You are on page 1of 21

FACULTY OF SPORT SCIENCE AND RECREATION

DIPLOMA IN SPORT STUDIES (SR1132D)

CTU152 – VALUES AND CIVILIZATION

NAMA DAN NOMBOR MATRIK AHLI KUMPULAN 8 :

ALIAH SAHIRA BINTI YUSOF (2020891062)

NUR FARISHA ALEEYA BINTI ROSLI (2020457136)

QUSYAIRA BINTI SAIFUL AZMAN (2020457448)

TUGASAN ANALISIS AYAT :

SURAH AL – NAHL (Ayat 90 – 92)

NAMA PENSYARAH :

USTAZ RASYAD AFIF BIN IBRAHIM

TARIKH PENYERAHAN TUGASAN ANALISIS AYAT :

20 JUN 2021
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


Pendahuluan 1
Ayat pilihan dan terjemahan (surah al-Nahl, 2-7
ayat 90-92)
Rumusan tafsiran ayat 90-92 surah al-Nahl 8–9
Definisi dan ciri-ciri akhlak 10 - 11
Isu-isu semasa 12
Punca terhakis akhlak 13
Kepentingan akhlak 14 – 15
Langkah-langkah mewujudkan akhlak 16 – 17
Kesimpulan 18
Sumber rujukan 19
PENDAHULUAN

Dari ayat 90 hingga ayat ke 92 dalam surah al-Nahl adalah tiga ayat yang telah dipilih
bagi tugasan menganalisis ayat ini. Dalam al-Quran, surah al-Nahl merupakan surah yang ke-
16 yang terdiri daripada 128 ayat secara keseluruhannya, malah surah ini juga berada dalam
golongan surah Makiyyah. Alnahl merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa
maksud lebah dan asbab surah ini dinamakan sedemikian kerana, pada ayat ke-68, Allah
SWT ada berfirman iaitu “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah”. Kenapa pula dengan
lebah? Lebah juga merupakan makhluk Allah SWT dan lebah merupakan salah satu haiwan
yang turut membawa banyak manfaat dan nikmat kepada umat manusia. Bukan itu sahaja,
disebabkan dalam surah ini ada menyebut soal pelbagai jenis nikmat yang telah Allah SWT
kurniakan kepada hamba-hamba-Nya, maka terdapat juga nama lain bagi surah ini iaitu al-
Niam yang bermaksud nikmat-nikmat. Antara perkara yang terkandung dalam surah al-Nahl
ini adalah keimanan kepada Allah SWT, hukum-hukum tentang makanan dan sebagainya,
dan kisah-kisah nabi seperti Nabi Ibrahim a.s. Bagi ayat yang telah dipilih iaitu ayat 90 hingga
ayat 92, secara spesifikasinya, ketiga-tiga ayat ini menyentuh perkara tentang keadilan,
berbuat ihsan, tidak melakukan kezaliman, menepati janji dan tidak melanggar sumpah di
mana kesemuanya adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Jika kita perhatikan, apa yang terkandung dalam ayat 90 hingga ayat 92 dalam surah
al-Nahl ini sebenarnya menyentuh tentang akhlak manusia, di mana nilai-nilai seperti
keadilan, berbuat ihsan, tidak melakukan kezaliman, menepati janji dan tidak melanggar
sumpah hendaklah diterap dan dipraktikkan dalam diri setiap individu tidak kira umat Islam
mahupun bukan Islam. Hal ini demikian kerana, kesemua nilai ini merupakan nilai mahmudah
atau nilai terpuji yang mampu membentuk manusia menjadi seorang insan yang berguna
malah membawa mereka ke arah yang betul dan tidak tersasar dari jalan Allah SWT. Akhlak
seseorang individu itu dikatakan mulia jika dirinya menjadikan nilai-nilai di dalam al-Quran itu
sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sehariannya. Selain itu, akhlak ini sebenarnya
boleh terbahagi kepada dua bahagian, iaitu akhlak terhadap Khaliq (Allah SWT) dan akhlak
terhadap Makhluq (ciptaan Allah SWT) di mana merangkumi seluruh ciptaan Allah SWT
seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Di sini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam turut
menitikberatkan soal akhlak sehingga ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia.

1
AYAT PILIHAN, TERJEMAHAN DAN TAFSIRAN

Ayat 90 :

َ‫ظ ُكم لَعَلَّ ُكم تَذَ َّك ُرون‬


ُ ‫َاء َوال ُمنك َِر َوالبَغي ِ يَ ِع‬ َ ‫َاء ذِي القُربَى َويَن َهى‬
ِ ‫ع ِن الفَحش‬ ِ ‫ان َوإِيت‬
ِ ‫س‬َ ‫اْلح‬ َ َّ ‫إِ َّن‬
ِ ‫ّللا يَأ ُم ُر بِالعَد ِل َو‬

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada
kamu kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia
memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Tafsiran ayat 90 :

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan”

Allah menyuruh kepada keadilan dan kebaikan. Yang dimaksudkan adalah ‘tauhid’, kata ibn
Abbas. Kerana adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memang Allah itu
adalah Tuhan dan kita harus menerima Allah sebagai Tuhan yang mesti ditaati. Dan ‘keadilan’
adalah sesuatu yang mesti diamalkan oleh setiap manusia. Tidak kira dia seorang Muslim
atau pun tidak. Dan keadilan adalah sikap paling kurang yang mesti kita kena ada. Kerana
kalau kurang sahaja dari berlaku adil, kira sudah sebagai penjenayah. Jadi jangan kita sangka
yang ‘keadilan’ itu adalah sesuatu yang tinggi, kerana ia adalah yang paling kurang sekali
kena ada dalam diri kita. Kerana kurang sahaja dari adil, sudah buat kesalahan. Dan
kemudian baru Allah suruh kita buat lebih lagi, iaitu ihsan. Ihsan ini bermaksud buat yang
lebih lagi dari adil. Kerana adil itu adalah kemestian yang paling kurang dan kalau kita buat
lebih lagi, itu dipanggil ihsan dan Allah anjurkan kita berbuat ihsan. Jangan buat cukup-cukup
makan sahaja, tetapi haruslah berusaha untuk buat lebih lagi.

