You are on page 1of 11

Aktiviti 1: Kerja dan Pemotongan Kaca

Pengenalan:
Terdapat dua jenis kaca utama, iaitu kaca soda-kapur dan kaca borosilikat. Kaca
soda-kapur diperbuat daripada memanaskan campuran soad (Na 2CO3), batu kapur
(CaCo3) dan silika (SiO2). Jenis kaca ini menjadi lembut apabila dipanaskan pada suhu
300-400oC dengan penunu bunsen. Kebanyakkan tiub kaca diperbuat daripada kaca
soda-kapur. Sifat itu membolehkan tiub kaca itu dibengkokkan.
Manakala kaca borosilikat pula diperbuat daripada memanaskan bahan silika,
boron oksida (BO) sedikit natrium oksida (NaO) dan aluminium oksida (AlO). Jenis kaca
ini tidak mudah menjadi lembut pada suhu yang kurang daripada 700 oC. Oleh itu,
barang yang diperbuat daripada kaca ini boleh tahan suhu yang sangat tinggi.
Dalam kerja kaca peringkat sekolah, alat dan bahan utama untuk memotong
kepingan kaca ialah pemotong kaca dan kikir segi tiga. Pemotong kaca mempunyai
bentuk kepala intan untuk memotong kaca dan gerigi dibahagian badannya untuk
memecahkn kaca.

Radas/ bahan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Pemotong kaca
Pembaris meter
Kikir segi tiga
Kertas pasir
Penunu bunsen
Kepingan kaca
Tiub kaca
Sarung tangan
Pelindung mata

Prosedur:

A) Memotong Kepingan Kaca


1. Kepingan kaca diletakkan di atas meja.
2. Dengan bantuan pembaris meter, pemotong kaca itu ditekan pada satu titik
permualaan dan ditarik menuju ke arah anda.
3. Kepingan kaca diletakkan pada garisan yang telah dibuat di atas sisi meja.
Sebelah tapak tangan diletakkan dengan kukuh pada kepingan kaca itu ke
bawah untuk memecahkan bahagian yang diingini.
4. Hujung kepingan kaca yang tajam itu digosokkan dengan keras pasir
B) Memotong Tiub atau Rod Kaca
1. Satu calar yang menegak dibuat di atas tiub kaca yang hendak dipotong
dengan kikir segi tiga. Basahkan calar tersebut untuk melemahkan kekuatan
kaca sebanyak 20% supaya senang untuk mematahkan rod kaca.
2. Rod kaca ditekan dengan menggunakan kedua-dua ibu jari bersebelahan
dengan garis gurisan. Sehelai kain boleh digunakan untuk melapik bahagian
calar demi melindungi jari daripada kecederaan.
3. Kaca dibengkokkan secara perlahan-lahan dalam arah yang menjauhi badan
sehingga rod kaca terputus.
4. Rod diputar dan dipanaskan dalam api penunu bunsen untuk dilicinkan.
C. Membuat tiub kapilari dan penitis
1. Tiub kaca dipotong dengan panjang 15cm.
2. Tengah tiub kaca dipanaskan sambil memusing sehingga kaca menjadi
lembut.
3. Sambil dipusing, tiub kaca ditarik ke arah luar sehingga membentuk kapilari di
tengah.
4. Tiub kaca ditarik sehingga bahagian tengah putus.
5. Hujung satu tiub kaca lagi dipanaskan untuk membentuk satu gelang tebal.
6. Bunting getah dipasang pada hujung tiub kaca yang tebal itu.
D. Membengkokkan Tiub Kaca
1. Tiub kaca dipanaskan di dalam api penunu bunsen sambil diputar-putar
secara terus-menerus.
2. Tiub dikeluarkan dari api dan dibengkokkan mengikut bentuk yang
dikehendaki.

Analisis dan Tafsiran Data

Bahan-bahan

yang

diperlukan

menjalankan aktiviti kerja kaca.

untuk

Pemotongan

kaca

dilakukan

dengan

menggunakan sarung tangan dan juga alat


pelindung mata untuk tujuan keselamatan.

Kepingan kaca diketuk menggunnakan


pemotong kaca untuk meretakkan garisan
yang dibina dan memisahkan kepingan
kaca tersebut.

Tiub kaca dipotong menggunakan alat


pemotong tiub. Tiub diputarkan pada mata
pemotong sehingga tiub terbahagi dua.

