You are on page 1of 19

PERNIAGAAN 3766

#Learning@home

BAB 3
PENETAPAN VISI, MISI
DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

TINGKATAN 4
TAHUN 2020
STANDARD PRESTASI
TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

1 Menyatakan maksud visi, misi dan objektif perniagaan

2 Membandingkan visi, misi dan objektif dua perniagaan yang berbeza.

Menjelaskan ciri-ciri objektif sesuatu perniagaan dan tujuan diwujudkan objektif


3
tersebut.

Menganalisis objektif sesebuah perniagaan sama ada mampu mencapai visi dan
4
misi yang telah ditetapkan.

Menghubungkaitkan faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif


5
sesebuah perniagaan

6 Mencipta visi, misi dan objektif sebuah perniagaan.


Maksud Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan
https://usahawanniaga.weebly.com/misi--visi.html
• Setiap organisasi perniagaan perlu mempunyai visi, misi, dan objektif yang selari dengan jenis
perniagaan.
• Visi, misi, dan objektif (VMO)
merupakan unsur utama perancangan strategik yang menetapkan hala tuju organisasi
untuk mencapai kejayaan dan memacukan kelangsungan perniagaan dalam jangka panjang.

• Ketiga-tiga unsur perancangan (VMO):


• ini dijadikan panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat keputusan dan tindakan
perniagaan.
• Unsur perancangan strategik :

UNSUR KETERANGAN PERANCANGAN STRATEGIK

Visi • Merupakan falsafah pengwujudan organisasi


• Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang
Penting untuk membuat keputusan dan tindakan bagi memastikan
hala tuju perniagaan berada dalam landasan yang tepat
• Contoh : visi sebuah suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami
beraspirasi untuk embentuk masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan
berpengetahuan tinggi'
Misi • Merupakan satu pernyataan ringkas tentang matlamat utama penubuhan organisasi
• Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti
perniagaan untuk mencapai matlamat
Contoh : misi bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan berusaha
secara berterusan untuk menjadi penerbit buku terulung dalam negara
dan memenuhi
permintaan semua lapisan masyarakat di Malaysia '
Objektif • Merupakan pernyataan khusus tentang bagaimana visi dan misi akan dicapai
• Membantu organisasi mencapai matlamat dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa
panjang
• Contoh : objektif bagi suatu syarikat pengeluar buku ialah 'Kami akan
menerbitkan sekurang-kurangnya 75 judul buku ilmiah dan 720 judul buku
bukan ilmiah setiap tahun untuk lima tahun bermula dari tahun 2017 hingga
2027 https://tm.listedcompany.com/vision_mission.html

Perbandingan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan yang Berbeza


Visi, misi, dan objektif (VMO) organisasi bermotif untung (OBU)
• adalah berbeza daripada VMO organisasi bukan bermotif untung (OBBU) dan pertubuhan
sukarela .

OBU
biasanya ditubuh dan dikawal oleh pihak swasta untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
VMO
organisasi jenis ini bertujuan memaksimumkan keuntungan bagi pemilik.
OBU
didaftarkan di bawah Pendaftar Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
OBBU
terdiri daripada persatuan, kelab, pertubuhan,dan yayasan yang menjalankan perniagaan dengan matlamat utama
untuk menjaga kebajikan ahli, masyarakat, dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.
OBBU
didaftarkan dengan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) adalah berbeza dengan pertubuhan sukarela
Pertubuhan sukarela merupakan organisasi yang menjalankan aktiviti secara sukarela dengan masyarakat menjadi
pelanggan utama.

https://companiesinc.com/ms/start-a-business/non-profit/

• Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan


1. objektif jangka pendek;
2. objektif jangka panjang.

Setiap objektif ini perlu memenuhi seperti yang berikut.