“dan memberi kepada kaum kerabat”


Dan Allah memberi arahan kepada kita untuk memberi bantuan kepada kaum kerabat. Jadi
kita kena ingat yang ini adalah ‘arahan’ kepada kita. Dan bila ianya arahan, ia adalah suruhan,
bukan galakan sahaja. Maka ia memang harus dilakukan. Sekurang-kurangnya beri setakat
adil sahaja dan cuba untuk berbuat ihsan (iaitu dengan beri lebih dari yang sepatutnya). Kalau
buat setakat adil, ia beri yang sepatutnya diberi dan kalau ihsan, beri lebih lagi dari yang
sepatutnya. Kenapa Allah suruh memberi kepada keluarga? Kerana kalau ingin sebut tentang

2
keadilan dalam masyarakat dan dalam negara, ia tidak akan dapat dicapai kalau ia tidak
kemas di bahagian keluarga dahulu. Oleh itu, harus mulakan dari keluarga kerana dari
keluarga jadi masyarakat dan dari masyarakat jadi negara. Maka berikan bantuan kepada ahli
keluarga kita, jangan buat tidak tahu sahaja. Ini seperti pengertian yang terdapat di dalam
ayat lain melalui firman-Nya:

“Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin
dan orang yang dalam perjalanan; dan janganlah kalian menghambur-hamburkan (harta
kalian) secara boros.” (Al-Isra: 26)

“dan Dia melarang dari perbuatan keji”


Allah suruh kita menahan dari melakukan ِ‫الفَحشاء‬. Sebelum ini telah disebut tentang membantu
keluarga yang rapat dan ِ‫ الفَحشاء‬ini adalah musuh kepada institusi kekeluargaan. ِ‫ الفَحشاء‬adalah
jenis dosa yang keji, yang memalukan. Ianya adalah perbuatan dosa yang kita sendiri malu
kalau orang lain tahu. Ia selalunya melibatkan nafsu syahwat seks dan yang paling berat
sekali adalah zina. Ia amat penting untuk ditinggalkan dan dielak dari mula lagi kerana ia boleh
merosakkan perhubungan kekeluargaan.

“dan kemungkaran”
Kalimah ‫ ال ُمنك َِر‬merujuk kepada segala perbuatan yang buruk. Amat banyak perkara yang
termasuk dalam perkara ini. Ia senang sahaja untuk kita tahu kerana ‫ ال ُمنك َِر‬adalah perkara
yang semua orang terima bahawa ianya adalah perkara buruk. Oleh itu, tidak perlu di
senaraikan satu persatu sebenarnya kerana orang yang akal sihat tahu yang ianya adalah
perkara buruk. Jadi ‫ ال ُمنك َِر‬adalah lawan kepada al-makruf yang dikenali oleh semua orang
sebagai perkara yang baik.

“dan permusuhan”
Kalimah ِ ‫ ال َبغي‬dari katadasar ‫ ب غ ي‬yang antara lain bermaksud memberontak dan melawan.
Mereka yang melakukan ِ ‫ ال َبغي‬adalah orang melawan hukum-hukum yang Allah telah tetapkan.
Ia juga bermaksud penindasan apabila melakukan kezaliman ke atas orang lain. Awal ayat ini
Allah telah suruh kita berlaku adil, tetapi ada orang yang berlaku zalim kepada orang lain.
Zalim ini dalam erti luasnya adalah tidak meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Maksudnya
tidak memberi hak seseorang. Tidak dinafikan ramailah yang melakukan kesalahan ini. Maka
harus kita berjaga-jaga tentang perkara ini. Harus tahu apa yang kita boleh dan tidak boleh
lakukan. Harus fikirkan tentang hukum dalam setiap hal kehidupan kita. Kita tidak boleh buat
ikut suka kita sahaja. 3
“Dia memberi nasihat kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran”
Allah memberi peringatan dan nasihat kepda kita supaya kita dapat beringat. Allah tidak
jadikan kita dan kemudian biar sahaja kita merayau dalam dunia ini tanpa bimbingan. Allah
berikan kitab wahyu dan Allah bangkitkan para Rasul untuk menyampaikan cara hidup yang
benar. Cuma kalau tidak belajar, memang tidak tahu. Maka kita harus belajar. Kerana Allah
juga telah berikan akal dan pancaindera kepada kita untuk memahami apa yang disampaikan.
Cuma harus luangkan masa dan tenaga. Dan masa juga Allah telah berikan.

Asy-Sya’bi telah meriwayatkan dari Basyir ibnu Nuhaik, bahawa dia pernah mendengar Ibnu
Mas’ud mengatakan, “Sesungguhnya ayat yang paling mencakup dalam Al-Qur’an adalah
ayat surat An-Nahl,” iaitu firman-Nya: Sesungguhnya Allah menyuruh (kalian) berbuat adil
dan berbuat kebajikan. (An-Nahl: 90), hingga akhir ayat. Demikianlah menurut riwayat Ibnu
Jarir.

Ayat 91 :

َ‫ّللا يَعلَ ُم َما تَف َعلُون‬ ‫علَي ُكم َك ِف ا‬


َ َّ ‫يًل ِإ َّن‬ َ َّ ‫عاهَدتُم َو ََل تَنقُضُوا اْلَي َمانَ بَع َد تَو ِكي ِدهَا َوقَد َج َعلت ُ ُم‬
َ ‫ّللا‬ ِ َّ ‫َوأَوفُوا ِب َعه ِد‬
َ ‫ّللا ِإذَا‬

“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu
membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah
menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang kamu perbuat.”

Tafsiran ayat 91 :

“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji”


Kepada siapakah ayat ini dikhitab (ditujukan)? Ada yang berkata bahawa ia ditujukan kepada
semua manusia. Kalau begitu, ia adalah arahan kepada kita semua untuk penuhi janji. Iaitu
janji yang pernah kita buat sebelum kita dilahirkan. Kerana semua manusia telah mengenal
Allah dan ini adalah fitrah manusia. Sebelum kita dilahirkan kita telah berjanji kepada Allah
berkenaan tauhid. Kita sudah mengenal Allah dan telah berjanji yang akan taat kepadaNya.
Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini ditujukan khas kepada Ahli Kitab. Ini

4
adalah kerana ayat-ayat selepas ini berkenaan mereka, maka itu telah ada isyarat yang ia
ditujukan kepada mereka. Ini adalah janji mereka untuk beriman dengan Nabi akhir zaman.
Mereka telah kenal sifat Nabi akhir zaman itu dan apabila Nabi Muhammad naik menjadi
Rasul, mereka telah kenal yang itu adalah Nabi akhir zaman. Allahu a’lam. Secara umumnya,
ayat ini mengingatkan kita supaya menepati janji kita. Kerana janji itu amat penting untuk
dijaga dan dipenuhi. Jangan berjanji dan selepas itu tidak ditepati. Memang berdosa.

“dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah


meneguhkannya”
Dan Allah melarang untuk batal atau memusnahkan sumpah setelah ditetapkan. Ini
berkenaan pembatalan janji Ahli Kitab selepas mereka tahu yang Nabi Muhammad itu adalah
Rasul. Atau dalam bentuk umum, kalau sudah bersumpah, harus penuhi sumpah itu. Allah
sebut dalam firman-Nya:

“Janganlah kalian jadikan (nama) Allah dalam sumpah kalian sebagai penghalang.” (Al-
Baqarah: 224)

“sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu”


Amat buruk sekali kalau mereka memungkiri janji dan membatalkan sumpah mereka,
sedangkan dahulu mereka telah menjadikan Allah sebagai saksi atas sumpah dan janji itu.
Dulu semasa golongan Ahli Kitab itu berlawan dengan Arab Mekah dalam perang, mereka
kata mereka bersaksi dengan Allah yang musuh mereka itu akan dikalahkan. Mereka waktu
berlawan dengan orang musyrikin maka mereka rasa mereka berada di pihak yang benar dan
Allah tentu akan bantu mereka. Mereka kata: ‘Demi Allah’ dalam sumpah mereka. Allah
hendak ingatkan mereka semula kerana apabila menyebut nama Allah di dalam sumpah, ia
bukan main-main. Tidak boleh ambil ringan sumpah yang sebegitu. Kalau bersumpah dengan
nama Allah, itu harus ditepati dan kalau terpaksa melanggar sumpah itu kerana sebab
tertentu, maka harus bayar kifarah. Ini boleh dirujuk di dalam ayat yang lain:

“Yang demikian itu adalah kifarat sumpah-sumpah kalian bila kalian bersumpah (dan kalian
langgar). Dan jagalah sumpah kalian.” (Al-Maidah: 89)

“Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat”


Ini adalah ayat ancaman. Jangan buat sewenang-wenangnya dalam kehidupan ini kerana
Allah tahu apa yang kita buat. Jangan berasa yang kita boleh lari daripada Allah. Jangan lupa
yang Allah mengetahui segala apa yang kita lakukan. Kita akan dipertanggungjawabkan
dengan segala perbuatan kita. Jikalau kita sudah berjanji Allah mengetahui; kalau kita
memungkiri janji juga Allah mengetahui.

Ayat 92 :

‫ِي أَر َبى ِمن أ ُ َّمة‬ ُ


َ ‫ضت غَزلَ َها ِمن َبع ِد قُ َّوة أَنكَاثاا تَتَّ ِخذُونَ أَي َمانَ ُكم َدخ اًَل َبينَ ُكم أَن تَ ُكونَ أ َّمةٌ ه‬
َ َ‫َو ََل تَ ُكونُوا كَالَّ ِتي نَق‬
َّ ‫ِإنَّ َما يَبلُو ُك ُم‬
َ‫ّللاُ بِ ِه َولَيُبَيِن ََّن لَ ُكم يَو َم ال ِقيَا َم ِة َما ُكنت ُم فِي ِه تَختَ ِلفُون‬

“Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah
dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali, kamu menjadikan sumpah (perjanjian)mu
sebagai alat penipu di antaramu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak
jumlahnya dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu.
Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu kamu
perselisihkan itu.”

Tafsiran ayat 92 :

“Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang
sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali”
Allah buat satu perbandingan. Jangan jadi seperti seorang perempuan yang menguraikan
pintalan benang, selepas pintalan itu sudah jadi kuat dan tersusun. Bayangkan lama masa
yang diambil oleh seorang perempuan yang memintal-mintal benang, tetapi tiba-tiba suatu
hari dia buka pintalan itu satu persatu. Ataupun dia uraikan benang itu hingga kusut semula.
Memang ada orang perempuan gila yang sebegitu. Abdullah ibnu Kasir dan As-Saddi
mengatakan bahawa wanita itu adalah seorang wanita yang kurang akalnya, dia tinggal di
Mekah pada masa silam. Apabila telah memintal sesuatu, dia menguraikannya kembali
sesudah kuat pintalannya. Allah jadikan kisah yang orang Arab tahu ini sebagai
perumpamaan. Perumpamaan ini bermaksud: kamu sudah ada Kitab Taurat dan kamu sudah
belajar agama, kamu sudah boleh kaitkan satu ayat dengan ayat yang lain, maka kamu sudah
tahu yang Muhammad itu adalah benar seorang rasul, bukan? Tetapi kenapa kamu pusing
cerita supaya orang lain tidak tahu yang itu adalah Rasul?

6
“kamu menjadikan sumpah (perjanjian)mu sebagai alat penipu di antaramu”
Kenapa kamu jadikan sumpah antara kamu sebagai penghalang kepada kebenaran? Kenapa
kamu jadikan sumpah kamu itu sebagai penipuan? Kalimah ‫ َدخ اًَل‬dari katadasar ‫ د خ ل‬yang juga
bermaksud ‘masuk’ dan ‘pintu masuk’, tetapi dalam ayat ini digunakan sebagai ‘penipuan’.
Mereka menjadikan sumpah mereka itu sebagai pintu untuk buat kerosakan di kalangan
mereka. Atau mereka jadikan sumpah itu sebagai alasan untuk tipu dalam perjanjian. Mereka
menjadikannya sebagai ‘jalan keluar’ dari menunaikan yang sepatutnya mereka tunaikan.

“disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari golongan yang
lain”
Adakah kerana satu umat lagi kuat dan terkehadapan dari umat yang lain? ‫ أَربى‬dari katadasar
‫ ر ب و‬yang bermaksud ‘bertambah’. Kerana itu ia digunakan juga untuk ‘riba’ kerana harta
orang memberi pinjaman dalam riba itu bertambah. Apabila digunakan dalam bentuk ‫ أَربى‬ia
bermaksud ‘maju’, ‘lebih lagi’. Maksud ayat ini, Allah menegur mereka yang tidak mahu
mengakui yang Nabi Muhammad itu adalah Rasul kerana mereka tak mahu bangsa Arab jadi
hadapan daripada mereka. Ini adalah kerana mereka dengki. Selama hari itu, merekalah
bangsa yang ada agama dari langit dan mereka dihormati kerana mereka ada ramai Rasul
dari kalangan mereka dan mereka ada kitab wahyu (sampaikan mereka digelar Ahli Kitab).
Tetapi kalau mereka menerima yang Nabi Muhammad itu adalah Rasul, dan Rasul Akhir
Zaman pula, tentulah nampak bangsa Arab pun terkehadapan dari Bani Israil. Hati mereka
tidak dapat menerima kerana keangkuhan mereka.

“Sesungguhnya Allah hanya menguji kamu dengan hal itu”


Allah suruh mereka sedar bahawa apa yang Allah lakukan itu adalah ujian bagi mereka
sahaja. Apa-apa yang terjadi adalah ujian daripada Allah. Allah ingin menguji adakah mereka
boleh menerima kebenaran walaupun ia datang daripada orang lain.

“Dan sesungguhnya di hari kiamat akan dijelaskan-Nya kepadamu apa yang dahulu
kamu perselisihkan itu”
Mereka haruslah menerima kebenaran dan jangan berselisih. Kalau mereka berselisih juga,
mereka akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka itu. Dan Allah akan tunjukkan
kebenaran kepada perselisihan itu nanti di akhirat. Kalau di akhirat baru sedar, baru jelas yang
mereka salah, itu sudah terlambat untuk membaiki diri. Maka kenalah beringat sementara
masih hidup lagi dan ada peluang untuk memperbetulkan kesalahan.

7
RUMUSAN TAFSIRAN AYAT

Setiap ayat yang telah dipilih telahpun diberi tafsiran bagi setiap satunya, maka berikut
merupakan rumusan tafsiran bagi setiap ayat.

Bagi ayat ke 90, dapat dirumuskan bahawa Allah SWT amat menekankan umatnya
untuk berlaku adil tidak kira dalam pelbagai aspek seperti tindakan dan perbuatan, sikap dan
ucapan seseorang individu itu malah turut ditekankan untuk berlaku adil terhadap diri sendiri
selain daripada keadilan terhadap orang lain. Terdapat beberapa perkara yang diperintahkan
oleh Allah SWT kepada hamba-Nya, antaranya adalah berlaku ihsan dan berbuat kebajikan
terutamanya kepada kaum kerabat atau ahli keluarga sendiri dahulu baik ianya keluarga
terdekat mahupun yang jauh. Bentuk ihsan yang dapat dilakukan adalah seperti memberi
secara ikhlas sebarang keperluan dan bantuan atau memenuhi kekurangan yang dihadapi
oleh ahli keluarga kita sendiri. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara
satu sama lain. Seterusnya adalah bagi perkara yang dilarang, iaitu Allah SWT melarang umat
manusia daripada melakukan sebarang perbuatan keji dan tercela yang boleh membawa
kepada kemurkaan-Nya seperti berzina, mencuri dan membunuh, di mana perkara – perkara
mungkar ini boleh mendorong kepada berlakunya penzaliman dan penganiayaan terhadap
individu lain sehingga menyebabkan permusuhan dan wujud masyarakat yang saling
berpaling muka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah
SWT untuk mendapatkan pendidikan dan ilmu dalam mencapai dan mendapatkan cara hidup
sebagai orang Islam yang betul. Segala perintah dan larangan yang telah dinyatakan dalam
ayat ke-90 ini dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada umat manusia supaya sentiasa
beringat untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Seterusnya adalah rumusan tafsiran bagi ayat ke 91. Dalam ayat ini pula dapat dilihat
bahawa umat manusia adalah diperintahkan untuk menepati setiap janji yang telah dibuat
oleh setiap individu yang telah mengikrarkan janji tersebut kepada Allah SWT dan jangan
melanggar atau membatalkan sumpah yang menggunakan nama-Nya dengan sesuka hati.
Hal ini demikian kerana, setiap janji dan sumpah yang dibuat telah dianggap bahawa kita
menjadikan Allah SWT sebagai saksi dan ‘pengawas’ terhadap diri kita, bukan itu sahaja, ia
juga turut dianggap seperti kita sudah membuat ikatan dengan pencipta kita yang Maha Esa.
Allah SWT sangat mencela mereka yang suka berjanji dan bersumpah di atas nama-Nya
tetapi memungkirinya dan mengambil ringan dengan perkara-perkara sebegini. Oleh itu, umat

8
manusia yang suka meremehkan segala janji dan sumpah ini mempunyai denda atau kafarah
yang perlu mereka laksanakan, antaranya adalah memberi makan kepada 10 orang golongan
miskin atau memerdekan budak, dan jika tidak mampu, boleh juga berpuasa selama 3 hari
berturut-turut. Allah SWT maha mengetahui segala apa yang berlaku terhadap hamba-Nya
mahupun yang nyata ataupun sebaliknya. Tidak ada apa yang boleh disorok daripada Allah
SWT, maka dengan itu, apabila sudah berjanji dan bersumpah, adalah wajib untuk kita penuhi
dan tunaikannya.

