You are on page 1of 2

Rujukan Tuan:

Rujukan Kami: MAH.100-4/2/4

Tarikh : 06 Disember 2022

Kepada yang berkenaan,

Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA KARNIVAL JOM KE MASJID DI MASJID AL HUSSAIN.
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Masjid Al-Hussain akan menganjurkan
Karnival Jom Ke Masjid di perkarangan Masjid Al Hussain. Program ini merupakan antara
inisiatif untuk menarik minat masyarakat datang ke masjid serta mengimarahkan rumah
ALLAH.
3. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan kelancaran program, Jawatankuasa Masjid ingin
memohon sumbangan berbentuk kewangan/ hadiah/ barangan untuk Karnival Jom Ke
Masjid yang akan dijalankan. Butiran bagi karnival ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 26 Disember 2022 (Isnin)
Masa : 09.00 Pagi – 05.00 Petang
Lokasi : Kawasan Masjid Al-Hussain
4. Oleh yang demikian, Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh
berhubung terus dengan pegawai masjid iaitu En Zaim Muzakir bin Omar (017-4299707).
Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
“RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,
NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU”
Saya yang menjalankan amanah

(PUAN FAIZATUL ARISYA BINTI KHALEEFUREHMAN)


Pengarah Program Karnival Jom Ke Masjid
Masjid Al-Hussain

You might also like