You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT PUSAT, NEGERI,


DAERAH DAN SEKOLAH 2
1.0 PENGENALAN 2
2.0 DEFINISI ORGANISASI PENTADBIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 2
3.0 PENTADBIRAN 2
3.1 Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia 3
3.2 Pentadbiran Peringkat Persekutuan 3
3.2.1 Peringkat Pusat 4
3.2.2 Jabatan-Jabatan Utama Kementerian Pendidikan Malaysia 4
4.0 ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI 4
4.1 Organisasi Peringkat Negeri 5
4.2 Fungsi dan Peranan Sektor-Sektor di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 5
5.0 ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT DAERAH 7
6.0 ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PERINGKAT SEKOLAH 8
6.1 Definisi Sekolah dan Definisi Pendidikan 9
6.2 Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Sekolah 9
6.3 Organisasi Peringkat Sekolah 10
6.4 Bidang Pengurusan Sekolah 10
6.5 Peranan Sekolah 11
6.6 Peranan Pentadbir 11
6.7 Tugas dan Peranan 12
6.7.1 Pengetua 12
6.7.2 Guru penolong Kanan 12
6.7.3 Peranan Guru 13
6.8 Organisasi Kurikulum 14
6.9 Panitia Mata Pelajaran 14
RUMUSAN 15
BIBLIOGRAFI 16
ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT PUSAT, NEGERI,
DAERAH DAN SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

“ Matlamat tertinggi sesuatu organisasi bukanlah mengadakan keadaan yang


mempertingkatkan kecekapan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat
mempertingkatkan kecekapan organisasi mencapai matlamat-matlamatnya ” Morphet, E.,
John, R., & Reller, T. (1982).

2.0 DEFINISI ORGANISASI PENTADBIRAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA

Organisasi menurut kamus dewan bahasa ialah kesatuan (susunan) yang terdiri daripada
bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain)
untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama).

Kamaruddin Kachar (1990) mendefinisikan pentadbiran pendidikan sebagai satu


daya yang menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatupadukan ikhtiar manusia
yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Beliau melihat pentadbiran
pendidikan sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan
pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan
pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawan pendidikan dan penilaian
pendidikan. Dalam pendidikan, istilah yang paling sesuai digunakan ialah pengurusan dan
pentadbiran pendidikan kerana tugas kedua-duanya terdapat dalam mana-mana Institusi
Pendidikan ( Rosy Talin, 2002 )

3.0 PENTADBIRAN

Pentadbiran diperlukan untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian mekanisme


sosial,untuk memandu organisasi mengharungi masalah dan untuk memberikan kekuatan
kepada organisasi menghadapi cabaran-cabaran baru. Oleh itu :

2
i. Pentadbiran merupakan satu tingkah laku am yang boleh dijumpai dalam semua organisasi
manusia. ii. Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal penghidupan dalam
organisasi sosial. iii. Fungsi khusus pentadbiran adalah untuk mengembangkan dan
mengubahsuai proses membuat keputusan dengan berkesan dan sebaik mungkin.

3.1 Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Rajah 1: Piramid
Organisasi Pentadbiran
Pendidikan di Malaysia

3.2 Pentadbiran Peringkat Persekutuan

Ketua keseluruhan organisasi KPM ialah Menteri Pelajaran. Peranan dan tugas Menteri
Pelajaran adalah rumit dan merangkumi semua hal ehwal pendidikan semasa. Menteri
Pelajaran adalah bertanggungjawab dalam hal-hal penggubalan dan pelaksanaan dasar
pendidikan, merancang program selaras dengan aspirasi dan matlamat negara seperti yang
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

i. Merancang, mengagih tugas kepada bahagian atau unit. Mengurus dan mengarah.
ii. Mendapat kerjasama daripada kakitangan lain dan menggunakan sumber dengan
sepenuhnya.
iii. Membuat keputusan dan menilai.