Akhir sekali adalah rumusan tafsir bagi ayat ke 92. Ayat ini adalah berkait kepada
tafsiran bagi ayat 91, di mana Allah SWT mengibaratkan setiap janji dan sumpah yang dibuat
oleh seseorang itu seperti satu peristiwa yang berlaku di Mekah, iaitu terdapat seorang
perempuan yang telah memintal benang dengan begitu kemas dan kuat pintalannya, namun
akhirnya perempuan tersebut membuka dan mengurai semula benang yang sudah dipintal
dengan kemas itu. Perbuatan tersebut merupakan sememangnya jelas sekali satu perbuatan
yang sia-sia dan kurang cerdik untuk dilakukan. Bukan itu sahaja, perbuatan sebegini juga
diibaratkan dan diumpamakan seperti menggunakan janji dan sumpah yang telah dibuat
sebagai satu jalan untuk menipu dan tidak menunaikan apa yang sepatutnya mereka
tunaikan. Maka, Allah SWT menguji golongan yang kaya raya dan lebih tinggi kedudukannya
dalam kalangan masyarakat ini kerana ingin melihat sama ada mereka mampu berlaku jujur
dengan menepati janji dan memenuhi sumpah mereka itu. Di akhirat kelak, Allah SWT akan
memperjelaskan dan menunjukkan kebenaran bagi setiap perselisihan yang berlaku terhadap
umatnya, dan ketika itu tidak ada apa yang dapat diperbetulkan lagi jika disedari bahawa kita
ada berbuat salah ketika masih hidup. Hukuman yang setimpal dengan kesalahan akan
diberikan oleh Allah SWT, oleh sebab itu, ketika masih bernyawa, setiap umat manusia
hendaklah beringat untuk sentiasa memperbetulkan diri masing-masing supaya tidak
mengulangi kesilapan secara berulang.

9
DEFINISI DAN CIRI – CIRI AKHLAK

Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat, antara definisi bagi adil adalah
menyebelahi pihak yang benar, meletakkan sesuatu pada tempat yang betul, menepati hak
seseorang atau sesuatu dan tidak menyebelahi mana-mana pihak atau kata lain adalah tidak
berat sebelah. Perkataan adil diambil dari kata kerja Bahasa Arab iaitu ‫عدل‬
َ (‘adl) yang
membawa maksud penyukatan, penilaian atau penimbangan, dan menuntut apa yang kurang
namun dilayakkan kepada seseorang. Perkataan adil juga mempunyai istilah lain iaitu “al-qist
al-misl” beerti sama bahagian atau semisal. Berdasarkan kepada setiap definisi ini, dapat
difahamkan sebenarnya adil bukanlah membawa maksud kepada sama rata atau meletakkan
sesuatu pada sukatan dan ukuran yang sama seperti yang difahamkan dalam golongan
masyarakat, namun adil jika menurut pandangan Islam adalah meletakkan sesuatu perkara
pada tempat yang betul sama ada ianya bersifat maddi (material) atau bersifat maknawi
(rohani). Adil bagi sifat maddi adalah mengenai orang, benda, masa, perbuatan dan tenaga.
Sebagai contoh, seseorang individu itu diberi tugas yang berkait atau sesuai dengan
kebolehan dan kemampuannya dalam bidang kerja yang diceburi. Bagi sifat maknawi pula,
adil wujud dalam bentuk akal fikiran, nafsu, dan hati, jiwa dan roh. Contohnya bagi perkara
akal fikiran, manusia itu menggunakan akalnya untuk memikirkan tentang ilmu-ilmu dalam al-
Quran dan hadis, ilmu dalam ekonomi, pendidikan dan bukanlah menggunakan akal dengan
memikirkan perkara-perkara yang dilarang seperti berzina dan mencuri. Mereka yang tidak
berlaku adil dalam diri dan kehidupan adalah mereka yang berlaku zalim, di mana hidup akan
menjadi huru-hara tanpa hala tuju bersesuaian dengan maksud zalim iaitu kegelapan.

Seterusnya adalah definisi bagi ihsan. Menurut kamus dewan edisi keempat, ihsan
merujuk kepada beribadat kepada Allah SWT dengan menyedari bahawa Allah SWT melihat
hamba-Nya, berbuat baik dan berbuat kebajikan, dan jasa baik. Hadis Riwayat Muslim dari
Umar al-Khattab, “kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika
kamu tidak melihat-Nya, maka Dia melihat kamu”. Jadi, sudah terang di sini bahawa setiap
individu itu hendaklah ikhlas, khusyuk, yakin malah percaya bahawa Allah SWT sentiasa
memerhatikan setiap gerak geri hamba-Nya. Perkataan ihsan juga berasal dari Bahasa Arab
iaitu ‫ناسح‬I yang membawa maksud kesempurnaan atau terbaik. Antara aspek yang meliputi
ihsan adalah ibadah, muamalah dan akhlak. Ihsan dalam ibadah adalah dengan menunaikan
segala jenis ibadah seperti solat, puasa dan haji dengan cara yang betul dalam Islam iaitu de
menyempurnakannya dengan syarat dan rukun yang betul. Ihsan dalam muamalah pula

10
melibatkan ihsan kepada manusia dan makhluk ciptaan Allah SWT yang lain seperti haiwan.
Antaranya adalah ihsan terhadap orang tua dan kaum kerabat, ihsan terhadap golongan fakir
miskin dan ihsan terhadap binatang. Akhir sekali adalah ihsan dalam akhlak. Ihsan dalam
akhlak ini adalah apabila seseorang individu itu dapat melakukan ibadat dengan penuh rasa
khusyuk dan wujud rasa takut dalam dirinya kerana dia tahu bahawa dia sedang diawasi oleh
Allah SWT. Ihsan mampu membentuk peribadi yang mulia dalam diri masyarakat kerana
wujudnya rasa ikhlas, simpati dan jujur dalam melakukan kebaikan.

Janji dan sumpah. Menurut kamus dewan edisi keempat, janji didefinisikan sebagai
pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu, syarat, ketentuan dan tuntutan.
Menurut Wikipedia ensiklopedia bebas pula, janji merupakan satu ikrar yang dibuat oleh dua
atau lebih pihak bagi mengikat sesuatu perkara dan janji tersebut hendaklah diikuti. Sumpah
jika menurut kamus dewan edisi keempat adalah satu pengakuan yang dibuat dengan
bersaksikan Tuhan bagi menguatkan apa yang dikatakan seseorang itu adalah benar dan
sumpah juga didefinisikan sebagai satu ikrar atau janji yang teguh untuk melakukan sesuatu
perkara. Sumpah merupakan satu perkara yang tidak boleh dibawa main dan terdapat syarat
yang harus dipenuhi bagi setiap umat Islam, dan disebabkan itulah, menjadi wajib kepada
orang Muslim untuk menepati setiap janji dan sumpah yang telah dibuat terutamanya apabila
ianya melibatkan Allah SWT. Golongan yang suka melanggar janji dan sumpah tergolong
dalam kalangan orang yang munafik, di mana hati dan mulut tidak seiring. Orang - orang yang
munafik ini kebiasaanya lebih menampakkan sisi baik mereka berbanding sisi buruknya,
malah bukan itu sahaja, golongan seperti ini adalah sukar dipercayai kerana kebanyakkan
kata-kata mereka adalah dusta dan sukar untuk dipercayai. Surah al-Munafiqun pada ayat
kedua ada menyebut tentang orang suka melanggar sumpah iaitu, “Mereka itu menjadikan
sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah.
Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan”. Jadi, bercakap jujurlah dan
tepatilah setiap janji dan sumpah supaya tidak mendapat kemurkaan Allah SWT dan sentiasa
mendapat kepercayaan dari orang sekeliling.

