You are on page 1of 26

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/301788210

PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN PENDIDIKAN


BARAT

Article · December 2015

CITATIONS READS

12 65,259

1 author:

Maimun Aqsha Lubis


Universiti Kebangsaan Malaysia
92 PUBLICATIONS   220 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

FRGS 2014 View project

Arabic Education Study View project

All content following this page was uploaded by Maimun Aqsha Lubis on 03 May 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PROCEEDING THE 8TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND
CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION AND CIVILIZATION
(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)
1 DISEMBER 2015

SIDANG EDITOR

PROF MADYA DR HJ MAIMUN AQSHA BIN ABDIN


LUBIS SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN

HELMIRIZAL BIN CHE LONG

NOR SOFIAH BT SUHAIMI

ZULHILMI BIN SUBOH

MUJAHID BIN AZMI

JUHAIDA AZHANI BINTI ISMAIL

WAN AMIRAH BINTI WAN ISMAIL

MUHAMMAD SHAMSUL SHAFIQ BIN MOHD


ZAINURIN NORFARAHIN BINTI MOHD ZAMRI

NAJIHAH BT NAZARUDIN

i
Diterbitkan di Malaysia
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul
Ehsan. Tel: 0389216245
Faks: 0389254372
Email: draqsha@gmail.com

PROCEEDING THE 8TH INTERNATIONAL WORKSHOP AND


CONFERENCE OF ASEAN STUDIES ON ISLAMIC AND ARABIC
EDUCATION AND CIVILIZATION
(POLMED - UKM - STAI AL-HIKMAH)
1 DECEMBER 2015

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. 2015


Cetakan Pertama 2015

ISBN 978-983-2267-85-0

Hak Cipta Terpelihara


Semua hak terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih
dahulu dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Susun atur huruf:


Maimun Aqsha Lubis, Siti Nur Hasinah Hussian, Helmirizal Che Long, Nor Sofiah
Suhaimi

Huruf: Times New Roman 10/11

Reka bentuk kulit/ Reka letak:


Mohd Ezzat Musa (Biglemon Design & Development)
Tel : 013- 941 3814
Email : ezzat6670@gmail.com

Dicetak di Malaysia oleh,


AWAL HIJRAH ENTERPRISE (002197243-W)
No 12, Jalan 3/69 Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 012- 311 1844
Faks : 03- 8920 4096
Email : salesawalhijrah@gmail.com

ii
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN
Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

PRAKATA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan taufiq dan izinNya,
buku prosiding ini dapat diterbitkan bagi membantu mempertingkatkan kefahaman
dan perkembangan ilmu dalam usaha mendapatkan kebaikan di dunia dan di
akhirat.
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization ini dijalankan di Sekolah
Tinggi Agama Islam (STAI) Al- Hikmah, Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.
Prosiding yang bertemakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban
Islam dan Tamadun Dunia ini memberi peluang kepada peserta dan pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk sama-sama berkongsi
kepakaran, ilmu dan maklumat untuk disebarkan dan dimanfaatkan secara optimum.
Untuk makluman bahawa 1st International Conference of ASEAN Studies
sebelum ini berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Sorong di
Nusa Tenggara Barat Indonesia. 2nd dan 3rd Interantional Conference of ASEAN
Studies pula diadakan di Songkla, Thailand. Manakala 4th dan 5th International
Conference of ASEAN Studies pula berlangsung di Universitas Negeri Medan dan
Politeknik Medan di Sumatera Utara, Indonesia. The 6th Interantional Conference
of ASEAN Studies diadakan di UMN Al-Washliyah Indonesia dan The 7th
Interantional Conference of ASEAN Studies diadakan di Politeknik Tanjung Balai,
Medan.
Seminar seperti ini diharapkan menjadi satu wadah dan jalan untuk
mempertingkat ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan teknologi secara
bersepadu ke arah memartabatkan dunia pendidikan di Negara ASEAN khasnya.
Saya mengharapkan program seumpama ini tidak terhenti di sini dan akan
diteruskan pada masa akan datang. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya
untuk semua pihak yang bergabung tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga
usaha dan kesungguhan semua pihak menjadi amal kebaikan yang berterusan
pahalanya di sisi Allah. Amin.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Assoc. Profesor Dr Hj Maimun Aqsha Bin Abdin Lubis, Ed.D, Ph.D


Pengarah
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic
and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI AL-HIKMAH DIS 2015

iii
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies
in Islamic and Arabic Education and World Civilization POLMED-
UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

PRAKATA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu


Wa Ta`ala kerana berkat dan rahmatNya, buku prosiding seumpama ini dapat
dihasilkan dan diselesaikan sesuai dengan waktunya.

Tema “ Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Peradaban Islam dan
Tamadun Dunia” amat bertepatan dengan program ini Eight International
Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and Arabic Education and
World Civilization yang berlangsung di Sekolah Tinggi Agama Islam (STAI) Al-
Hikmah , Medan, Indonesia pada 1 Disember 2015.

Program ini mengumpulkan sebilangan para mahasiswa dan mahasiswi,


dosen-dosen dan para ilmuan di dalam satu majlis ilmu yang diisi dengan
perkongsian ilmu dan informasi. Justeru, harapan saya agar kandungan buku ini
dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua pihak dengan selayaknya.

Atas terbitan buku ini, saya menyampaikan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada kerjasama dan kekompakan semua anggota Panitia dari mula
buku prosiding ia diusulkan sehingga sampai kepada terbitnya buku ini. Semoga
usaha murni ini mendapat pahala disisiNya dan dikira sebagai amal jariah untuk
semua yang ikut menyumbang secara material ataupun non-material dan secara
langsung ataupun tidak langsung.