Lubang

penitis

dibuat

dengan

mematahkan sedikit hujung tiub yang


dipisahkan. Selepas itu, tiub diuji dengan

memasukkan air kedalam tiub tersebut.

Proses

pemanasan

yang

dilakukan

dengan menggunakan api berwarna biru.


Api berwarna biru adalah lebih panas dan
kurang atau tidak menghasilkan jelaga
berbanding api berwarna merah.

Langkah-lngkah keselamatan
Bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan kerja kaca. Beberapa langkah
keselamatan hendaklah dipatuhi. Antaranya adalah seperti yang berikut.
Pertama, semasa memotong kepingan kaca, sarung tangan hendaklah digunakan.
Sarung tangan dapat mengelakkan jari daripada terkena cebisan-cebisan kaca yang
terhasil semasa membuat garisan pada kepingan kaca. Manakala untuk mengelak
cebisan kaca tersebut daripada memasuki mata alat pelindung mata digunakan.
Kedua, tiub kaca hendaklah dipisahkan dengan cara menolaknya menjauhi badan
bagi mengelakkan cebisan-cebisan kaca daripada termasuk ke dalam mata dan
menyebabkan kecederaan berlaku. Cara ini juga dapat memudahkaan proses
memisahkan tiub kaca tersebut berbanding dengan menolak tiub kaca tersebut
mendekati badan.

Ketiga, meja hendaklah dipastikan bersih dan lapang daripada bahan-bahan lain
selain bahan-bahan kerja kaca bagi mengelakkan kecederaan dan kerja dapat
dilakukan dengan selesa.
Keempat, sekiranya aktiviti dilakukan oleh pelajar sekolah, aktiviti hendaklah
dilakukan dengan pengawasan guru. Tunjuk cara untuk membuat setiap kerja kaca
hendakla dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan pelajar mengetahui cara
melakukan kerja kaca dengan betul.

Perbincangan:
Semasa

menjalankan

aktiviti

kerja

kaca,

langkah-langkah

keselamatan

hendaklah dilaksanakan seperti yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan kecederaan


berlaku. Selain itu, adalah penting untuk mengetahui cara dan teknik yang betul untuk
menghasilkan kerja kaca tersebut. Oleh itu, saya dan beberapa rakan telah berjumpa
dengan pekerja makmal untuk mengetahui teknik dan langkah yang betul semasa
melakukan aktiviti kerja kaca kali ini.
Semasa melakukan kerja pemotongan, kepingan kaca haruslah dilakukan di atas
permukaan meja yang rata supaya garisan yang sempurna dapat dibina di atas
kepingan kaca tersebut. Permukaan meja yang tidak rata boleh menyebabkan garisan
yang dibuat tidak rata dan menyebabkan kaca akan pecah dengan tidak lurus. Oleh itu,
sebelum melakukan aktiviti memotong kaca, saya memastikan meja adalah rata dan
tiada bahan-bahan lain yang tedapat di bawah kepingan kaca yang hendak dipotong.

Semasa membuat garisan pada kepingan kaca pula, saya mendapati bahawa
jika saya mengenkan sedikit tenaga pada pemotong kaca, kerja pemotongan akan
mengambil masa yang lama. Manakala jika saya mengenakan kekuatan yang lebih
pada pemotong kaca di atas kepingan kaca tersebut, kepingan kaca terpecah lebih
awal secara tidak sama rata. Oleh itu, kekuatan yang sepatutnya hendaklah dikenakan
pada pemotong kaca di atas kepingan kaca tersebut.
Bilangan garisan yang dibina di sepanjang kepingan kaca juga haruslah sama
supaya kepingan kaca dapat pecah dengan sempurna. Saya mendapati bahawa
garisan hendaklah dimulakan dan diakhiri pada titik yang sama tanpa berhenti pada
mana-mana garisan semasa menarik pemotong kaca. Bilangan garisan dapat
membezakan kedalaman garisan yang dibina pada kepingan kaca tersebut. Jika
kedalaman garisan adalah berbeza, maka kepingan kaca akan menghasilakan retakkan
pada kepingan kaca tersebut.
Api penunu bunsen berwarna biru hendaklah digunakan untuk memanaskan tiub
kaca semasa membuat tiub kapilari dan penitis. Api penunu berwarna biru adalah
panas dan tidak menhasilakan jelaga berbanding api berwarna merah. Oleh itu, ia
dapat membantu untuk membina tiub kapilari dan penitis yang sempurna. Untuk
mendapatkan api berwarna biru, lubang udara pada penunu bunsun dibuka.
Tiub kaca hendakalah diputar-putar semasa dipanaskan supaya bahagian
tengah tiub kaca mendapat kepanasan yang sama rata di setiap bahagian untuk
memisahkan tiub kaca tersebut. Saya mendapati bahawa, tiub kaca tidak boleh ditarik
semasa ia diputar-putar kerana ia boleh menyebabkan lilitan terhasil pada kawasan
tengah tiub kaca tersebut. Tiub kaca hanya boleh ditarik selepas ia menjadi kawasan
tengahnya menjadi sangat lembut dan ditarik dengan cepat dan lurus ke arah yang
bertentangan. Untuk menguji penitis yang dihasilkan, saya telah mengisi air kedalam
tiub kaca tersebut. Penitis berjaya dihasilkan kerana dapat mengalirkan air pada lubang
penitis tersebut.

