You are on page 1of 25

Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

BAB 10

PENGENDALIAN BAHAN DAN PERALATAN SAINS

Bahan dan peralatan sains perlu dalam keadaan baik dan berfungsi supaya dapat
digunakan dan dikendalikan dengan cara yang betul oleh guru, kakitangan makmal dan
murid. Guru sains dan murid perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
mengendalikan bahan dan peralatan sains dengan betul supaya kerja amali dapat
dijalankan dengan sempurna dan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sains. Ini juga membolehkan murid menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif semasa kerja amali dijalankan serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

Kemahiran pengendalian bahan dan peralatan sains adalah dituntut dalam kurikulum
sains yang seprti yang dinyatakan dalam Kemahiran Saintifik. Kemahiran maniputif yang
merupakan sebahagian daripada kemahiran saintifik perlu kuasai oleh murid adalah seperti
berikut:

 Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains secara betul dan
sempurna.

 Membersihkan peralatan sains secara betul dan sempurna.

 Menyimpan peralatan sains secara betul dan selamat selepas digunakan.

 Mengendalikan spesimen secara betul dan sempurna.

 Memerhati, mengukur dan merekod secara betul dan sempurna.

Peralatan dan bahan sains yang biasa dikendalikan oleh murid semasa pengajaran
dan pembelajaran dalam makmal sains adalah seperti berikut:

 Alat kaca.

 Bahan kimia.

 Alat optik.

 Instrumen.

 Spesimen dan Bahan Biologi.

 Peralatan ICT

10.1 Pengendalian Alat Kaca

Kaca adalah sesuatu bahan yang digunakan secara luas di dalam pelbagai bidang.
Terdapat banyak peralatan diperbuat daripada kaca, antaranya peralatan kegunaan
harian/domestik, peralatan kegunaaan saintifik dan teknologi moden. Alat kaca
diperbuat daripada berbagai jenis kaca untuk kegunaan khusus di dalam bidang
saintifik terutama di dalam makmal sains.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│137


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Guru sains, kakitangan makmal dan murid harus mempunyai pengetahuan serta
kemahiran dalam menggunakan dan mengendalikan alatan kaca dengan selamat,
supaya aktiviti kerja amali dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan sempurna dan berkesan.

10.1.1 Jenis-Jenis Kaca

Kaca boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu kaca soda (soda-
lime glass), kaca borosilikat dan kaca khas (lead glass/special glass). Alatan
kaca yang terdapat di makmal kebanyakannya dihasilkan daripada kaca soda
dan kaca borosilikat. Setiap jenis kaca tersebut mempunyai ciri-ciri khusus
seperti dalam jadual di bawah:

Jadual 10.1: Jenis-jenis kaca

Jenis Kaca Ciri-Ciri

Kaca soda  Mempunyai warna yang cerah (hijau cerah).


(Soda-lime glass)  Keupayaan mengembang yang tinggi
(mengembang dengan cepat apabila
dipanaskan).
 Apabila dibakar akan mengeluarkan warna
merah pucat atau kekuningan.
Contoh: mentol, botol minuman, cermin
tingkap
Kaca borosilikat  Mempunyai warna agak gelap.
(Borosilicate glass)  Keras dan kuat (dinding tebal).
 Keupayaan mengembang yang rendah
(mengembang dengan lambat apabila
dipanaskan).
 Apabila dibakar, kaca borosilikat akan
mengeluarkan warna merah cerah.
 Tidak mudah pecah apabila dipanaskan dan
mengecut apabila disejukkan.
Contoh: bikar, kelalang kon, kondeser,
tabung uji, botol media
Kaca khas  Sesuai untuk cantuman diantara logam dan
(Lead glass/special kaca.
glass)  Digunakan dalam mentol telivisyen, lampu
flourescent.

10.1.2 Alatan Kaca Yang Biasa Digunakan Dalam Makmal Sains

 Pipet.
 Buret.
 Silinder bersenggat (silinder pengukur).
 Bikar.
 Kelalang volumetrik (kelalang isipadu).
 Kelalang kon.
138│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

 Botol kaca dan Botol reagen.


 Tabung uji.
 Tiub kaca dan Rod kaca.

10.1.2.1 Pipet

Pipet digunakan untuk memindahkan secara tepat sejumlah isipadu


yang tetap untuk sesuatu larutan dikeluarkan pada suhu tertentu.
Pipet boleh didapati dalam berbagai bentuk dan saiz seperti pada
Rajah 10.1.