Dr Suherman M.A
Rektor, Politeknik Negeri Medan (POLMED)
Sumatera Utara,
Indonesia.

iv
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN
Studies in Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED-UKM-STAI (AL-HIKMAH) 1 DIS 2015

SEKAPUR SIREH
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam terhadap junjungan yang mulia, Baginda Rasulullah


S.A.W dengan usaha baginda, kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam.
Alhamdulillah, syukur dengan izinNya, buku ini berjaya disiapkan dan diterbitkan
hasil daripada usaha bersama antara pelajar, pensyarah dan pihak universiti.
Sungguh, peranan antara satu sama lain, sangat menyumbang. Moga Allah Redho.

Saya melihat bahawa, usaha untuk membangunkan jurnal artikal ini telah
membina keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
berhadapan dengan isu semasa dan arus global. Di sisi lain pula, usaha dari awal
sehingga terhasilnya buku prosiding ini, telah membentuk kerjasama antara satu
sama lain dengan kesabaran atas kepayahan. Akhirnya dapat memberi manfaat
kepada masyarakat dan ummat.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada “team prosiding”, pihak pensyarah,


pihak Univerisiti POLMED dan STAI Al-Hikmah yang terlibat, hanya Allah
sahajalah yang selayaknya membalas. Melihatkan kepada tema utama dalam
prosiding ini berkait dengan peradaban dan tamadun, semoga dapat diteruskan bagi
membina peradaban Islam antara kita, bermula dengan usaha sekecil-kecil iaitu dari
individu, masyrakat, univeristi, kelak antara semua negara.

Saya berharap agar usaha yang sedikit dalam berkongsi ilmu ini, mampu
memberi penyuluh kepada yang membaca dan menjadikan sumber ini sebagai
rujukan. Selain itu, menjadi galakkan kepada kami dan pembaca untuk terus
berkongsi ilmu, belajar dan bekarya buat ummat.

Akhir kalam, moga kita terus menyumbang kepada masyrakat dan ada amal
daripada perbincangan dan ilmu yang dikongsi ini dalam usaha membentuk kembali
peradaban Islam yang ada “ruh” dalam tamadun tersebut, bukan sahaja ada aset
material, bangunan dan perpustakaan, tapi aset manusia yang ada “ruh”.

Muhammad Talhah Bin Ajmain @ Jimaain


Pengerusi
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic and
Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI AL-HIKMAH DIS 2015

The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in


Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

DAFTAR KANDUNGAN HALAMAN


Prakata Pengarah Seminar, UKM iii
Prakata Rektor, POLMED iv
Sekapur Sireh, Pengerusi Seminar, UKM
v

UCAPTAMA
Integrated Islamic Education in ASEAN: Application and Practice
Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Ikwan, 1
Ismail Fahmi Lubis, Aisyah Sjahrony

Keperluan Permainan Bahasa Arab Bermultimedia ke Arah


Meningkatkan Kefahaman Al-Quran
Penulis: Maimun Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Harun 14
Baharudin, Aisyah Sjahrony, Ikwan & Ismail Fahmi Lubis

Muhammadiyah dan Peranannya dalam Bidang Sosial Politik di


Sulawesi Selatan
28
Penulis: Khaidir Sulaiman dan Nuhang

PERADABAN ISLAM DAN TAMADUN DUNIA

TEMA 1: PENDIDIKAN DAN FALSAFAH

Revolusi Ekonomi Tamadun Silam Dan Kini di Malaysia


Penulis : Siti Nur Hasinah Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 38
Maimun Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Nur Zawani
Mohamad Din

Epistemologi Islam Sebagai Asas Ketamadunan Dunia


Penulis : Muhammad Talhah Ajamin @ Jimaain, Mohd Aderi Che 45
Noh, Maimun Aqsha Lubis

Perbezaan Antara Falsafah Pendidikan Islam dengan


Pendidikan Barat
51
Penulis: Norshahida Md Nor, Maimun Aqsha Lubis,
Mohd Isa Hamzah
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Asas Akidah, Syariah, Akhlak Dan Ilmu Pengetahuan


Dalam Pembentukan Tamadun Cemerlang
Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin , Maimun 61
Aqsha Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria, Siti Nur Hasinah Hussian

Perlaksanaan Sistem Percukaian dalam Pemerintahan


Islam: Analisis Perkaitan antara cukai GST di Malaysia
69
Penulis: Nurul Farrhana Zainul Abidin, Maimun Aqsha Lubis

Perbandingan Matlamat Peradaban Islam Dan Tamadun Barat


Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh, 83
Mohd Adib Ibrahim

Tamadun Mesopotamia: Lahir di antara Sungai Tigris dan


Euphrates
Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Maimun Aqsha Lubis, Nik 89
Mohd Rahimi Nik Yusof, Nur Zawani Mohamad Din, Siti Nur
Hasinah Hussian

TEMA 2: TOKOH-TOKOH ISLAM

Ibnu Sina Serta Pengaruhnya Terhadap Tamadun Barat Dalam


Bidang Perubatan
96
Penulis: Zulhilmi Suboh, Harun Baharudin, Maimun Aqsha Lubis,
Mujahid Azmi

Peranan Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rasyid Dan Kaitannya


Dengan Sultan Brunei
Penulis: Nur Adilah Adam, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che 103
Noh, Nur Zawani Mohamad Din

Kepimpinan Khalifah Harun Ar-Rashid


Penulis: Juhaida Azhani Ismail, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa
111
Hamzah, Najihah Nazarudin

