You are on page 1of 1

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN

DI SEKSYEN NATIONAL HEALTH FINANCING (NHF),


BAHAGIAN PERANCANGAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

PERHATIAN – Pegawai Perubatan yang sedang bertugas di SEKTOR AWAM.

Seksyen National Health Financing sedang mengenalpasti kakitangan kerajaan


terutama dari KKM yang berminat untuk bertugas di Seksyen NHF. Fungsi Seksyen
ini adalah mengkaji, merancang dan membangunkan dasar sistem pembiayaan
kesihatan negara. Tugas yang mencabar ini memerlukan anggota Seksyen yang
dinamik dan boleh bekerjasama dengan anggota-anggota lain dalam KKM dan
pelbagai institusi serta organisasi luar.

Kakitangan kerajaan terutama dari KKM yang berminat adalah dijemput untuk
memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Seksyen NHF seperti di bawah.
Keutamaan akan diberi kepada mereka yang mempunyai minat, berpengalaman dan
terlatih dalam bidang berkaitan Health Economic / Health Financing.

Jawatan Gred KEKOSONGAN

Pegawai Perubatan UD43/UD44/UD47/UD48 2

Sekiranya berminat, sila isi BORANG PERMOHONAN yang dilampirkan dan


emelkan bersama-sama RESUME kepada kami.

Emel : wnhamizah@moh.gov.my
Pn Wan Nor Hamizah Bt Wan Abdul Rahman
03-8883 2372

Atau

roseni@moh.gov.my
Pn Roseni Bt Hj. Ismail

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN : pada @ sebelum 18 JULAI 2022

Bahagian Perancangan (Planning Division)


Seksyen National Health Financing (NHF)
Aras 3, Blok E6 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 PUTRAJAYA.

You might also like