You are on page 1of 3

SJK (C) LIH JEN 立人华小 Tel &Faks : 06-3344748

Jalan Pokok Mangga


75200 Melaka.
KodSekolah : MBC 2071
Emel:mbc2071@1bestarinet.yes.my

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) DAN MUZIK


KALI KEDUA 2018

TARIKH : 16 NOVEMBER 2018

MASA : 1.45 Petang

TEMPAT : Bilik Guru

KEHADIRAN : Cik Hong Yek Tee (Ketua Panitia)


Pn Nooramiza bt Zainol Abidin (Setiausaha)
Cik Lim Siew Lian ( AJK )
Pn Ng Swee Tee ( AJK )
Cik Lim Siew Lian ( AJK )
Pn Lam Jiun Mee ( AJK )
Puan Foo Chai Kian (AJK )
Cik Chu Sue Jin (AJK )

1. UCAPAN ALUAN
1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan seterusnya
mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kerana sudi hadir.

TINDAKAN:MAKLUMAN

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PERBINCANGAN
Guru besar telah bersama-sama berbincang dan membuat ketetapan seperti
berikut:

4.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

4.1.1 Buku Teks

Setiap darjah mempunyai buku teks PSV. Kesemua buku teks telah dipulangkan
kepada SPBT.
SJK (C) LIH JEN 立人华小 Tel &Faks : 06-3344748
Jalan Pokok Mangga
75200 Melaka.
KodSekolah : MBC 2071
Emel:mbc2071@1bestarinet.yes.my
.

4.1.2 Pembelian Alatan BBM

Dram telah dibeli menggunakan peruntukan yang disediakan.

TINDAKAN:MAKLUMAN

4.2 Pembelajaran Di Dalam Kelas

4.2.1 Peralatan Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Alatan di bilik seni dan bilik muzik telah dikemas dan disusun. Alatan yang telah
rosak dan tidak boleh digunakan telah diasingkan

4.2.2 Pameran

Pameran PSV telah diadakan pada bulan November selepas peperiksaan akhir
tahun dijalankan. Murid mengumpul hasil kerja mereka untuk melaksanakan
pameran tersebut.

4.2.3 Penilaian PSV

i) Ujian penilaian PSV telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu pada
pertengahan dan akhir tahun. Guru melaksanakan ujian tersebut mengikut waktu
mengajar sendiri seminggu sebelum ujian pertengahan dan akhir tahun
dilaksanakan.

ii) Ujian penilaian Pendidikan Muzik akan dilaksanakan secara teori dan bertulis.

4.2.3 Aktiviti

i) Pertandingan mewarna Tahun 1 dan 2, Chui mei Tahun 3 dan 4 dan kaligrafi
Tahun 5 dan 6 telah dijalankan .
SJK (C) LIH JEN 立人华小 Tel &Faks : 06-3344748
Jalan Pokok Mangga
75200 Melaka.
KodSekolah : MBC 2071
Emel:mbc2071@1bestarinet.yes.my
ii) Pertandingan membuat tanglung tercantik telah diadakan semasa pesta
tanglung

iii) Semasa perasmian bangunan baharu sekolah, persembahan kuda kepang,


tarian India dan tarian kipas telah dipersembahakan.

TINDAKAN:MAKLUMAN

5. PENUTUP

Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
telah hadir dan berharap tindakan susulan diambil terhadap keputusan-
keputusan yang telah dibuat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________ ____________________
(PN NOORAMIZA BT ZAINOL ABIDIN) (HONG YEK TEE)
Setiausaha Panitia Kesenian Ketua Panitia Kesenian

You might also like