Semasa menjalankan aktiviti pemanansan tiub kaca juga, kipas aingin hendaklah
dimatikan untuk mengelak daripada api penunu bunsen daripada terpadam dan
menggangu proses pemanasn tiub kaca.

Kesimpulan:
Secara keseluruhannya kerja kaca yang dapat dilaksanakan dalam aktiviiti kali
ini ialah kerja yang melibatkan aktiviti pemotongan kepingan kaca, memotong tiub kaca,
membuat penitis dan tiub kapilari dan membengkokkan tiub kaca. Langkah-langkah
keselamatan dan juga teknik yang betul untuk melakukan kerja kaca ini perlu untuk
menghasilkan kerja kaca yang sempurna.

Rujukan:

Poh Swee Hiang. (1997). PEDAGOGOAINS 4: PENGURUSAN MAKMAL DAN


SUMBER SAINS. :Kumpulan budiaman Sdn Bhd.

Refleksi:
Aktiviti kali ini ialah mengenai kerja kaca. Antara aktiviti dalam kerja kaca ialah
memotong kepingan kaca, memotong tiub kaca, membuat penitis dan tiub kapilari dan
membengkokkan tiub kaca. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan iaitu 4 atau 5
orang satu kumpulan. Bahan-bahan diagihkan di setiap meja mengikut kumpulan
masing-masing. Sebelum melakukan aktiviti kerja kaca, kumpulan saya telah
menunjukkan demonstrasi untuk melakukan setiap aktiviti yang telah kami pelajari
daripada pembantu makmal. Kumpulan lain memerhatikan aktiviti tersebut, dan
melakukannya selepas demonstrasi dibuat di meja kumpulan masing-masing. Aktiviti ini
dijalankan dengan pantauan daripada pensyarah. Setip kumpulan juga mengambil
berabapa keping gambar sebagai bahan bukti kerja kaca dilakukan. Beberapa

persoalan mengenai aktiviti kerja kaca kemudian dibincangkan selepas kesemua aktiviti
kerja kaca dilakukan. Kemudian meja makmal yang digunakan dikemas. Peralantan
dan bahan-bahan kerja kaca pula dikumpul untuk diasingkan dan disimpan semula oleh
pembantu makmal.
Saya mendapati bahawa aktiviti kali ini memberikan saya pengalaman yang baru
mengenai kerja kaca. Saya berpeluang dan berasa seronak kerana dapat mempelajari
dan melakukan semua aktiviti kerja kaca. Semua peralatan dan bahan yang diperlukan
untuk melakukan aktiviti kerja kaca juga cukup, berfungsi dan dapat disediakan oleh
pembantu makmal. Selain itu, tiada kecederaan yang berlaku semasa aktiviti
dijalankan. Setiap ahli kumpulan juga berpeluang untuk melakukan semua aktiviti yang
telah dirancang.
Satu aktiviti kerja kaca tidak dapat dilakukan iaitu aktiviti meniup kaca kerana
aktiviti ini memerlukan kemahiran dan teknik yang betul. Semasa meminta penolong
makmal melakukan aktiviti tersebut, dan mencubanya kami mendapati bahawa kami
tidak dapat melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu, kami tidak dapat menunjukkan aktiviti
tersebut kepada rakan yang lain dan hanya memberikan penerangan bagaimana untuk
melakukan aktiviti tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mencadangkan
pelatih boleh meminta bantuan daripada pembantu makmal untuk membuat
demonstrasi melakukan aktiviti meniup kaca kepada rakan yang lain.

You might also like