You are on page 1of 10

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

PK01/3

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG PAMOL
TAHUN 2022

1.0 NAMA PROGRAM


Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-37 Tahun 2022.

2.0 TARIKH
21 Julai 2022

3.0 HARI / MASA


Khamis (7.30 pagi – 12.30 tgh)

4.0 TEMPAT
Padang SJK(T) Ladang Pamol.

5.0 OBJEKTIF
Antara objektif penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan :
5.1 Mengukuhkan kerjasama yang erat dalam kalangan warga sekolah dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti.
5.2 Memberi pendedahan kepada warga sekolah dalam merancang, mengelola dan
melaksanakan aktiviti sukan sekolah secara bersistematik.
5.3 Memberi kesedaran kepada masyarakat khasnya ibu bapa tentang kepentingan
kegiatan kokurikulum.
5.4 Mencungkil serta melahirkan bakat-bakat baru dalam kalangan murid sekolah.
5.5 Membentuk generasi yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
bekerjasama, berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan.

6.0 SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

1
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

7.0 BUTIRAN AKTIVITI


Sebelum hari kejohanan sukan dijalankan, kejohanan merentas desa dan sukantara
telah dijalankan bagi mengumpul markah untuk setiap rumah sukan. Markah yang
dikutip semasa kejohanan merentas desa dan sukantara ini akan dicampurkan dengan
markah semasa hari kejohanan sukan sebenar. Acara akhir kategori padang iaitu
lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru telah dijalankan lebih awal sewaktu
sukantara dijalankan. Manakala acara sukantara mengikut rumah sukan dijalankan
pada hari kejohanan sukan.
Guru-guru mula mengambil kehadiran murid-murid bermula pukul 7.30 pagi.
Disamping itu, persiapan murid untuk perbarisan turut dilakukan sebelum acara
perbarisan bermula. Ibu bapa murid dan tetamu jemputan mula memenuhi khemah
pada pukul 8.00 pagi untuk sama-sama memeriahkan kejohanan sukan yang diadakan
ini. Sebaik sahaja Pengurus Kilang Ladang Pamol En.Rajan Sinnatambi tiba pada
pukul 8.15 pagi, semua peserta mengambil tempat masing-masing dan perbarisan
lintas hormat dimulakan dengan diketuai oleh ketua kontinjen kejohanan adik
R.Thuruvan dan diikuti oleh pasukan-pasukan bagi setiap rumah sukan.
Selesai perbarisan, seorang murid telah mengetuai bacaan doa. Kemudian,
semua yang hadir sama-sama menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku
dengan penuh semangat. Para peserta kejohanan bersama-sama melaungkan ikrar
kejohanan dengan penuh semangat diketuai oleh ketua kontinjen kejohanan. Selesai
melaungkan ikrar kejohanan, upacara diteruskan dengan Ucapan Guru Besar
Pn.Jothilecheme. Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Pengurus Kilang.
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh beliau sebaik selesai menyempurnakan
gimik perasmian. Selesai ucapan perasmian, perbarisan keluar pasukan rumah sukan
dijalankan bagi meneruskan acara yang seterusnya.
Acara diteruskan dengan para pegawai sukan mengambil tempat masing-
masing sebaik selesai perbarisan keluar pasukan rumah sukan. Tepat jam 9.00 pagi,
acara sukan dimulakan. Acara sukan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bagi murid
Tahap 1 dan murid Tahap 2. Antara acara sukan yang dijalankan ialah Bola Gergasi,
Larian Berhalangan dan Imbangan Bola bagi murid Tahap 1 manakala acara sukan
Masuk Gelung,Larian halangan dan Tarik Tali dijalankan bagi murid Tahap 2.
Walaupun cuaca semakin panas, semangat kesukanan masih jelas kelihatan. Riuh
rendah kedengaran sorakan untuk peserta yang mengambil bahagian mewakili rumah

2
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

sukan masing-masing. Semangat kesukanan jelas kelihatan dalam kalangan murid


malahan ibu bapa juga turut bersemangat.
Acara bagi ibu dan bapa dijalankan selepas acara sukan. Acara ini mendapat
penyertaan yang memberangsangkan daripada pihak ibu dan bapa murid.
Selesai semua acara, majlis penutupan dan penyampaian hadiah
dilangsungkan dengan meriah. Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara
padang, acara sukan, acara ibu bapa dan acara guru. Hadiah disampaikan oleh YDP
PIBG,AJK PIBG, tetamu jemputan dan para guru. Cenderamata turut diberikan
kepada pihak-pihak luar yang sama-sama memberikan sokongan dalam memastikan
kejayaan penganjuran kejohanan sukan kali ini. Sorakan daripada penyokong rumah-
rumah sukan membuktikan kejayaan dan kemeriahan Kejohanan Sukan Tahunan Kali
Ke-37 ini.
Secara keseluruhannya, rumah Hijau telah dinobatkan sebagai johan
keseluruhan mengumpul markah tertinggi, Rumah merah dinobatkan sebagai naib
johan dan rumah Biru menduduki tempat ketiga. Tahniah diucapkan.

