You are on page 1of 2

MBIP(MEMO)

JABATAN PENGUATKUASAAN
MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

MEMO
Rujukan : Bil.(206)MBIP(JPKU)600-11

Tarikh : September 2022

Kepada : Puan Nur Huda binti Sanusi


Pengarah Undang-undang,
Jabatan Undang-undang,
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Daripada : YM. Raja Abu Bakar bin YM. Raja Yahya


Pengarah Penguatkuasaan,
Jabatan Penguatkuasaan,
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Perkara : MOHON PANDANGAN BERKENAAN NOTIS PERINGATAN KALI KE-2


BERDASARKAN MAKLUM BALAS DARIPADA BAHAGIAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT.

Untuk Makluman

Untuk Ulasan / Komen √


Untuk Edaran

Untuk Kelulusan / Arahan Selanjutnya √

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dan memo puan berujukan MBIP(UU)600-
2/9/1016(6) bertarikh 15hb Mac 2022 adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Notis Peringatan perlu dihantar semula oleh Jabatan
Penguatkuasaan. Namun, pihak Bahagian Letak Kereta (BLK) berpendapat sekiranya Notis
Peringatan dihantar semula, pihak BLK perlu mengeluarkan nombor kenderaan OKS daripada
disenaraihitam (Blacklist) di dalam sistem ePBT untuk membenarkan OKS membuat
pembayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh Notis Peringatan yang terbaru diserahkan.
Justeru, pihak BLK telah merujuk perkara ini kepada Bahagian Teknologi Maklumat dan telah
menerima maklum balas sebagaimana Lampiran 1.
3. Sehubungan dengan itu, pihak BLK ingin memohon pandangan pihak puan berkaitan
maklum balas tersebut dan menyatakan tindakan yang perlu diambil oleh pihak BLK. Beberapa
isu yang perlu ditekankan antaranya :
i. Adakah Notis Peringatan untuk serahan kali ke-2 perlu diteruskan atau tidak?
ii. Apakah status Kertas Siasatan tersebut, sama ada perlu ditarik balik atau diteruskan?
4. Kerjasama dan tindakan segera pihak puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

1|Page
MBIP(MEMO)

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(YM. RAJA ABU BAKAR BIN YM. RAJA YAHYA)


Pengarah Penguatkuasaan,
Jabatan Penguatkuasaan,
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

CATATAN (UNTUK KEGUNAAN JABATAN / BAHAGIAN / UNIT)

2|Page

You might also like