UNSUR KETERANGAN
Spesifik Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara khusus dan boleh diukur secara kuantitatif,
iaitu dalarn bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit.
objektif yang ditetapkan boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif
Boleh diukur
serta boleh dibandingkan dengan pencapaian pada sebelum dan selepas sesuatu aktiviti perniagaan dilaksanakan .
Boleh dicapai
Sesuatu objektif yang ditetapkan hendaklah berdasarkan sasaran yang boleh dicapai.
Munasabah
Sesuatu objektif yang ditetapkan haruslah munasabah dan perlu mengambil kira beberapa faktor seperti sumber
manusia dan kewangan dalam organisasi.
Justeru, objektif yang ditetapkan itu tidak mustahil untuk dicapai.
Jangka masa
Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa yang perlu dicapai.
Contohnya, setahun, tiga tahun, atau lima tahun.

Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan sebagai Panduan Perniagaan

Visi dan misi


dapat membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat penubuhannya dalam jangka panjang.
Penetapan objektif
jangka pendek dan jangka panjang
yang selari dengan visi dan misi
membantu dalam mencapai perancangan strategik organisasi.
Visi
merupakan komponen pengurusan strategik dan untuk mencapainya
mengambil masa sekurangkurangnya lima tahun.
Hal ini boleh mendorong semua pihak yang terlibat memahami dan bekerjasama serta
bertindak berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Misi
pula dibentuk selepas penetapan visi o merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa
ini.
bertujuan memudahkan pihak pengurusan mengagihkan sumber
seperti bahan mentah, sumber manusia, dan kewangan secara cekap dan berkesan kepada bahagian dan unit
perniagaan
agar mencapai matlamat yang ditetapkan.

Pernyataan objektif
akan menjelaskan perkara yang perlu dicapai dan o ia perlu selaras dengan pembentukan visi dan misi organisasi .
Objektif
merupakan asas kepada pencapaian visi dan misi.
Sesuatu objektif mestilah - SMART:
▪ spesifik,
▪ boleh diukur,
▪ boleh dicapai, munasabah,
▪ ada jangka masa.

lndikator yang boleh digunakan untuk mengukur prestasi perniagaan

( a) Titik Pulang Modal (TPM )


• Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh
bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.
• Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
• TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan dapat terus
beroperasi atau tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.

Formula TPM:
TPM = ___________Kos tetap (KT)____________
Harga juaIan seunit (H) - Kos berubah seunit
(KB)

Contoh 1:
• Syarikat Pasu Bunga Sendirian Berhad mengeluarkan pasu bunga untuk pasaran seluruh negara.
• Kos tetap (KT) yang ditanggung syarikat ialah RM300 000.
• Harga jualan (H) setiap pasu ialah RM5 dan kos berubah seunit (KB) ialah RM3.

Berapakah kuantiti yang perlu dikeluarkan oleh syarikat agar balik modal?

TPM = __________Kos tetap____________


Harga juaIan seunit - Kos berubah seunit
TPM = RM300 000
RM5 – RM3
= 150 000 unit

Contoh 2:
Fahmi merupakan pemilik Z’F Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk
pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Fahmi telah memperoleh satu kontrak syarikat taman tema
terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah
sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Fahmi perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema
berkenaan dengan sewa tahunan RM6000. Fahmi tidak memerlukan sebarang alatan tetapi beliau perlu
membeli bahan-bahan seperti gegelung plastic berharga 20 sen seunit, klip berharga 10 sen seunit dan
kertas photo berharga 10 sen seunit. Fahmi bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit
dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun. Hitungkan:
a) Titik Pulang Modal
b) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c) Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci

a. Titik pulang modal (TPM)

Titik pulang modal : = Kos tetap


harga - kos berubah

Kos tetap
• sewa kedai : RM6 000
Kos berubah
• Gegelung plastik : RM 0.20
• Klip : RM 0.10
• Kertas foto : RM 0.10
: RM 0.40
Harga jualan seunit : RM 8.00

Titik pulang modal (TPM) = RM 6000_____


RM 8.00 – RM 0.40
= 789.47 atau 789 unit

b. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

Keuntungan = Jumlah Hasil - Jumlah Kos


= (QxH) – (KT+KB)
(1000 X RM 8.00) – RM 6 000 + (1000 X RM0.40)
= RM1 600

c. Keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci


(2 500 X RM 8.00) - (RM 6 000 + 2 500 X RM 0.40)
= RM13 000
Contoh 3:

Kos tetap
• Sewa sebulan : rm15,000
• Gaji tetap : rm50,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50 Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100

i. TPM = ___RM15000 + RM50000___


RM100 – RM50
= __RM65000___
RM50
= 1300 pasang

Jumlah kasut yang perlu dikeluarkan sepanjang tahun 2017 ialah:


= 1300 pasang x 12 bulan = 15 ,600 pasang

ii. Peningkatan 20% kos berubah pengeluaran kasut:


Kos berubah bagi - sepasang kasut
= (20 % x RM50) + RM50

= RM 60

TPM = __RM65000__
RM100-RM60
= __ RM65000
RM40
= 1625 pasang

Contoh 4:

Formula
TPM = _______kos tetap_________
Harga – kos berubah seunit
Kos tetap
• Sewa sebulan : rm10,000
• Gaji tetap : rm24,000
Kos berubah:
• bagi sepasang kasut : RM50 Harga jualan :
• bagi sepasang kasut : RM100

i. TPM = ___RM10,000 + RM24000___


RM100 – RM50
= __RM34000___ = 680 pasang
RM50

Contoh 5:
Kos tetap: RM50 000
Kos berubah:
RM60 seunit
Harga seunit:
RM100

Hitungkan:

i. Titik pulang modal

TPM = ______Kos tetap____


Harga – kos berubah

= ___RM50 000__ = 1250 unit


RM100 - RM60

** Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM12,5000 (1250 x RM 100)

ii. Jumlah kos pada titik pulang modal (TPM)

Jumlah kos (JK) = Kos tetap (KT) + kos berubah (KB)


= RM50 000 + (1250 x RM60)
= RM125 000

Iii Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit

Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos


= (Harga x Kuantiti) - (Kos Tetap + Kos Berubah )
= (RM100 x 3 000) - (RM50,000 + (3000 x RM 60)
= 300,000 - RM230
000 = RM70,000.00

Pertumbuhan perniagaan
• merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
• seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .
• Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan
• membesarkan perniagaan sedia ada. Pemaksimuman keuntungan organisasi
• berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan
• seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap.
• Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran dan hal
ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang. ( d) Daya saing
• merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para pesaing.
• Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam
sesuatu industri ialah:
1. kewangan;
2. jaringan;
3. sumber manusia;
4. pemasaran;
5. teknologi.

( e) Syer pasaran
http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkem2014/PERKEM_2014_4C1.pdf

• merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam
industri yang sama,
• contohnya industri kereta. Jika menguasai syer pasaran, maka perniagaan berkenaan boleh menjadi
pemimpin dan berkemampuan untuk terus kekal dan meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa
panjang.

( f) Jualan
• melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli, penjual akan memperoleh keuntungan
sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.
• Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel,
dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan perkhidmatannya .

( g) Penyediaan perkhidmatan
• untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan,
• perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
1. pembelian atas talian;
2. penghantaran barang ke rumah;
3. kemudahan pembayaran;
4. membaik pulih barang rosak.

Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif

• Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh mempengaruhi
pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.

1. Kegagalan mencapai matlamat dan objektif boleh memberi kesan negatif kepada perniagaan,
iaitu:
• jualan merosot ;
• tidak mampu membayar kos perniagaan;
• gagal dalam persaingan;
• imej perniagaan terjejas;
• tidak mampu mengembangkan perniagaan.

2. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh sesebuah perniagaan untuk mengatasi
masalah kegagalan mencapai matlamat dan objektif ini ialah:
• mengurangkan kos;
• menurunkan harga produk;
• mempelbagaikan produk yang ditawarkan;
• mengurangkan pembayaran dividen kepada pemegang saham; menggunakan kaedah atau
teknologi baharu dalam pengeluaran; menyemak semula matlamat perniagaan.

Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan

Faktor yang mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan terdiri daripada :

(a) faktor dalaman (GSTPPPK);

( b) faktor luaran (USEPET ).

