You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN KALI

– 1/2019
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PERNU 75460 TELOK MAS, MELAKA

Tarikh : 26 / 12 / 2018
Masa : 10.00PG
Tempat : BILIK SUKAN SMK PERNU

Kehadiran:
1. EN ROSLANI BIN MASKAN
2. PN TG MIRA MIRZA BINTI TENGKU FATIMI
3. EN SHAMSUL HISHAM BIN ABD. AZIS
4. EN AZMI BIN MD ALIAS
5. EN MUHAMMAD SYAFIQ BIN MD ZAIDI
6. EN SHAHIRIN BT MAHMOOD

1. AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA.


1.1 Ketua Panitia memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al Fatihah untuk mendapat
keberkatan.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke mesyuarat Panitia Kali pertama bagi sesi
2019.

2. AGENDA 2: UCAPAN GKMP KEMANUSIAAN


2.1. Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru bidang kemanusiaan ke mesyuarat Panitia kali
pertama bagi sesi 2019

2.2. Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang dirancang dapat
dijalankan dengan sebaik mungkin.

2.3. En Roslani memaklumkan aktiviti PJK tidak dibenarkan dijalankan di tengah kawasan dataran
kecuali permainan badminton atas faktor angin.
Tindakan : Makluman

2.4. Beliau kemudian memaklumkan maklumat dalam eRPH yang lengkap perlu dihantar pada
tarikh 11 januari 2019 (Jumaat).
Tindakan : Makluman

2.5. PLC perlu dilaksanakan sebanyak 2 kali dan perlu didokumetasikan.

2.6. Seterusnya En Roslani mengingatkan supaya guru-guru di bawah bidang Kemanusiaan agar
berjumpa dengannya untuk berbincang tentang Borang Keberhasilan.

2.7. Guru-guru juga perlu memastikan penghantaran buku tulis sebanyak 10 buah buku pelajar dan
mengingatkan guru-guru supaya memastikan semua buku pelajar disemak dengan baik.
Tindakan : Guru PJK

3. AGENDA : PERBINCANGAN PROFESIONAL


3.1. PELAKSANAAN SEGAK
3.1.1. Ketua panitia memaklumkan Ujian segak akan dilaksanakan secara berpusat seperti tahun-
tahun lepas.
3.1.2. Cikgu azmi mencadangkan agar minggu ujian Segak dilaksanakan serentak dengan minggu
KeSihatan pada penggal pertama dan minggu Muzik akan dilaksanakan serentak pada
Ujian Segak penggal ke-2.

3.2. PELAKSANAAN PLC


3.2.1. Ahli mesyuarat sebulat suara memilih En Syafik dan En Shamsul untuk pelaksanaan PLC
bagi mata pelajaran PJK.

3.3. BILANGAN BUKU LATIHAN


3.3.1. Pengerusi memaklumkan semua tingkatan menggunakan sebuah buku tulis dan sekurang-
kurangnya 2 kali latihan dilakukan setiap bulan.

3.3.2. Pengerusi juga mengingatkan ahli mesyuarat supaya menyemak buku latihan pelajar. Guru
juga diingatkan supaya menghantar sebanyak 10 buah buku jika diminta berbuat
demikian.

3.3.3. Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru memastikan buku latihan Pendidikan


Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa
penggunaan buku tulis PJK yang terlalu sedikit untuk setahun.
Tindakan : Guru-guru PJK

3.4. ANGGARAN BELANJA MENGURUS PANITIA.


3.4.1. Pengerusi meminta guru-guru PJK memaklumkan secepat mungkin alatan yang dirasakan
perlu dibeli
3.4.2. En shamsul menyatakan terdapat alatan yang perlu dilupuskan dan perlu diganti dengan
yang baru.
3.4.3. En Shahirin meminta agar membeli stok bulu tangkis kerana bulu tangkis sedia ada sudah
rosak dan perlu digantikan.
Tindakan: Ketua Panitia

3.5. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM/ SUKATAN PELAJARAN / HURAIAN SUKATAN PELAJARAN/


DSKP
3.5.1. Pengerusi memaklukan semua dokumen yang berkaitan akan dimuat turun ke Telegram
dalam masa terdekat dan guru-guru diminta memuat turun dokumen berkenaan ke dalam
ruang eRPH (Frog Vle) masing-masing.
Tindakan : Ketua Panitia

3.6. PENYEDIA SOALAN UNIAN DAN PEPERIKSAAN 2019

TINGKATAN UP1 PPT PAT

TING1 SYAFIQ SYAFIQ SYAFIQ

TING2 SYAMSUL SYAMSUL SYAMSUL

TING3 SHAHIRIN SYAMSUL

TING4 MIRA MIRA MIRA

TING5 AZMI AZMI


4. AGENDA HAL-HAL LAIN
4.1.1. Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan memastikan
peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga segala peminjaman
peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman peralatan. Murid tidak dibenarkan
untuk mengambil alatan di bilik PJK tanpa pengawasan guru.
4.1.2. Guru-guru diingatkan supaya memakai pakaian sukan pada hari guru tersebut
mengadakan kelas Pendidikan Jasmani iaitu BAJU BERKOLAR, SELUAR TRACK, DAN KASUT
SUKAN. Manakalau bagi guru yang mengajar Pendidikan Kesihatan perlu memakai pakaian
rasmi mengajar.
4.1.3. Pada waktu PJ, murid hanya dibenarkan memakai pakai pakaian PJ sekolah dan berseluar
track panjang. Pelajar juga hanya dibenarkan untuk menggunakan kasut sekolah sahaja
sewaktu PJ. Kasut sukan berjenama tidak dibenarkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
( En Md Shafiq binmd Zaidi) ( Pn Tengku Mira Mirza bt Tengku Fatimi)
Setiausaha , Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
Panitia PJK SMK Pernu
SMK Pernu 75460 Telok Mas, Melaka

You might also like