Ada dua jenis pipet yang selalu digunakan di dalam makmal sains
iaitu pipet volumentrik dan pipet bersenggat. Pipet volumetrik
mempunyai tanda senggatan untuk menyukat dan mengeluarkan
isipadu tertentu dengan tepat dari 1 ml, 5 ml, 10 m, 25 ml, 50 ml dan
100 ml. Pipet bersenggat mempunyai senggatan pada batang
kacanya dan digunakan untuk mengeluarkan isipadu I.0 ml hingga
10.0 ml.

Pipet volumetrik Pipet bersenggat

Rajah 10.1: Beberapa jenis pipet

Teknik untuk mengguna pipet volumetrik

a. Basuh pipet dengan air paip dan kemudian bilas dengan air
suling diikuti dengan larutan yang hendak dipipetkan. Hembus
titisan air yang akhir dan keringkan pipet dengan kertas tisu
yang bersih.

b. Pastikan hujung pipet berada di bawah permukaan larutan


sebelum menyedut larutan kedalam pipet.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│139


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

c. Penuhkan pipet secara menyedut perlahan-lahan dengan mulut.


atau pengisi pipet sehingga ke paras tanda senggatan.

d. Jika pengisi pipet tidak di gunakan, tutup bahagian atas pipet


dengan jari telunjuk. Dengan cermat, kawal jari telunjuk seperti
Rajah 10.2 untuk melepaskan larutan perlahan-lahan daripada
pipet sehingga meniskus larutan berada selaras dengan paras
tanda senggatan.

Rajah 10.2: Teknik menggunakan pipet

e. Kemudian, larutan dalam pipet di pindahkan terus kedalam


kelalang kon.

f. Sentuhkan hujung pipet pada dasar kelalang kon yang


disendengkan supaya mana-mana titik larutan yang terlekat
pada hujung pipet ditanggalkan.

g. Sedikit larutan yang tertinggal dihujung bawah pipet hendaklah


dibuang.
(JANGAN HEMBUS PIPET UNTUK MASUKKAN LARUTAN
KE DALAM KELALANG KON)

Jika pengisi pipet jenis A seperti pada Rajah 10.3 digunakan,


rujuk kepada Rajah 10.4 untuk teknik menggunakannya.

Rajah 10.3: Pengisi pipet

140│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

a. Masukkan pipet ke b. Picit injab ‘A’ (aspirator)


dalam pengisi pipet. dengan ibu jari dan jari
telunjuk. Keluarkan udara
dengan sebelah tangan lagi.

c. Sedut larutan ke dalam pipet d. Untuk mengeluarkan titisan


dengan memicit injab ‘S’ larutan yang terlekat pada
(Suction/ penyedut) sehingga hujung pipet, tekan injap ‘E’
takat larutan yang diperlukan. (Expel).

Rajah 10. 4: Teknik menggunakan pengisi pipet ”A”

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│141


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Pipet yang telah diguna hendaklah dibasuh dengan segera. Jika


pipet berminyak, hendaklah direndam dengan detergen yang sesuai
dan bilas dengan air bersih. Pipet yang sudah dibersihkan boleh
dikeringkan di udara pada suhu bilik. Setelah dikeringkan pipet-
pipet boleh disimpan di atas rak pipet atau pun di dalam laci atau
kabinet untuk menggelakkan hujung bahagian bawah pipet daripada
sumbing/retak seperti Rajah 10.5.

Rajah 10.5: Penyimpanan Pipet Pada Rak Pipet

10.1.2.2 Buret

Buret merupakan suatu tiub kaca yang terturus liang serta


bersenggat dan mempunyai injap seperti Rajah 10.6. Buret
digunakan untuk mengukur dan mengeluarkan sebarang isipadu
larutan dengan tepat (ketepatan 0.1ml). Kegunaan utama buret
adalah untuk pentitratan. Terdapat pelbagai jenis buret yang
mempunyai muatan isipadu yang berlainan. Contoh muatannya 1
ml, 2 ml, 5 ml dan 10 ml. Makro buret pula mempunyai isipadu 25
ml, 50 ml, dan 100 ml.

