You are on page 1of 35

PENGURUSAN DAN KESELAMATAN BENGKEL

AGROTEKNOLOGI

OLEH:
KHU EIAN CHUN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
OBJEKTIF KURSUS:

Pada akhir kursus, peserta akan dapat :

1. Menjelaskan peraturan umum bengkel/makmal.


2. Menyatakan peraturan keselamatan ladang agro.
3. Mempraktikkan etika semasa melakukan aktiviti di ladang.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Teliti Gambar Berikut

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
.
Pekerja ladang maut tersepit pada tayar traktor

TANJUNG MALIM 5 Jun - Seorang pekerja ladang warga Indonesia maut setelah terjatuh
dari traktor yang dipandunya dan tersepit pada bahagian tayar belakang kenderaan tersebut
di ladang kelapa sawit Felda Gunung Besout 1 dekat sini semalam.

© Utusan Melayu (M) Bhd

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Mengapa Pentingnya Keselamatan
dan Kesihatan di Sekolah?

• Meningkatkan keyakinan ibapa/guru/pelajar


• Mengelakkan kemalangan dan
menyelamatkan nyawa
• Meningkatkan imej sekolah
• Menjamin kesinambungan kecemerlangan
• Mengelakkan kerugian kepada sekolah dan
pelajar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Prinsip Pengurusan Keselamatan
• Kecederaan dan penyakit akibat kemalangan boleh
dicegah
• Pihak pengurusan bertanggungjawab secara langsung
dalam pengurusan keselamatan
• Perlu latihan
• Audit dan pemeriksaan keselamatan perlu dilaksanakan
• Sebarang kelemahan hendaklah dibaiki segera
• Setiap amalan tidak selamat, insiden dan kecederaan
kemalangan hendaklah disiasat.
• Keselamatan di luar sekolah adalah sama penting
dengan keselamatan di kawasan sekolah.
• Pencegahan insiden adalah kos efektif – kos tertinggi
adalah kesengsaraan manusia yang menjadi mangsa.
• Semua pihak perlu terlibat secara aktif
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Peraturan Keselamatan Ladang Agro

✓ Pengguna bengkel/ladang mestilah mengenal pasti setiap


kakitangan bengkel/ladang yang bertugas.
✓ Pengguna bengkel/ladang mesti membaca, faham dan ikuti
semua peraturan umum bengkel/ladang.
✓ Pengguna perlu berhati-hati dan mengambil langkah–langkah
keselamatan semasa menggunakan racun perosak (rujuk
pengendalian bahan kimia), peralatan dan jentera (rujuk
pengendalian bahan berisiko tinggi).
✓ Mematuhi peraturan berpakaian yang telah ditetapkan bagi
menjamin keselamatan - tidak memakai pakaian yang longgar
dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh
menyebabkan kemalangan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
✓ Pastikan kawasan bengkel tidak berminyak bagi mengelakkan
kemalangan.
✓ Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan
sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang
dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah.
✓ Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa
kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan
kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.
✓ Sisa haiwan dan sisa tumbuhan perlu dikendalikan dengan
selamat (rujuk pengendalian sisa makmal).
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ETIKA KETIKA BERADA DI LADANG

Pakaian

▪ Semasa berada diladang, pakaian haruslah sentiasa


kemas dan teratur.
▪ Elakkan memakai pakaian yang longgar dan nipis
▪ Pastikan juga di bahagian bawah seluar tiada tali yang
berjuntai keluar. Ini kerana untuk mengelakkan tali seluar
tersangkut pada jentera semasa sedang melakukan kerja.
▪ Semasa melakukan kerja meracun, pastikan juga kita
memakai baju yang telah disediakan khas atau apron,
goggles yang khas, sarung tangan dan kasut boot.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Semasa memandu traktor

▪ Elakkan membawa penumpang bersama semasa


memandu traktor.
▪ Memandu dalam kelajuan yang paling rendah.
▪ Kurangkan kelajuan semasa membelok.
▪ Matikan suis utama jika berada dalam kecemasan.
▪ Semasa memandu, elakkan berbual dengan kawan-kawan.
▪ Duduk di tempat yang disediakan.
▪ Sentiasa fokus semasa melakukan kerja.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Semasa meracun rumpai

