You are on page 1of 7

32 Shariah Law Reports [2017] 1 ShLR

Nurul Wahida bt Mohd Nor v Shamsul Anwar bin Mohd Radzi A

SHARIAH HIGH COURT (SHAH ALAM) — APPLICATION CASE NO


10100–038–0154 OF 2014
MOHAMAD ZAKIAN SHHCJ B
24 DECEMBER 2014

Islamic Law — Custody — Children — Applicant applied for interim order for
custody of children — Whether there was exceptional circumstance for court to C
grant interim order — Islamic Family Law (Selangor) Enactment 2003 s 82
— Shariah Court Civil Procedure (Selangor) Enactment 2003 s 201

The applicant filed an application for an interim hadhanah order concerning


the children following his marriage to the respondent under s 201 of the D
Shariah Court Civil Procedure (Selangor) Enactment 2003 (‘ETMS’). The
issue to be determined was whether the applicant had proved that there were
necessary circumstances in relation to the welfare of the said children which
necessitated the court to issue an interim custody order.
E
Held, allowing the applicant’s application:
(1) Based on s 201 of the ETMS, before an action could be initiated under
the said section, it must first be commenced by filing the main case
(permanent hadhanah). In this case, the court was satisfied that the claim F
for hadhanah was filed by the applicant on 17 March 2014 in Shah Alam
Syariah High Court, Selangor with reference to Saman No
10200-028-0151 of 2014 (see para 3).
(2) Based on the affidavits of the applicant and the respondent, when the
applicant filed this application, the children were in his custody. The G
affidavits of the applicant and the respondent also did not disclose any
obvious repercussions if the circumstances are varied. Therefore, the
court was satisfied that that was the status quo of the children must be
maintained until the disposal of the main hadhanah case (see para 6).
H
(3) The children were between two and four years old and were not of
puberty age. Therefore, s 82 of the Islamic Family Law (Selangor)
Enactment 2003 and authorities of Hukum Syarak clearly gave custody
of the children to the mother (see para 7).
(4) Based on the affidavits of the applicant and the respondent, there was I
disharmonious relationship between the applicant and the respondent.
The police report and the affidavits of the applicant and the respondent
raised suspicion to the court that the disharmonious incident could take
place throughout the main case and this could affect the well-being of the
Nurul Wahida bt Mohd Nor v Shamsul Anwar bin Mohd
[2017] 1 ShLR Radzi (Mohammad Zakian ShHCJ) 33

A children. Therefore, as provided by s 201 of the ETMS, it was


appropriate for the court to issue an order for interim custody for the
children (see para 8).

[Bahasa Malaysia summary


B Pemohon telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan suatu perintah
interim hadhanah ke atas kedua-dua anak hasil perkahwinan pemohon dan
responden di bawah s 201 Enakmen Tatacara Mal (Negeri Selangor) Tahun
2003 (‘ETMS’). Isu yang perlu ditentukan adalah sama ada pemohon telah
membuktikan bahawa terdapat keadaan yang sangat perlu yang berkaitan
C
dengan kebajikan anak-anak tersebut yang memerlukan mahkamah
mengeluarkan perintah sementara penjagaan anak. .

Diputuskan, membenarkan permohonan pemohon:


D (1) Berdasarkan s 201 ETMS, sebelum sesuatu tindakan dimulakan di
bawah seksyen tersebut, ia hendaklah dimulakan dengan pemfailan kes
induk (hadhanah kekal). Di dalam kes ini, mahkamah berpuas hati
bahawa tuntutan hadhanah telah difailkan oleh pemohon pada 17 Mac
2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor dengan rujukan
E Saman No 10200-028-0151 Tahun 2014 (lihat perenggan 3).
(2) Berdasarkan afidavit pemohon dan responden, semasa pemohon
memfailkan permohonan ini anak-anak tersebut adalah berada dalam
jagaannya. Afidavit- afidavit pemohon dan responden juga tidak
F membentangkan mudarat yang zahir jika diubah hal-hal keadaan itu.
Oleh itu, mahkamah berpuas hati bahawa itulah status quo anak-anak
tersebut yang sedia ada yang perlu dikekalkan sehingga kes induk
hadhanah selesai (lihat perenggan 6).
G (3) Kedua-dua orang anak tersebut berumur di antara dua dan empat tahun
dan berada dalam lingkungan umur yang belum mumaiyyiz, maka
peruntukan s 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 dan nas-nas syarak jelas memberi hak penjagaan anak
tersebut kepada ibu (lihat perenggan 7).
H
(4) Berdasarkan afidavit pemohon dan responden, wujud hubungan yang
kurang harmoni antara pemohon dan responden. Laporan-laporan polis
dan afidavit pemohon dan responden menimbulkan syak kepada
mahkamah bahawa insiden tidak harmoni boleh berlaku sepanjang kes
I induk berjalan dan akan menjejaskan maslahah anak-anak tersebut. Oleh
itu, sebagaimana yang ditetapkan dalam s 201 ETMS, wujud kewajaran
bagi membolehkan mahkamah mengeluarkan perintah sementara jagaan
bagi anak-anak tersebut (lihat perenggan 8).]
34 Shariah Law Reports [2017] 1 ShLR