3
3.2.1 Peringkat Pusat

Peringkat pusat berkuasa penuh merumus dan membuat dasar pendidikan. Ketua Setiausaha
KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran merupakan orang yang memainkan peranan penting
pada peringkat ini.

i. Ketua Setiausaha KPM selaku Ketua Pentadbiran dan bertanggungjawab penuh


kepada Menteri Pelajaran.
ii. Ketua Pengarah Pelajaran mengetuai dan bertanggungjawab penuh dalam bidang
ikhtisas.
iii. Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pelajaran memainkan peranan penting
dalam bidang eksekutif.

3.2.2 Jabatan-Jabatan Utama Kementerian Pendidikan Malaysia

Terdapat 18 jabatan dan bahagian utama di bawah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu:
1) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). 2) Jabatan Lembaga
Peperiksaan. 3) Bahagian Pembangunan Kurikulum. 4) Bahagian Teknologi Pendidikan. 5)
Bahagian Buku Teks. 6) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. 7) Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian. 8) Bahagian Pendidikan Islam. 9) Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional. 10) Bahagian Pendidikan Khas. 11) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama
Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. 12) Bahagian Sukan. 13) Bahagian Kokurikulum &
Kesenian. 14) Bahagian Pendidikan Swasta. 15) Bahagian Pendidikan Guru. 16) Institut
Aminuddin Baki. 17) Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. 18) Institut Pendidikan Guru
Malaysia

4.0 ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI

Pentadbiran peringkat negeri berpusat di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Jabatan


Pelajaran Negeri terdapat di semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jabatan
Pelajaran Negeri merupakan autoriti bagi memastikan program-program pendidikan dan
dasar-dasar pendidikan yang digubal dan dirancang pada peringkat pusat dilaksanakan di
semua sekolah dalam tiap-tiap buah negeri.
4
Jabatan Pelajaran Negeri bertanggungjawab menyelaraskan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelajaran, kokurikulum, pinjaman buku teks,
perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan,
pembangunan, penempatan guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus.

Terdapat 16 Jabatan Pelajaran Negeri di seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai


Jabatan Pelajaran Negeri seluruh Malaysia: Jabatan Pelajaran Johor (JPNJOH), Jabatan
Pelajaran Kelantan (JPNKEL), Jabatan Pelajaran Labuan (JPNLAB), Jabatan Pelajaran
Melaka (JPNMEL), Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPNKED), Jabatan Pelajaran Perlis
(JPNPel), Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPNPP), Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan (JPNS), Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNKL), Jabatan
Pelajaran Pahang (JPNPAH), Jabatan Pelajaran Perak (JPNPER), Jabatan Pelajaran Sabah
(JPNSABAH), Jabatan Pelajaran Sarawak (JPNSAR), Jabatan Pelajaran Selangor (JPNSEL),
Jabatan Pelajaran Terengganu (JPNTER) dan Jabatan Pelajaran WP Putrajaya (JPNPUT).

4.1 Organisasi Peringkat Negeri

Setiap Jabatan Pelajaran Negeri terdiri daripada 10 sektor yang diketuai oleh Ketua Sektor
iaitu Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pembangunan
Kemanusiaan, Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Sektor Penilaian &
Peperiksaan, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Khas &
Swasta, Sektor Pengurusan Maklumat & ICT dan Sektor Psikologi & Kaunseling. Organisasi
peringkat negeri ini diketuai oleh Pengarah Pelajaran dan Timbalan Pengarah Pelajaran

4.2 Fungsi dan Peranan Sektor-Sektor di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

1) Sektor Pengurusan Sekolah : Meningkatkan prestasi pengurusan sekolah ke tahap


cemerlang di samping memberikan khidmat bimbingan serta nasihat ke arah peningkatan
kepimpinan yang lebih bermutu di sekolah. Ia juga perlu memastikan semua sekolah dan
warga pendidikan mematuhi segala peraturan dan melaksanakan segala tugas serta
tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5
2) Sektor Pengurusan Akademik : Menentukan para pendidik menerima dan
melaksanakan segala pembaharuan dan perkembangan kurikulum yang telah ditetapkan.