Jadual yang berikut menunjukkan dalaman dan faktor luaran.


SOALAN KERTAS 1

1. Apakah maksud misi?


A Satu perancangan jangka panjang
B Maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus
C Pernyataan ringkas tentang tujuan kewujudan sesebuah organisasi
D Sebagai hala tuju sesebuah organisasi dalam keputusan dan tindakan

2. Siapakah pihak yang terlibat dalam penetapan objektif?


A Pengurusan atasan
B Pengurusan bawahan
C Pengurusan pertengahan
D Semua peringkat pengurusan

3. Apakah kaedah yang terbaik dalam pembentukan objektif?


A Semua peringkat pengurusan berbincang
B Pengurusan bawahan berkuasa penuh menentukan objektif
C Objektif dibentuk setelah visi dan misi ditentukan
D Membuat kajian faktor dalaman

4. Yang manakah merupakan kepentingan misi di dalam sesebuah organisasi?


A Dijadikan garis panduan perancangan lain
B Dijadikan sebagai hala tuju sesebuah organisasi
C Menjelaskan aktiviti perniagaan yang dijalankan
D Sebagai sasaran perniagaan

5 Bilakah masa yang sesuai dalam membentuk visi, misi dan objektif (VMO) dalam sesebuah
organisasi?

A Semasa penubuhan organisasi


B Sebelum penubuhan organisasi
C Selepas proses penubuhan organisasi selesai
D Ketika menetapkan jenis barang dan perkhidmatan

6 Apakah perbezaan aspek organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan
untung?
I Tujuan
II Sumber kewangan
III Aktiviti
IV Pengurusan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

7 Bagaimanakah Syarikat Jasmin Sdn Bhd boleh memaksimumkan keuntungan?


A Memaksimumkan pengeluaran
B Meminimumkan kos perniagaan
C Memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos perniagaan
D Mengeluarkan kuantiti produk yang tertinggi
8 Antara berikut, yang manakah pemilikan perniagaan
I Milikan tunggal
II Milikan perkongsian
III Syarikat Sdn. Bhd.
IV Kelab sukan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

Teliti kes di bawah dan jawab soalan nombor 9, 10 dan 11.

Emir dan Erin bercadang membuka perniagaan


menternak kambing di tanah milikan bersama.
Keuntungan yang diperoleh diagih sama rata.

9 Apakah entiti perniagaan yang sesuai ditubuhkan oleh Emir dan Erin?

A Milikan tunggal
B Perkongsian
C Koperasi
D Syarikat

10 Apakah sumber kewangan yang boleh diperoleh oleh Emir dan Erin untuk menjalankan perniagaan
Ternakan ikan air tawar?
I Modal sendiri
II Pinjaman bank
III Pemegang saham
IV Pinjaman rakan kongsi

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

11 Bagaimanakah kaedah terbaik Emir dan Erin lakukan untuk membuat pinjaman wang dengan
pihak bank?

A Membuat permohonan pinjaman dengan disertakan kertas kerja perniagaan


B Mencari penjamin yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap
C Mencagarkan tanah sebagai jaminan kepada pihak bank
D Membuat pinjaman peribadi

12 Apakah antara ciri perniagaan yang ada pada pertubuhan sukarela?

A Tujuan organisasi pertubuhan suka rela


B Menjalankan aktiviti perkhidmatan
C Mencari sumber kewangan
D Mengambil pekerja

13 Bezakan Persatuan Sukan dan Rekreasi Perak dengan Perniagaan Sukan dan Rekreasi Perak
dalam aspek kewangan.
A Kelab Sukan dan Rekreasi Perak mendapat bantuan orang ramai sementara Perniagaan
Sukan dan Rekreasi Perak mengeluarkan modal sendiri
B Kelab Sukan dan Rekreasi Perak menggunakan sumber kewangan untuk menjalankan
aktiviti perniagaan sementara Perniagaan Sukan dan Rekreasi Perak membeli alatan sukan
dan rekreasi
C Kelab Sukan dan Rekreasi Perak menggunakan wang untuk menjual alatan sukan
sementara Perniagaan Sukan dan Rekreasi Perak membeli alatan sukan daripada
pemborong
D Kelab Sukan dan Rekreasi Perak menggunakan wang untuk menjana untung sementara
Perniagaan Sukan dan Rekreasi Perak g melabur wang untuk memberi perkhidmatan

