You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SAHSIAH DIRI - ’HARAPAN KASIH’


SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH LIAT,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

1.0 Pengenalan

Program Sahsiah Diri -`Harapan Kasih’ ini merupakan satu pendekatan dalam
bimbingan dan kaunseling yang boleh digunakan untuk memberi pendedahan terancang
ke arah pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri, nilai-nilai murni, perkembangan
potensi dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
bertanggungjawab dan beradab.

3.0 Matlamat

Program ini diadakan bermatlamatkan supaya murid-murid tahun 4 Sekolah


Kebangsaan Tanah Liat lebih memahami diri masing-masing serta dapat membentuk
sahsiah yang lebih baik dari segi menghormati orang yang lebih tua termasuk ibu bapa
dan juga guru-guru disamping mengamalkan sikap yang positif.

4.0 Objektif

Antara objektif yang hendak dicapai ialah untuk:

4.1. meningkatkan sahsiah diri


4.2. memahami nilai diri sendiri dan orang lain
4.3. membina sikap yang positif
4.4. membuat pendedahan-kendiri yang sesuai
4.5. mengenal pasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan

5.0. Sasaran

Semua murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tanah Liat.

Jumlah : 190 orang (L : 91 P : 99)


6.0 Pengisian Program

Masa Aturcara

7.45 pagi – 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 pagi -10.00 pagi Ice-Breaking

10.15 pagi Rehat/ Kudapan

10.30 pagi -1.00 tengahari Ceramah : Adab


Oleh : Penceramah Jemputan
1.00 tengahari – 2.00 petang Rehat / Rehat
Solat Zuhur
2.00 petang - 4.00 petang LDK
4.00 petang Bersurai

7.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan Program

16 Julai 2009

8.0 Tempat

Dewan Keris Mas, Sek. Keb. Tanah Liat

9.0 Jawatankuasa Pengelola

Penasihat : En. Mohd Zakaria bin Tajol Ariffin


Pengerusi : Pn. Barakat Bibi bt Ibrahim
Setiausaha 1 : Pn. Nor’ Aini bt Bidin
Setiausaha : Cik Nor Wani bt Abdul Rahim
Penyelaras 1 : Pn. Maizun bt Harun
Penyelaras 2 : En. Abdul Karim b Abdullah
AJK : En. Yusoff bin Mat
En Wan Asri bin Wan Abdullah
Pn. Zainah bt Mohamad
Pn. Rodziah bt Haji Abd Latif
Cik Maisarah bt. Azmi
10.0 Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA BUTIR AMAUN

1 Cenderahati Penceramah RM 200.00

2 Peralatan/ Bahan LDK RM 200.00

3 Makan/Minum RM 6 x 190 murid RM 1140.00

Jumlah RM 1540.00

11.0 Penutup

Semoga program ini memberikan banyak input dan kesedaran kepada murid-murid
agar lebih beradab di dalam kehidupan dan pembangunan mereka terutama adab
kepada ibubapa dan juga guru-guru. Di samping itu, program ini juga diharapkan
dapat membina sifat kendiri yang positif dalam diri murid-murid serta dapat
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian untuk menuntut sahsiah
yang murni dan terpuji.

Disediakan oleh,

(NOR’ AINI BINTI BIDIN) (NOR WANI BINTI ABDUL RAHIM)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sek.Keb.Tanah Liat Sek.Keb.Tanah Liat

Diluluskan oleh,

(MOHD ZAKARIA BIN TAJOL ARIFFIN)


Guru Besar
Sek.Keb.Tanah Liat
PROGRAM SAHSIAH DIRI TAHUN 4

SEK.KEB.TANAH LIAT
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG

HARAPA
N KASIH
TARIKH : 16 JULAI 2009
MASA : 7.45 pagi hingga 4.00 ptg
TEMPAT : Dewan Keris Mas, SKTL
SASARAN : Murid-murid Tahun 4
Tema : Sahsiah Diri

Anjuran:
Unit Bimbingan dan Kaunseling

You might also like