Rajah 10.6: Pelbagai jenis buret

142│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Buret mempunyai injap untuk mengeluarkan larutan semasa


menjalankan kerja-kerja amali. Terdapat beberapa jenis injap pada
buret.

a. Pengapit Sepit (Klip Mohr)

Buret jenis ini digunakan bersama-sama dengan berbagai jenis


jet buret dan disambungkan dengan tiub getah kepada bahagian
bawah buret. Klip Mohr digunakan untuk mengawal pengaliran
isipadu seperti Rajah 10.7a.

b. Injap ’Stop-cock’

Terdapat dua jenis injap ’stopcock’ iaitu penutup-kaca (glass-


stopper) dan penutup TEFLON (sejenis plastic) seperti dalam
Rajah 10.7b. Buret jenis ini adalah lebih sesuai untuk kerja
analilis volumetrik. Penutup perlu disapu gris seperti vaselin
atau jeli petroleum untuk mengelakkan kebocoran dan
membolehkan penutup dipusing dengan licin. Jangan gunakan
terlalu banyak gris kerana ini akan menyumbat lubang di dalam
penutup dan juga bahagian jet buret.

c. Injap Sepit (Pinch valve)

Buret jenis ini mempunyai satu injap. Injap ini berfungsi apabila
ditekan bahagian tengahnya dengan jari. Ia diperbuat daripada
getah yang mempunyai lubang di kedua-dua hujung. Ia
disambungkan ke bahagian bawah buret dan juga jet buret.
Injap jenis ini sesuai serta mudah digunakan dan dapat
mengawal pengaliran isipadu larutan dengan lancar seperti
Rajah 10.7c.

Rajah 10.7a: Pengapit Sepit Rajah 10.7b: Injap ‘Stopcock”


(Klip Mohr)

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│143


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Rajah 10.7c: Injap Sepit (Pinch Valve)

Teknik untuk mengendalikan buret

a. Basuh buret dengan air paip dan kemudian bilas dengan air
suling diikuti dengan larutan yang akan diisikan.

b. Isikan buret dengan larutan sehingga melebihi 1cm hingga 2cm


daripada paras tanda maksima.

c. Pastikan buret diapitkan menegak pada kaki retort.

d. Pastikan bahagian jet buret dipenuhi dengan larutan sebelum


memulakan eksperimen. Ini dilakukan dengan membuka injap
buret dan membiarkan sedikit larutan mengalir keluar. Jika
terdapat gelembong udara di bahagian jet ketuk perlahan-lahan
untuk menghilangkannya.

e. Untuk mengeluarkan larutan dari buret, tangan kiri mesti


mengelilingi bahagian injap ’stopcock’ seolah-olah
mengenggamnya.

f. Pada masa yang sama ibu jari dan jari telunjuk dengan
sokongan jari tengah digunakan untuk memusing ’stopcock’
seperti Rajah 10.8.

Rajah 10.8: Teknik memegang dan memusing injap ’stopcock’.

144│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

a. Cara yang berkesan untuk membaca atau melihat meniskus


pada buret ialah paras mata bersamaan dengan tanda paras
larutan di dalam buret. Gunakan sekeping kertas putih yang
sebahagian digelapkan dilekat pada batang buret. Lekatkan
keping kertas ini dengan bahagian yang gelap di bawah paras
cecair dan yang terang di bahagian atasnya untuk melihat
meniskus dengan tepat seperti Rajah 10.9.

Rajah 10.9: Teknik membaca meniskus pada buret

Dalam proses titratan, asid biasanya dimasukkan ke dalam buret.


Jika larutan alkali perlu digunakan dan dimasukkan ke dalam buret,
maka buret tadi hendaklah dibasuh dengan larutan asid nitrik cair
dan bilas dengan air sebaik sahaja amali selesai untuk
mengelakkan alkali melekat pada kaca buret.

Mencuci Buret

a. Asingkan penutup kaca atau plastik serta tiub getah atau injap
getah dan juga jet kaca. Rendam di dalam detergen yang
sesuai dan bilas dengan air.

b. Cuci buret dengan detergen dan air. Guna berus pencuci buret
jika perlu.

c. Basuh buret dengan air paip dan pastikan tidak ada buih sabun
yang melekat pada sebelah dalam buret.

d. Bilas dengan air suling dan jemur di rak buret.

10.1.2.3 Silinder Bersenggat

Silinder bersenggat digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu


larutan yang tidak memerlukan kejituan yang tinggi dengan cepat.
Silinder bersenggat boleh didapati dengan saiz berbeza-beza iaitu
dari 2 ml hingga 2000 ml dan dalam bentuk plastic dan kaca. Rajah
10.10a dan 10.10b.

Permukaan larutan dalam silinder bersenggat sentiasa melengkung.