3) Sektor Pembangunan Kemanusiaan : Memastikan pengurusan pembangunan


kemanusiaan murid-murid diseluruh sekolah rendah dan menengah negeri dirancang dan
dilaksanakan dengan baik dan berkesan serta membantu pembangunan sahsiah dan kawalan
disiplin murid di sekolah rendah dan menengah diurus dengan baik.

4) Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan : Menyediakan anggaran belanjawan


dan menguruskan perbelanjaan jabatan dengan berkesan. Ia juga mengendalikan dan
menguruskan hal perkhidmatan dan pentadbiran bagi semua pegawai dan staf sokongan
sertaenyelaras keperluan dan menguruskan penempatan dan pertukaran staf sokongan di
peringkat negeri.

5) Sektor Penilaian dan Peperiksaan : Mengurus dan mentadbir peperiksaan bagi


tujuan membuat penilaian terhadap pencapaian calon mengikut sukatan pelajaran dan
kehendak Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sektor ini juga membantu Lembaga Peperiksaan
dan Majlis Peperiksaan Malaysia mentadbir dan menguruskan peperiksaan dalam dan luar
Negara dengan sistematik agar nama Lembaga Peperiksaan sentiasa terjamin.

6) Sektor Jaminan Kualiti : Memberi bimbingan dan hala tuju kepada kumpulan
sasaran kepimpinan sekolah serta melaksanakan analisis keperluan sebagai pengukur kepada
penerimaan dan penghasilan kepimpinan sekolah bekualiti. Ia juga mencakupi empat
dimensi penyampaian iaitu: i) Pentaksiran dan Penilaian, ii) Penyeliaan Mental Pendidikan,
iii) Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance), iv) Mengamalkan Penyelidikan.

7) Sektor Pendidikan Islam : Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa


Arab, mengendalikan operasi pengurusan institusi pendidikan agama, mengendalikan
operasi pengurusan dakwah dan syiar Islam serta aktiviti keagamaan di Jabatan Pelajaran
dan sekolah.

8) Sektor Pendidikan Khas & Swasta : Mewujudkan sektor pendidikan khas dan
pendidikan swasta yang berkesan dan efisien. Menjana perkembangan sahsiah murid-murid
pendiddikan khas dan pendidikan swasta serta memastikan kurikulum yang disarankan
diaplikasikan dengan tepat.

6
9) Sektor Pengurusan Teknologi Maklumat & ICT : Menyediakan perkhidmatan
sokongan ICT kepada jabatan, PPD dan sekolah-sekolah bagi membantu melicinkan operasi
harian warga pendidikan.

10) Sektor Psikologi & Kaunseling : Memberi khidmat kaunseling kepada pegawai
dan kakitangan pendidikan negeri. Merancang dan melaksanakan kursus berkaitan
perkhidmatan kaunseling. Mengumpul data, memantau dan menganalisa pegawai dan
kakitangan yang menerima khidmat kaunseling.

5.0 ORGANISASI DAN FUNGSI PENTADBIRAN PERINGKAT DAERAH

Pentadbiran peringkat daerah pula bidang tugasnya adalah lebih kepada penyeliaan
pelaksanaan pendidikan dengan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) sebagai ketuanya.
Pentadbiran peringkat daerah terdiri daripada Pejabat Pelajaran Daerah (Semenanjung) dan
Pejabat Pelajaran Gabungan dan Daerah (Sabah dan Sarawak).

Rasional penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah ialah untuk meningkatkan kualiti


pengajaran dan pembelajaran di samping menjadi pusat rujukan ibu bapa. Pejabat
Pendidikan Daerah juga bertindak sebagai agen kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dari segi pelaksanaan dasar, program-program
dan aktiviti-aktiviti di peringkat daerah.