Notes A
For cases on children, see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2015) paras 666–667.

Legislation referred to
Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 82, 83, 84
B
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 s 201
Faiz bin Adnan (Faiz Adnan & Assoc) for the plaintiff.
Khairi bin Abdullah (Zaidi Zain & Assoc) for the respondent.

Mohamad Zakian ShHCJ: C

[1] Kes ini adalah berkaitan permohonan pemohon untuk mendapatkan


suatu perintah interim hadhanah bagi kedua-dua anak yang bernama Nur Alya
Amani bt Shamsul Anwar berumur empat tahun dan Nur Aimi Adlina bt D
Shamsul Anwar berumur dua tahun. pemohon di dalam notis permohonannya
memohon agar mahkamah ini mengeluarkan perintah seperti berikut:
(a) hak jagaan sementara anak-anak yang bernama Nur Alya Amani bt
Shamsul Anwar dan Nur Aimi Adlina bt Shamsul Anwar diserahkan
kepada pemohon sehingga Perintah Hak Jagaan Kekal (hadhanah) E
diputuskan oleh mahkamah yang mulia ini;
(b) bahawa responden dan/atau wakilnya dan/atau agennya dilarang dan
ditegah sama sekali dari menceroboh, mengganggu, memisahkan antara
pemohon dengan anak-anak tersebut serta keluarga pemohon, memukul F
atau mencederakan dengan apa-apa cara pun ke atas pemohon,
anak-anak tersebut dan keluarga pemohon sama ada secara fizikal,
mental dan/atau spiritual serta merta sama ada secara langsung atau tidak
langsung;
G
(c) bahawa responden dan/atau wakilnya dan/atau agennya dilarang dan
ditegah sama sekali dari membawa anak-anak tersebut keluar dari
Malaysia tanpa medapatkan keizinan mahkamah terlebih dahulu;
(d) perintah ini hendaklah berkuat kuasa serta merta pada hari ini sehingga
perintah hak jagaan kekal anak dikeluarkan, atau sehingga mahkamah H
memerintahkan selainnya;
(e) bahawa pihak Polis Diraja Malaysia, pihak Imigresen dan/atau
mana-mana pihak berkuasa yang lain hendaklah memberikan kerjasama
dalam melaksanakan perintah mahkamah ini; I
(f) bahawa kegagalan dan/atau kemungkiran mematuhi perintah ini boleh
dikenakan tindakan dan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap
mahkamah dan boleh dikomitkan ke penjara;
Nurul Wahida bt Mohd Nor v Shamsul Anwar bin Mohd
[2017] 1 ShLR Radzi (Mohammad Zakian ShHCJ) 35

A (g) perintah ini akan terbatal dengan sendirinya jika terdapat suatu perintah
lain yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan dengan hak
jagaan kekal anak-anak tersebut; dan
(h) apa-apa relif yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh mahkamah yang
B mulia ini.

[2] Merujuk kepada permohonan interim hadhanah yang dipohon oleh


pemohon, terlebih dahulu mahkamah merujuk peruntukan yang berkaitan
permohonan interim hadhanah di bawah s 201 Enakmen Tatacara Mal (Negeri
C Selangor) Tahun 2003:
Perintah Interim Tentang Hadhanah
(1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) 2003 [Enakmen 2/2003] jika Mahkamah berpuas hati, atas
D permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan hadhanah seseorang
kanak-kanak dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan
memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang hadhanah kanak-kanak
itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah
berkuat kuasa serta-merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga
E Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.

