You are on page 1of 1

Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) SEKOLAH

KEBANGSAAN LEBIR
18300 GUA MUSANG
KELANTAN

E-Mel : dba8011@moe.edu.myy

Ruj kami : SKL 100-13/1/4 ( )


Tarikh : 24 Mei 2022

YBM. TAN SRI TG. RAZALEIGH BIN TG. MOHD HAMZAH


AHLI PARLIMEN GUA MUSANG,
18300, Gua Musang,
Kelantan.

Yang Berhomat Mulia,

JEMPUTAN MERASMIKAN MAJLIS MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE -38

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatan kuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Lebir
akan mengadakan Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kali- 38 bagi tahun
2022 bersamaan dengan 1443 Hijrah.

3. Justeru itu, pihak Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Lebir amat berbesar hati
agar Yang Berhormat Mulia dapat menyediakan tarikh serta masa yang terdekat dan
sesuai bagi menghadiri majlis tersebut.

4. Kerjasama dan perhatian daripada Yang Berhormat Mulia, kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”Raja Berdaulat, Rakyat Muafakat, Negeri Berkat”


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

Saya yang menjalankan amanah,

ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN


Yang Dipertua PIBG
SK Lebir (DBA8011)

You might also like