You are on page 1of 3

HANANI BT SHARMIJASDY

1221848

ETIKA DAN PERADABAN

BAHAGIAN 1

Peradaban merupakan pinjaman Bahasa arab daripada kata adab. Peradaban dapat diertikan kepada
keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju dari segi rohani dan jasmani. Menurut Syed
Muhammad al-Naquib al-Attas, peradaban bermaksud kehidupan insan yang bermasyarakat. Ibn Khaldun
pula menggunakan istilah umran dan hadarah bagi menerangkan maksud peradaban. Pada abad ke 19
masihi, perkataan umran & hadarah diertikan dengan civilization. Istilah civilization dapat dilihat
hubungannya dengan kewarganegaraan kerana diambil daripada perkataan civitas dalam bahasa latin
atau civic yang beerti kehidupan di bandar. Istilah peradaban, tamadun, cizilization dikaitkan dengan
perkembangan kebudayaan manusia. Edward Tylor berpandangan bahawa culture atau civilization
merupakan sesuatu keseluruhan yang kompleks meliputi pengetahuan yang dicapai oleh anggota
masyarakat. Dalam Bahasa melayu, istilah tamadun murujuk kepada peradaban dan kebudayaan. Istilah
peradaban pula lebih bersifat pemikiran, manakala tamadun lebih bersifat sejarah dan pembangunan
fizikal. Sebelum pembentukan Malaysia, Kawasan alam melayu melalui sejarah peradaban yang panjang.
Dengan itu, wujud peradaban pribumi di alam melayu iaitu pada zaman pruto, contohnya kewujudan
kerajaan seperti Langkasuka. Peradaban yang bermula di Melaka telah berkembang serta mengunakkan
Bahasa rumpun melayu Indonesia. Kedatangan pendakwah asing serta pendatang asing telah
memperkukuh dan memperkayakan lagi peradaban melayu. peradaban barat berpengaruh terhadap
sistem kehidupan. Setelah kemerdekaan, peradaban Malaysia banyak mempengaruhi warisan inggeris.
Sebagai ulasannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran
daripada luar. Proses ini berterusa di Tanah Melayu. disebabkan itu, wujud masyarakat berbilang kaum,
ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar
BAHAGIAN 2

Etika dan peradaban penting bagi sesebuah masyarakat yang berperadaban tinggi. Istilah etika ialah
kebiasaan, serta cabang bagi ilmu falsafah. Moral pula ialah perlakuan yang menjadi kebiasaan serta
dipersetujui dan diterima oleh kumpulan manusia. Akhlak beerti budi pekerti. Imam al-Ghazalī
menyatakan, akhlak ialah perbuatan yang lahir secara spontan terbentuk dari kebiasaan. Akan tetapi,
etika, moral dan akhlak sangat berbeza dari segi maksudnya. Ilmu etika ini berkembang luas sejak awal
zaman Grid lagi, sehingga menjadi bahan perbahasan. Perkembangan ilmu etika ini telah melewati zaman
Remezon dan tidak pernah luput sehingga ke era pasca moden pada hari ini. Etika juga meliputi pelbagai
aspek, antaranya politik dan sosial. Adab pula dikaitkan dengan budi pekerti, sesuai dengan nilai agama
islam. Istilah adab merupakan pinjaman Bahasa arab iaitu kebiasaan juga masyarakat melayu islam
memberi keutamaan terhadap adab. Istiadat merupakan peraturan atau cara yang dapat diterima oleh
masyarakat, serta memiliki hubungan yang rapat antara adab dan istiadat. Adab, adat dan istiadat banyak
dipengaruhi oleh masyarakat islam serta bukan islam. Semasa zaman kolonial, terjadi pemisahan agama
dan politik, islam juga hilang peradaban. Selepas era 1970-an, kerajaan Malaysia mula mengarus
perdanakan islam disamping ilmu kolonial. Keajaibannya, Malaysia masih menggunakan adat sehingga
kini. Akan tetapi, terdapat cabaran yang dihadapi iaitu globalisasi dan pembaratan yang mengakis sistem
nilai tersebut. Akhir sekali, masyarakat perlu mewujudkan penghayatan dalam peradaban ini, kerana
penting bagi mengelakkan boleh menyebabkan masalah yang lebih meruncing dan mengancam
peradaban manusia.

BAHAGIAN 3

Susur masa, etika dan peradaban mempunyai tiga tingkat. Antaranya prakolonial, kolonial serta
pascakolonial. Prakolonial adalah pemerintahan tradisional, raja-raja serta sultan. Zaman ini belum
dikenali sebagai Malaysia dan belum dijajah. Etika telah dijelma dalam tingkah laku dalam kehidupan
seharian. Adab juga pada zaman ini terbahagi kepada dua iaitu adat resam dan adat istiadat. kolonial pula
zaman negara yang telah dijajah dan menggunakan pemerintahan Eropah. zaman pascakolonial ialah
zaman selepas kemerdekaan. Susur masa dan etika ini juga dilakukan di negara lain, terutamanya negara
Malaysia. Setiap era prakolonial, kolonial serta pascakolonial mempunyai ciri-ciri tersendiri yang
mempengaruhi penghayatan etika dan peradaban. Pengertian dan kefahaman mengenai etika sudah
diertikan pada zaman kolonial, akan tetapi telah diperkenalkan istilah etika selapas zaman penjajahan dan
pendatang eropah. Yang digunakan dari barat berasal dari Gred dan romawi serta konsep peradaban. Jadi
kesimpulannya, penting untuk diberi perhatian kerana kita mempunyai konsep kefahaman sendiri
sebelum penjajahan. Sesuai dengan susur masa yang dimana prakolonial menjadi asas, kemudian
datangnya kolonial menjadi lapisan prakolonial, gabungan antara prakolonial dan kolonial, akan menjadi
asas kepada pascakolonial. Jika prakolonial tradisional dan kolonial dipanggil moden, maka pascakolonial
pula gabungan tradisional dan modenin. Penting juga untuk kita tahu bahawasanya raja yang berasal
daripada prakolonial masih wujud pada era kolonial dan pascakolonial.
1. NYATAKAN 4 FAKTOR PERADABAN

• Persekitaran Geo-fisikal
• Masyarakat dan demografi
• Ekonomi dan pasaran
• Falsafah dan pemikiran

2. NYATAKAN 2 JENIS PERADABAN

• Peradaban bumi putera


• Peradaban peribumi

3. SENARAIKAN CONTOH ADAB, ADAT ISTIADAT DAN ETIKA YANG BOLEH DIBAWA RAS DAN ETNIK
DI MALAYSIA

• ADAB
Adab menghormati orang yang lebih tua. Di Malaysia, perlakuan ini amat dititikberatkan seperti
apabila yang muda berjalan di hadapan orang yang lebih tua, mereka harus menundukkan
sedikit badan semasa lalu di hadapan mereka.

• ADAT BERKAHWIN
Perkahwinan dalam masyarakat melayu menggunakan adat yang telah digunakan sejak
dahulu yang mempunyai kaitan dengan adat hindu. Di manaa, apabila pasangan sehari bersanding
di atas pelamin, tetamu akan naik ke atas pentas dan membasahkan tangan mereka dengan
menuangkan sedikit air.

• ETIKA
Etika pemakaian. contohnya etika pemakaian bagi pelajar usim, iaitu pelajar tidak dibenarkan
memakai pakaian atau aksesori yang bertentangan dengan hukum islam, adab kesopanan orang
timur atau melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu.

You might also like