Terdapat empat sektor pengurusan pendidikan daerah yang diketuai oleh penolong
PPD. Sektor tersebut adalah Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pengurusan Akademik,
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Daerah dan Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan dan Khidmat Sosial. Agihan guru di peringkat daerah adalah di bawah bidang
tugas Sektor Pengurusan Sekolah. Perkara yang berkaitan dengan akademik seperti proses
pembelajaran dan pengajaran , kurikulum dan pelaksanaan kurikulum adalah di bawah
urusan Sektor Pengurusan Akademik. Perkara berkaitan kokurikulum adalah di bawah
pengurusan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Antara peranan dan tanggungjawab Pejabat Pendidikan Daerah ialah:

i. Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.


Bertanggungjawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.
Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.

7
Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah
termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.
ii. Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat
dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
iii. Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di
dalam daerah. Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi
pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan
asrama di peringkat daerah serta memantau semua kegiatan kurikulum dan
kokurikulum di peringkat daerah.
iv. Berusaha bagi mempertingkatkan prestasi akademik dan kokurikulum sekolah-
sekolah dalam daerah. Menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan
institusi tersebut menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan.
Membantu mengendalikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru.
v. Menyedia Laporan Penilaian Prestasi Tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru
dalam daerah. Menguruskan perakuan Pergerakan Gaji bagi daerah pelajaran.
Bekerjasama dengan jabatan dan agensi-agensi lain untuk menjalankan aktiviti di
peringkat daerah pelajaran. Penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM.
Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.

6.0 ORGANISASI DAN PENTADBIRAN PERINGKAT SEKOLAH

Prestasi sesebuah sekolah biasanya dihubungkaitkan dengan prestasi Pentadbir


sebagai seorang pemimpin, pengurus, pentadbir dan pendidik. Pengurusan sekolah yang
baik dan kewujudan iklim organisasi kurikulum sekolah rendah yang sesuai serta kondusif
dengan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan
dan kemampuan Pentadbir. Dalam banyak hal Pentadbir merupakan orang yang paling
penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Beliau bertanggungjawab bagi semua kegiatan
yang berlaku di sekolah dan sekitarnya. Kepimpinannya menentukan arah organisasi
kurikulum sekolah rendah, gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap
profesionalisme guru-guru dan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran
kepada murid-muridnya.

8
6.1 Definisi Sekolah dan Definisi Pendidikan

Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar,
tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat
menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Pendidikan yang dimaksudkan ialah satu perubahan tingkahlaku individu setelah


mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Pendidikan itu sendiri
merangkumi proses PdP tersebut. Pengajaran dapatlah diertikan sebagai satu sistem
kegiatan yang ditujukan kepada pelajar. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk membawa
perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru.

6.2 Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Sekolah

Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan yang
dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah itu. Falsafah dan matlamat ini perlulah
seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke-arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang ditetapkan
itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman
hidup, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu sama
lain perlulah diwujudkan. Seseorang itu sudah dikira berfalsafah dalam hidupnya apabila
mampu menggunakan akal fikiran dengan cara yang baik serta bijaksana serta membawanya
ke arah kebenaran dalam kehidupan (Abdul Rahim Hamdan 2011)

9
6.3 Organisasi Peringkat Sekolah

Organisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu
yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Organisasi
kurikulum sekolah membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang mempunyai
objektif mentadbir, mengajar dan belajar.

