You are on page 1of 2

SJK(T) RAMAKRISHNA,

37 JALAN SCOTLAND,
10450 GEORGETOWN, PULAU PINANG
TEL : 04 -2294614
Ruj. Kami : SJKTRK 600-8/3/2 (1)
Tarikh : 07 NOVEMBER 2022

PIREMA A/P KANARATANAM


PENGUSAHA KANTIN
801130-02-6058

Tuan/Puan,

PERINGATAN MESRA BERKENAAN DENGAN KUALITI MAKANAN DI KANTIN.

Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima aduan daripada pihak


ibubapa mengenai kualiti makanan yang terjejas beberapa minggu berturut - turut.
Keadaan ini amat membimbangkan tentang keselamatan kesihatan murid.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menyiasat tentang aduan yang
diterima dan mendapati bahawa 88 peratus responden memberi pendapat negatif.
Antara pendapat - pendapat yang diterima ialah seperti berikut:

a) Telur rebus sejuk/ separuh beku semasa makan.


b) Makanan berbau basi
c) Makanan tidak sedap
d) Makanan tiada jenis berlainan
e) Makanan tidak berbaloi

3. Untuk pengetahuan Tuan/Puan pengusaha kantin sebelum surat peringatan


mesra ini, kami juga telah membuat perjumpaan dan mesyuarat kecil untuk mengatasi
masalah ini terlebih dahulu tetapi masalah ini masih berulang kali.

4. Oleh itu, kami pihak sekolah memohon jasa baik Tuan/Puan pengusaha kantin
supaya mengatasi masalah tersebut dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.


“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

___________________________________
(SRITHARAN a/l T.CHATTUKUTTI)
GURU BESAR
SJKT RAMAKRISHNA
SJK(T) RAMAKRISHNA,
37 JALAN SCOTLAND,
10450 GEORGETOWN, PULAU PINANG
TEL : 04 -2294614

You might also like