11
ISU – ISU SEMASA

Berikutan dengan nilai-nilai mahmudah yang telah dibincangkan, berikut merupakan


beberapa isu semasa yang terdapat di Malaysia.

Pertama, isu tentang keadilan. Ketika usaha Malaysia untuk melakukan perubahan
dalam hal ehwal undang-undang, peningkatan ekonomi dan pengurusan pentadbiran yang
baik, terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini
melibatkan isu tentang keadilan sosial, di mana rakyat dari golongan bawahan merasakan
seperti mereka seakan dipinggirkan oleh pihak kerajaan. Antara isu yang menjadi buah mulut
itu adalah, pihak kerajaan dikritik apabila didakwa telah meminggirkan golongan yang
berpendapatan rendah atau B40 seperti nelayan, petani dan pekebun-pekebun kecil. Mereka
dikritik kerana dikatakan kurang memberi perhatian kepada golongan ini sehingga ada
sesetengah daripada mereka yang mengalami kesusahan dalam menjalani kehidupan
seharian seperti barang keperluan tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang
berkeluarga, tidak dapat memperoleh pendidikan dengan sempurna bagi anak-anak yang
masih bersekolah serta siswa dan siswi, dan sebagainya lagi. Namun, biarpun berhadapan
dengan dakwaan orang ramai, pihak kerajaan masih berusaha untuk memperbetulkan
keadaan dan membuat pelbagai perubahan supaya rakyat Malaysia dapat menjalani
kehidupan dengan sebaiknya dan hak – hak asasi mereka juga turut terjamin.

Seterusnya adalah isu berkaitan ihsan. Dalam menghadapi pandemik Covid19 ini,
sudah pasti ramai yang akan terjejas dari segi kewangan terutamanya dan disebabkan itulah
terdapat sesetengah masyarakat khususnya peniaga-peniaga kecil terpaksa mengambil
langkah mudah dan pantas dengan menggunakan cara tidak betul dalam urusan jual beli. Hal
ini menjadi isu kerana dikatakan terdapat sesetengah peniaga yang kurang ihsan terhadap
orang lain yang sedang mengalami pelbagai masalah apabila berhadapan dengan pandemik
ini sehingga sanggup mengenakan harga yang agak tinggi kepada pelanggan mereka.
Perkara sebegini sepatutnya tidak boleh terjadi, malah dalam Islam sekalipun melarang
umatnya dari menggunakan jalan pintas dalam mendapatkan keuntungan dalam jualan
mereka kerana ianya dianggap telah menindas orang lain dan rezeki yang diperoleh itu juga
adalah tidak berkat. Sebagai umat Islam, kita seharusnya berlaku ihsan terhadap sesama
makhluk Allah SWT dan sifat ihsan ini sepatutnya menjadi amalan seharian bagi setiap
individu.

12
PUNCA TERHAKIS AKHLAK

Setiap manusia itu diperintahkan agar menjaga akhlaknya, namun akan ada segelintir
masyarakat yang tidak dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perbuatan yang
kurang elok. Pelbagai punca yang diperoleh jika melibatkan soal keruntuhan akhlak ini begitu
juga dengan nilai-nilai dalam ayat 90 hingga 92 dalam surah al-Nahl ini yang melibatkan
keadilan, ihsan dan, tepati janji dan sumpah.

Antara punca terhakisnya akhlak dalam kalangan masyarakat baik yang tua atau muda
adalah disebabkan oleh kurangnya didikan agama dari kecil oleh ibu bapa. Hal ini demikian
kerana, ibu bapa merupakan tunggak utama dalam membentuk sikap anak-anak dan ibu bapa
jugalah yang bertanggungjawab dalam mencorak sikap anak-anak mereka. Ibu bapa yang
taat akan perintah Allah SWT dan mempunyai ilmu dalam agama akan mampu membentuk
buah hati pengarang jantung mereka ini supaya menjadi seorang insan dan khalifah Allah
SWT yang berguna di muka bumi. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sifat adil, berlaku
ihsan dan sentiasa menepati janji dan sumpah merupakan nilai-nilai asas yang sepatutnya
ibu bapa tanamkan dan fahamkan kepada anak-anak dari usia setahun jagung kerana jika
dibentuk dari awal, sudah tentu anak-anak ini boleh membesar dengan sifat-sifat mahmudah
yang memberi kesenangan kepada orang lain apabila mereka bercampur dengan dunia luar
kelak. Sebagai contoh, adil dalam menjadi seorang pemimpin ketika di sekolah, berlaku ihsan
dengan membantu kawan-kawan yang memerlukan pertolongan dan tidak bercakap bohong
sehingga mendapat kepercayaan oleh orang lain. Ibu bapa yang kurang memberi perhatian
dalam hal didikan kepada anak-anak ini akan menyumbang kepada pudarnya etika dan nilai
murni dalam diri generasi akan datang.

