You are on page 1of 1

Parti Keadilan Rakyat

PEKELILING SETIAUSAHA AGUNG BIL. 8/2022 A-1-09, Merchant Square


No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
TARIKH: 7 Disember 2022 47410 Petaling Jaya
TELEFON: +603 7885 0530
Yang Berbahagia, FAKS: +603 7885 0531
Ketua-Ketua Cabang E-MAIL: ibupejabat@keadilanrakyat.org
Parti Keadilan Rakyat LAMAN WEB: www.keadilanrakyat.org

Saudara-saudari,

MAKLUMAN PENGHANTARAN PENYATA TAHUNAN CABANG 2022

Didahului doa semoga saudara-saudari seisi keluarga beroleh kesejahteraan dan berada dalam semangat juang yang
tinggi.

2. Merujuk perkara di atas, penyata tahunan cabang bagi tahun 2022 hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat bagi
memenuhi tuntutan ROS selaras dengan Akta 14(1) Pertubuhan Pendaftaran. Oleh hal demikian, dimohon Sdr/I
untuk melengkapkan dokumen yang disenaraikan di bawah dan serahkan kepada Setiausaha Kerja Negeri masing-
masing. Untuk makluman sdr/I, satu memo dalaman juga telah dikeluarkan kepada SUK Negeri untuk melaksanakan
tugasan ini. Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu dihantar:

a) Borang 9 (3 Salinan asal)


b) Penyata Kewangan Cabang yang berakhir pada 31 Disember 2022 (3 salinan asal)
c) Senarai Ahli Jawatankuasa Cabang yang terkini dengan butiran lengkap - Lampiran A, B dan C
(4 salinan asal bagi setiap lampiran)

*Kesemua dokumen di atas memerlukan tandatangan hidup pemegang jawatan.

3. Ibu Pejabat amat berharap agar cabang dapat bekerjasama dengan SUK Negeri masing-masing untuk
mengumpul dan menghantar penyata tahunan cabang. Penyata tahunan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat sebelum
15 Jan 2023. Cabang-cabang yang tidak menghantar penyata tahunan dalam tempoh yang ditetapkan akan diambil
tindakan.

Harap maklum, terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL


Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

S.k Presiden

You might also like