You are on page 1of 6

1.

TAJUK : MINIT MESYUARAT MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK BATU


KAWA
2. BIL/ TAHUN : 2/2018
3. TARIKH : 15 OGOS 2018 (RABU)
4. MASA : 12.30 TENGAH HARI
5. TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH
6. KEHADIRAN :
6.1 HADIR :
1. Mohd Noor Bin Lamat
2. Neo Hui Kiam
3. Arrick Ak Bantin
4. Joanna Tabitha
5. Drusilla Alllyn Ak Lunyut
6. Sapawi Bin Sa-i
7. Jenny Ak Lintan Denis
8. Rojap Ak Jehong
9. Hii Pik Ling
10. Jennifer Ak Jimmy
11. Nurul Idayu Bt Sogi
12. Andrew Bong
13. Yap Dee Choo
14. Noornazaria Bt Mohd Alwi
15. Clare Wong Hui Ling
16. Sueelina Bt Ahmad
17. Chai Fong Ling
18. Noor Lizawati Bt Hason
19. Siti Hamizah Bt Dor
20. Tony Thian Cheng Kai
21. Moh Hieng Wee
22. Bong Siaw Ping
23. Jonna Ak Randog
24. Yusnita Mat Ali
25. Salwa Sulaiman
26. Nurul Azirah Bt Sulaiman
27. Elaine Chang

1
28. Jee Nyuk Hiong

6.2 TIDAK HADIR BERSEBAB :


1. Patricia Judin
2. Candy Ak Pero
3. Lian Yuk Lan
4. Rabiah Jaraee
5. Felicia Wong
6. Kho Jenn Shyong
7. Lee Pei Chin
8. Suhaida Lakiden
9. Ting Due Kok
10. Foo Chung Ming
11. Kartina Bt Nordin
12. Abdul Amir B. Abdul Rikah
13. Edina Ak Lanying
14. Misrah Bt Sulaiman
15. Ahmad Azreyzan
16. Selina Moneg
17. Tay Boon Ping
18. Megawati
19. Maria Ak Lok
20. Abert Achilles Nunong
21. Mohd Nizam

7. AGENDA MESYUARAT:
7.1 Kata alu-aluan Pengerusi
7.1.1 Pengerusi, En. Mohd Noor Bin Lamat (Penolong Kanan Pentadbiran) mengalu-
alukan kehadiran semua.
7.2.1 Terdapat penambahan beberapa orang AJK untuk membantu kelancaran
pelaksanaan majlis.

2
7.2 Laporan Majlis Persaraan Pengetua SMK Batu Kawa

7.2.1 AJK Pengurusan Pelajar


7.2.1.1 Pengerusi memaklumkan kehadiran pelajar telah ditetapkan iaitu seramai
1002 orang pelajar dijangka hadir.
7.2.1.2 Cikgu Clare Wong memaklumkan berdasarkan kehadiran pada hari Sabtu
sebagai rujukan, hanya 567 yang akan hadir.
Makluman : Semua AJK

7.2.1.3 Cikgu Clare Wong memaklumkan persiapan hiasan akan disediakan oleh
Cikgu Noor Lizawati. Manakala perbarisan pelajar diuruskan oleh Cikgu
Bong Siaw Ping dan kawalan pelajar di dalam dewan akan diuruskan oleh
Cikgu Jonna Randog dan Cikgu Clare Wong.
7.2.1.4 Pengerusi memutuskan guru kelas perlu memaklumkan kepada pelajar
tentang kehadiran pada hari majlis tersebut. Sekiranya ada pelajar yang
sukarela mahu menghadiri majlis juga dibenarkan.
7.2.1.5 Pengerusi memutuskan pelajar yang hadir mestilah memakai pakaian
seragam sekolah. Pelajar yang terlibat dengan persembahan boleh
memakai pakaian mengikut tema majlis.
Tindakan : AJK Pengurusan Pelajar
7.2.2 AJK Hadiah dan Cenderahati
7.2.2.1 Puan Salwa Sulaiman memaklumkan 4 kategori penyampai hadiah.
7.2.2.2 Pengerusi meminta pembahagian tugas yang jelas antara 4 orang guru
dibuat dengan bantuan Biro Hadiah Lembaga Pengawas.
7.2.2.3 Pengerusi meminta satu senarai lengkap pemberi hadiah disediakan
sebelum majlis
7.2.2.4 Hadiah diputuskan dikumpulkan di dalam Bilik Ketua Bidang.
Tindakan : AJK Hadiah dan Cenderahati

7.2.3 AJK Hiasan Pentas dan Persiapan Dewan


7.2.3.1 Cikgu Noornazaria memaklumkan persiapan sedang dijalankan dengan
menggunakan bahan yang sedia ada dan sedang giat mengumpulkan
bunga dan kain yang ingin digunakan.