Kepakaran Ibn Sina Dalam Bidang Perubatan Dan Kaitannya


Dengan Kemajuan Perubatan Di Malaysia
119
Penulis : Nadiah Binti Hashim Radzi, Mohd. Isa Bin Hamzah,
Maimun Aqsha Lubis
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Kepimpinan Khalid Al-Walid


Penulis: Mohd Zaid Khamis, Maimun Aqsha Lubis, Khadijah Abd.
129
Razak, Mohd Anizan Saidin

Strategi – Strategi Dakwah Rasulullah S.A.W


Penulis: Mohammad Khidir Bin Ngah, Dr Maimun Aqsha
139
Lubis, Mohd Anizan Saidin

Sejarah Kematian Khalifah Umar Al-Khatab


Penulis: Mohd Anizan Bin Saidin, Maimun Aqsha Lubis,
150
Khadijah Abd. Razak, Mohd Zaid Khamis

Gaya pemerintahan dua Umar: Kontribusi terhadap Tamadun Islam


Penulis : Najihah Nazarudin, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd 160
Rahimi, Juhaida Azhani Ismail

TEMA 3: TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam: Sejarah dan Kesan Pengaruhnya Dalam Alam


Melayu
170
Penulis: Mohd Adib Ibrahim, Mohd Aderi Che Noh, Maimun
Aqsha Lubis, Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh

Kemajuan dan Kegemilangan Ilmu di Granada, Andalusia


Penulis: Maidzatul Akhmarina Nawar,Maimun Aqsha Lubis, Nurul 176
Akma Mhd Deris

Peranan Perpustakaan Awam Bayt Al-Hikmah Pada Zaman


Kerajaan Abbasiyah Dan Kaitannya Dengan Perpustakaan Di
Indonesia 184
Penulis: Nor Diyanah Zafri, Mohd Aderi Che Noh, Maimun Aqsha
Lubis

Dasar Tamadun Islam Dikaitkan Dengan Dasar Peradaban Islam


Di Malaysia
Penulis: Nurul Diyana binti Mohammad Wabil, Maimun Aqsha 191
Lubis, Mohd Isa Hamzah
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Kegemilangan Dan Kemajuan Keilmuan Era Cordova


Penulis: Nurul Akma Mhd Deris, Maimun Aqsha Lubis, Maidzatul 198
Akhmarina binti Nawar
Faktor- Faktor Kejatuhan Daulah Al-Umawiyyah: Satu Penilaian
Dan Pengajaran
207
Penulis: Wan Amirah binti Wan Ismail, Maimun Aqsha Lubis

PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

TEMA 1: STRATEGI PENGAJARAN BAHASA ARAB

Pendekatan 10 Asas Pembelajaran Bahasa Arab di Peringkat


Rendah 219
Penulis: Mujahid Azmi, Maimun Aqsha Lubis, Zulhilmi Suboh

Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Pengajian Tinggi


di Malaysia
Penulis: Nur Aflaha binti Abd Aziz, Maimun Aqsha Lubis, 227
Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Nor Atikah Binti Adnan

Pelaksanaan Kemahiran Komunikasi Bahasa Arab di Sekolah


Rendah
Penulis: Nik Dilalah Nuha Nik Razi, Maimun Aqsha Lubis, 233
Abidah Aqilah Mohd Noor & Hibatullah Zamri

Keperluan Asas Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di


Sekolah Rendah
Penulis: Zulhilmi Suboh, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin, 243
Mujahid Azmi

Strategi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran


dan Pembelajaran Pendidikan Bahasa Arab Pada Abad Ke-21
Penulis: Nur Syamira Abdul Wahab, Maimun Aqsha Lubis, 251
Nur Sofiah Suhaimi, Nor Azlinda Muda

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Proses Pengajaran dan


Pembelajaran Bahasa Arab
Penulis : Siti Nur Hasinah binti Hussian, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 265
Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat Aiman binti Wan Halim,
Norfarahin Mohd Zamri
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


Dalam Pendidikan Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah
Penulis: Hibatullah Zamri, Maimun Aqsha Lubis, 270
Abidah Aqilah Mohd Noor, Nik Dilalah Nuha Nik Razi

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Menggunakan


Peta I-Think Di Sekolah Rendah
Penulis: Siti Wahidah M Mubin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, 278
Maimun Aqsha Lubis, Helmirizal bin Che Long

Kepentingan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


dalam Kemahiran Bahasa Arab Peringkat Menengah di Malaysia
Penulis: Abidah Aqilah Mohd Noor, Maimun Aqsha Lubis, 288
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Nik Dilalah Nuha Nik Razi,
Hibatullah Zamri

Meningkatkan Kebolehbacaan Murid Sekolah Rendah


Terhadap Perkataan Bahasa Arab dan Ayat Al-Quran
Penulis : Wan Izzat Aiman binti Wan Halim, Maimun Aqsha Lubis, 299
Afiful Huda binti Mustaffa, Siti Nur Hasinah Hussian

TEMA 2: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB

Kaedah Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Menengah


di Malaysia 307
Penulis: Nor Atikah Adnan, Maimun Aqsa Lubis, Najidah Nawawi,
Aflaha Aziz

Aktiviti Lakonan dalam Pengajaran Bahasa Arab di SMKA


TAHAP Jerantut Pahang Untuk Mempertingkatkan Kemahiran
Bertutur Bahasa Arab 316
Penulis : Noorsuziana bt. Awang, Maimon Aqsha Lubis, Harun
Baharuddin, Anis Nabihah bt. Alias, Nurul Afifah bt. Mohd Saadan

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam


Pengajaran Bahasa Arab
Penulis : Nurzaemah Binti Ismail, Maimun Aqsha Lubis, 323 Junaidah Bt Mat
Isa
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pembelajaran Bahasa