14 Pilih ciri-ciri objektif.


I Spesifik
II Munasabah
III Tepat
IV Jangka masa
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

15 Apakah peringkat pengurusan penting terlibat dalam menentukan konsep SMART dalam
pembentukan objektif?
A Pengurusan atasan
B Pengurusan bawahan
C Pengurusan pertengahan
D Pengurusan pertengahan dan bawahan

16 Mengapakah konsep SMART penting dalam pembentukan objektif organisasi perniagaan?


A Boleh membuat perbandingan
B Sasaran yang khusus
C Kemampuan mencapai sasaran
D Jelas sebarang keputusan dan tindakan

17 Bagaimanakah ciri objektif munasabah dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan?
A Pihak pengurusan perlu menetapkan sasaran berdasarkan kemampuan yang ada
B Pihak pengurusan mengenal pasti masa dan kemampuan yang ada serta mengambil
tindakan yang betul
C Pihak pengurusan menjangka tidak mustahi mencapai sasaran
D Mempunyai sumber dan kebolehan mencapai sasaran

18 Pernyataan objektif “Keuntungan meningkat sebanyak 25% dalam tempoh 3 tahun”. Nyatakan ciri
SMART yang ada dalam pernyataan objektif.

A Boleh diukur dan spesifik


B Munasabah dan jangka masa
C Boleh diukur dan jangka masa
D Munasabah dan boleh diukur

19 Pilih ciri-ciri Carta Gantt.


I Ada aktiviti
II Tempoh masa siap setiap aktiviti
III Tempoh siap seluruh aktiviti
IV Huraian aktiviti
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

20 Apakah tujuan penetapan visi dalam sesebuah organisasi perniagaan?


A Menerangkan tujuan kewujudan perniagaan
B Mewujudkan wawasan perniagaan
C Mengetahui aktiviti perniagaan
D Memberi fokus sasaran kerja
21 Kesan negatif yang wujud jika sesebuah perniagaan tidak membentuk objektif perniagaan yang
sesuai?
A Berlaku kerugian
B Sumber tidak diagih dengan betul
C Wawasan perniagaan tidak dapat dicapai
D Perniagaan tidak berada pada landasan yang betul

22 Berikan maksud titik pulang modal.


A Jumlah hasil bersamaan dengan jumlah kos
B Boleh membuat ramalan jualan untuk mendapat keuntungan
C Merupakan kaedah penentuan kos, hasil dan kuantiti keluaran
D Satu kaedah penentuan kuantiti pengeluaran untuk menghasilkan jumlah hasil bersamaan dengan
jumlah kos

23 Berikan contoh kos tetap yang ditanggung oleh perniagaan.


I Bayaran bahan mentah
II Bayaran gaji pekerja
III Bayaran sewa bangunan
IV Bayaran insurans pekerja
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

24 Kilang sarung tangan menghadapi kos tetap sebanyak RM 1 juta. Kos berubah yang ditanggung
ialah RM3.00 seunit dengan menjual sehelai sarung tangan dengan harga RM4.00. Hitungkan titik
pulang modal bagi kilang sarung tangan.

A 500,000 unit sarung tangan


B 750,000 unit sarung tangan
C 1,000,000 unit sarung tangan
D 1,500,000 unit sarung tangan

25 Mengapakah sebuah organisasi perniagaan perlu mengeluarkan produk melebihi kuantiti titik
pulang modal?
A Jumlah hasil bersamaan dengan jumlah kos
B Mendapat kecekapan dalam pengeluaran
C Memperoleh keuntungan
D Jumlah hasil yang besar

26 Apakah kesan yang akan berlaku jika sesebuah perniagaan gagal menjual barang kurang daripada
kuantiti titik pulang modal?
A Mengalami kerugian
B Sukar mengembangkan perniagaan
C Tidak mampu menanggung kos tetap
D Tidak mampu menanggung kos berubah

