You are on page 1of 5

PEJABAT KETUA PENGARAH KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


(Office Of Director General Of Health,Ministry Of Health
Malaysia)
Telefon : 03-88833888
Aras 12, Blok E 7, Parcel E
Kompleks Kerajaan Persekutuan Fax : 03- 88831155
62590 PUTRAJAYA

RUJ. TUAN
:
RUJ. KAMI : KKM87/P1/1/1/3 ( )
TARIKH : JULAI 2008

Pengarah Kesihatan Negeri …………………………….


Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

Y Bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

SURAT PEKELILING KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA BIL 7/ 2008


PELAKSANAAN PEMBEDAHAN ELEKTIF PADA HARI SABTU DI HOSPITAL-
HOSPITAL KERAJAAN YANG TELAH DIKENALPASTI

1. TUJUAN
Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah Pelaksanaan Pembedahan
Elektif pada Hari Sabtu di hospital kerajaan yang telah dikenalpasti.

2. LATAR BELAKANG
Perkhidmatan Anestesia dan Perkhidmatan Pembedahan merupakan dua
komponen penting dalam perkhidmatan yang disediakan di dalam dewan
bedah. Buat masa ini aktiviti pembedahan dijalankan di 22 buah hospital
berpakar utama dan sejumlah 33 buah hospital daerah yang dilengkapi dengan
kemudahan kepakaran tertentu. Hospital-hospital kerajaan yang mempunyai
dewan bedah menyediakan perkhidmatan pembedahan elektif pada waktu
bekerja biasa iaitu mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Bagi
pembedahan untuk kes-kes kecemasan pula ianya dijalankan tanpa mengira
waktu. Di luar waktu kerja biasa, perkhidmatan pembedahan kecemasan
dijalankan oleh doktor pakar dan doktor yang bertugas atas panggilan dan
dibantu oleh anggota paramedik yang bertugas secara syif.

3. PELAKSANAAN
Hospital dengan beban kerja pembedahan yang tinggi dan mempunyai masa
menunggu yang lama untuk pembedahan elektif dikenalpasti bagi menjalankan
aktiviti pembedahan elektif pada hari Sabtu. Untuk permulaan sebanyak 19
buah hospital dikenalpasti (seperti di Lampiran A dalam Garispanduan) untuk
menjalankan perkhidmatan pembedahan elektif pada Hari Sabtu iaitu mulai jam
8.00 pagi hingga 1.00 petang.

3.1 Penggunaan Sumber Manusia


Bagi membolehkan perkhidmatan pembedahan elektif ini dilaksanakan
dengan berkesan, pengarah hospital perlu menyelaras jadual
perkhidmatan dan jadual tugas kakitangan di hospital berkenaan.

Perkhidmatan pembedahan elektif dilaksanakan dari jam 8.00 pagi


hingga 1.00 tengahari pada Hari Sabtu. Anggota yang akan terlibat iaitu
doktor pakar dan pegawai perubatan layak menerima bayaran insentif
khas (mengikut pekeliling Bayaran Insentif Khas Bagi Perkhidmatan
Elektif Pada Hari Sabtu di Hospital-Hospital Kementerian Kesihatan) dan
untuk anggota paramedik dibayar mengikut kadar elaun lebih masa
( mengikut pekeliling perkhidmatan yang berkaitan).

3.2 Skop Perkhidmatan Pembedahan


Skop perkhidmatan pembedahan elektif yang akan disenaraikan bagi
tujuan pembedahan pada hari Sabtu akan ditentukan atas
pertimbangan Ketua Jabatan Pembedahan dan Anestesia di hospital
berkenaan.

Bayaran insentif khas akan dibayar bagi perkhidmatan dari jam 8.00 pagi
hingga 1.00 tengahari dan tidak tertakluk kepada masa pembedahan
tamat.

Jenis-jenis pembedahan elektif yang dapat dijalankan pada Hari Sabtu ini
boleh diambil daripada pelbagai disiplin pembedahan dan ditentukan
atas persetujuan semua pakar-pakar terlibat.

3.3 Reten dan Beban Kerja


Bagi memantau beban kerja dan penggunaan sumber, pihak hospital
diminta menghantar reten seperti di Lampiran B pada setiap bulan
kepada Pengarah Kesihatan Negeri dan reten-reten ini akan dipantau
dari semasa kesemasa oleh Pengarah Bahagian Perkembangan
Perubatan.

4. TARIKH BERKUATKUASA
Arahan ini berkuatkuasa mulai dari 1 Februari 2008.

5. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


5.1 Pengarah Kesihatan Negeri perlulah menyelaras pelaksanaan aktiviti
pembedahan pada Hari Sabtu ini di peringkat negeri. Pengarah Hospital
akan bertanggungjawab ke atas pengendalian lis pembedahan dengan
kerjasama pakar-pakar terlibat di Hospital berkenaan supaya
dilaksanakan secara efisien mengikut kemampuan fasiliti kesihatan,
keperluan pesakit dan mengambil kira sumber yang ada.
5.2 Pihak negeri diminta memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan
arahan ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektifnya.

6. PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:
Pengarah
Bahagian Perkembangan Kesihatan
Aras 7, Blok E1, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Telefon : 03-8883 1047
No. Fax : 03-8883 1427

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(TAN SRI DATUK DR. HJ. MOHD ISMAIL MERICAN)


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

s.k. - Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia


- Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)
- Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
- Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal)

You might also like