Arab
Penulis: Norfarahin Mohd Zamri, Maimun Aqsha Lubis, 330
Mohd Isa Hamzah, Siti Nur Hasinah Hussian, Haryati Yaacob

Gaya Pengajaran Guru Dan Pembelajaran Murid Dalam Mata


Pelajaran Bahasa Arab
Penulis: Helmirizal Bin Che Long, Maimun Aqsha Lubis, 338
Siti Wahidah M Mubin
Tahap Penguasaan Nahu Dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan
Empat
Penulis: Adyka Roslan, Maimun Aqsha Lubis, Muhammad Shamsul 345
Shafiq Mohd Zainurin, Ahmad Mu’izz Mohd Hadi

Tahap Penguasaan Balaghah dalam Silibus Bahasa Arab Tingkatan


Empat
Penulis: Muhammad Shamsul Shafiq Mohd Zainurin, 347
Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan, ,Ahmad Mu’izz Mohd Hadi

TEMA 3: ISU/ CABARAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB

Pelaksanaan dan Masalah Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa


Arab di Institusi Pengajian Tinggi
Penulis: Anis Nabihah Alias, Maimun Aqsha Lubis, 357
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Noorsuziana Awang,
Nurul Afifah Mohd Saadan

Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Arab


Berdasarkan Metod Pengajaran Bagi Penutur Bukan Arab
Penulis: Siti Nor Hafizah Zakaria, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, 366
Maimun Aqsha Lubis, Nur Zawani Mohamad Din

Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab


Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing
Penulis: Nur Syafiqah Kamar, Harun Baharuddin, Maimun Aqsha 376
Lubis, Siti Nor Hafizah Zakaria

Cabaran Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab


Berdasarkan Metod Pengajaran Bahasa Arab Bagi Penutur Asing
Penulis: Nur Zawani Mohamad Din, Harun Baharudin, Maimun 389
Aqsha Lubis, Nur Syafiqah Kamar, Siti Nor Hafizah Zakaria
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Pengajaran Bahasa Arab di Kolej Vokasional: Satu Tinjauan Awal


Penulis: Nur Sofiah binti Suhaimi, Mohd Isa Hamzah, Maimun 396
Aqsha Lubis, Nur Syamira Abdul Wahab, Nor Azlinda Muda

Isu dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Peringkat Rendah di


Malaysia
Penulis: Siti Najidah Binti Nawawi @ Saad, Mohd Aderi Bin Che 407
Noh, Maimun Aqsha Lubis, Nur Aflaha Binti Abd. Aziz, Nor
Atikah Binti Adnan

Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan Mata Pelajaran


Bahasa Arab di Kolej Vokasional
Penulis: Afiful Huda Mustaffa, Maimun Aqsha Lubis, Wan Izzat 415
Aiman, Siti Nur Hasinah Hussian

TEMA 4: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM


BAHASA ARAB

Kaedah Permainan Digital Dalam Pendidikan Bahasa Arab Ke


Arah Pembelajaran Berkesan 421
Penulis: Nor Azlinda Bt Muda, Khadijah Abdul Razak, Maimon
Aqsha Lubis, Nur Syamira Bt Abdul Wahab, Nur Sofiah Bt Suhaimi

Animasi dalam Pengajaran Bahasa Arab


Penulis: Siti Fatimah Ahmad Farok, Maimun Aqsha Lubis,
429
Mujahid Azmi, Zulhilmi Suboh

Usaha Ke Arah Persekitaran ‘Blended Learning’ Dalam


Pembelajaran Bahasa Arab: Tinjauan Awal I-Folio UKM
Penulis: Siti Fatimah Datu Ali Nafiah, Maimun Aqsha Lubis, Nik 435
Mohd Rahimi Nik Yusoff, Asiah Che Hassin, Rozmaza Sukardi

Teknologi Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Arab dan kesannya di IPT
Penulis: Asiah binti Che Hassin, Maimun Aqsa Lubis, Rosmaza 442
binti Sukardi, Siti Fatimah Datu Ali Nafiah

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Arab
Penulis: Rosmaza Sukardi, Maimun Aqsha Lubis, 449
Siti Fatimah Datu Ali Hanafiah, Asiah Che Hasin
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in Islamic
and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Penggunaan Ez Arabic dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Arab untuk Kanak-Kanak
Penulis: Nurul Afifah Mohd Saadan, Harun Baharudin, Maimun 455
Aqsha Lubis, NorSuziana Awang, Anis Nabihah Alias

Aplikasi Moodle Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab


di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Penulis: Haryati Yaacob, Maimun Aqsha Lubis, Nur Azri Azizah Sarmuji, 462
Norfarahin Mohd Zamri, Nurzaemah Ismail

Aplikasi Kemahiran Bertutur di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah


Agama di Bangi
Penulis: Ahmad Mu’izz Mohd Hadi, Maimun Aqsha Lubis, Adyka Roslan, 472
Muhammad Shamsul Shafiq

Amalan Pengajaran Interaktif dalam Kalangan Guru Bahasa Arab


Penulis: Junaidah Mat Isa, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Aderi Che Noh, 479
Nurzaemah Ismail

Penggunaan E-Learning Dalam Pembelajaran Kendiri Bahasa Arab


Penulis: Nur Azri Azizah Binti Sarmuji, Maimun Aqsha Lubis, Nur Fadilah 491
binti Abdul Basit, Haryati binti Yaacob

Penguasaan Kosa Kata Dalam Memrise.Com


Penulis: Khairiyah binti Anuar, Maimun Aqsha Lubis, Nik Mohd. Rahimi 499
Nik Yusoff
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