27 Berikan maksud pertumbuhan perniagaan.


A Jumlah jualan meningkat
B Perniagaan bertambah besar
C Peningkatan hasil berterusan
D Kadar peningkatan hasil yang positif

28 Apakah faedah yang diperoleh oleh sesebuah syarikatjika imej perniagaan adalah positif terhadap
pihak pelabur?
A Mengekalkan pelaburan
B Menarik diri daripada pelaburan
C Mendapat kadar dividen yang tinggi
D Keyakinan pelabur untuk menanamkan modal

29 Apakah maksud memaksimumkan keuntungan?


A Meminimumkan kos sahaja
B Memaksimumkan pengeluaran sahaja
C Memaksimumkan keluaran dengan meminimumkan kos
D Meningkatkan kuantiti pengeluaran untuk menambahkan keuntungan

30 Bilakah masa sesebuah perniagaan perlu menutup operasi perniagaan?


A Gagal menjual produk
B Tidak memperoleh keuntungan
C Apabila gagal menanggung jumlah kos berubah
D Kerugian yang berterusan dalam jangka masa pendek

31 “Perniagaan mempunyai satu sistem kewangan yang mantap apabila menghadapi persekitaran
ekonomi tidak stabil”. Pernyataan ini merujuk kepada . . .

A sistem kewangan
B kestabilan kewangan
C pengurusan kewangan mantap
D pengurusan kewangan berhemah

32 Bagaimanakah penyusunan jadual bayaran hutang ketika kegawatan ekonomi dapat memberi daya
tahan dalam pengurusan kewangan?

A Memanjangkan tempoh bayaran balik hutang


B Meminta mengurangkan kadar faedah pinjaman
C Berbincang dengan bank untuk mengurangkan jumlah pinjaman
D Mengurangkan jumlah bayaran bulanan dengan memanjangkan tempoh masa pinjaman

33 Apakah contoh-contoh jaringan perniagaan?


I Pembekal
II Pengedar
III Pesaing
IV Agen pemasaran di luar Negara

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

34 Bagaimanakah faktor teknologi membolehkan sesebuahperniagaan berdaya saing?

A Teknologi terkini memerlukan modal pelaburan besar


B Teknologi lebih canggih berbanding dengan pesaing
C Teknologi terkini meningkatkan kualiti dan merendahkan kos
D Imej perniagaan akan bertambah dengan menggunakan teknologi canggih

35 Mengapakan Syarikat Ummah Berhad perlu mempunyai daya saing yang tinggi dalam
memasarkan produk makanan halal di Malaysia?

A Dapat kekal dalam pasaran makanan halal


B Mengekalkan pelanggan makanan halal
C Terus menikmati keuntungan dalam industry makanan halal
D Perniagaan kekal mendapat pulangan modal sahaja
36 Apakah hubungan pengurus pengeluaran dengan pengurus pemasaran dalam konteks sebagai
instrument penilaian objektif sesebuah organisasi perniagaan?

A Sasaran jualan selaras dengan kuantiti keluaran produk


B Pengurus pemasaran dikehendaki sentiasa berkomunikasi dengan pengurus pengeluaran
C Pengurus pemasaran dan pengurus pengeluaran menjalankan peranan masing-masing
D Pengurus pengeluaran sentiasa peka perkembangan permintaan di pasaran

37 Apakah maksud syer pasaran?

A Bilangan pengguna sesebuah perniagaan


B Bilangan pengguna dalam sebuah pasaran
C Bilangan pengguna yang dikuasai sesebuah perniagaan berbanding dengan pesaing yang
lain
D Peratus pengguna dalam sebuah perniagaan

38 Siapakah pihak yang bertanggungjawab membuatkeputusan dalam penentuan syer pasaran dan
jualan bagi pencapaian visi, misi dan objektif organisasi perniagaan?
A Jurujual
B Pengurus besar
C Penyelia jualan
D Pengurus pemasaran