Bacaan isipadu larutan diambil pada aras bawah menikus. Pastikan
silinder bersenggat itu betul-betul tegak dan berada diatas
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│145
Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

permukaan rata. Kemahiran diperlukan untuk menganggar isipadu


yang tepat mengikut pemerhatian seperti Rajah 10.11.

Rajah 10.10(a): Rajah 10.10(b):

Silinder bersenggat kaca Silinder bersenggat plastik

Rajah 10.11: Cara membuat bacaan yang betul

10.1.2.4 Bikar

Bikar di dalam makmal terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk dari
5 ml hingga 5,000 ml. Kebanyakan makmal sains mempunyai bikar
saiz 50 ml, 100 ml, 250 ml, 600 ml, 1,000 ml dan 2,000 ml. Bikar
digunakan untuk membuat anggaran sesuatu nilai isipadu larutan
dengan berpandu kepada senggatan yang terdapat di luar dinding
radas seperti Rajah 10.12(a) dan 10.12(b).

146│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Rajah 10.12a: Bikar plastik Rajah 10.12b: Bikar kaca

Kegunaan Utama Bikar

a. Memindah larutan dari satu tempat ke tempat lain dengan


mudah melalui muncung bikar.

b. Memanas larutan dengan menutup bahagian atas dengan piring


kaca (watch glass) untuk menggelakkan larutan daripada
memercik.

c. Menimbang bahan kimia dan membuat larutan kimia.

10.1.2.5 Kelalang Volumetrik

Kelalang volumetrik digunakan dalam kerja analisis yang


memerlukan pengukuran isipadu larutan kejituan yang tinggi.
Terdapat pelbagai saiz kelalang volumetrik dari 25 ml hingga 5 liter
seperti Rajah 10.13.

Kelalang ini mempunyai bahagian bawah yang leper serta


mempunyai penutup kaca atau plastik. Kelalang volumetrik
digunakan untuk menyediakan sesuatu larutan dengan kepekatan
tertentu di mana isipadunya telah ditetapkan. Kelalang volumetrik
juga digunakan untuk mengisi isipadu larutan dengan tepat khasnya
dalam penyediaan larutan piawai.

Rajah 10.13: Kelalang Volumetrik

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│147


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Penyediaan larutan piawai menggunakan kelalang volumetrik

a. Bilas kelalang dengan air suling atau pelarut yang hendak


digunakan.

b. Bahan kimia yang telah ditimbang diisikan ke dalam bikar


kecil dan larutkan dengan air atau bahan pelarut.

c. Kacau perlahan-lahan dengan batang kaca. Bilas batang kaca


dengan air suling di dalam bikar dan keluarkan batang kaca.

d. Tuangkan larutan ke dalam kelalang volumetrik melalui corong


turas.

e. Bilas bikar dengan pelarut dan tuangkan ke dalam kelalang.

f. Bilas corong turas dengan pelarut.

g. Penuhkan kelalang sehingga hampir-hampir tanda paras


dengan menggunakan botol pembasuh (wash bottle).

h. Gunakan pipet penitis (pasteur pipette) untuk memenuhkan


larutan sehingga tanda paras.

i. Tutup kelalang dan goncang beberapa minit supaya larutan ini


sebati. Selepas digoncang larutan ini berada di bawah tanda
paras sebab sebahagian daripada larutan masih berada di
bahagian penutup dan sekeliling kelalang dalam bentuk lapisan
nipis. JANGAN tambah pelarut sebab isipdunya tidak berubah.

10.1.2.6 Kelalang Kon

Kelalang kon mempunyai pelbagai saiz dari 25 ml – 6 liter. Kelalang


kon mempunyai tanda senggatan yang hampir-hampir tepat.
Kelalang kon boleh didapati dalam bentuk kaca (seperti Rajah
10.14) dan plastik.

Kelalang kon digunakan untuk mengoncang larutan semasa


pentitratan serta boleh dijadikan bekas memanas dan menyimpan
larutan. Kelalang kon yang bertutup (screw cap) boleh digunakan
untuk mengering atau menyimpan ekstrak dan juga boleh
dipanaskan dalam autoklaf.

148│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Rajah 10.14: Kelalang kon pelbagai saiz.

10.1.2.7 Botol Kaca Dan Botol Reagent

Botol kaca boleh didapati dalam berbagai saiz dan bentuk dan
mempunyai isipadu dari 7ml hingga 2.5 liter. Terdapat botol yang
berwarna gelap dan botol yang tidak berwarna. Botol yang bewarna
gelap digunakan untuk menyimpan bahan-bahan kimia yang mudah
rosak jika terkena cahaya matahari berlebihan. Botol kaca yang
bermulut luas digunakan untuk menyimpan pepejal manakala yang
bermulut sempit sesuai digunakan untuk menyimpan larutan kimia.
Larutan mudah serta cepat dituang dengan menggunakan botol
bermulut sempit.