8.0 PENILAIAN PROGRAM

8.1 Kekuatan Program


 Kerjasama yang kuat daripada semua pihak telah memastikan kejayaan
pengelolaan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah pada kali ini.
 Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing.
 Berjaya mengeratkan hubungan antara semua guru sepanjang program ini
berlangsung.
 Murid-murid juga begitu bersemangat sepanjang aktiviti permainan
dijalankan.
 Melahirkan murid yang berani menghadapi cabaran dan berusaha untuk
mendapatkan sesuatu tanpa mudah putus asa.
 Murid melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dijalankan.
Setiap murid melakukan aktiviti yang disertai dengan bersungguh-sungguh
untuk mencapai kemenangan.
 Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah melalui
penyertaan ibu bapa dalam acara sukan yang dianjurkan.

3
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

 Murid-murid diberi pendedahan untuk mencuba acara olahraga balapan dan


padang dan juga meningkatkan semangat kesukanan dan daya saing yang
tinggi dalam diri murid.
 Murid berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka manakala guru dapat
mencungkil bakat murid terutama dalam bidang sukan olahraga lantas
melatih murid untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

8.2 Kelemahan Program


 Kekangan masa untuk melakukan persiapan lebih awal kerana terdapat
program-program sekolah yang lain.
 Perbarisan dan kawad kaki yang dilakukan oleh murid agak tidak tersusun
disebabkan oleh kurangnya latihan perbarisan dan kawad kaki yang
diadakan sebelum hari kejohanan sebenar dijalankan.
8.3 Cadangan Penambahbaikan
 Persiapan dan persediaan awal hendaklah dilakukan oleh jawatankuasa
kerja program pada masa akan datang bagi mengelakkan kekangan masa
dan pertindihan dengan program-program sekolah yang lain bagi
memastikan kelancaran aktiviti dengan menyediakan senarai semak sebagai
panduan.
 Pengelola kejohanan perlu menambah jumlah pegawai pertandingan agar
acara yang dipertandingkan dapat berjalan dengan lebih lancar selain
memastikan agar keputusan yang dibuat tidak meragukan dan boleh
dipersoalkan oleh peserta-peserta yang bertanding.

4
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

9.0 SENARAI KEPUTUSAN ACARA PERTANDINGAN

Lontar Peluru (L)


Nama Kedudukan Rumah Sukan
R.Turuvan Johan Hijau
M.Shasvin Naib Johan Merah
S.Tharaan Ketiga Biru

Lontar Peluru (P)


Nama Kedudukan Rumah Sukan
T.Mathana Sri Johan Hijau
K.Yashini Naib Johan Merah
M.Thaniya Ketiga Merah

Lompat Jauh (L)


Nama Kedudukan Rumah Sukan
B.Logenthiran Johan Merah
R.Thuruvan Naib Johan Hijau
M.Shasvin Ketiga Merah

Lompat Jauh (P)


Nama Kedudukan Rumah Sukan
T.Mathana Sri Johan Hijau
S.Taanusiya Naib Johan Hijau
M.Thaniya Ketiga Merah

Lompat Tinggi (L)


Nama Kedudukan Rumah Sukan
R.Thuruvan Johan Hijau
M.Shasvin Naib Johan Merah

5
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

N.Thinagaran Ketiga Hijau

Lompat Tinggi (P)


Nama Kedudukan Rumah Sukan
T.Mathana Sri Johan Hijau
K.Yashini Naib Johan Merah
N.Shangkari Ketiga Merah

Bola Gergasi (Tahap 1)


Kedudukan Rumah Sukan
Johan Hijau
Naib Johan Biru
Ketiga Merah

Imbangan Bola (Tahap 1)


Kedudukan Rumah Sukan
Johan Merah
Naib Johan Hijau
Ketiga Biru

Larian Berhalangan (Tahap 1)


Kedudukan Rumah Sukan
Johan Biru
Naib Johan Hijau
Ketiga Merah

Larian halangan (Tahap 2)


Kedudukan Rumah Sukan
Johan Hijau
Naib Johan Merah
Ketiga Biru

6
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

Masuk Gelung (Tahap 2)


Kedudukan Rumah Sukan
Johan Merah
Naib Johan Biru
Ketiga Hijau

Tarik Tali (Tahap 2)


Kedudukan Rumah Sukan
Johan Biru
Naib Johan Hijau
Ketiga Merah

Kedudukan Keseluruhan Rumah Sukan


Rumah Sukan Kedudukan Markah Keseluruhan
Hijau Johan 365
Merah Naib Johan 335
Biru Ketiga 200

7
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

7.0 DOKUMENTASI BERGAMBAR

1.Acara lompat tinggi 2. Acara lompat jauh

3.Acara Lontar Peluru 4. Acara Tarik Tali

5. Pasukan Rumah Biru Tempat ketiga

8
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

6. Pasukan Rumah Hijau Naib Johan 7. Pasukan Rumah Merah Johan

8. Acara kanak-kanak 9. Acara Jemputan

9 10 : Perbarisan

Gambar 5 : Gimik perasmian.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-37 2022

11.Ucapan aluan GB 12. Acara larian – 100meter

13. Acara kumpulan – LARIAN HALANGAN

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

......................….......... ........................................
( EN.S.BERAPU)
SETIAUSAHA SUKAN
SJK(T) LADANG PAMOL

10

You might also like