39 Apakah aspek persamaan jualan murah dengan diskaun harga apabila menjalankan aktiviti promosi
jualan?
A Waktu promosi jualan
B Pengurangan harga berdasarkan kadar tertentu
C Kadar pengurangan kadar harga yang tetap
D Masa promosi jualan yang sama

40 Bagaimanakah penggunaan sampel dalam promosi jualan dapat meningkatkan kuantiti jualan?
A Pengguna terus membeli dengan kuantiti yang banyak selain mendapat percuma
B Pengguna terhutang budi dengan penjual
C Persepsi positif terhadap perniagaan yang memberi sampel
D Kualiti produk yang diberi percuma meyakinkan pengguna membeli

Latihan
Bahagian A ( Jawab semua soalan )
1.( a )Terangkan ciri-ciri SMART yang perlu ada dalam spesifik dan jangka masa.
( 4 markah )

( b )Encik Ali seorang pemilik kedai buku rujukan yang terkenal. Beliau sedar
bahawa permintaan terhadap buku-buku tersebut pada masa kini semakin
berkurangan kerana terdapatnya banyak laman sesawang yang boleh dirujuk
untuk mendapatkan maklumat.

Terangkan tiga ciri objektif yang boleh membantu meningkatkan jualan


buku rujukan kedai En Ali ( 6 markah )

2. Rajah menunjukkan titik pulang modal Perniagaan Pastri Mantap yang


beroperasi di My Town, Kuala Lumpur.
a) Apakah X dan Y? ( 2 markah )

b) Jelaskan kesan kepada Perniagaan Pastri Sedap sekiranya pengeluaran pastri berada di kawasan
berlorek ( 4 markah )

c) Jelaskan ciri-ciri fizikal sesuatu produk yang menarik perhatian pembeli


( 4 markah )

3. Perniagaan Pasti Untung Sdn Bhd telah menetapkan objektif seperti berikut.
• Menubuhkan seberapa banyak cawangan yang mampu di seluruh negara
• Mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM3 juta
• Produk pengeluaran akan menjadi produk kesukaan penduduk Malaysia

a) Berikan dua kelemahan perniagaan Pasti Untung Sdn Bhd dalam penetapan objektif
perniagaannya. ( 2 markah )

b) Kegagalan mencapai objektif perniagaannya telah memberikan kesan kepada keseluruhan


Perniagaan PastiUntung. Apakah kesan tersebut?
( 4 markah )

c) Apakah tindakan yang wajar diambil oleh pihak pengurusan perniagaan Pasti Untung Sdn Bhd
untuk menangani kegagalan tersebut? ( 4 markah )

4. a) Rajah di bawah ini berkaitan dengan asas pembentukan strategi perniagaan.

Nyatakan Y dan Z ( 2 markah )

b) Nyatakan lima cirri objektif sesebuah perniagaan ( 5 markah )


c ) Jelaskan faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menghasilkan visi, misi,
dan objektif perniagaan. ( 3markah )

5. (a) Apakah maksud titik pulang modal? ( 4 markah )

b ) Jelaskan kepentingan titik pulang modal kepada perniagaan. ( 6 markah )

