You are on page 1of 12
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSTA ARAS 1-5, BLOK E12, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN | jaeion 206-8864 8000 Callan Umum) 62604 PUTRAJAYA, Feks” 1805-8968 6202 Larean web :Raputwwwos.gow.my Ruj. Kami: KP(PP) 0137/41 Jilid 21¢ |) Tarikh 3 Ramadhan 1430H DA Ogos 2009 ‘Semua Ketua Jabatan/Bahagian ‘Semua Pengarah Pelajaran Negeri YBhg DatukiDato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2009 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN BAYARAN _ INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL BAG! PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BIDANG KEJURUTERAAN DAN KETUKANGAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TUJUAN 4. Surat Pekellling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kaedah pelaksanaan pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bidang Kejuruteraan dan ketukangan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) LATAR BELAKANG 2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 menetapkan skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bidang kejuruteraan dan ketukangan sebagai Perkhidmatan Kritikal. Sehubungan itu, pegawai layak diberi BIPK tertakluk kepada memenuhi Syarat-syarat yang ditetapkan. 1 "Mt MALAYSIA.RAKYAT BIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" PELAKSANAAN Syarat dan Kelayakan Pemberian BIPK 3. BIPK layak diberi kepada PPP bidang kejuruteraan dan ketukangan yang memenuhi kesemua syarat berikut: 3.1. mempunyai kelayakan/kelulusan yang disyaratkan dalam — skim perkhidmatan; 3.2. dilantik sebagai pegawai tetap atau kontrak; 3.3. berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan ‘Sokongan; dan 3.4. menggunakan kelayakan/kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi tugas PPP bidang kejuruteraan dan ketukangan. 4. Sehubungan itu, BIPK adalah layak dipertimbangkan kepada PPP bidang kejuruteraan dan ketukangan yang mengajar di sekolah dan PPP bidang kejuruteraan dan ketukangan yang menggunakan kelayakan dalam bidang berkenaan secara langsung dalam menjalankan tugas rasmi mereka. 5. PPP bidang kejuruteraan dan ketukangan yang mengajar di Sekolah Menengah peri memenuhi syarat peruntukan waktu mengajar minimum sekurang- kurangnya 15 waktu seminggu. Mata pelajaran yang layak untuk dipertimbang pemberian BIPK adalah seperti berikut: 5.1. Mata pelajaran kejuruteraan: 5.1.1. Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah; dan 52 5.1.2 Teknologi Kejuruteraan yang merangkumi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik. Komponen bidang ketukangan di Sekolah Menengah Teknik 5.24 Elektrik; 5.2.2. Elektronik; 5.2.3 Penyaman Udara Dan Penyejukan; 5.2.4 Binaan Bangunan; 5.2.5 Automotif; 8.2.6 Kimpalan Dan Fabrikasi Logam; dan 5.2.7 Amalan Bengkel Mesin. 6. PPP bidang kejuruteraan dan ketukangan yang menggunakan kelayakan dalam bidang berkenaan secara langsung dalam menjalankan tugas rasmi serta berkhidmat di bahagian/institusi di bawah KPM tanpa mengambil kira lokasi adalah layak dipertimbangkan pemberian BIPK dengan syarat mereka menggunakan kelayakan dalam bidang berkenaan sepenuhnya dalam tugas yang dilaksanakan, Pemberhet ian Pemberian BIPK 7. Pemberian BIPK hendaklah diberhentikan bagi tempoh pegawai mengambil cuti dan apabila berada dalam keadaan seperti berikut: 74 72 73 74 78 uti tanpa gaji (termasuk cut! belajar tanpa gaji); cuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gall); cuti belajar bergaji penuh kerana berkursus melebihi tiga (3) bulan; cuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut, cuti haji melebihi 28 hari berturut-turut; 3 7.6 cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut, 7.7 cuti bersalin; 7.8 kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan 7.4, 7.5, 7.6, dan 7.7 di atas yang melebihi 28 hari berturut-turut; dan 7.9 mulai tempoh pemangkuan dan kenalkan pangkat pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke Jawatan Gred Utama/Khas. 8. PPP yang diberi Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) tidak layak menerima BIPK. Kadar BIPK 9. Kadar BIPK adalah 5% daripada gaji pokok sebulan untuk PPP dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 10% daripada gaji pokok sebulan untuk Kumpulan Sokongan. PEMAKAIAN 10, Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM ini hendakiah dibaca bersekali dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008. KUASA MELULUS BIPK 14. Bagi tujuan perakuan dan kelulusan BIPK, Ketua Jabatan hendakiah merujuk kepada senarai kuasa melulus seperti di Lampiran A dan perakuan bagi pegawai yang layak dolehlah diperakukan dengan mengemukakan Format Perakuan BIPK seperti di Lampiran B TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 12, Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil tindakan mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini kepada Pusat Tanggungjawab (Sekolah PTJ/Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian) di bawah pentadbiran masing-masing supaya urusan pembayaran dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta mematuhi peraturan kewangan semasa, 13, Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan semasa melaksanakan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehiah merujuk kepada Unit Saraan, Kemudahan dan Hubungan Kesatuan, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, La (KHALID BIN ABU BAKAR) Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bp. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia SLY Oges 2009 Salinan Kepada: Ketua Setiausaha Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ‘Semua Setiausaha Bahagian/Pengarah Bahagian Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.8. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit Kanan Kepada Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran Edaran Luar: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Pembangunan Organisasi, Aras 8 - 10, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Dasar Saran, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Aras 3, Blok Selatan, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 8, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA. Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Akauntan Negara. Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara Malaysia, Pejabat Ketua Audit Negara, Aras 9, Blok D2, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62518 PUTRAJAYA. Presiden, ‘Semua Kesatuan/Persatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia. Presiden, ‘Semua Kesatuan Bukan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. “MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Lampiran A SENARAI KUASA MELULUS BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK) BAGI PEGAWAl PERKHIDMATAN PENDIDIKAN — BIDANG KEJURUTERAAN DAN KETUKANGAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Bil. | Bahagianiinstitusi | PegawaiYang | Pegawai Yang Meluluskan |__ Memperaku 1, | Bahagian-Bahagian | Ketua Jabatan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 2, | Institusi (IPGM dan | Pengetua/ Pengarah Kolej Matrikulasi) | Pengarah Bahagian Pendidikan Guruf Bahagian Matrikulasi 3. | PPP yang Pengetua Pengarah mengajar di Jabatan Pelajaran Negeri sekolah A. 6. Lampiran B FORMAT PERAKUAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK) MAKLUMAT PEGAWAI Nama: No. Kad Pengenalan: - = | T Gred: DG al DGA | Gelaran Jawatan: Contoh: Pen. Pengarah/Guru) ‘Tempat Bertugas: Kelayakan Akademik/ikhtisas: (Sila sertakan Sijil/Diploma/\jazah/Kelulusan Ikhtisas yang berkenaan) 10. PPP YANG MENGAJAR DI SEKOLAH Kelayakan mata pelajaran/komponen kejuruteraan/ketukangan di Sekolah Menengah Teknik (tandakan X di ruang berkenaan) (a) Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan i) Kejuruteraan Elektrik iil) Kejuruteraan Mekanikal Elektronik : ii) Kejuruteraan Awam (b) Komponen Ketukangan i) Elektrik v) Kimpalan dan Fabrikasi Logam ii) Elektronik vi) Penyaman Udara dan Penyejukan| iil) Automotif vii) Amalan Bengkel Mesin ro] iv) Binaan Bangunan Sekolah Menengah (selain daripada Sekolah Menengah Teknik) mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sahaja. Jumlah waktu mengajar mata pelajaran/komponen kejuruteraan/ketukangan: waktu seminggu (Gila sertaken jadual waktu mengajar) Tarikh mula mengajar mata pelajaran/komponen kejuruteraan/ketukangan: (Hari) (Bulan) (Tahun) ii C. PPP YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN SECARA LANGSUNG DALAM TUGAS RASMI 11, Tempat Berkhidmat Unit : Batistaeeteetaeeeeaees Cawangani/Sektor Giga esuuuneeeiee 12. Senarai Tugas dan Carta Organisasi terkini disertakan 43. Tarikh mula menjalankan tugas ini: (Hari) (Bulan) (Tahun) D. | PENGAKUAN PEMOHON 44. Saya mengaku bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar dan bertanggungjawab terhadapnya Tarikh: *Grandatangan Pemohon) —. PERAKUAN KETUA JABATAN a 15. Disokong: Tidak Disokong: Ulasan: Glaikhe sess eceseneeeceeeeeecee ee ae Soeur tae (Tandatangan Ketua Jabatan) Nama: Jawatan: Cop Jawatan: * Pemohon perlu mengisi sama ada di ruangan B atau C yang mana berkenaan sahaja. ii C. PPP YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN SECARA LANGSUNG DALAM TUGAS RASMI 11, Tempat Berkhidmat Unit : Batistaeeteetaeeeeaees Cawangani/Sektor Giga esuuuneeeiee 12. Senarai Tugas dan Carta Organisasi terkini disertakan 43. Tarikh mula menjalankan tugas ini: (Hari) (Bulan) (Tahun) D. | PENGAKUAN PEMOHON 44. Saya mengaku bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar dan bertanggungjawab terhadapnya Tarikh: *Grandatangan Pemohon) —. PERAKUAN KETUA JABATAN a 15. Disokong: Tidak Disokong: Ulasan: Glaikhe sess eceseneeeceeeeeecee ee ae Soeur tae (Tandatangan Ketua Jabatan) Nama: Jawatan: Cop Jawatan: * Pemohon perlu mengisi sama ada di ruangan B atau C yang mana berkenaan sahaja. ii 16. 47. ULASAN URUS SETIA Permohonan ini telah disemak dan didapati memenuhiltidak memenuhi* syarat yang ditetapkan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 dan Surat Pekellling Perkhidmatan KPM Bil. 4 Tahun 2009 ‘Sehubungan dengan itu, permohonan ini adalah disokong/tidak disokong.* Tarikh: ae Sahat (Tandatangan Urus setia) Nama: Jawatan: Cop Jawatan: KELULUSAN Diluluskan/Tidak Diluluskan: Tarikh: a rene (Tandatangan Pegawai Melulus) Nama: Jawatan: Cop Jawatan:

You might also like