PERBEZAAN ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DENGAN


PENDIDIKAN BARAT

Norshahida Md Nor, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Isa Hamzah


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA

amieda.8384@yahoo.com, draqsha@gmail.com, isa_hamzah@ukm.edu.my

ABSTRAK

Falsafah merupakan tunjang ataupun asas yang menjadi panduan kepada sesuatu bidang
termasuklah bidang pendidikan secara amnya. Untuk membincangkan penulisan ini yang
bertajuk perbezaan antara falsafah pendidikan Islam dengan pendidikan Barat telah
dinyatakan terdapat dua kategori bagi falsafah Pendidikan Islam iaitu dari sudut teori dan
pengamalan yang bersumberkan ilmu wahyu dan akhirat manakala falsafah Barat
dikategorikan pada tradisional Barat dan Moden yang bersumberkan akal dan pengalaman.
Pada penulisan ini penulis membuat perbandingan di antara falsafah umum barat yang
dibentuk menjadi falsafah pendidikan Barat iaitu pragmatisme, esensialisme, perenialisme,
rekonstruksionisme, idealisme dan eksistensialisme dengan falsafah Islam yang berkonsep
ketuhanan, alam dan kemanusiaan. Perbandingan falsafah ini adalah berdasarkan konsep,
matlamat, dasar, peranan guru dan kurikulumnya. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkara
yang menunjukkan kebaikkan yang dibawa oleh Barat diterima dan digunakan oleh Islam
selagi mana ianya tidak menepati syara‟ manakala yang bertentangan dengan syara‟ dan
tidak berlandaskan Al Quran dan wahyu ianya tidak diterima oleh falsafah Pendidikan
Islam.

Kata kunci : Perbandingan, Falsafah Pendidikan, Islam, Barat

PENGENALAN
Perkataan “falsafah” adalah berasal dari bahasa greek mempunyai dua sukukata iaitu philo
dan Sophia yang mana philo bermaksud cinta manakala sophia bermaksud hikmat (Abdul
Jalil, 1979). Apabila kedua-dua sukukata ini dicantumkan akan menjadi Philosophia yang
membawa maksud cintakan hikmat. (Abdul Jalil 1979) juga menyatakan bahawa dalam
bahasa Inggeris perkataan Philosophia disebut Philosophy dan individu yang mahir akan
dipanggil sebagai Philosopher. Perkataan ini juga telah digunakan oleh orang Arab secara
meluas dan Islam pula telah mengubah sedikit pada bunyinya sehingga menjadi falsafah dan
ahli-ahli yang terlibat di panggil sebagai failasuf.
Plato (427-347 SM) pula merumuskan bahawa falsafah adalah pengetahuan tentang segala
kewujudan, sementara muridnya Aristotle (384-322 SM) menyebut bahawa falsafah adalah
usaha, aklyah menyelidik sebab dan asas segala benda, mengkaji hal yang beliau
menamakannya sebagai metafizik yang meneliti asal wujud (being). Al-Farabi (870-950M),
ahli Falsafah Islam berkata: “Falsafah ialah ilmu pengetahuan tentang alam yang wujud dan
bertujuan menyelidik hakikatnya yang sebenarnya”.
Mok Soon Sang, 2010 mendefinasikan falsafah sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan. Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi
arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Konsep
pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Persoalan falsafah ataupun masalah

51
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

falsafah ialah topik yang dibincangakan dalam bidang falsafah. Apabila sesuatu soalan itu
tidak dapat diselesaikan melalui kaedah pengamatan atau kaedah sains ianya akan menjadi
persoalan falsafah yang melibatkan tentang konsep ideologi dan juga perkara-perkara lain.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbezaan antara Falsafah Pendidikan Islam dan
Falsafah Pendidikan Barat dan mengenalpasti persamaan yang ada pada kedua-dua falsafah
yang mana selagi tidak menyalahi dari Al quran dan wahyu boleh digunakan dalam falsafah
pendidikan Islam.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan yang merujuk kepada sumber-sumber ilmiah
daripada perpustakaan. Selain itu juga, pengkaji menggunakan internet sebagai alat
mendapatkan bahan. Antara bahan-bahan lain yang digunakan seperti jurnal dan buku yang
berkaitan dengan tajuk.

ASAS PEMBINAAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Menurut Al-Syaibani (1979), falsafah Penddikan Islam perlulah sesuai mengikut roh (jiwa)
Islam, memahami dan menyedari akidah, ajaran serta syari‟atnya. Pendidikan perlu
mempunyai kaitan dengan realiti masyarakat, kebudayaan, sistem sosial, ekonomi dan
politik. Pendidikan yang didedahkan perlu bersifat terbuka kepada segala pengalaman
kemanusiaan yang baik. Pendidikan juga perlu dibina atas pengalaman lampau dengan
kajian terhadap faktor dan aspek kehidupan, ilmu dan cabang pengetahuan.
Antara asas pembinaan falsafah Pendidikan Islam menurut Al-Syaibani adalah
pendidikan hendaklah bersifat sejagat (universal) dengan mengambil kira faktor-faktor
kerohaniah, budaya, sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan psikologikal. Faktor ini akan
mempengaruhi proses dan usaha pendidikan yang lebih mendalam. Selain itu, pendidikan
harus bersifat memilih (selective) terhadap sumber-sumber ilmu dan jenis-jenisnya dengan
memastikan susunan keutamaan, baik, benar dan sesuai dengan Islam. Pendidikan juga perlu
bebas daripada percanggahan antara prinsip-prinsip dengan kepercayaan-kepercayaan.
Selain itu, pendidikan haruslah benar dan sejahtera dalam andaian, contoh dan fikiran-
fikiran ayang menjadi asasnya sekaligus mempunyai klasifikasi, jelas terperinci sehingga ke
akar umbinya.
Antara lain prinsip asas falsafah Pendidikan Islam adalah perlunya kerjasama
secara kolektif (jamaie) daripada pakar-pakar, para pendidik dan setiap orang yang berminat
dengan pendidikan. Dan yang terakhir menurut Al-Syaibani, pendidikan perlu bersifat
dinamik dan fleksibel, boleh berubah dan dikembangkan bersesuaian dengan perkembangan
penyelidikan dan kajian dalam bidang-bidang pendidikan dan perkembangan ijtihad dalam
hukum-hukum agama.
Hasil daripada prinsip asas yang dibina ini, maka pentingnya peranan falsafah
Pendidikan Islam dalam memberikan alternatif penyelesaian bagi maslah-masalah
pendidikan kerana hala tujunya yang sangat jelas, baik dan ideal. Hal ini kerana falsafah