Punca yang seterusnya adalah disebabkan sifat manusia yang suka mencuba kepada
benda-benda baru dalam kehidupan mereka. Sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri seseorang
membuatkan mereka akan melakukan sesuatu perkara tersebut dan selebihnya adalah
bergantung kepada diri masing-masing dalam menentukan perbuatan tersebut betul atau
salah. Begitu juga dengan akhlak dalam ayat-ayat pilihan surah al-Nahl ini. Oleh sebab itu,
tidak pelik jika wujud masyarakat yang munafik sebagai contohnya. Hal ini demikian kerana,
terdapat masyarakat yang tidak menepati janji dalam kehidupannya. Biar kita ambil satu
contoh, seseorang pengurus syarikat itu membuat perjanjian dengan pihak lain dan beliau
mengingkari perjanjian tersebut kerana nafsu membuatkan dirinya tamak akan harta sehingga
menyebabkan mereka selesa untuk terus berbuat salah tanpa memikirkan kesannya di akhirat
kelak. Orang yang suka berbuat salah ini kebiasaannya berpunca apabila diri mereka telah
mencuba kepada benda-benda baru dan perbuatan tersebut membuatkan mereka ketagih.
KEPENTINGAN AKHLAK

Berhubung dengan pendapat ahli tafsir yang menjelaskan di dalam Al-Qur'an Surah an
Nahl ayat 90-91". Terdapat beberapa nilai pendidikan yang mesti dimiliki oleh manusia dan
diterapkan dalam kehidupannya baik untuk dirinya sendiri, keluarganya, masyarakat dan
negara.

Antaranya adalah keadilan. Orang yang adil adalah orang yang berjalan lurus dan
sikapnya selalu menggunakan ukuran yang sama, bukan saiz berganda. Kesaksamaan
adalah apa yang menjadikan seseorang itu adil tidak berpihak kepada salah seorang yang
bersengketa. Melaksanakan keadilan undang-undang dilihat oleh Islam sebagai menjalankan
amanah. Keadilan mempunyai beberapa faktor asas yang paling penting. Sebagai contoh,
mahkamah dalam memberikan hukuman kepada seseorang harus bertindak adil sesuai
dengan ketentuan yang telah dibuat. Tidak membezakan antara kaya dan miskin, berpangkat
atau tidak, walaupun mereka yang dihukum itu adalah saudaranya sendiri maka keadilan
masih harus dilayani sesuai dengan undang-undang yang berlaku.Ramai orang berat sebelah
dalam menegakkan keadilan, sehingga mereka memberikan hukuman yang salah.

Berikutnya adalah menepati janji. Menurut undang-undang Islam, janji adalah ikatan
yang mesti dipenuhi sesuai dengan persetujuan kedua-dua pihak yang membuat perjanjian
kontrak, baik mengenai masa. Janji adalah keputusan yang dibuat oleh diri kita sendiri dan
untuk dilaksanakan oleh diri kita sendiri, sama ada janji kepada Allah dan juga yang lain.
Menunaikan janji adalah kewajiban bagi setiap orang yang menunaikan janji selagi janji itu
mengenai kebaikan dan kebenaran. Namun, jika janji itu berbentuk maksiat dan dosa maka
janji ini tidak sah dan haram untuk ditunaikan. Menepati janji adalah identiti mulia bagi orang
yang beriman.

Di samping itu adalah perbuatan ganas atau zalim (fakhsya ') adalah tindakan yang
berdasarkan kepuasan nafsu seperti berzina, minum arak memabukkan dan mencuri.
Manakala perkataan munkar adalah perbuatan buruk yang bertentangan dengan akal waras
seperti membunuh dan merompak hak orang lain. Semasa baghy (permusuhan) adalah
tindakan sewenang-wenangnya terhadap orang lain. Tindakan di atas adalah tindakan yang

14
mesti dielakkan oleh semua orang, kerana boleh mendatangkan keburukan untuk hidupnya.
Allah melarang semua tindakan ini kerana di dalamnya terdapat nilai-nilai sosial, di mana di
persekitaran akan mewujudkan kehidupan yang aman dan damai sekiranya masyarakat dapat
mengelakkan perbuatan zalim ini.

Larangan membatalkan sumpah juga telah diceritakan didalam ayat al-Quran ini.
Pelanggaran bai'at perjanjian atau sumpah bermaksud menjadikan sumpah sebagai kaedah
menipu sesama manusia. Sekiranya seseorang melakukan penipuan dengan bersumpah
dengan nama Allah bermaksud mereka berbohong dan tidak jujur dengan tindakan mereka
dan apa yang telah mereka lakukan. Kerana jika satu golongan atau seseorang membuat
perjanjian dengan golongan lain yang lebih kuat daripada dia untuk menenangkan hati
mereka, maka jika ada kebetulan dia mengkhianati perjanjian itu kemudian berkelakuan
seperti ia dilihat sebagai penipuan.

Hanya Allah yang dapat menjadi saksi dalam sumpah. Sekiranya seseorang yang
bersumpah dengan nama selain Allah bermaksud mereka melakukan syirik dan itu adalah
dosa besar. Sudah jelas bahawa Allah SWT melarang seseorang melakukan pelanggaran
atau melanggar sumpah yang telah disumpah. Tindakan sedemikian termasuk tindakan yang
boleh membahayakan orang lain dan mendapatdosa dari Tuhan. Apabila seseorang
mengangkat sumpah bagi pihak Allah tanpa unsur penipuan atau pembohongan bermaksud
mereka telah menyedari satu bentuk nilai kejujuran, di mana mereka telah menguatkan
kesaksian terhadap sesuatu dengan sumpah bahawa mereka kata.

15
LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN AKHLAK

Dalam Surah Ah Nahl ayat 90-91 terdapat beberapa moral pujian yang mesti
diterapkan dalam kehidupan seharian dan moral mesti ditinggalkan dalam kehidupan,
antaranya adalah akhlak terpuji iaitu bersikap adil. Dalam berlatih atau membiasakan diri
dengan tingkah laku yang adil bermula dengan tingkah laku yang adil terhadap diri anda.
Setelah kita dapat berlaku adil terhadap diri kita sendiri diri kita sendiri, kita akan dapat berlaku
adil kepada orang lain. Sebagai contoh, kita sebagai pelajar mempunyai kewajipan untuk
belajar. Belajar sepenuhnya adalah keadilan kepada potensi dan bakat yang Tuhan berikan
kepada umatNya untuk dikembangkan secara optimum dan seimbang, kerana adil ialah
melakukan sesuatu secara seimbang. Selepas itu kita boleh berlaku adil terhadap diri kita
sendiri maka kita harus dapat berlaku adil kepada orang lain, bahawa bermaksud bahawa kita
memberi atau memperlakukan sesuatu terhadap orang lain mestilah setanding, tidak
seharusnya pilih kasih dan berat sebelah. Bersikap adil juga pada seseorang dapat dibuktikan
dengan pengiktirafan dan perlakuan antara hak dan tanggungjawab kita kepada orang lain.

