You are on page 1of 7

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN

KEPERLUAN PERALATAN UNTUK PERSEDIAAN


KEJOHANAN SHORT MAT BOWLS
PERINGKAT NEGERI JOHOR
DAN
LATIHAN INSENTIF PESERTA PROGRAM GOLD
PELAPIS MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR

0
KANDUNGAN

BUTIRAN MUKA SURAT

1. TAJUK 2

2. TUJUAN 2

3. LATAR BELAKANG 2

4. OBJEKTIF 3

5. KOMPONEN PROGRAM 3

5.1 CADANGAN TARIKH 3


5.2 CADANGAN TEMPAT 3
5.3 KUMPULAN SASAR 4
5.4 BILANGAN PESERTA 4

6. ANGGARAN PERBELANJAAN 4

7. FAEDAH 5

8. KESIMPULAN 5

1
1. TAJUK
Memohon Sumbangan Keperluan Peralatan Untuk Persediaan
Kejohanan Short Mat Bowls Peringkat Negeri Johor Dan Latihan
Insentif Peserta Program Gold Pelapis Majlis Sukan Negeri Johor

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon sumbangan untuk


pembiayaan pembelian barangan, alatan dan pakaian yang sesuai
untuk persediaan KEJOHANAN SHORT MAT BOWLS PERINGKAT
NEGERI JOHOR dan latihan rutin PESERTA PROGRAM GOLD
PELAPIS MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR dalam sukan Lawn Bowls.

3. LATAR BELAKANG
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.
Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat
mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam
pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Penglibatan sukan dalam peringkat yang tinggi juga amat penting untuk
tujuan mendapatkan mata yang cemerlang dalam penilaian PAJSK.

Untuk makluman, terdapat empat (4) orang murid SK Angkatan Tentera


telah tersenarai dalam PROGRAM GOLD PELAPIS SUKAN LAWN
BOWLS MAJLIS SUKAN NEGERI JOHOR. Mereka telah menghadiri
Latihan secara berkala Bersama Majlis Sukan Negeri Johor.

Namun begitu, mereka masih memerlukan peralatan yang sesuai dan


latihan yang insentif di peringkat sekolah Bersama dua lagi peserta
untuk persediaan KEJOHANAN SHORT MAT BOWLS PERINGKAT

2
NEGERI JOHOR. Mereka juga memrlukan pakaian yang sesuai untuk
kejohanan yang bakal disertai.
4. OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan sebuah pasukan lawn bowls yang mantap.
4.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari sukan lawn bowls di sekolah
dengan lebih menyeluruh.
4.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain lawn bowls
dengan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.
4.4 Dapat mewujudkan ‘sekolah berwatak’ melalui pasukan lawn
bowls.
4.5 Pihak sekolah tidak perlu lagi meminjam karpet dan bowls dari
Persatauan Lawn Bowls Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor
yang boleh menimbulkan banyak masalah.

5. KOMPONEN PROGRAM
5.1 Tarikh
5.1.1 KEJOHANAN SHORT MAT BOWLS PERINGKAT NEGERI
JOHOR
Tarikh: 11-13 November 2021
5.1.2 PROGRAM GOLD PELAPIS MAJLIS SUKAN NEGERI
JOHOR
-Setiap Jumaat Dan Sabtu
5.1.3 LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH
-Setiap Rabu

5.2 Tempat
5.2.1 Kejohanan Short Mat Bowls Peringkat Negeri Johor
-Kompleks belia dan Sukan Negeri Johor
5.2.2 Program Gold Pelapis Majlis Sukan Negeri Johor
-Dewan Serbaguna Rumah Pangsa Larkin

3
5.2.3 Latihan Peringkat Sekolah
-Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera

5.3 KUMPULAN SASAR


a. Atlit kejohanan Short Mat Bowls Peringkat Negeri Johor.
b. Atlit Program Gold Pelapis Majlis Sukan Negeri Johor.
c. Peserta Sukan Lawn Bowls Sekolah Kebangsaan Angkatan
Tentera.

5.4 BILANGAN PESERTA

BIL PROGRAM BILANGAN


1. Kejohanan Short Mat Bowls Peringkat Negeri 6
Johor
2. Program Gold Pelapis Majlis Sukan Negeri Johor 4
3. Peserta Sukan Lawn Bowls Sekolah Kebangsaan 34
Angkatan Tentera.
Jumlah 44

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT
L (RM)
(RM)
1 The Bowls and Jack Ball 2 Set 2000 4000
2 Set Karpet 2 Bidang 1500 3000
3 Baju Sublimation Berkolar 10 Helai 50 500
4 Air Mineral 10 Kotak 12 120
Jumlah 7620

4
7. FAEDAH
Semua atlit yang terlibat dengan sukan Lawn bowls SK Angkatan
Tentera akan mendapat faedah seperti berikut:

a. Dapat mempelajari sukan lawn bowls di sekolah dengan


lebih menyeluruh.
b. Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain lawn
bowls dengan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.
c. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan seperti
perlawanan sebenar.
d. Dapat melahirkan lebih ramai pelapis untuk sukan Lawn
Bowls negeri Johor.

8. KESIMPULAN
Dengan hormatnya kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak
berkaitan untuk mempertimbangkan permohonan sekaligus meluluskan
sumbangan yang diperlukan. Pihak kami mengharapkan semoga
program ini akan mencapai objektif dan seterusnya mencapai matlamat
untuk melahirkan pelajar yang seimbang akademik, sahsiah dan
Kokurikulum.

Dengan adanya alatan dan keperluan yang cukup dan lengkap, atlit
sukan Lawn Bowls yang berkualiti juga akan dapat dihasilkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _______________________
(MOHD IQTARUDDIN BIN MD NOOR) (ABDULLAH BIN SULAIMAN)
Pengurus Pasukan, Guru Besar,
Lawn Bowls SK Angkatan Tentera. SK Angkatan Tentera.

5
6

You might also like