[3] Berdasarkan kepada peruntukan di atas, kehendak utama yang mesti


mahkamah ini patuhi ialah sebagaimana di dalam kausa ‘atas permohonan
mana-mana pihak untuk mendapatkan hadhanah seseorang kanak-kanak dalam
F apa-apa kausa atau perkara’ frasa tersebut difahami bahawa di dalam apa-apa
kausa atau perkara menghendaki sebelum sesuatu tindakan dimulakan di
bawah seksyen ini, ia hendaklah dimulakan dengan pemfailan kes induk
(hadhanah kekal). Ini kerana perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen ini
hanya berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan atas kausa atau
G perkara itu. Frasa ‘kausa atau perkara itu’ yang dimaksudkan sudah semestinya
merujuk kepada kes utama yang sedang atau akan berjalan yang mesti
berkaitan dengan hadhanah anak. Merujuk kembali kes ini, mahkamah
berpuas hati bahawa tuntutan hadhanah telah difailkan oleh pemohon pada 17
Mac 2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor dengan rujukan
H Saman No 10200–028–0151 Tahun 2014.

[4] Di dalam kes permohonan interim sebegini, pendekatan


undang-undang yang mesti mahkamah ikuti ialah memastikan apakah
kehendak undang-undang yang ditetapkan di dalam seksyen berkaitan.
I Seksyen yang diguna pakai sebagaimana telah dijelaskan sebentar tadi adalah
merujuk s 201 Enakmen Tatacara Mal (Negeri Selangor) Tahun 2003. Frasa
‘bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang
hadhanah kanak-kanak itu’ dalam seksyen tersebut menghendaki jika wujud
suatu keadaan yang memerlukan mahkamah mengeluarkan perintah
36 Shariah Law Reports [2017] 1 ShLR

sementara penjagaan anak, maka mahkamah bolehlah berbuat demikian. A


Keadaan yang sangat perlu itu pada pandangan mahkamah sudah semestinya
berkaitan dengan kebajikan anak-anak tersebut. Oleh itu, adakah dalam kes ini
telah dibentangkan oleh pemohon hal keadaan sedemikian itu?

[5] Selain daripada itu, mahkamah juga perlu mengambil kira objektif B
perintah interim jagaan ini sama ada wajar dikeluarkan atau tidak. Ini kerana
tujuan utama perintah interim ini dikeluarkan adalah hanya untuk
mengekalkan status quo dan kebajikan serta hal keadaan anak-anak tersebut.
Jika hal keadaan sedia ada anak-anak tersebut tidak mudarat, maka ia
C
hendaklah dikekalkan. Sebaliknya, jika anak-anak tersebut terdedah kepada
mudarat, maka adalah sangat perlu dibuat perintah bagi mencegah mudarat ke
atas anak-anak tersebut daripada terus berlaku. Oleh itu, prinsip-prisip yang
mahkamah tegaskan ini akan saya teliti sama ada telah mencukupi atau tidak
sebelum mahkamah boleh dengan kewajaran undang-undang dan Hukum D
Syarak meluluskan perintah seperti yang dipohon.

[6] Berdasarkan afidavit pemohon dan responden, saya berpuas hati semasa
pemohon memfailkan permohonan ini anak-anak tersebut adalah berada
dalam jagaannya. Afidavit-afidavit pemohon dan responden juga tidak E
membentangkan mudarat yang zahir jika diubah hal-hal keadaan itu. Fakta
bahawa pemohon dan responden mampu untuk menjaga anak-anak tersebut
tidak boleh saya ulas di dalam permohonan ini kerana ia akan menyentuh
merit fakta di dalam kes induk hadhanah. Dengan itu saya berpuas hati itulah
status quo anak-anak tersebut yang sedia ada yang perlu dikekalkan sehingga F
kes induk hadhanah selesai.