Berikutnya adalah larangan melakukan kezaliman dan perbuatan keji. Tuhan


melarang perbuatan itu kerana boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif terhadap diri
sendiri, orang lain, masyarakat dan juga negara. Penerapannya dalam kehidupan seharian
untuk dielakkan dari perbuatan keji dan tidak adil dapat dilakukan oleh sedar bahawa tingkah
laku buruk akan memberi kesan kepada pelakunya sendiri, baik di dunia ini dan di akhirat,
sedar bahawa perbuatan buruk itu dilakukan membuat hati tidak selesa, menyedari bahawa
setiap tindakannya baik dan buruk yang kita lakukan di dunia akan dirakam dan
bertanggungjawab di akhirat.

Seterusnya, larangan membatalkan sumpah. Sumpah biasanya dilakukan supaya


orang lain yakin dan percaya pada apa apa yang kita buat atau buat. Oleh itu, penerapannya
dalam kehidupan seharian, tidak boleh dengan sembarangan bersumpah dengan nama Allah,
sebelum mengangkat sumpah, kita mesti tahu dan sedar adakah sumpah yang akan kita
angkat itu benar dan untuk kebaikan atau tidak. Supaya kita dapat menghindari dosa dan
mendapat azab dari Allah.

16
Kemudian, berbuat Ihsan. Wajib Ihsan, misalnya berbakti kepada kedua ibu bapa dan
bersikap adil dalam menetap. Sedangkan ihsan yang merupakan sunnah, misalnya,memberi
pertolongan kepada jiran mengikut kemampuan dan sentiasa membina hubungan baik
dengan jiran atau orang lain dengan mengikat simpulan. Penerapannya dalam kehidupan
seharian dijalankan dengan membiasakan diri dengan tingkah laku ihsan dalam semua
bentuk aktiviti, kerana tingkah laku ihsan mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk
tingkah laku seseorang. Di sekolah misalnya. Ini dilakukan dengan memupuk dan
meningkatkan kualiti iman dan pengetahuan kepada pelajar dan sentiasa memberi galakan
dan menuntut agar pelajar selalu berbuat baik, sama ada dilakukan dengan hati, kata dan
perbuatan.

17
KESIMPULAN

Dari perbincangan dalam bab-bab ini, boleh jadi membuat kesimpulan seperti berikut.
Nilai-nilai pendidikan moral yang terkandung dalam Al-Quran Surah an Nahl ayat 90-91: Allah
swt memerintahkan umat Islam untuk melakukan keadilan dalam semua aspek kehidupan
dan melaksanakan perintah-perintah al-Quran, dan melakukan ihsan (kebajikan).

Yang pertama keadilan. Adil adalah memberi hak kepada mereka yang mempunyai hak
kerana setiap orang sebagai anggota masyarakat mempunyai hak untuk merasakan kebaikan
yang diperoleh masyarakat. Seterusnya amalan baik menyangkut semua amalkan, baik
amalan jantung, secara lisan dan fizikal. Kemudian orang yang bercakap sopan, baik kata dan
jangan menyakiti orang lain maka itu disebut ihsan secara lisan.Selain itu, menunaikan janji
adalah kewajiban bagi setiap orang yang membuat janji selagi janjinya adalah mengenai
kebaikan dan kebenaran.

Kesimpulan yang diperoleh dari Surah An-Nahl adalah Allah menyuruh kita untuk
berlaku adil dan berbuat kebaikan berbagi kepada kerabat dan orang orang sekitar serta Allah
melarang kita untuk melakukan perbuatan keji. Berikutnya, jika kamu berjanji atau bersumpah
maka laksanakanlah. Jangan menjadi orang munafik karena Allah adalah saksi dari setiap
sumpah sumpah mu. Apabila seseorang terbiasa dengan sikap terpuji di atas, sudah pasti
bahawa sikap ini akan menjadi sebahagian daripada hidupnya atau menjadi keperibadian
dalamannya. Sekiranya seseorang dapat membuat sikap sebagai keperibadian dalam dirinya,
maka kehidupannya akan berasa tenang, damai dan bermanfaat untuk diri sendiri dan juga
orang lain.

18
SUMBER RUJUKAN

i. (26 April, 2020). Surah al-Nahl – Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas -
https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_An-Nahl
ii. Al-Quran Online Terjemahan dan Tafsir Ayat | Tokopedia Salam -
https://www.tokopedia.com/s/quran
iii. Surah 016 : an-Nahl – Celik Tafsir - https://celiktafsir.net/surah-016-an-nahl/
iv. (Disember, 2020). Keadilan – Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas -
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Keadilan
v. Carian Umum - https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=adil
vi. Amri El Wahab. (1 Jun, 2009). Erti keadilan – Fitrah Islami Online -
https://fitrahislami.wordpress.com/2009/06/01/erti-keadilan/
vii. Nurlaila Harun. Makna Keadilan dalam Perspektif Hukum Islam -
https://media.neliti.com/media/publications/240291-makna-keadilan-dalam-
perspektif-hukum-is-fc902cf8.pdf
viii. Carian umum - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ihsan
ix. (31 Disember, 2020). Ihsan – Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas -
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ihsan
x. (14 September, 2012). Pengertian Ihsan – Pengajian Islam -
http://itla4islam.blogspot.com/2012/09/pengertian-ihsan_14.html
xi. Carian Umum - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=janji
xii. (15 Mac, 2013). Janji – Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas -
https://ms.wikipedia.org/wiki/Janji
xiii. Carian Umum - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sumpah
xiv. Hijab Lifestyle. (24 Jun, 2020). 7 Ciri-ciri Orang Munafik yang Tercantum dalam al-
Quran - https://kumparan.com/hijab-lifestyle/7-ciri-ciri-orang-munafik-yang-tercantum-
dalam-al-quran-1tfsN3NOvLM
xv. M Fakhrull Halim. (31 Januari, 2019). Keadilan Sosial Sama Penting dengan
Kedaulatan Undang-undang - https://www.malaysiakini.com/news/462373
xvi. Dr Shamsiah Mohamad. (25 Jun, 2020). Berlaku Ihsan Dalam Semua Perkara -
https://www.sinarharian.com.my/article/89318/KOLUMNIS/Berlaku-ihsan-dalam-
semua-perkara

19

You might also like