Selain daripada menyimpan larutan dan pepejal, botol kaca juga


boleh digunakan untuk menyimpan bahan-bahan specimen, larutan
kultur, larutan indickator dan pewarna seperti Rajah 10.15.

Rajah 10.15: Pelbagai jenis Botol Kaca

Penutup botol kaca pula dibuat daripada kaca, (ground glass joint)
dan penutup berbentuk skru boleh didapati dari jenis plastik,
politena dan bakelit.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│149


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

10.1.2.7.1 Teknik Mengendalikan Eksperimen Dengan


Menggunakan

Alatan Kaca

a. Menuangkan larutan dari botol reagen seperti


Rajah 10.16a dan Rajah 10.16b.

Botol bahan uji


Label

Rajah 10.16a: Kaedah membuka penutup botol reagen

Label

Penyumbat

Rajah 10.16b: Kaedah menuang larutan dari botol reagen

 Pastikan label botol reagen itu sama dengan


larutan bahan kimia yang diperlukan.

 Pegang botol dengan cermat dengan labelnya


mengarah kemuka kita.

 Pegang tabung uji dengan tangan sebelah lagi.


Tabung uji hendaklah dipegang dengan ibu jari,
jari telunjuk dan jari tengah.

150│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

 Tanggalkan penutup botol reagen dengan jari


kelengkeng dan pegang penutup botol dengan
jari kelengkeng dan tapak tangan. Jangan
letakkan penutup diatas meja.

 Baca label sekali lagi untuk memastikan larutan


yang hendak digunakan itu betul.

 Tuang larutan secara perlahan-lahan ke dalam


tabung uji dari tepi botol jauh dari label. Ini
dapat mengelakkan labelnya daripada menjadi
kotor.

 Biarkan larutan itu mengalir perlahan-lahan ke


dalam tabung uji sehingga cukup.

 Jangan sekali-kali menuangkan larutan yang


berlebihan ke dalam botol itu semula. Ini akan
mencemarkan seluruh larutan yang lain.

 Sumbatkan botol itu dengan penyumbatnya.

 Letakkan kembali botol itu di tempat asalnya.

b. Memanaskan larutan dalam tabung uji seperti


Rajah 10.17.

Rajah 10.17: Kaedah memanaskan


larutan dalam tabung uji

 Pegang tabung uji dengan pemegang tabung


uji.

 Panaskan tabung uji dalam bahagian nyalaan


biru penunu Bunsen.

 Jangan halakan mulut tabung uji ke arah


kawan.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│151


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

c. Menggunakan penitis memindahkan larutan seperti


Rajah 10.18.

Rajah 10.18 : Kaedah menggunakan


penitis

 Untuk memindahkan larutan dengan penitis,


alirkan larutan dalam penitis sepanjang tepi
tabung uji yang hendak diisikan.

d. Menyiring larutan menggunakan rod kaca

 Gunakan rod kaca untuk menyiring larutan


seperti Rajah 10.19.

Rajah 10.19: Kaedah menyiring larutan

e. Menggunakan botol pencuci

Rajah 10.20: Kaedah menggunakan


botol pencuci

152│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

 Pancutkan air dari botol pencuci ke dinding


bekas atau gunakan sebatang rod kaca seperti
Rajah 10.20.

10.1.2.8 Tabung Uji

Sejenis alat kaca yang selalu digunakan di makmal sains untuk


memerhati tindakbalas kimia. Tabung uji boleh didapati dalam
bentuk lurus atau berbingkai (rim) dan mempunyai dinding kaca
yang tebal dan nipis. Tabung uji boleh didapati dalam pelbagai saiz;
152 mm x 16 mm; 152 mm x 25 mm dan 203 mm x 32 mm.
Tabung uji bersaiz besar 203mm x 32mm dipanggil tabung didih.

Tabung uji hendaklah dicuci dengan segera selepas diguna.


Rendam dalam detergen dan gunakan berus tabung uji untuk
mencuci. Basuh dengan air dan bilas dengan air suling. Keringkan
diatas rak tabung uji seperti Rajah 10.21 atau di dalam ketuhar.