[7] Melihat situasi kes ini, kedudukan yang menjadi pertikaian kedua-dua
pihak adalah jagaan sementara bagi kedua-dua orang anak tersebut berumur di
antara dua dan empat tahun dan berada dalam lingkungan umur yang belum G
mumaiyyiz, maka peruntukan s 82 EUUKIS 2003 dan nas-nas syarak jelas
memberi hak penjagaan anak tersebut kepada ibu kecuali kelayakan penjagaan
tersebut berdasarkan ss 83 dan 84 EUUKIS 2003 dipertikai serta dapat
dibuktikan sebaliknya oleh responden.
H
[8] Di dalam afidavit pemohon dan responden juga ada mendedahkan fakta
bahawa wujud hubungan yang kurang harmoni antara pemohon dan
responden. Malah lebih malang lagi hubungan antara pemohon, responden,
adik-beradik dan keluarga masing-masing juga tidak harmoni. Dengan itu,
laporan-laporan polis dan afidavit pemohon dan responden menimbulkan I
syak kepada mahkamah bahawa insiden tidak harmoni boleh berlaku
sepanjang kes induk berjalan dan akan menjejaskan maslahah anak-anak
tersebut. Maka sebagaimana yang ditetapkan dalam undang-undang s 201
EUUKIS 2003, wujud kewajaran bagi membolehkan mahkamah
Nurul Wahida bt Mohd Nor v Shamsul Anwar bin Mohd
[2017] 1 ShLR Radzi (Mohammad Zakian ShHCJ) 37

A mengeluarkan perintah sementara jagaan bagi anak-anak tersebut. Oleh itu,


mahkamah berpuas hati kehendak s 201 EUUKIS 2003 telah dipenuhi.

[9] Sesuai dengan proses kes sebegini yang tidak memerlukan perbicaraan
penuh untuk menentukan merit fakta undang-undang yang sebenar, maka
B berdasarkan ulasan mahkamah sebelum ini, fakta-fakta lain iaitu umur anak,
pekerjaan pemohon dan responden, maka permohonan pemohon boleh
dipertimbangkan.

C [10] Namun begitu, tindakan pemohon memindahkan anak pertama yang


bernama Nur Alya Amani ke Kedah sebelum ini, jelas ianya adalah tindakan
yang salah mengikut undang-undang dan Hukum Syarak kerana ia pasti akan
menjejaskan hak responden untuk melawat dan bersama dengan anak tersebut
sepertimana perintah yang telah diberikan kepada responden dalam perintah
D sementara sebelum ini. Oleh itu, mahkamah akan membetulkan hal keadaan
tersebut di dalam perintah selepas ini.

[11] Isu kelayakan ditegaskan sekali lagi bahawa ianya tidak boleh
diputuskan dalam prosiding sebegini kerana mahkamah akan terdedah untuk
E membuat keputusan ke atas fakta-fakta yang bersifat pra-matang dan biarlah
isu tersebut diputuskan di dalam kes induk yang masih dalam prosiding.
Begitu juga dengan isu harta sepencarian yang tiada kaitan dengan
permohonan ini juga tidak akan dipertimbangkan oleh mahkamah.
F KEPUTUSAN

[12]
(a) permohonan pemohon diluluskan di bawah s 201 Enakmen Tatacara
G Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003;
(b) Hak jagaan sementara bagi kedua-dua anak yang bernama Nur Alya
Amani bt Shamsul Anwar dan Nur Aimi Adlina bt Shamsul Anwar
diberikan kepada pemohon (ibu);
H (c) bahawa responden (ayah) diberi hak melawat, bersama dan bermalam
dengan anak- anak tersebut pada setiap hujung minggu dalam tempoh
masa dari petang Jumaat sehingga petang Ahad atau pada masa cuti
Responden atau pada masa-masa yang dipersetujui kedua-dua pihak;
I (d) tempoh pengambilan dan penyerahan kembali anak-anak tersebut ialah
di rumah di mana anak-anak tersebut bersama atau tinggal dengan
pemohon;
38 Shariah Law Reports [2017] 1 ShLR

(e) pemohon hendaklah menjaga anak pertama bersama dengan anak A


kedua di alamat di mana pemohon tinggal di Negeri Selangor bagi
membolehkan pihak responden menjalankan hak lawatan dan bersama
dengan anak-anak tersebut;
(f) bagi mengelakkan kecelaruan pengurusan jagaan dan lawatan dan
B
bersama anak-anak tersebut dilaksanakan oleh pihak ibu dan pihak ayah
maka mahkamah mengeluarkan perintah tegahan ke atas mana-mana
pihak termasuk adik-beradik, keluarga, atau wakil pihak-pihak iaitu
dihalang dari mempengaruhi, mengacau, ganggu atau menghalang
perjalanan perintah ini dan pelanggaran oleh mana-mana pihak tersebut
C
boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah; dan
(g) perintah ini berkuat kuasa sehingga keputusan kes hadhanah (hak
jagaan kekal) dalam kes Mal No 10200–028–0151 Tahun 2014
diputuskan.
D
Applicant’s application allowed.

Reported by Dzulqarnain Ab Fatar

You might also like