You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/237078832

Panduan Mendidik Anak Menurut Imam Al-Ghazali.

Article · May 1991

CITATIONS READS

0 6,938

1 author:

Kamaruddin Mohd Yusoff


Canik Başarı Üniversitesi
109 PUBLICATIONS   1,721 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Preparing a Book/Article on fake honey in Malaysia View project

Clinical use of honey View project

All content following this page was uploaded by Kamaruddin Mohd Yusoff on 14 February 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PANDUAN MENDIDIK ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Diantara ramai ahli falsafah dan ahli fikir Islam, hanya Imam Al-Ghazali
sahaja yang telah mengkhususkan dalam penulisan beliau satu bab untuk
kanak-kanak diberi nama ”Ayyuh Al-Walad” bermaksud ”Wahai Anak”. Di dalam
bab itu Imam Al-Ghazali telah membentangkan dengan jelas prinsip-prinsip asas
yang penting untuk mendidik anak.
Menurut beliau, hati kanak-kanak adalah suci.Kemudian hati itu akan
dicorak oleh setiap apa yang menjadi cenderung kepadanya. Sabda Nabi
Muhammad(S.A.W) yang bermaksud: ” Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam
keadaan fitrah(suci bersih); ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi,Nasrani
atau Majusi.” (Riwayat Bukhari)
Pendidikan kanak-kanak pada umumnya adalah berasaskan pada dua
bahagian iaitu apa yang ditiru daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga
ataupun rakan dan apa yang diperolehi secara asuhan. Oleh itu, keluarga dan
sekolah menjadi dua institusi terpenting dalam memupuk keperibadian kanak-
kanak.
INSTITUSI KELUARGA
Anak merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga kepada
sesuatu keluarga dan menjadi amanah Allah SWT kepada ibubapa. Dengan itu,
peranan mendidik anak itu menjadi tanggungjawab yang penting bagi mereka.
Imam Al-Ghazali menyebut ayat Al-Qur’an daripada Surah At-Tahrim(66) :6,
yang bermaksud: ” Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkanlah diri kamu
serta keluarga kamu daripada api neraka...”
Dan Nabi Muhammad (SAW) pula telah bersabda yang bermaksud :
” Adalah menjadi hak seseorang anak untuk mendapat nama yang baik dan
pendidikan yang betul daripada ayahnya”
(Riwayat Bukhari)
Oleh kerana kanak-kanak meniru kelakuan ibubapanya,maka adalah perlu
ibubapa menunjukkan contoh kelakuan yang sopan.
Dalam institusi keluarga, kanak-kanak perlu dididik dalam tiga aspek:
• Sebagai Individu
• Sebagai Ahli Masyarakat
• Sebagai Seorang yang Beragama

Sebagai Individu

Pendidikan sebagai individu boleh dibahagikan kepada dua bahagian,


iaitu: i) Pendidikan zahir ii) Pendidikan batin.

i) Pendidikan zahir
Pendidikan zahir adalah untuk memastikan pembentukan tubuh badan
yang sihat. Dalam hal ini Al-Ghazali memberikan nasihat berikut:

Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 1 2/14/2014


• Kanak-kanak memerlukan latihan jasmani setiap hari untuk mengelakkan
mereka daripada menjadi bosan dan malas.
• Tabiat tidur pada waktu siang perlulah dihindarkan kerana kanak-kanak
menjadi bodoh dan malas. Tetapi, mereka jangan diganggu daripada tidur
awal pada waktu malam.
• Jangan biarkan kanak-kanak tidur atas tilam yang terlalu lembut(empuk)
kerana ini akan menganggu pertumbuhan tubuh dan serta pembentukan
otot-otot yang sihat.
• Selepas menyiapkan kerja rumah atau sekolah,kanak-kanak mestilah
dibiarkan bermain. Dengan cara begini, diharapkan tubuh badan dan daya
pemikiran kanak-kanak akan berkembang dengan baik.

ii) Pendidikan Batin

Pendidikan batin bermaksud mengajar nilai hidup yang murni


seperti kebijaksanaan, tabah hati,kesederhanaan,keadilan,kasih
saying,kebaikan,menjauhkan diri daripada kejahatan dan sebagainya.
Cara yang paling berkesan untuk menerap nilai-nilai ini adalah dengan contoh
amalan daripada ibu bapa itu sendiri.
Menurut Imam Al-Ghazali,kanak-kanak mula mempelajari nilai-nilai ini dan
membezakan antara yang baik dengan yang buruk pada lima dan enam tahun.
Pendapat ini dipersetujui oleh pendidik moden masakini. Malah tertulis dalam
sebuah buku berjudul Early Childhood Education oleh Love dan Osborne satu
kenyataan yang berbunyi: “Sesetengah pihak menyatakan bahawa seorang
kanak-kanak berumur enam tahun telah mempelajari 75% daripada apa
yang ia akan belajar sepanjang hayat”
Untuk memastikan nilai murni yang diajar diamalkan selalu,ibubapa
digalakkan sekali-sekala memuji anak-anak dan memberi hadiah. Pada masa
yang sama, ibubapa mestilah mengajar anak-anak supaya tidak mementingkan
perhiasan diri yang melebihi batas. Contohnya pakaian yang mahal-mahal dan
mainan yang banyak.
Mereka juga perlu diasuh supaya tidak berada dalam keadaan
keseronokan yang berlebihan dan juga tidak dikelilingi oleh kemewahan.
Sekiranya anak meningkat dewasa dan tidak mendapti keadaan sepertimana
yang telah dibiasakan dengan keadaan keluarganya, ia akan menjadi kecewa
dalam hidup. Renungilah kata-kata Imam Al-Ghazali ini : “ Adalah seperti
memasukkan kanak-kanak ke dalam api neraka di dunia apabila ibubapa terlalu
membiasakan mereka hidup dalam kemewahan dan kecintaan pada harta
benda”

