You are on page 1of 3

1/26/23, 7:58 AM Tuas

Tuas
Mesin ialah alat yang digunakan untuk memudahkan kerja.  Mesin ini bertindak sebagai alat yang menggunakan kuasa untuk menerapkan daya dan mengawal
pergerakan bagi melakukan sesuatu tindakan. Terdapat pelbagai jenis mesin yang terdiri daripada mesin ringkas dan mesin kompleks.

10.1  Tuas

 
Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu:

1. Beban iaitu berat sesuatu jasad


2. Fulkrum iaitu suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.
3. Daya iaitu daya tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.

https://question.pandai.org/note/read/kssr-sc-y4-10-01/KSSR-2022-Y4-SC-10-01 1/3
1/26/23, 7:58 AM Tuas

Aplikasi tuas

Sumber: Buku Teks Sains Tahun 4 KSSR

1. Penutup tin bertindak sebagai beban.


2. Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
3. Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya

Sumber: Buku Teks Sains Tahun 4 KSSR

https://question.pandai.org/note/read/kssr-sc-y4-10-01/KSSR-2022-Y4-SC-10-01 2/3
1/26/23, 7:58 AM Tuas

Hubung kait beban, fulkrum dan daya


Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan untuk mengangkat objek.
Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu:

1. Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban


2. Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
3. Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek. 

Sumber: changtunkuet.com

Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.
Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang diperlukan untuk mengangkat beban. 

 
 
 

© 2023 Pandai.org Hakcipta Terpelihara Didikan penuh  dari Malaysia

https://question.pandai.org/note/read/kssr-sc-y4-10-01/KSSR-2022-Y4-SC-10-01 3/3

You might also like