52
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

pendidikan Islam itu sendiri berusaha memahami masalah yang dihadapi oleh umat Islam
secara lebih terperinci di samping menyelesaikannya dengan alternatif yang sesuai.
Tambahan pula, secara praktikal falsafah Pendidikan Islam memberikan pandangan sebenar
tentang hakikat manusia serta tujuan hidupnya dan seterusnya membentuk objektif
pelaksanaanya.
Hassan Langgulung juga menyatakan unsur falsafah pendidikan cara Islam terdapat
beberapa syarat yang perlu dipenuhi iaitu berkaitan dan relevan dengan keperluan
masyarakat setempat kerana pendidikan yang tidak mengira keperluan masyarakat adalah
dianggap tidak berguna kerana ianya terlalu bersifat idealistik. Pendidikan Islam tidak
bersifat idealistik kerana ianya perlu ada keterlibatan dengan ruang sosial ekonomi dan
politik setempat. Selain itu semua prinsip dan ideologi hendaklah selaras dengan Islam dan
menyeluruh serta mengambil kira kesemua unsur yang diperlukan dan tindakan meminjam
pengetahuan luar hanya akan mengundang kemusnahan dan merosakkan tamadun tempatan.
Justeru itu ia juga perlu memiliki prinsip dan idea tersendiri serta sesuai dengan material
pendidikan yang dimiliki serta ianya mestilah berfokus pada konsep ketuhanan, alam dan
manusia.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Rajah 1 : Falsafah Pendidikan Islam (Supyan Hussin, 2014)

53
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Berdasarkan Rajah 1 tersebut, jelaslah di sini, bahawa Falsafah Pendidikan Islam ialah
falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Islam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan
ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah
Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan ilmu pengetahuan yang cukup agar ia
kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan
atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka ia akan menjadi insan yang
soleh.
Ahli falsafah pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah
perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah
ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani
pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya,
faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan
mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun
bukan Islam.
Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah
Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan
Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan,
Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.
Jadi, semua perkara yang disebutkan di atas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting
dalam kurikulum pendidikan Islam.
Semua pelajaran ini diajar menuju ke satu matlamat sahaja, iaitu melahirkan insan
yang soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu
memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri,
keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek
berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan
falsafah barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan parennialisme
manakala falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme. Kedua-dua
bahagian ini mempunyai mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya penumpuan
kesemua mazhab berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan
murid. Di dalam falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang memberikan penumpuan
pembinaan insan yang berketerampilan dan aspek ini juga terdapat dalam falsafah
pendidikan kita. Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan Kebangsaan sendiri mempunyai beberapa ciri-
ciri yang diterapkan dari falsafah barat. sahaja yang diambil kira dalam penggubalan
Falsafah pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan juga meletakkan kembali
asas kepada perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

54
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

FALSAFAH UMUM BARAT

MODEN
TRADISIONAL

PRAGMATISME EKSISTENSIALISME
IDEALISME REALISME

PERENIALISME ESENSIALISME PROGRESIVISM EKSISTENSIALISME

REKONSTRUKSIONISME

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Rajah 2 : Falsafah Tradisional dan Falsafah Moden


Essentialisme
Essentialisme adalah berpunca daripada realisme dan idealisme yang mana teorinya
mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru
sebagai tujuan utama pendidikan (William C. Bagley, 1874-1946). Memandangkan
essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik
individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran
tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata
pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik. Selain itu ia juga
berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata
pelajaran. Guru adalah sebagai contoh teladan dan berperanan untuk kawalan bilik darjah
serta membuat keputusan mengenai kurikulum tanpa banyak input daripada pelajar dan
bertanggungjawab untuk mengajar nilai-nilai tradisional. William Bagley (1874-1946) juga
merupakan seorang ahli essentialis yang terkenal.

Perennialisme

Perennialisme juga adalah berpunca daripada realisme. dan ahlinya mempercayai bahawa
tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi serta
fokusnya adalah pada perkembangan peribadi (Jonson et al., 1969). Oleh sebab manusia

55
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

ialah manusia, maka mereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitan dengan manusia dahulu
dan bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik. Justeru tajuk-tajuk liberal
seharusnya diajar terlebih dahulu sebelum tajuk-tajuk vokasional. Kurikulum perennialis
adalah berpusatkan kandungan dengan penekanan pada bahasa, kesusasteraan, matematik,
seni dan sains.

Progressivisme

Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John


Dewey dan ahli progressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.
Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan serta boleh
menerangkan realiti masa kini (John Dewey, 1915). Justeru kanak-kanak hendaklah
diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan dan progressivisme
mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka maka
kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan antara disiplin, dan aplikasi masalah
manusia. Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatif seperti aktiviti,
pengalaman, penyelesaian masalah dan projek. Ahli progressivis juga menganggap peranan
guru sebagai pembimbing untuk penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik.