Sebagai Ahli Masyarakat


Untuk mendidik kanak-kanak supaya dapat bergaul di dalam masyarakat
secara bertimbang rasa serta harmoni, Al-Ghazali memberi nasihat begini:
• Ibubapa mesti duduk makan bersama-sama anak-anak mereka. Ini dapat
membantu pergaulan mereka dan mereka dapat mempelajari nilai
bertimbang rasa serta pengorbanan diri.

Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 2 2/14/2014


• Kanak-kanak dilatih supaya tidak meminta daripada orang. Jika
keluarganya kaya, dia perlu dinasihatkan supaya tidak kedekut untuk
mendermakan hartanya kepada orang miskin. Jika keluarganya miskin
pula, dia perlu diajar supaya tidak meminta-minta kerana sifat ini
memalukan. Malah dia perlu dibimbing supaya berusaha mencari harta
sendiri secara yang jujur.
• Kanak-kanak mestilah dilatih supaya tidak membangga diri. Dia juga perlu
diajar supaya tidak membazir dari segi makanan serta pakaian dan
keperluan-keperluan lain. Apabila berhadapan dengan orang,dia haruslah
diajar bersopan-santun, berlemah-lembut serta merendah diri.
• Ibubapa mestilah menjauhkan anak-anak daripada bergaul dengan orang
yang berakhlak buruk. Anak-ank perlulah dihindarkan daripada bercakap
kosong, mengatakan sesuatu yang tidak senonoh atau lucah. Dalam
mendidik anak, yang terpenting sekali ialah menjauhkan anak daripada
bergaul dengan mereka yang di gelar sebagai sampah masyarakat.
• Ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang-orang tua
serta mengikuti nasihat mereka yang baik dan berguna. Mereka mesti
bersopan-santun dan tidak mempermainkan orang tua.

Orang yang beragama

Ibubapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak. Setelah


berusia enam atau tujuh tahun,kanak-kanak mestilah diberi tunjuk ajar serta
kefahaman mengenai puasa, sembahyang,mengerjakan haji dan lain-lain.
Apabila mereka meningkat dewasa dan meningkat keupayaan membezakan
antara baik dengan buruk,mereka mesti diajar sekali lagi berkenaan amal ibadat
secara lebih mendalam serta memberikan sebab-sebab dan kelebihan
mengerjakan amal ibadat itu. Imam Al-Ghazali juga menyatakan bahawa
ibubapa bukan sahaja menjadi model dan teladan yang boleh ditiru oleh anak-
anak, malah mereka mesti jugalah bertindak sebagai penasihat terhadap
kelakuan anak-anak.
Untuk membetulkan kelakuan yang buruk, Imam Al-Ghazali memberikan
petunjuk berikut:
• Ibubapa mestilah memaafkan apa jua perkara yang tidak baik yang
dilakukan oleh kanak-kanak pada pertama kali ia dilakukan.
• Oleh yang demikian, ibubapa seharusnya bercakap dengan anak-anak
dengan penuh perasaan dan belas kasihan. Terangkan kepada mereka
mengapa kelakuan mereka salah atau mengapa perbuatan mereka
dikatakan tidak elok. Kemudian, jelaskan apa yang patut mereka lakukan.
• Kanak-kanak yang selalu dimarahi atau selalu dipukul dan didenda akan
menjadi susah untuk diasuh dan dididik. Malah, mereka akan menyimpan
perasaan dendam dan akan memusuhi ibubapa mereka sendiri.
• Jangan membiarkan kanak-kanak melakukan sesuatu kegiatan tanpa
pengetahuan ibu-bapa. Anak-anak harus dilatih supaya bersikap telus
dengan ibubapa tentang setiap kegiatan mereka. Dengan tabiat telus,
mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini.

Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 3 2/14/2014


INSTITUSI SEKOLAH

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah di


mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang berguna. Seperti
ibubapa, guru juga mempunyai tanggungjawab dan kewajipan terhadap
pendidikan kanak-kanak. Al-Ghazali telah menerangkan kewajipan guru seperti
berikut:

• Seorang guru berkewajipan mempunyai perasaan belas kasih terhadap


kanak-kanak dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
• Guru mestilah bertindak sebagai seorang yang memberikan hukum-
hakam. Guru janganlah menganggap bahawa kanak-kanak
bertanggungjawab kepadanya walaupun perasaan bertanggungjawab itu
disemaikan padanya.
• Guru wajib memberi apa jua bentuk nasihat yang berguna kepada kanak-
kanak. Guru juga perlu memastikan kanak-kanak tidak melakukan
sesuatu yang mereka masih belum layak untuk melakukannya.Mereka
juga perlu diasuh supaya memahami asas sesuatu ilmu dengan jelas
sebelum mereka meneroka ke bidang ilmu yang lebih mendalam.
• Kewajipan yang keempat bagi seorang guru merupakan suatu aspek yang
memerlukan ketabahan dan kesabaran, iaitu menasihati kanak-kanak
supaya mengelakkan daripada berkelakuan buruk. Cara paling berkesan
memberi teguran kepada kanak-kanak adalah secara individu, berterus-
terang bukan dikhalayak ramai. Teguran pula perlulah disampaikan
dengan nasihat yang lemah-lembut serta penuh belas kasih. Kecaman
secara terbuka tidak akan berkesan menghindarkan kelakuan buruk,
malah ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi ingkar dan menyimpan
perasaan dendam.
• Apabila guru menyampaikan sesuatu ilmu Agama atau ilmu Sains,
janganlah dia memperlekehkan bidang ilmu lain dihadapan kanak-kanak
yang diajarnya.
• Guru mestilah memastikan bahawa penyampaiannya jelas dan tidak
mengelirukan kanak-kanak. Guru juga hendaklah memastikan bahan
pengajarannya tidak terlalu tinggi bagi pemahaman peringkat umur kanak-
kanak yang diajarnya. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tidak
mengalami kebuntuan fikiran yang akan membuat mereka bosan dengan
apa yang diajar.
• Bagi kanak-kanak yang lemah daya pemikirannya, guru dan ibubapa
hendaklah berganding bahu serta memberi perhatian dan penumpuan
yang lebih demi untuk memastikan pencapaian mereka tidak tergugat.
• Peranan kelapan seorang guru adalah amat penting sekali. Guru
hendaklah mengamalkan apa sahaja yang diajarnya dan jangan
membiarkan perbuatan atau kelakuannya bercanggah dengan nasihatnya.
Ini adalah kerana contoh melalui teladan dikuasai oleh apa yang dilihat
olih pancaindera.

Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 4 2/14/2014


Daripada apa yang telah dibentangkan,jelaslah bahawa prinsip yang
diutarakan oleh Imam Al-Ghazali untuk mendidik anak adalah berasaskan
kebijaksanaan serta pengalaman beliau sebagai pendidik. Beliau amat
mementingkan cara mendidik yang lemah-lembut serta penuh belas kasih
dan timbang rasa.
Beliau tidak menggalakkan kekerasan atau ugutan bagi membentuk
keperibadian anak. Malah, lebih suka anak dinasihatkan secara berbincang
dan diterangkan dengan jelas mengapa perasaan atau perbuatan mereka itu
dikatakan baik atau buruk.
Semoga nasihat Imam Al-Ghazali menjadi pedoman dan amalan kita
bersama untuk mengasuh dan mendidik generasi kita masa kini dan akan
datang.

Diterjemah dan diubahsuai daripada penulisan asal Dr.M. Bayrakdar bertajuk


” Al-Ghazali on Child Education” yang diterbitkan dalam Majalah The
Muslim(London)May-June,1980 dan pernah diterbitkan dalam majalah UMMI
Mei 1991.

Nasihat LUQMAN

• Bersyukurlah kepada Allah, kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu


sendiri dan jika tiada sesiapa yang bersyukur, sesungguhnya Allah itu
Maha kaya lagi Maha Terpuji
• Jangan kamu mempersekutukan Allah kerana mempersukutukan Allah itu
adalah satu kesalahan dan dosa yang amat besar.
• Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kerana kesusahan mereka
menjaga kamu dan penderitaan ibumu mengandungkanmu dan
menyusukanmu selama 2 tahun
• Jangan kamu ikuti perintah kedua ibubapa jika perintah itu memaksa
kamu mempersekutukan Allah tetapi pergaulilah mereka dengan baik.
• Buatlah kebaikan kerana kebaikan itu walaupun sebesar biji sawi atau
tersembunyi di dalam batu, di langit atau di bumi, akan di perhitungkan
oleh Allah kerana Allah Maha Mengetahui
• Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat baik(amal makruf) serta
cegahlah berbuat buruk(kemungkaran) dan teguhkan hati dalam apa jua
yang menimpa kamu.
• Janganlah kamu bersikap sombong, dan janganlah berjalan di muka bumi
dengan angkuh kerana Allah tidak menyukai sikap sombong dan angkuh.
• Bersederhanalah dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu kerana
contoh suara yang buruk itu ialah seperti suara keldai.

Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 5 2/14/2014


Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 6 2/14/2014

View publication stats

You might also like