Rajah 2 : Struktur Organisasi Rajah 3 : Model Hiraki Asas


Pengurusan dan Pentadbiran Sistem Pendidikan Malaysia
Sekolah Kedudukan Sekolah Dalam
Sistem Pendidikan Negara

6.4 Bidang Pengurusan Sekolah

BIDANG PENGURUSAN SEKOLAH

Guru Besar

Penolong Kanan Penolon Kanan Penolong Kanan


Hal Ehwal Murid Pentadbiran Kokurikulum

 Disiplin  Pengurusan  Sukan Rajah 4 : Menunjukkan


 Bimbingan Kurikulum  Olahraga Bidang Pengurusan
dan  Panitia Mata  Persatuan
Kaunseling Pelajaran  Kelab
Sekolah
 Lawatan  Pusat
 SPBT Sumber
 KWAPM  Peperiksaan
dan Penilaian

10
Organisasi kurikulum sekolah rendah serta pengurusan pendidikan merupakan bidang
yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek-aspek yang sangat penting dalam proses
pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan
pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan.

6.5 Peranan Sekolah

Organisasi kurikulum sekolah menetapkan sekolah supaya berperanan menyusun gerakan


pendidikan untuk membangun, memupuk dan menyuburkan seluruh potensi keinsanan dari
sudut rohani mahupun jasmani, sehinggalah pontensi itu dapat membina kemampuan kendiri
(boleh berdikari) untuk terus subur dan berkembang.

Antara peranan sekolah sebagai organisasi kurikulum sekolah ialah: a) Pusat


pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia yang kompetan dan
berilmu. b) Menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat. c) Menjadi pusat
pembinaan budaya ilmu dan penggerak kepada gerakan memajukan prinsip pendidikan
sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
serta berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam pembinaan
tamadun bangsa. d) Menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial (masyarakat ) dan
politik dan juga membangkitkan kesedaran perjuangan. e) Melahirkan anggota masyarakat
yang berilmu dan beradab, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya mencapai
kesejahteraan dan kemakmuran negara.

6.6 Peranan Pentadbir

Di antara peranan dan tanggungjawab Pentadbir sebagai pengurus sesebuah organisasi


pendidikan dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ialah: a) Memahami dan mengetahui
secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara. b) Membimbing, menyedar dan
menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas. c) Memainkan peranan yang
positif dan serius untuk menjamin kualiti stafnya. d) Mempunyai peranan dan
tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan
matlamat pendidikan sesebuah sekolah. e) Menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada
segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolah.

11
6.7 Tugas dan Peranan

6.7.1 Pengetua

Secara umumnya tugas Pengetua/Guru Besar adalah untuk:

i. Memastikan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan di peringkat


sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas. ii. Bertanggungjawab dalam peningkatan
Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar
Kementerian Pendidikan. iii. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran,
kewangan, kurikulum, kokurikulum, sahsiah, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar
di sekolah. iv. Memastikan semua murid di sekolah mendapat peluang sama rata untuk
mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai murni bagi membentuk jati diri dan sahsiah
terpuji selari dengan kehendak FPN. v. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti
dan agensi-agensi luar. vi. Mengajar sebilangan waktu mengikut SPI Bilangan 3/67 1982
(Pindaan). vii. Menjalankan pengawasan dan penyeliaan terhadap perjalanan pengurusan
sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

6.7.2 Guru penolong Kanan

Terdapat tiga kategori Guru Penolong Kanan di setiap sekolah yang dibezakan mengikut unit
utama pengurusan sekolah iaitu Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran (GPK1),
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Koku) dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (GPK HEM). Antara tugas guru penolong kanan ialah:

i. Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. ii. Mengajar sebilangan waktu
mengikut arahan Pengetua. iii. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
iv. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. v.
Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua
dari masa ke masa.