Rajah 10.21: Tabung uji dalam rak tabung uji

10.1.2.9 Tiub Dan Rod Kaca

Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk


bagi menggelakkan daripada melentur. Tuib kaca berlubang
hendaklah ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk
masuk. Kaca soda dan kaca borosilikat hendaklah diasingkan.

Pastikan tuib dan batang kaca yang sumbing dan boleh digunakan
lagi diperbaiki dengan cara digosokkan dengan kertas pasir atau
dipanaskan sampai hujungnya bulat dan licin.

10.1.3 Pembersihan Radas-Radas Kaca

Satu faktor yang penting dalam pengendalian alatan kaca adalah


kebersihan. Dalam semua aspek, radas mestilah bersih dari segi fizikal
dan kimia. Selepas diguna, basuh dan rendam dengan detergen yang tidak
pekat. Berikut adalah cara biasa untuk menanggalkan kotoran pada radas
kaca.

a. 1% larutan asid hidroklorik/1% larutan asid nitrik.


Kebanyakan radas kaca yang baru dibeli didapati sedikit beralkali.
Untuk mendapatkan keputusan analisis yang baik, radas-radas tersebut

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│153


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

perlu direndam ke dalam larutan 1% HCl atau 1% HN03 selama 1 - 3


jam. Basuh dengan air dan bilas dengan air suling.

b. 2% Teepol (Teepol ialah larutan sabun pekat tanpa pewarna dan


pewangi).

Rendam radas kaca dalam teepol atau bahan pencuci yang sesuai
selama 1 jam. Selepas itu gosok dengan berus dan bilas dengan air
paip.

Gunakan bahan pencuci (detergen) yang disyorkan oleh pembekal


barangan makmal. Jangan guna serbuk pencuci biasa kerana unsur-
unsur yang terdapat dalam bahan pencuci biasanya boleh melekat pada
radas kaca.

c. Asid Nitrik 2M

Kebanyakan kotoran radas kaca akan tertanggal apabila direndamkan


dalam asid nitrik selama 1-3 jam. Apabila kotoran dicampurkan dengan
asid nitrik, ia ditukarkan menjadi garam nitrat. Semua nitrat larut dalam
air dan kotoran akan tanggal. Basuh dengan air paip dan bilas dengan
air suling. Gunakan asid nitrik 4M sekiranya asid nitrik 2M kurang
berkesan.

d. Ammonium Sulfida 0.5M

Digunakan untuk mengeluarkan sulfur yang terlekat pada radas kaca.

e. 50% Asid Hidroklorik

Digunakan untuk menanggalkan karat besi yang terlekat pada radas


kaca. Karat besi berlaku apabila radas kaca yang basah bersentuhan
dengan besi atau mangan. Rendam rada kaca dalam larutan 50% HCL
dan bilas dengan air.

f. 10% Natrium Thiosulfat

Untuk menghilangkan pewarna iodin. Basuh dengan larutan tersebut


dan bilas dengan air.

(10gm Na2S203 dijadikan kepada 100ml larutan).

g. Natrium trifosfat

Tri sodium fosfat - 62 gm


Natrium oleat - 31 gm
Air - 600ml

Menghilangkan kotoran karbon dari radas kaca. Rendamkan radas-


radas kaca dalam larutan selama 10-15 minit, kemudian berus radas
tersebut dan bilas dengan air.

154│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

h. Ferus Sulfat

Untuk menghilangkan warna coklat yang tertinggal di dalam buret yang


digunakan untuk kalium permanganat. Isikan buret dengan larutan
ferus sulfat dan biarkan beberapa minit. Kemudian keluarkan larutan
dan bersihkan dengan air. Satu lagi cara untuk mengeluarkan kalium
permanganat yang terlekat pada alat kaca menggunakan:

Natrium sulfat - 20 gm
Asid sulfurik 2M - 100 ml

g. Asid Kromik

Untuk menanggalkan kekotoran yang degil, berminyak, bergris dan juga


pewarna yang mana tidak dapat dihilangkan dengan pembersih biasa.

 Asid kromik – larutan pencuci

Kalium dikromat - 100 gm


Air - 150 ml
Asid Sulfurik pekat - 1500 ml
(Rendaman biasa – 12 jam)

Cara penyediaan:

i. Larutkan kalium dikromat (bahaya kepada kulit) dengan air.

ii. Campur asid sulfurik pekat dengan berhati-hati. Kacau dengan rod
kaca.

iii. Simpan di dalam botol (jika perlu).

