You are on page 1of 11

Ruj.

Tuan :
Ruj. Kami : JPK.SPPK.UKK.600-3/2/4 Jld. 2 (33)
Tarikh : 27 Jun 2021

Guru Besar / Pengetua


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah

Tuan,

HEBAHAN PEMAKLUMAN BERHUBUNG PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM


MINGGUAN SECARA DALAM TALIAN DAN PENGISIAN DATA DALAM SISTEM
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM BAGI TAHUN 2021

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa kesan daripada pengumuman Kerajaan berkenaan beberapa fasa


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 sehingga kini berikutan penularan
pandemik Covid-19 telah menyebabkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah perlu
beroperasi secara norma baharu.

3. Sehubungan itu, bagi memastikan aktiviti kokurikulum tidak terjejas seperti aktiviti
Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan termasuk perjumpaan
mingguan boleh dilaksanakan secara dalam talian. Inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha
pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi tahun 2021 oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun, jadual aktiviti kokurikulum perlu diselaraskan
di peringkat sekolah agar tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelanjaran (PdP)
atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) guru serta murid.

4. Bagi tahun 2021, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) akan
dilaksanakan seperti tahun 2020 dengan mengambil kira kehadiran perjumpaan mingguan secara
dalam talian. Bersama-sama ini disertakan surat pemakluman daripada KPM berkaitan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum mingguan secara dalam talian dan pengisian data dalam sistem
PAJSK bagi semua murid sekolah rendah dan menengah untuk rujukan selengkapnya.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Rizuan bin Ishak, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid di talian 0129639219 / 047745176.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE )


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b.p Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

s.k : 1. Pengarah Pendidikan Kedah


2. Semua Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kedah

MRI/UNITKOKURIKULUM/JPNK
3 52
3 52

You might also like