▪ Sebelum memulakan proses meracun, pastikan mesin


penyembur racun dicuci dengan bersih untuk membuang
sisa racun yang terdahulu.
▪ Bancuh racun mengikut sukatan yang disyorkan sahaja. Ini
adalah untuk mengelakkan pembaziran.
▪ Meracun mengikut arah angin bagi tujuan mengelakkan
racun terkena pada badan kita.
▪ Pastikan nozel berada pada paras lutut semasa melakukan
proses penyemburan racun.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Di bawah ini menunjukkan simbol-simbol keselamatan. Jelaskan makna
simbol tersebut dan di mana keadaan ini biasa berlaku?

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APAKAH HAZAD (Hazard)?

Apa - apa yg berpotensi memudaratkan pekerja sama ada


dari segi:

i. Keselamatan
ii. Kesihatan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JENIS-JENIS HAZAD
i. Hazad Kimia – pelarut, asid, alkali, gas dll.
ii. Hazad Fizikal – eletrik, haba, bunyi bising, radiasi, debu/habuk dan
lain-lain.
iii. Hazad Biologikal – virus, bakteria, kulat, parasit, serangga
pembawa penyakit, haiwan berbisa dll.
iv. Hazad Ergonomik – tempat kerja tidak sesuai, pengendalian
manual, postur kekok (awkward) kerja berulang dll.
v. Hazad Psikososial – kerja syif, tekanan di tempat kerja, salah guna
dadah & alkohol, gangguan seksual, keganasan dll.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
>>LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN

✓ Sentiasa mematuhi protokol kerja selamat


✓ Tumpuan sepenuh perhatian
✓ Mematuhi arahan keselamatan
✓ Selenggara mesin & alatan secara bersistematik
✓ Tidak makan/minum & merokok semasa kerja
✓ Tidak mengambil dadah @ alkohol
✓ Hadiri latihan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP)
✓ Guna kelengkapan PPE yg sesuai dan betul
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
>>MEWUJUDKAN TEMPAT KERJA
YANG SEJAHTERA
✓ Susun atur yang kemas
✓ Ruang kerja yang selesa
✓ Pencahayaan yang mencukupi
✓ Ventilasi (pergerakan udara) yang baik
✓ Bunyi bising yang terkawal
✓ Peralatan berfungsi dan sesuai
✓ Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai
✓ Penyimpanan selamat bagi bahan kimia
✓ Sistem penggera yang berfungsi
✓ Sistem pencegah kebakaran yang lengkap dan berfungsi
✓ Tanda-tanda amaran bahaya yang jelas dan cukup
✓ Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
>>PENGURUSAN RISIKO

Kategori Pengurusan Risiko:

1. Pengurusan Risiko Hazard Kimia


2. Pengurusan Risiko Hazard Fizikal
3. Pengurusan Risiko Hazard Biologi
4. Pengurusan Risiko Hazard Trafik
5. Pengurusan Risiko Kebakaran
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Di antara potensi hazad yang wujud di sektor pertanian

i) Mesin bermotor dan peralatan elektrik pertanian

Penggunaan mesin dan peralatan pertanian yang tidak selamat boleh


mengakibatkan:

a) Luka akibat terkena pisau pemotong seperti dari peralatan mesin penuaian.

b) Renjatan elektrik atau kecederaan anggota badan akibat pendawaian yang


tidak sempurna atau rosak pada peralatan elektrik pertanian.

c) Kecederaan anggota badan seperti jari tersepit di celah-celah pergerakan roda


tali sawat atau sistem “gearing” mesin semasa kerja pembaikan mesin sedang
dilakukan ataupun terlanggar oleh mesin pertanian yang bergerak.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ii) Bahan kimia pertanian

a) Kecederaan pada mata akibat terkena semburan bahan kimia


pertanian yang merbahaya, contohnya racun rumpai.