12
6.7.3 Peranan Guru

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam organisasi kurikulum sekolah semasa
mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Guru merupakan
golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baharu (Amir Hassan Dawi 2006). Proses
pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi berpusat kepada
pelajar, kerana fokus utama dalam pendidikan adalah berpusatkan pelajar baik secara
individu atau kumpulan (Abu Bakar Nordin 2003). Profesion perguruan berkehendakkan
guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran serta
peka kepada organisasi kurikulum sekolah untuk menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

 Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam


proses pembelajaran.
 Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang bersikap positif, kreatif dan
inovatif.
 Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta
bersistematik.
 Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan
pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.
 Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi
dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
 Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap
pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
 Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang
peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.
 Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat
penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama
dalam satu pasukan.
 Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang
mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka
terhadap persekitaran luaran.
 Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional
berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

13
 Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri
(self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.
Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau
di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan
juga aktiviti-aktiviti sosial

6.8 Organisasi Kurikulum

Organisasi kurikulum sekolah boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada
murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Kurikulum juga
menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek,
rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah


menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung,
yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kurikulum sekolah rendah merangkumi
perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu
pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik
darjah( kokurikulum ) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang
dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah

6.9 Panitia Mata Pelajaran

Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan
pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan
kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan
mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan
semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid
sejajar. Fungsi dan peranan PMP dalam organisasi kurikulum sekolah rendah sejajar dengan
peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

14
 memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang
diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.
 memilih dan mencadangkan kepada Pentadbir buku teks untuk digunakan oleh murid
berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan
pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.
 memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan
dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-
murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.
 menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang
penggunaannya kepada pelajar.
 menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi
tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan. mengkaji dan menganalisis keputusan
peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan
penggal/semester) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan
murid-murid dan pengajaran guru
 merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid
darimasa ke semasa.

RUMUSAN

Pembangunan pendidikan memerlukan pentadbiran yang sistematik. Hal ini merupakan satu
kepastian. Pelbagai urusan memerlukan pelbagai badan pentadbiran yang mempunyai
struktur organisasi dan struktur kerja teratur. Namun, jika sistem dan organisasi sahaja yang
berkesan tetapi pengurusannya lemah, maka cita-cita negara dan perbelanjaan yang begitu
besar diperuntukkan oleh kerajaan akan hilang begitu sahaja. Oleh itu, untuk menzahirkan
wawasan pendiddikan negara, perlulah segenap pihak yang memikul tugas dan
tanggungjawab menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas. Mudah-mudahan dengan
terbentuknya sebuah organisasi yamg mantap dan teguh serta berkesan, maka wawasan dan
matlamat pendidikan dapat direalisasikan sepenuhnya.

15
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Hamdan (2011). Falsafah & Pemikiran Pendidikan.Universiti Teknologi


Malaysia, Johor Bharu
Abu Bakar & Ikhsan Othman. (2008) Falsafah Pendidikan dan Kurikulum (Edisi 2).
Quantum Books. Tanjong Malim.
Ahmad Kilani Mohamed (2003). Pengurusan Pendidikan di Sekolah. UTM Skudai.
Amir Hassan Dawi (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Quantum Books Tanjung
Malim, Perak.
Anon. https://www.moe.gov.my/korporat/carta-organisasi. (Muat turun pada 28/11/2019)
Daming, E.W. (1986). Out of the Crisis. Massachusetts: MIT Centre for Advance
Engineering Study.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Prosedur Operasi Standard (Sistem Pengurusan
Sekolah). versi 1.1. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Morphet, E., John, R., & Reller, T. (1982). Educational organisation administration.
London: Prentice-Hall International, Inc.
Mok Soon Sang (1992). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mohd Firdaus Haji Ahmad. (2012). Bidang Tugas Kakitangan Sekolah. Penerbit Eka
Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Petaling
Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari (1999). Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap). Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Sufean Hussin. (2004) Pendidikan di Malaysia - Sejarah, Sistem dan Falsafah. (Edisi Kedua
Cetakan Kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. (ed). 2005. Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan: Satu Ulasan ke
Arah Penambahbaikan. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Stevens, M.J. dan Campion, M.A. (1994). The Knowledge, Skill and Ability Requirements
for Teamwork: Implication for Human Resource. Journal of managemant vol 20, no
2. JAI Press Inc.

16

You might also like