
6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684 ayat
11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428 ayat
16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582 ayat
21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449 ayat
26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537 ayat
31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236 ayat
36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513 ayat
41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292 ayat
46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165 ayat
51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304 ayat
56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184 ayat
61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66 ayat
66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190 ayat
71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172 ayat
76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209 ayat
81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131 ayat
86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112 ayat
91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63 ayat
96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51 ayat
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36 ayat
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23 ayat
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20 ayat
Jumlah = 6,236 ayat
Betul kan, 6236.
Pendapat Ulama’ Fawasil
Cuba kita check pula mengikut ulama Fawasil. Ilmu Fawasil ialah ilmu penentuan bilangan
ayat Al Quran.
Semuanya bersepakat dengan secara puratanya 6200.
Mengikut 7 ulama’ Fawasil kesemuanya :
1. Al Madani Awwal = 6214 @ 6217 ayat.
2. Al Madani Al Akhir = 6214 ayat.
3. Al Makkiy = 6210 ayat.
4. Al Bashriy = 6204 ayat.
5. Ad Dimasyqi = 6226 ayat.
6. Al Himshi = 6232 ayat.
7. Al Kufi = 6236 ayat.
Bilangan bagi mushaf yang kita baca sekarang ialah Mushaf Al Kufi dengan versi bacaan
imam Hafs ‘An ‘Asim dikira sebanyak beraaapaaaa?
6236, ustaz.
Mumtaz. Sekarang, kita dah tahu bahawa 6666 adalah salah. Opsss, rilek dulu. Jangan cepat
salahkan orang. 6666 ada juga jawapannya.
Dah ready??
Dah, ustaz..
Ok.
Macam Mana Dengan Bilangan 6666??
Jawapan untuk 6666 pula ialah :
Terdapat dalam kitab Aqidah An Najin.
6666 ialah
 1000 ayat berkaitan ayat-ayat menyuruh membuat kebaikan.
 1000 ayat berkaitan ayat-ayat mencegah kemungkaran.
 1000 ayat berkaitan ayat-ayat janji diberi pahala.
 1000 ayat berkaitan ayat-ayat janji dibalas seksa.
 1000 ayat berkaitan berita dan cerita.
 1000 ayat berkaitan ayat membandingkan dengan sesuatu.
 500 ayat tentang halal dan haram.
 100 ayat tentang doa dan tasbih.
 66 ayat tentang nasikh dan mansukh.
Total semuanya ialah 6666.
Tapi jumlah 6666 ialah bukan jumlah bilangan ayat yang sebenarnya tetapi dipecahkan
berdasarkan TOPIK. 

Kejap ye. Ada satu lagi jawapan untuk 6666. Boleh saya teruskan? Semangat ke semangat??
Semangat ustaz…
Ok.
6666-6236 = 430
Kalau 6666 ditolak dengan 6236 jawapannya ialah 430.Banyaknya. Kalau ulama’ tersalah
kira pun, tak akan la sampai banyak sangat bezanya. So, mesti ada sebabnya ni.. Kan?
430 ialah bilangan angka bagi perkataan Nabi Muhammad SAW, (Allahumma Solli ‘Ala
Muhammad) mengikut ejaan bahasa Arab.
Mim, Ha, Mim, Dal. Muhammad.. (Allahumma Solli ‘Ala Muhammad)
Macam mana tu, ustaz?
Menarik tu.
Sekarang perkataan Muhammad kita pecahkan ia satu persatu-satu,
“mim, ha, mim, dal”
Sekarang kita cuba kirakan.
Mim huruf ke 24 = surah ke 24 jumlah ayatnya 64
Ha huruf ke 6 = surah ke 6 jumlah ayatnya 165
Mim huruf ke 24 = surah ke 24 jumlah ayatnya 64
Dal huruf ke 8 = surah ke 8 jumlah ayatnya 75
Cuba totalkan nombor surah dan jumlah ayat.
24 + 64 = 88
6 + 165 = 171
24 + 64 = 88
8 + 75 = 83
430
430
Jadi, terjawablah kenapa ada yang sebut bilangan ayat Al Quran 6666. Boleh ke
boleh? Tetapi, bilangan ini adalah bukan juga bilangan ayat Al Quran yang
sebenarnya.

KESIMPULANNYA, bilangan ayat Al Quran yang sebenarnya mengikut bilangan


ulama’ Al Kufi, mushaf yang kita baca sekarang ialah 6236 ayat.

BUNGA = MAQRO'
.
.
Ada apa dengan bunga ni? Sape selalu jumpa bunga dalam Quran, angkat tangan? 🙋
.
Ye. Orang melayu biasanya akan panggil bunga. Atau namanya dalam bahasa arab "MAQRO'".
.
Sebelum tu, mari kita kenal info asas tentang al Quran.

👉 Al Quran mempunyai 114 surah.


👉 114 surah disusun menjadi 30 juzuk.
👉 1 juzuk mempunyai 20 mukasurat bersamaan 8 maqro'.
👉 1 mukasurat mempunyai 15 baris.
.
Ustaz kongsikan cara mudah untuk para lelaki yang nak habiskan 1 juzuk setiap malam dalam
solat terawih, jom faham step ringkas ini.
.
1 juzuk mempunyai 20 mukasurat. Bersamaan 8 maqro' (bunga).
.
👉 Bagi yang buat solat terawih 20 rakaat
1 rakaat = 1 mukasurat
20 rakaat = 20 mukasurat

Habis 1 juzuk.
.
👉 Bagi yang buat solat terawih 8 rakaat
1 rakaat = 1 maqro'
8 rakaat = 8 maqro'

Habis 1 juzuk.

You might also like