b) Masalah “skin irritation” akibat semburan bahan kimia pertanian


pada kulit. Masalah kulit gatal serta kanser kulit mungkin lebih
ketara apabila pekerja telah terdedah kepada bahan tersebut
dalam tempoh masa yang lama dan memberi kesan kronik pada
pekerja.
c) Masalah pernafasan ataupun yang berkaitan akibat kerap
terdedah kepada bahan pertanian kimia merbahaya, contohnya
menyembur racun serangga perosak di dalam ladang tanpa PPE
yang sesuai.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Cadangan-cadangan langkah kawalan untuk mengurang serta
mengelak masalah hazard:
i) Pastikan peralatan atau mesin berada pada tahap keselamatan yang tinggi. Ini
termasuklah memastikan:

a) Penyelenggaraan mesin dan peralatan elektrik mengikut jadual. (Scheduling


maintenance)

b) Jangan menggunakan peralatan elektrik tangan yang tidak selamat. Tanda


amaran perlu digantung pada mesin-mesin yang rosak.

c) Penyelenggaraaan perlu dibuat oleh mereka yang mahir dan bertauliah


sahaja.

d) Bantuan “check-list” dapat memudahkan pemeriksaan utama terhadap aspek-


aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan pada mesin.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ii) Pastikan PPE diguna dan dibekalkan kepada pekerja/pelajar. Aspek lain yang
berkaitan termasuklah:

a) Penggunaan PPE mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan.


Contohnya penggunaan respirator serta “face shield” yang bersesuaian dengan
kerja menyembur racun rumpai.

b) PPE yang diguna mestilah selesa dipakai oleh pekerja/pelajar dan dapat
melindungi pemakainya dari hazad kimia tersebut.

c) Pekerja/pelajar perlu diajar untuk memakai PPE dengan betul kerana PPE yang
tidak dipakai dengan betul boleh membahayakan kesihatan pekerja/pelajar.
Pekerja/pelajar turut juga diajar cara-cara penyelenggaraan asas PPE yang
betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh bertahan lama. PPE yang
sudah rosak perlulah ditukar.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
iii) Khususnya untuk mereka yang lebih kerap bekerja di kawasan pertanian yang
panas terik, pengurusan jadual kerja boleh dipraktikkan.

a) Ini boleh dilakukan dengan pengujudan jadual kerja bergilir (Rotating Work
Schedule). Maka, mereka yang kerap terdedah kepada masalah tempat kerja
yang panas terik boleh diurus dengan lebih berkesan. (Cara ini adalah lebih
sesuai untuk majikan yang mengupah tenaga pekerja ladang atau pertanian
yang besar).

b) Menyediakan tempat rehat atau pondok yang sesuai untuk pekerja berehat
seketika di tempat pertanian. Pihak majikan boleh turut menyediakan minuman
air bersih atau pekerja boleh membawa minuman air sendiri untuk menyejukkan
badan semasa kerja di kawasan pertanian yang panas terik.

c) Topi perlu dipakai di kawasan kerja yang panas terik agak pekerja tidak terdedah
terus kepada panas terik yang mendadak dan mangakibatkan masalah “heat
stress”.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
iv) Di samping PPE seperti respirator dan pelindung muka yang
sesuai semasa kerja penyemburan racun pertanian,
pemakaian “safety boot” atau “rubber boot” yang sesuai dapat
mengelak khususnya anggota kaki dari ancaman patukan ular.

• Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian,


pertanian ataupun sektor kerja yang lain, masing-masing
mempunyai risiko atau hazad tersendiri yang perlu diambil kira
dan dicegah. Pekerja dan majikan perlu sama-sama
mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.

“Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama”

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tatacara Apabila Berlaku Kemalangan
• Memberi rawatan kecemasan mengikut keadaan.
• Hantar ke hospital jika perlu.
• Laporkan kemalangan kepada ibubapa dan pihak
sekolah dan seterusnya kepada polis.
• Dapatkan laporan hospital dan polis untuk pihak
sekolah uruskan tuntutan insuran.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
• Peralatan Pelindungan Peribadi atau Personel Protective
Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang
perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja-kerja
pengendalian di dalam makmal. Ianya penting untuk
mengelakkan berlaku kecederaan pada anggota tubuh
dan kesihatan sewaktu bekerja. Peralatan perlindungan
diri yang digunakan mestilah bersesuaian dengan kerja-
kerja yang dilakukan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Secara berkumpulan, anda dikehendaki
menyenaraikan PPE berserta gambar dan
fungsinya.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CONTOH BENGKEL PERTANIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TERIMA KASIH

Unit Agroteknologi
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar ENSTEK.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like