You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR


PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)

LAPORAN AKTIVITI

MAKLUMAT AKTIVITI
TARIKH / HARI 25/10/2020 (ISNIN)
MASA 2.30 PETANG – 4.30 PETANG
KEHADIRAN PELAJAR 93/93 orang
TIDAK HADIR TIADA
AKTIVITI HARI 2 / SLOT 5
TAJUK CERAMAH TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN
PEGAWAI (PENGURUSAN INTEGRITI,
KESELAMATAN DAN RASUAH)
NAMA PENCERAMAH Dr Zairi bin Husain
LAPORAN AKTIVITI

Aktiviti dalam Slot 3 bermula dengan kehadiran para urus setia, para peserta, para
pemantau dan seterusnya penceramah. Setelah itu, slot diteruskan lagi dengan kata
aluan oleh pengacara majlis iaitu saudari Dayana Amirah bin Jeffry. Sebaik sahaja
selesai kata laluan, wakil kumpulan bertugas iaitu saudara Mir Ahmad Fadzley
memimpin bacaan doa. Pada pukul 02:30 petang, sesi ceramah untuk Slot 5 telah
bermula. Slot 5 yang disampaikan oleh Dr Zairi bin Husain (Ketua Jabatan Hal Ehwal
Pelajar IPGK Temenggong Ibrahim) memberi fokus terhadap tanggungjawab dan
peranan pegawai yang berfokuskan pengurusan integriti, keselamatan dan rasuah.
Sepanjang slot tersebut berlangsung, penceramah telah mengimplementasikan
pendekatan yang amat menarik untuk membolehkan para peserta memahami perkara
penting dalam slot tersebut. Slot 5 berakhir pada pukul 4.40 petang teranjak 10 minit
lewat kerana sedikit kekangan talian internet penceramah.
PENGISIAN CERAMAH
1. Para peserta didedahkan dengan maklumat mengenai pengurusan integriti
keselamatan dan rasuah. Perbincangan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu isu
integriti, isu keselamatan dan isu rasuah.
2. Soalan pendek diberikan kepada para peserta di akhir setiap topik dibentangkan. Para
peserta juga mengajukan soalan kepada penceramah untuk mendapatkan penerangan
yang lebih jelas mengenai topik ini.
3. Slot 5 diakhiri dengan sesi soal jawab antara para peserta dengan penceramah. Para
peserta memberi respon yang baik dan dapat menjawab di dalam masa yang
ditetapkan oleh penceramah. Di antara soalan yang ditanya ialah :
a) Apakah logo yang berada pada setiap baju uniform anggota polis?
b) Adakah dibolehkan bagi seorang guru menerima hadiah daripada murid atau ibu
bapa murid?
c) Apakah perkara besar yang terjadi dalam Malaysia pada tahun 1998 yang
mengubah landskap politik negara sehingga hari ini?

GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN :

You might also like