3
7.2.3.2 Cikgu Noornazaria juga memaklumkan struktur singgahsana akan
dipasang pada hari Isnin di atas pentas dengan bantuan Cikgu Foo
Chung Ming.
7.2.3.3 Cikgu Noornazaria meminta pandangan tentang cadangan membuat
gerbang serta karpet merah.
7.2.3.4 Pengerusi membenarkan karpet merah lama yang berada di belakang
dewan digunakan untuk majlis tersebut. Sekiranya AJK mahu memotong
karpet itu, AJK perlu membawa Penolong Kanan (PK) untuk melihat
terlebih dahulu.
Tindakan : AJK Hiasan Pentas dan Persiapan Dewan

7.2.4 AJK Backdrop/Banner/Slaid/Montaj


7.2.4.1 Cikgu Moh Hieng Wee melaporkan backdrop telah siap.
7.2.4.2 Kad jemputan untuk Majlis Persaraan Pengetua akan diedarkan selepas
cuti pertengahan penggal.
7.2.4.3 Pengerusi meminta AJK memasukkan maklumat perkhidmatan Pengetua
yang boleh diperoleh daripada Puan Nafsiah.
7.2.4.4 Pengerusi memutuskan tempoh bagi tayangan slaid dan montaj ialah 30
minit.
Tindakan : AJK Backdrop/Banner/Slaid/Montaj

7.2.5 AJK Persembahan


7.2.5.1 Cikgu Sueelina melaporkan perkembangan seperti Lampiran 1.
Tindakan : AJK Persembahan

7.2.6 AJK Photobooh


7.2.6.1 Cikgu Jee Nyuk Hong melaporkan banner akan dibuat dengan nama
pengetua.
7.2.6.2 Hiasan photobooth akan ditambah dengan bunga.
Tindakan : AJK Persembahan

7.2.7 AJK Siaraya


7.2.7.1 Cikgu Andrew melaporkan 2 wireless microfon dapat disediakan.
7.2.7.2 Cikgu Sueelina memohon microfon digunakan juga semasa raptai.
Tindakan : AJK Siaraya

4
7.2.8 AJK Jamuan
7.2.8.1 Cikgu Jennifer memaklumkan harga makanan adalah RM15.00 bagi
sekepala. Guru-guru dan staf hanya perlu membayar RM 12.00 kerana
selebihnya akan ditampung oleh dana sumbangan.
7.2.8.2 Cikgu Jennifer memaklumkan kutipan duit daripada guru dan staf sedang
giat dijalankan.
7.2.8.3 Cikgu Yusnita memaklumkan Meja VIP akan dihias dalam bentuk U.
7.2.8.4 Cikgu Jennifer memaklumkan menu vegeterian akan ditempah oleh Cik
Mary.
7.2.8.5 Menu yang dipilih bagi jamuan ialah Nasi Putih, Ayam Masak Merah,
Ayam Goreng Berempah, Fish Fillet Sos Thai, Sayur Campur, Buah
Tembikai, Air Oren Sunquick dan Puding.
7.2.8.6 Cikgu Yusnita memohon bantuan pengawas mengalihkan kerusi VIP.
Tindakan: AJK Jamuan

7.2.9 Jurufoto
7.2.8.1 Pengerusi mencadangkan rakaman video dibuat untuk merakam
perjalanan majlis.
Tindakan: Jurufoto

7.2.10 Kek
7.2.10.1Kek akan disediakan oleh pihak koperasi.
Tindakan: Cikgu Felicia Wong

7.2.11 AJK Perarakan Keluar


7.2.11.1Perarakan keluar Pengetua dengan kereta diteruskan sekiranya cuaca
mengizinkan.
7.2.11.2 Sekiranya hari hujan, perarakan keluar Pengetua akan dibuat dari
dewan hingga ke Bilik Pengetua sahaja
7.2.11.3 Pelajar akan dibenarkan balik jam 11.30 pagi.
Tindakan: AJK Perarakan Keluar

7.3 Hal-hal Lain


7.3.1 Pengerusi membenarkan struktur singgahsana dipasang di atas pentas pada
hari Isnin.

5
Tindakan: AJK Hiasan Pentas dan Persiapan Dewan

7.3.2 Pengerusi memutuskan dewan ditutup bagi persiapan dan raptai bermula petang
Selasa.
7.3.3 Raptai penuh akan diadakan pada hari Rabu 29 Ogos 2018.
7.3.4 Cikgu Neo Hui Kiam menekankan sepatutnya tiada unsur paksaan dalam
sumbangan hadiah kepada pengetua.
7.3.5 Rakaman video ucapan persaraan bolehlah dihantar kepada Cikgu Thian
selewat-lewatnya hari Jumaat 17/8/2018.
Makluman: Semua AJK

7.4 Penutup
7.4.1 Ucapan Penangguhan
7.4.1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas
kerjasama yang diberikan.
7.4.1.2.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.55 petang.

Minit disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................................... ........................................
NURUL IDAYU BT SOGI MOHD NOOR BIN LAMAT
Setiausaha, Penolong Kanan Pentadbiran,
Jawatankuasa Kebajikan Staf 2018 SMK Batu Kawa
SMK Batu Kawa

You might also like