Atau

 Asid kromik – larutan pencuci (Alternatif)

Natrium dikromat atau


Kalium dikromat 20gm
Air – cukup untuk membuat adunan pekat
Sulfurik asid pekat (gred makmal) – 300ml

Cara penyediaan:

i. Larutkan natrium/kalium dikromat dengan air hingga menjadi


adunan yang pekat di dalam bikar kaca.

ii. Campur asid sulfurik pekat perlahan-lahan. Kacau dengan rod


kaca.

iii. Simpan didalam botol penutup kaca.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│155


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

Catatan :

a. Kebanyakan haba yang dikeluarkan dari larutan ini senang mercik.


Oleh itu dinasihatkan supaya memakai sarung tangan, cermin mata
dan pakaian makmal semasa menyediakannya. Sediakan dalam
kebuk wasap.

b. Asid kromik boleh digunakan berulang kali sehingga ia menjadi


kromium oksida dan bertukar warna hijau. Larutan yang berwarna
hijau hendaklah dibuang.

c. Selepas merendam radas-radas kaca di dalam asid kromik


hendaklah dibasuh dengan air sehingga bersih. Guna air paip yang
mengalir dan bilas dengan air suling.

Lain-lain Cara Mencuci

 Minyak dan Gris

Radas kaca berminyak boleh ditanggalkan dengan larutan detergen


suam.
Gosok dengan berus/sedikit habuk papan yang dicampur dengan
larutan detergen.

 Gris silikon pada radas kaca

Untuk menanggalkan gris tersebut, rendam alat kaca kedalam


larutan decahydronaphtalene (Decalin) yang suam selama dua jam.
Kemudian bilas dengan larutan aseton.

Atau

Rendam di dalam larutan asid sulfurik berwap (fuming acid sulphuric)


selama 30 minit.

Atau

Bilas alat kaca dengan paraffin atau pelarut hidrokarbon yang sesuai.
Kemudian rendam ke dalam larutan asid kromik yang suam.

Bilas alat kaca dengan paraffin atau hidrokarbon lain yang sesuai dan
cuci dengan larutan berikut:

NaOH - 10 gm
Borax - 5 gm
Air - 100 ml

Atau

Cuci alat kaca dalam larutan berikut:

50% KOH - 10-15ml


Methylated spirit - 100ml

156│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

10.1.4 Pengeringan Dan Penyimpanan Alatan Kaca

Alatan kaca yang telah dibersihkan hendaklah dikeringkan sebelum disimpan


atau di susun diatas rak-rak yang sesuai. Semua alat kaca yang telah basuh
boleh dikeringkan di udara pada suhu bilik. Alat kaca seperti bikar, tabung
uji, kelalang kon, piring petri dan botol reagen boleh dikeringkan di dalam
oven pada suhu bilik 600C – 900C. Untuk alat kaca seperti pipet dan buret
eloklah digunakan rak pengering seperti Rajah 10.22.

Rak Buret dan pipet Rak buret Rak pipet

Rajah 10.22: Alat penyimpanan dan pengering

Alat kaca yang isipadunya dipiawaikan atau alat-alat kaca bersenggat tidak
boleh dikeringkan di dalam ketuhar. Alat-alat kaca yang tidak boleh
dikeringkan di dalam oven ialah pipet, kelalang volumetrik, buret dan silinder
bersenggat.

Alat kaca yang telah dibasuh dan perlu digunakan segera, bolehlah dibilas
dengan larutan aseton. Gunakan alat penghembus udara panas (hair dryer)
untuk mengeringkan radas tersebut.

Alat kaca yang telah kering hendaklah disimpan untuk mengelakkan daripada
dihinggapi habuk atau debu. Radas kaca yang dicemari habuk boleh
menjejaskan kejituan sesuatu analisis. Radas kaca boleh disimpan di dalam
kabinet, laci atau rak yang sesuai mengikut jenis dan saiznya.

Alat kaca yang kecil seperti penyambung-penyambung kaca dan piring petri
sesuai disimpan di dalam laci berlabel. Radas kaca seperti buret, pipet dan
corong tisel lebih sesuai disimpan dalam keadaan menegak di rak khas
untuk menggelakkan kerosakan. Alatan ini perlu dilindungkan dengan kertas
plastik atau disimpan dalam almari berkaca untuk menggelak daripada
habuk.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│157


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

10.2 Pengendalian Bahan Kimia

10.2.1 Asid pekat

Ketika menyediakan larutan asid cair, anda perlu memasukkan asid kedalam
air suling dan BUKAN AIR KE DALAM ASID.