Skema jawapan

JAWAPAN OBJEKTIF

1. C 6. A 11. C 16. B 21. A 26. A 31. B 36. A

2. D 7. C 12. B 17. B 22. D 27. C 32. D 37. C

3. C 8.A 13. A 18. C 23. D 28. D 33. B 38. B

4. C 9. B 14. A 19. A 24. C 29. C 34. C 39B

5. B 10. B 15. B 20. B 25. C 30. C 35. C 40. D

JAWAPAN BAHAGIAN A

No. Soalan Huraian Markah

1(a) F1-Spesifik(Specific)/(S)
H1a- Pernyataan objektif hendaklah dinyatakan secara 1
khusus dan boleh diukur secara kuantitatif,
H1b- dalam bentuk angka, nombor, masa, dan wang ringgit. 1
F2- Jangka masa(Time frame) /(T)
H1a- Penentuan objektif perlu ada penetapan jangka masa 1
yang perlu dicapai.
H1b– Jangka masa setahun, tiga tahun, atau lima tahun. 1
4m
(b) F1 Spesifik 1
H1 Fokuskan pada fungsian jualan agar tidak berlaku 1
pembaziran
F2 Boleh di ukur 1
H2 Sentiasa membuat perbandingan hasil jualan dari semasa 1
ke semasa
F3 Munasabah 1
H3 Jumlah keluaran dan harga adalah yang terbaik dan 1
mampu milik
F4 Jangka Masa 1
H4 Ianya hendaklah tidak terlalu lama bagi mengelakan 1
pembaziran dalam promosi
6m
2(a) X = Kos Berubah 1
Y = Kos Tetap 1
2m
(b) H1 Memperoleh keuntungan 1
H2 Unit pengeluaran melebihi 500 unit/jumlah kos melebihi 1
RM 3000
H3 Jumlah hasil melebihi jumlah kos 1
H4 Tingkat kecekapan tinggi 1
H5 Kos seunit pengeluaran rendah 1
H6 Menikmati ekonomi bidangan 1
H7 Produktiviti meningkat 1
4m
(c) H1 Produk yang tahan lama/berkualiti 1
H2 Rupa bentuk/gaya yang tersendiri/imej produk yang 1
terkini/ moden/fesyen/model
H3 Mudah digunakan/mesra pengguna/fleksibel 1
H4 Tidak memudaratkan alam/mesra alam/teknologi 1
hijau
H5 Keperlbagaian fungsi/penggunaan produk pelbagai 1
H6 Warna yang sesuai/ikut cita rasa pengguna 1
H7 Pembungkusan menarik 1
H8 Saiz produk bersesuaian/standard 1
H9 Label produk/logo halal 1
4m
3(a) H1 Objektif tidak dinyatakan secara spesifik. 1
H2 Objektif tiada tempoh masa yang ditetapkan 1
H3 Objektif tidak realistik 1
2m
(b) 1. Jualan merosot
• menyebabkan tidak mencapai sasaran untung
2. Tidak mampu membayar kos perniagaan
• seperti gaji pekerja dan kos operasi
3. Gagal dalam persaingan
• iaitu tidak dapat mengekalkan kewujudan
perniagaan
4. Imej perniagaan terjejas
• Tidak mendapat kepercayaan daripada pembekal
dan pembiaya.
4m
(c) H1Membuat perubahanpada visi, misi dan objektif 1
perniagaan
H2Membuat strategi pemasaran yang lebih berkesanseperti 1
iklan, risalah danjualan atas talian
H3Mengambil pekerja yang berpengalaman dan 1
berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan
H4 Menggunakan teknologi terkini 1
H5 Mengurangkan kos operasi / kos bahan mentah 1
H6Mengurangkan pekerja tetap / mengambil pekerja 1
sambilan jika perlu
(Mana-mana jawapan sesuai diterima) 4m
4(a) X ialah Misi 1
Y ialah Objektif 1
2m
(b) F1Specific (Spesifik) 1
F2Measurable ( Boleh diukur) 1
F3Attainable ( Boleh dicapai) 1
F4Realistic ( munasabah) 1
F5Time Frame (jangka masa) 1
5m
(c) Faktor dalaman
o sumber manusia
o kewangan
Faktor Luaran
o Ekonomi
o Sosiobudaya
o Teknologi
o Undang-undang 3m
5(a) H1 Satu tahap kuantiti jualan 1
H2 di mana jumlah hasil jualan bersamaan dengan jumlah 1
kos
H3 Tahap pengeluaran / jualan firma 1
H4 tidak memperoleh keuntungan 1
H5 atau mengalami kerugian 1
4m
(b) H1 Menentukan tahap pengeluaran paling minimum 1
H1a bagi mengelakkan kerugian 1
H2Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian yang 1
ditanggung
H2 apada tahap jualan atau pengeluaran tertentu 1
H3 Merancang pengeluaran atau jualan 1
H3a bagi memperoleh keuntungan sasaran 1
6m

You might also like