Eksistentialisme

Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia dan ahlinya berpandangan
bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Mereka melihat realiti sebagai subjektif
dan didefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab
kepada diri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta membuat
keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Menurut ahli eksistentialis,
guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas
murid-murid dan memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-
masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus.
Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah seperti
kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan
keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan. Kurikulumnya juga menekankan aktiviti
luahan perasaan, eksperimen, kaedah, dan media yang menerangkan emosi, perasaan dan
pengertian dalaman.

Rekonstruktionisme

Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme dan ianya memberi syor untuk membaiki
dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta
penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan. Ahlinya pula melihat sekolah
sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan
pendidikan dan sosial. Selain itu rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah
untuk mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsi utama sekolah adalah untuk
mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada krisis budaya dan

56
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan menyelesaikan masalah-masalah ini.


Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus
pada kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu nasional dan internasional.

Idealisme

Idealisme adalah salah satu falsafah yang tertua di dunia dan diantara ahli-ahli falsafahnya
iailah Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G. Berkeley, Immenual Kant, G.F.Hagel dan
S.T. Coleridge. Mereka bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia penting dalam
kehidupan dan alam sejagat pada hakikatnya bukan kebendaan. Ianya merupakan satu sistem
yang memberi penekanan kepada kepentingan fikiran, jiwa dan kerohanian. Terdapat tiga
persoalan dan perbincangan dalam mazhab Idealisme iaitu metafizik, epistemologi dan
aksiologi.

Metafizik (Realiti)

Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal, atau dalam
bentuk fikiran dan bukan material dan unsur terpenting dalam kehidupan ialah kerohanian
manusia dan semua kewujudan boleh diperturunkan kepada kerohanian. Idealis tidak
menafikan kewujudan alam fizikal, tetapi mereka menganggap kewujudan alam fizikal tidak
nyata secara muktamadnya. Semua benda hanya satu anggapan atau satu sari pemikiran.
Hanya fikiran sahaja yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua benda hendaklah
diperturunkan kepada fikiran atau kerohanian.

Manakala (Van Scottes et al 1979) berpendapat kepentingannya tentang akal dan


idea, Maka tumpuan dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai
idea. Idealis menganggap manusia mempunyai akal dan jasad, atau jasad, akal dan roh.
Kanak-kanak pula adalah sebahagian daripada alam kerohanian mutlak, dan mempunyal
tujuan kerohanian yang perlu dipenuhi mengikut kebolehan dan keupayaan mereka.
Pendidikan mestilah berusaha memupuk kekariban antara pelajar, unsurunsur kerohanian
tabii dan memberi penekanan dalam keharmonian antara manusia dan alam jagat. Idealis
mempercayai dua konsep yang penting iaitu kebebasan kebebasan dalam membuat
keputusan sendiri dan mesti diikuti dengan tanggungjawab terhadap akibat yang mungkin
timbul hasil daripada tindakan yang dilakukan dan rasionaliti iaitu mencari dan
mengeluarkan idea. Idea adalah satu kemungkinan dalam diri kanak-kanak.

Epistemologi (Kebenaran)

Persoalan Epistemologi adalah pengetahuan boleh diperolehi dengan cara selain daripada
kaedah saintifik dan ia boleh diperolehi melalui keimanan, keautoritarian, taakulan dan
intuisi. Menurut Plato pengetahuan sebenar adalah hasil pemikiran taakulan dan
pengetahuan lebih baik dikeluarkan daripada pelajar sendiri berbanding dengan
mencurahkannya kepada mereka.

57
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Aksiologi (Nilai)

Persoalan Aksiologi dalam Idealisme adalah beerkaitan nilai dan etika yang mutlak. Oleh
itu, apa yang dikatakan baik, benar dan cantik, secara asasnya tidak berubah daripada satu
generasi kepada satu generasi yang lain atau daripada satu masyarakat kepada satu
masyarakat yang lain. Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi sebahagian daripada
tabii alam ciptaan Tuhan dan kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai yang tidak
berubah. Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai, maka manusia hanyalah dianggap
berakhlak apabila mereka hidup mengikut kehendak Tuhan dan idealis (Van Scottes, Kraft
dan Haas (1979) menganggap nilai sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah persekolahan
mestilah menggambar dan memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang dianggap oleh
masyarakat sebagai berguna dan berharga. Maka dalam sistem persekolahan pula, tidak
terdapat pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya mereka yang melanggar atau tidak
memahami sepenuhnya susunan moral alam jagat ini.