Semua asid pekat haruslah disimpan di dalam kebuk wasap. Jangan sekali-
kali mencampurkan asid sulfurik dengan air dalam silinder bersenggat kerana
haba yang terhasil daripada tindakbalas boleh memecahkan dasar silinder.

10.2.2 Bahan organik

Bahan kimia organik biasanya disimpan mengikut abjad di tempat yang


berasingan daripada bahan lain.

Semua bahan organik seperti metanol, etanol, propanol dan butanol


mempunyai takat didih yang rendah dan mudah meruap. Bahan-bahan ini
perlu disimpan ditempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Bekas mestilah ditutup rapi apabila tidak digunakan. Cara terbaik


menggendalikan cecair ialah dalam kebuk wasap.

10.2.3 Logam alkali (Natrium, lithium dan kalium)

Logam mesti sentiasa disimpan di dalam rendaman parafin. Logam akan


bertindak balas cergas dengan air. Logam mesti dipegang menggunakan
forcep.

10.2.4 Bahan kimia peka cahaya

Bahan seperti argentum nitrat hidrogen peroksida dan air bromin peka
kepada cahaya. Bahan-bahan ini mesti disimpan dalam botol gelap.

10.2.5 Format melabelkan botol reagen

Asid hidroklorik , HCl Nama bahan dan formula

2 mol dm-³ Kepekatan larutan

15/8/09 Tarikh penyediaan

158│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

10.2.6 Mengendalikan bahan kimia yang berbahaya

Rajah 10.23: Teknik yang betul bagi memindahkan bahan kimia pepejal

Bahan-bahan kimia disekitar bilik makmal mungkin mudah mengakis,


mudah meletup, mudah terbakar atau beracun. Kakitangan makmal dan
murid hendaklah memahami dan mengingati langkah-langkah keselamatan
supaya mengendalikannya dengan betul.

 Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan ambil


bahan kimia dengan jari anda sperti Rajah 10.23.

 Kebanyakan bahan kimia menghakis atau beracun. Oleh itu, jangan


merasa bahan kimia sama ada dengan lidah atau tangan anda. Jika
bahan kimia tersentuh kulit atau baju anda, basuh dengan segera
dengan menggunakan air yang banyak.

 Apabila membuat pemerhatian, lihat dari sisi bekas. Jangan membuat


pemerhatian dari bahagian dari atas bekas itu (contoh untuk tabung uji)
seperti Rajah 10.24.

 Pastikan mulut tabung uji tidak menuju sesiapa apabila memanaskan


larutan dalam tabung uji.

 Hidu bau gas dengan menggerakkan tangan anda di atas mulut tabung
uji seperti Rajah 10.25. Jangan hidu secara terus daripada tabung uji.

Rajah 10.24: Teknik memerhati bahan kimia Rajah 10.25: Teknik menghidu gas

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│159


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

 Cara mengeluarkan cecair dari botol adalah seperti berikut :

a. Keluarkan tuib kaca b. Biarkan titisan cecair c. Letak kembali tuib kaca
dengan jari anda yang dikehendaki itu di tempat asalnya.
masih pada tuib. mengalir ke bawah
Tutup botol dengan ke dalam tabung uji
penyumbat. itu.

 Cara memanaskan bahan kimia yang mudah terbakar adalah seperti


berikut:

Ingat! Cecair yang


mudah terbakar
seperti alcohol
tidak boleh
dipanaskan
secara terus

a. Panaskan air sehingga b. Tuangkan alkohol ke dalam sebuah


didih. Kemudian tabung uji dan masukkan tabung uji
padamkan penunu ke dalam bikar berisi air panas.
Bunsen Alkohol itu akan mendidih kerana
suhu didihnya lebih rendah daripada
air.

160│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 10 - Pengendalian Bahan Dan Peralatan Sains

10.3 Pengendalian Alatan Optik

10.3.1 Kanta Dan Prisma

Kanta dan prisma mudah terguris. Kanta dan prisma perlu dibersihkan
dengan kertas pembersih kanta (lens cleaning paper) dan disimpan di dalam
bekas kanta sesuai/kabinet kanta seperti Rajah 10.26.

Rajah 10.26: Kabinet Kanta

Rajah 10.27: Prisma dan kanta yang boleh di simpan dalam kabinet kanta

10.3.1 Mikroskop

Rajah 10.28: Bahagian-bahagian mikroskop dan fungsinya.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│161

You might also like