You are on page 1of 3

April, 2008.

Ketua Polis Daerah


Ibu Pejabat Polis Daerah
Daerah Shah Alam
Seksyen 11 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
U/P: Bhg. Perlesenan

Tuan,

Per : Permohonan Permit Impot

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk untuk makluman dan
pertimbangan pihak tuan.

Kami ingin memohon untuk mengimpot peluru-peluru untuk keperluan jualan disyarikat
kami oleh kerana tidak mendapat bekalan yang mencukupi dari syarikat pengilang
tempatan bagi menampung permintaan pengguna. Kami telah memesan beberapa kali
setiap bulan untuk mendapatkan bekalan jualan kepada pelanggan-pelanggan kami
tetapi pengilang tempatan tidak dapat memenuhi permintaan kami . Justeru kami
merasakan perlu untuk mengimpot peluru 12 bore demi memenuhi keperluan syarikat
syarikat keselamatan, penguatkuasa-penguatkuasa dan persatuan-persatuan menembak.
Kedudukan stok peluru kritikal dan mereka terpaksa menggunakan peluru-peluru lama
untuk tugasan harian. Latihan yang dijadualkan terpaksa dibatalkan oleh kerana ketiadaan
peluru tersebut. Oleh yang demikian kami ingin memohon untuk mengimpot peluru-
peluru seperti berikut;

No. Jenis Peluru Jumlah

1 – Shotgun 12 Bore / Gauge 500,000 Butir


2 – Rifle 500,000 Butir
3 – Revolver 200,000 Butir
4 – Pistol 200,000 Butir
5 – Blank / Kapur 50,000 Butir
6 – Air Gun Pellet 200,000 Butir
Peluru-peluru tersebut akan dibawa masuk dari Eropah, Amerika Syarikat, Rusia, Filipina
dan Singapura melalui jalan laut di Pelabuhan Kelang dan melalui jalan udara di KLIA,
Sepang.

Kami lampirkan di sini salinan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan
Industri Malaysia , salinan lesen perniagaan dan borang polis 128 untuk rujukan dan
makluman pihak tuan. Pihak kami juga berharap agar permohonan kami ini mendapat
pertimbangan dan seterusnya kelulusan dari pihak tuan.

Didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian harap maklum.

Yang benar
AWIN ARMS SDN. BHD.

Dato’ Hj. Mohd. Nordin Idris


Pengerusi Eksekutif
Lampiran “A”

PELURU

1 – 12 BORE / GAUGE 500,000 RDS.


2 – RIFLE 500,000 RDS.
3 – REVOLVER 200,000 RDS.
4 – PISTOL 200,000 RDS.
5 – BLANK 50,000 RDS.
6 – AIR PELLET 200,000 RDS.

You might also like