PERBEZAAN FALSAFAH ISLAM DAN BARAT

Perbezaan falsafah Barat dan Islam adalah dari aspek konsep, matalamat pendidikan,
peranan guru dan kurikulumnya. Konsep falsafah barat mempunyai ciri-ciri semulajadi
manusia bersifat sejagat, menumpukan perkara-perkara asas sahaja serta bersifat praktikal
dan pragmatik manakala konsep falsafah Islam pula pendidikan memainkan peranan ke arah
mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia dan proses
pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al quran yang menjadi
teras pendidikan.
Terdapat tokoh-tokoh mempelopori kedua-dua falsafah. Antara tokoh-tokoh dari
falsafah Barat ialah Socrates (470-399 sm), Plato (427-347) dan Aristotle (384- 1941) 322)
manakala falsafah Islam pula ialah Ibnu Rushd (520-595Hijrah), Al- Ghazali (1058-
1111Hijrah) Ibnu Khaldun (1332-1406 Hijrah) dan Al-Farabi (870 ± 950 AD).
Falsafah Barat dan Islam juga berbeza dari segi matlamatnya, Barat mengajar ilmu
dan budaya yang bersifat asas sahaja, mengasaskan corak budaya baru dan menghasilkan
individu yang bersedia menghadapi perubahan dalam kehidupan seharian manakala Islam
membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman,
beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah allah s.w.t.yang bertakwa. Selain itu Islam bermatlamat untuk
melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T, hidup dalam masyarakat dengan harmoni,
aman dan damai dan seterusnya mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Falsafah Barat dan Islam telah dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu dalam
falsafah Barat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden yang
bersumberkan akal dan pengalaman manakala dalam falsafah Islam pula boleh dilihat dari
dua sudut iaitu falsafah teori dan falsafah amalan yang bersumberkan akal, pengalaman Ilmu
wahyu dan Ilmu akhirat. Justeru perbezaan dasar antara Barat dan Islam adalah Islam
mempercayai bahawa manusia itu mempunyai kemampuan yang wajar dan dapat
menghadapi serta mengatasi masalah-masalah yang bersifat menekan atau mengancam
adanya manusia itu sendiri. Berbanding dengan falsafah Pendidikan Islam pula berusaha
untuk melahirkan individu yang baik dan beramal soleh. Selain itu, melahirkan insan yang
mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani .
Peranan guru juga adalah berbeza antara falsafah Barat dan Islam. Guru berperanan
sebagai penyampai ilmu bagi yang pakar, pembimbing dan pengurus, agen perubahan dan

58
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

pemangkin ilmu bagi falsafah barat manakala falsafah Islam guru berperanan sebagai
pemberi ilmu, pembimbing, pendorong dan juga pembentuk akhlak murid-muridnya. Justeru
itu apabila peranan guru berbeza maka kurikulumnya juga terdapat perbezaan. Falsafah
barat menjurus kepada bidang kemanusiaan dan kesusasteraan, kemahiran asas(membaca,
menulis dan mengira), bidang sains social dan bidang estetik manakala falsafah Islam pula
berlandaskan sumber yang jelas dan kukuh iaitu Al Quran dan As Sunnah yang meliputi
fardu ain seperti solat, puasa dan zakat dan fardu kifayah seperti ilmu sains, matematik dan
vokasional.

KESIMPULAN

Apabila diamati penulis dapat melihat bahawa falsafah Islam mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang ekslusif berbanding dengan falsafah yang difahami oleh golongan barat.
Falsafah Islam adalah bersumberkan kepada wahyu Ilahi manakala falsafah barat yang
wujud beberapa aliran pemikiran berperanan penting dalam meningkatkan pengamatan
tentang sesuatu perkara kerana ianya hanya akal dan pengalaman. Justeru itu sekiranya
berlaku pertentangan dengan ketentuan syara‟ maka nilai yang ada dalam falsafah Islam
dianggap sebagai bukannya dari nilai yang dituntut oleh agama dan bertentangan dengan
kemaslahatan manusia amnya. Walaubagaimanapun syara‟ tidak menafikan penglibatan
manusia secara tidak langsung dalam mentafsir dan memahami sistem pembentukan falsafah
tersebut.

RUJUKAN

Abdul Rahman Md Aroff & Zakaria Kasa.1987. Falsafah dan Konsep pendidikan, Edisi ke-
2. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan
Othman. 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim.

Al-Shaibaniy, Umar. 1979. Falsafah Pendidikan Islam. (Terj) Selangor.

Idris Zakaria. 1989. Pemikiran Islam tentang kehidupan. Shah Alam: Marwilis Publisher
and Distributors Sdn. Bhd.

Idris Zakaria. 2012. Islam Dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu (Islam and Its
Philosophy in Malay Culture). Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.Jurnal Hadhari (91-108).

Idris Zakaria & Ahmad Sunawari Long. 2013. Titik Temu Antara Falsafah dan Kehidupan
Praktis. International Journal of Islamic Thought Vol. 3: (June).

Maimun Aqsha Lubis. 2014. Perbandingan Antara Falsafah Barat Dengan Falsafah
Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yusuf Ahmad. 2004. Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Universiti Malaya:
Kuala Lumpur.

59
The Eight International Workshop and Conference of ASEAN Studies in
Islamic and Arabic Education and World Civilization
POLMED – UKM – STAI (AL- HIKMAH) 1 DIS 2015

Muhd. Uthman el. Muhammady. 1997, Mac. Islam Sebagai Benteng Peradaban Melayu -
Cabaran Masa Hadapan. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Peradaban Melayu, 1-
3 Mac 1997 anjuran bersama Jabatan Persuratan Melayu UKM dan Berita
Harian (M) Berhad.

Nurfaraheen bte Mohd Nasir. 2011. Isu-Isu Falsafah Barat Menurut Pandangan Islam.
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti Malaysia Sarawak.

Sabariah Sulaiman, Maimun Aqsha Lubis dan Noraini Sulaiman. 2008. Keunggulan
Falsafah Pendidikan Islam Berbanding Falsafah Pendidikan Barat Dalam Menjana Modal
Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan (Siri 6). Fakulti
Pendidikan.UKM

Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin. 1998. Wawasan pendidikan. Kuala Lumpur: Cahaya
Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

Wan Zulkhairi Zakaria, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. 2011. Kritikan Dan
Perbandingan Falsafah Pendidikan Di Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional
(PTV). Journal of Edupres, Volume 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Zawawi Ahmad. 1998. Teras Dan Falsafah Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam.
Tahun 2 Bil 8. ABIM. Ogos. 1-10.

60
View publication stats

You might also like